Anda di halaman 1dari 4

Assalamualaikum w.b.

t dan salam sejahtera kepada


guru-guru dan rakan-rakan yang disayangi.

Pada hari ini, kami dari Kelab Doktor Muda Sekolah


Kebangsaan Padang Tengku akan menunjukkan
demonstrasi langkah membasuh tangan dengan betul.

Tahukah kawan-kawan, kita berpotensi untuk dijangkiti dan menyebarkan


penyakit berjangkit kepada orang lain di persekitaran kita sekiranya tangan
tidak bersih dan sering menyentuh muka dan permukaan awam.

Penyakit seperti selsema, demam dan cirit-birit merupakan penyakit yang


sangat mudah berjangkit dan diketahui mampu merebak melalui sentuhan
tangan.

Membasuh tangan merupakan salah satu dari cara mengelakkan


penyebaran bakteria.

Kawan-kawan boleh mengikuti langkah-langkah mencuci tangan yang akan


kami tunjukkan.

Terdapat 7 langkah membasuh tangan dengan betul yang seandainya


diamalkan dengan kerap dapat membantu mengurangkan penyebaran
kuman penyebab penyakit.
Langkah 1 – Basahkan kedua belah tangan

Buka pili dan basahkan kedua-dua belah tangan di bawah air mengalir
yang sambil menggosok-gosok kotoran yang dapat dilihat dengan mata
kasar.

Langkah 2 – Gunakan Sabun

Tiada sabun khas diperlukan. Namun begitu menggunakan sabun yang


mempunyai aroma yang menarik dan menyenangkan dapat membantu kita
untuk kerap mencuci tangan.

Langkah 3 – Gosok semua permukaan tangan dengan


buih Sabun

Pastikan dilakukan dengan teliti seperti

 Gosok Tapak Tangan


 Gosok Setiap Jari dan Celah Jari
 Gosok kuku pada tapak tangan dengan menggaru tapak tangan
 Gosok belakang tangan

Langkah 4 – Basuh selama 15 – 20 Saat

Mengikut kajian, masa yang dikatakan mencukupi untuk mencuci tangan


dengan sempurna ialah selama 20 saat. Petua yang digunakan untuk
mengganggarkan 20 saat ialah dengan lagu “Happy Birthday” yang
diketahui umum satu dunia. Satu putaran lagu tersebut adalah dalam
lingkungan 10 saat. Oleh itu lagu diulang 2 kali bagi mendapatkan
anggaran masa 20 saat.

Langkah 5 – Bilas Tangan Dengan Sempurna

Buka pili air dan letakkan tangan di bawah air mengalir dengan posisi
tangan menghala kebawah.

Awas jangan sampai tangan terkena permukaan sinki. Bilas kedua belah
tangan dengan menggosok sehingga hilang kesan buih sabun.

Langkah 6 – Tutup pili air dengan menggunakan tisu


atau tuala.

Pastikan pili air ditutup menggunakan tuala atau tisu bagi mengelakkan
bakteria mencemari tangan anda kembali terutama di tandas awam.

Langkah 7 – Keringkan tangan

Keringkan tangan dengan menggunakan tuala yang bersih ataupun


dengan menggunakan kertas tisu.

Jika berada di tandas awam, pengering udara panas boleh digunakan


sekiranya ada.Dengan mengamalkan amalan membasuh tangan dalam
mengendalikan makanan, kemungkinan untuk berlakunya pencemaran
silang juga akan berkurang.

Anda mungkin juga menyukai