SALAM SEJAHTERA
Yang Dihormati ,
En Fazril Iskandar Bin Badaruddin dan Encik Saadon @ Shahdon Bin Shamsuddin,
selaku penceramah kita pada pagi ini.
Yang Berusaha,
Encik Norsahizamzami Bin Bagad, Guru Besar Sekolah Kebangsaan Saujana Puchong,
Barisan Penolong Kanan, Guru-guru Tahun 6 serta anak didik Tahun 6 SK Saujana
Puchong yang dikasihi sekalian.
Alhamdulillah, syukur ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah kurniaNya maka kita
diberikan kelapangan waktu, untuk sama-sama berkumpul secara atas talian ,bagi
menjayakan ceramah motivasi yang akan dilakasanakan sebentar lagi. Bagi
memberkati majlis kita pada pagi ini, saya menjemput Ustaz Ahmad Naqiuddin Bin
Mohd Noor untuk memimpin bacaan doa.
***********BACAAN DOA****
Terima kasih diucapkan kepada Ustaz Ahmad Naqiuddin Bin Mohd Noor atas pimpinan
bacaan doa sebentar tadi.
Semoga usaha kita pada pagi ini dilimpahkan sepenuh keberkatan.
Selamat datang juga diucapkan kepada En Fazril Iskandar Bin Badaruddin dan Encik
Saadon @ Shahdon Bin Shamsuddin, selaku penceramah kita pada pagi ini.
Terima kasih atas kesudian tuan untuk bersama-sama berkongsi ilmu kepada warga
pendidik dan anak murid Tahun 6 SK Saujana Puchong.
SLOT -1
Hadirin Sekalian,
Sebentar lagi kita akan mengikuti aktiviti dan slot motivasi yang akan disampaikan oleh
penceramah jemputan kita.Sebelum itu,izinkan saya membacakan serba sedikit biodata
diri penceramah kita pada pagi ini.
En Fazril Iskandar Bin Badaruddin merupakan Perunding Latihan Integriti dan Trainer
KIDA dengan lebih 10 Tahun pengalaman.
SLOT 2 –
Seterusnya, tanpa membuang masa, saya mejemput penceramah kedua pada hari ini iaitu Encik
Saadon @ Shahdon Bin Shamsuddin untuk menyampaikan motivasi bagi slot seterusnya.
Dipersilakan juga Encik Saadon untuk menceritakan serba sedikit mengenai biodata diri sebagai
kepada semua yang hadir pada hari ini.
**********CERAMAH***
Terima kasih daun keladi
Kalau dijemput datanglah lagi
PENUTUP
Syabas semua atas kesabaran dan perhatian yang diberikan sepanjang slot ini
diadakan. Mudah-mudahan ada sesuatu yang telahpun kita perolehi pada majlis hari ini
.
Majlis kita telah sampai ke penghujungnya.