Anda di halaman 1dari 2

Pengenalan

Subjek PIMK3033 Pengajian Sirah merupakan subjek major yang wajib diambil oleh
setiap pelajar Institut Pendidikan Guru yang mengambil Pendidikan Islam di Malaysia. Hal ini
kerana, subjek ini merupakan subjek yang penting kepada penuntut-penuntut yang mengambil
Pendidikan Islam untuk mengajarkan sirah Rasulullah kepada murid-murid di sekolah nanti.
Justeru, bagi memberi kefahaman kepada setiap bakal guru Pendidikan Islam, subjek ini wajib
diambil oleh guru-guru pelatih major Pendidikan Islam.Justeru, hasil pembelajaran daripada
kursus ini adalah untuk menjelaskan kepentingan sirah, menganalisis peristiwa sebelum dan
selepas penghijrahan Rasulullah secara berkumpulan dan menghubungkaitkan kepimpinan
Rasulullah dengan profesion perguruan.

Maka, bagi menilai hasil pembelajaran tersebut, saya telah diberi tugasan untuk
membincangkan mengenai kepentingan pendidik membaca dan memahami sirah Rasulullah,
menganalisis peristiwa yang berlaku dalam fasa dakwah dan jihad selepas hijrah Rasulullah
sehingga fathu Makkah, memperincikan aspek keunggulan kepimpinan Rasulullah dalam
pembangunan ummah dan menghasilkan satu penulisan reflesi berkaitan tugasan ini.Secara
umumnya, tugasan ini adalah berkaitan dengan pentingnya seorang pendidik itu untuk
mengetahui mengenai sirah Rasulullah iaitu mengenai salasilah keturunan Rasulullah S.A.W.
dan peristiwa-peristiwa yang berlaku dalam hidup baginda yang seharusnya diketahui setiap
muslim.

Jika diperincikan lagi, terdapat banyak peristiwa yang berlaku dalam fasa dakwah dan
jihad selepas hijrah Rasulullah sehingga fathu Makkah. Maka, di akhirnya kita akan dapat
melihat aspek keunggulan kepimpinan Rasulullah dalam pembangunan ummah. Banyak sudut
dalam diri Rasulullah itu yang dapat dijadikan pedoman dan contoh dalam kehidupan kerana
Rasulullah adalah qudwah hasanah.

Kesimpulannya, hasil daripada perlaksanaan kerja kursus ini saya telah memperoleh
maklumat-maklumat yang berguna kepada diri saya dan betapa pentingnya mencintai
Rasulullah dan dalam masa yang sama sebagai seorang guru Pendidikan Islam perlu
memainkan peranan yang penting bagi mendidik murid-murid mencintai Rasulullah dan
keturunan baginda. Semoga dengan pelaksanaan kerja kursus ini akan memberi banyak
manfaat kepada diri sebagai persediaan menjadi guru pada masa akan datang.

i
i

Anda mungkin juga menyukai