Anda di halaman 1dari 2

Beza antara ilmu, pengetahuan dan maklumat...

Bagaimana hendak kita pastikan ilmu atau maklumat yang dikata benar itu tak benar dan yang
dikata tak benar itu benar? Sebagai contoh, maklumat atau ilmu tentang sejarah pahlawan-
pahlawan dunia, sejarah nabi versi israiliyat, teori-teori konspirasi, penafisran hadis-hadis dan uslub-
uslub ilmu? Sedangkan yang membenar dan tidak membenarkan itu juga tiada di tempat atau tarikh
kejadian? Adakah maklumat atau ilmu itu bersifat neutral tapi PENAFSIRAN itu yang
membezakannya dan PENAFSIRAN itu pula bergantung pada SIAPA yang menafsirkannya? Mohon
pencerahan kepada sesiapa dari saya yang jahil dan hina ini...

Sambungan dari persoalan saya di atas. Apakah beza antara ilmu, pengetahuan, maklumat? Buku
Wan Noor Daud saya dah baca.. sangat menarik kupasannya..Saya tengah cuba cari edisi update
buku Wan Noor Daud sbb dia ada tambah topik baru dalam buku tu..tq Ikmal Hisham bg link artikel
Farish Noor tu..kupasan yg menarik juga dan ianya bukanlah jawapan yg absolute kerana makin
ramai guru yg kita jumpa makin banyak interpretasinya...

Jawapan ustaz Wan Ji At-ta'aduddi kata " riwayat yang mempunyai sanad yang meragukan... perawi
yang tidak benar, bohong dll." Saya balas balik... "Pentingnya ilmu SANAD itu.. tapi sejauh manakah
approch di IPTA/IPTS dalam bidang-bidang agama Islam di Malaysia pempraktiskannya dan adakah
di zaman kini, kita sebenarnya banyak bergantung pada pembacaan manuskrip semata-mata..
Kadang-kadang apabila pakar di Jabatan Bidang Usuluddin di tanya isu-isu Syariah dengan mudah-
mudah saja ditolak dgn mengatakan " Baik anta tanya pakar di bidang Jabatan syariah sbb ana dari
Jabatan Usuluddin.." Rasanya zaman talaqi ulumul Islam zaman nabi, para sahabat dan tabiin tidak
dipecahkan kepada kepakaran ikut jabatan kot...(Ini adalah tafsiran saya yg tidak neutral)..hehe...

BEZA ILMU DAN MAKLUMAT- SIRI 1

Salam.

Dunia hari ini menyaksikan maklumat dapat diperolehi hanya di hujung jari. Anda boleh
menaip satu kata kunci di halaman Google dan dalam masa hanya beberapa saat akan
ditampilkan link-link berkaitan maklumat yang anda inginkan itu.

Kerana itu ada juga kalangan yang menjadikan Kitab Google sebagai rujukan ilmu agama
mereka. Hal ini tidaklah salah, namun kita perlu berhati-hati di dalam memilih website-
website dan blog-blog tersebut. Kadangkala, kemudahan mengakses maklumat ini telah
menjadikan sebahagian golongan merasakan diri mereka sudah cukup berilmu. Sabar..
Nanti dulu..

Berilmu tidak sama dengan sekadar bermaklumat.

Kita mungkin memiliki ribuan e-book berupa kitab-kitab rujukan muktabar di dalam laptop,
boleh menaip entry di dalam blog dengan menyertakan rujukan lengkap dengan mukasurat
kitab-kitab yang tebal-tebal dari e-book yang kita miliki, namun itu bukanlah petanda
bahawa kita sudah berilmu.

Kadangkala kita melihat sesuatu artikel yang disertakan dengan puluhan rujukan daripada
kitab-kitab muktabar yang besar-besar yang berjilid-jilid yang jika disusun di rak buku pasti
ia akan mengambil ruang yang banyak, yang ditulis oleh seorang penuntut tahun pertama
jurusan kejuruteraan mekanikal di sebuah IPT contohnya.

Pastinya orang yang berbelas-belas tahun menekuni bidang Pengajian Islam secara khusus
dengan belajar dan mengajar pun akan terheran-heran melihatkan nama-nama kitab yang
disenaraikan di dalm artikel yang dicontohkan di atas. Ini kerana ia sedia mengetahui
bahawa kitab yang disenaraikan itu bukanlah kitab-kitab yang menjadi teks pengajian
peringkat bawahan di dalam tingkat-tingkat pengajian Islam secara bersistem, tetapi
merupakan silibus dan teks kajian peringkat tinggi.

Namun, penulis artikel tersebut, yang pastinya majoriti masanya dihabiskan untuk
assignment, kuliah, ko-kurikulum, persatuan dan seribu satu macam aktiviti mahasiswa,
merujuk kitab-kitab yang tersebut!

Bersambung...

Anda mungkin juga menyukai