Anda di halaman 1dari 1

Refleksi

Alhamdulilah, saya memanjatkan kesyukuran kerana berjaya menyiapkan tugasan kerja


kursus subjek MPU3122 Hubungan Etnik. Saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih sekali
lagi kepada pensyarah yang mengajar iaitu Encik Mohamad Fauzi Bin Ngah atas segala tunjuk
ajar yang telah diberikan dalam subjek ini. Sepanjang menyiapkan tugasan yang diberikan,
kami dapat melalui beberapa pengalaman pahit manis yang lebih mematangkan kami pada
masa hadapan dalam memahami implikasi hubungan etnik dan kepelbagaian budaya di
Malasyia melalui tugasan yang dilaksanakan.

Melalui tugasan telah dijalankan, saya dapat melihat hubungan etnik dan perspektif
beberapa perkara dalam kapasiti sistem masyarakat pluralistik di Malaysia bagi mengekalkan
keharmonian kaum. Oleh itu, saya berhasil melihat bagaimana hubungan etnik daripada
perspektif ekonomi, politik, kepelbagaian agama, pembentukan masyarakat pluralistik, konsep
perlembagaan sebagai asas pembinaan jati diri dan negara bangsa serta usaha ke arah
integrasi nasional serta cabaran yang dihadapi dalam usaha mengekalkan hubungan etnik yang
baik.

Saya juga dapat mengetahui bahawa banyak kesan yang terhasil akibat daripada
proses sejarah yang berlaku suatu ketika dahulu. Saya juga dapat memahami bahawa
hubungan etnik tidak hanya dipengaruhi oleh unsur etnik semata-mata tetapi juga dipengaruhi
oleh unsur-unsur sosial yang lain dan kita perlu melihat bahawa perspektif kesepaduan sosial
ssesuatu masyarakat sebagai sebuah entiti sosial yang memiliki keupayaan untuk membentuk
kesejahteraan dalam masyarakat. Selain itu, kita juga perlu memahami konsep akomodasi,
akulturasi, amalgamasi dan asimilasi yang membentuk toleransi antara etnik ke arah
menghasilkan kesepaduan sosial dalam kehidupan seharian. Semoga hasil kerja kursus ini
akan dapat memberikan nilai tambah kepada diri saya mengenai hubungan etnik di Malaysia.

Anda mungkin juga menyukai