Anda di halaman 1dari 11

Dalam konteks politik di Malaysia, proses integrasi dan perpaduan tidak banyak

melibatkan unsur-unsur asimilasi tetapi lebih mirip kepada akomodasi dan akulturasi.
Bahaskan kenyataan ini.
Dalam membincangkan proses perpaduan dan integrasi dalam konteks politik di Malaysia,
dapat dinyatakan di sini bahawa wujudnya proses penting yang relevan dan harus beri
perhatian supaya kita benarbenar dapat menyelami isi kandungan perpaduan dan integrasi
tersebut. Proses tersebut ialah akomodasi, akulturasi dan asimilasi. Kesemua proses ini akan
diperhalusi satu persatu supaya kefahaman mengenainya dapat dipertingkatkan seterusnya
dapat dinilai semula sama ada proses ini masih segar dalam masyarakat pada hari ini atau
telah mula longgar ditelan kemodenan.
Sebelum menelusuri isu ini dengan lebih mendalam, tunjang perbicangan iaitu konsep
perpaduan dan integrasi perlu difahami terlebih dahulu takrifannya. Perpaduan dan integrasi
adalah merujuk kepada proses menggabungkan bahagian-bahagian menjadi satu unit.
Perpaduan
Menurut Shamsul Amri Baharuddin (2007), perpaduan adalah satu proses menyatupadukan
masyarakat dan negara supaya setiap anggota masyarakat dapat membentuk satu identiti, nilai
bersama, perasaan cinta dan bangga akan tanah air.

Integrasi
Integrasi bermaksud usaha menyatukan ahli-ahli masyarakat yang berlainan latar belakang
sosial dan akhirnya mereka berkongsi pengalaman sosial yang sama serta membentuk norma,
sikap dan kepercayaaan yang sama (Thompson & Hickley, 1994). Identiti, hak dan budaya
hidup sesuatu kelompok etnik tidak dihapuskan tetapi disuburkan. Dalam konteks Malaysia,
integrasi merupakan satu proses bagi mewujudkan satu identiti nasional dalam kalangan
kumpulan yang terpisah dari segi kebudayaan, sosial dan lokasi dalam sesebuah unit politik.

Terdapat lima bentuk integrasi yang wujud di Negara Malaysia.


I.

Integrasi Wilayah - strategi pembangunan untuk Integrasi wilayah

adalah untuk

mengurangkan jurang perbezaan ekonomi dan struktur di antara wilayah-wilayah

dalam negara ini. Integrasi wilayah ini sangat penting agar hilang rasa kebencian,
cemburu antara satu sama lain dan wujudnya perasaan kasih sayang, hormat
menghormati dan sebagainya.. Sebagai contoh, jurang dalam aspek pembangunan
ekonomi dan kemudahan sosial. Jika di wilayah semenanjung terdapat kemudahan
pendidikan tinggi maka di wilayah timur juga turut didirikan institusi tersebut seperti
adanya Institut Pendidikan Guru Malaysia Kampus Sabah dan Sarawak, Universiti
Malaysia Sabah / Sarawak.

II.

Integrasi Ekonomi - Proses perkembangan ekonomi dirangka untuk membolehkan


semua kumpulan kaum menyertai semua bidang dan peringkat ekonomi. Dengan
terhapusnya perbezaan fungsi ekonomi mengikut kaum akan dapat mewujudkan
perpaduan dalam kegiatan-kegiatan ekonomi di samping meninggikan taraf
pembangunan ekonomi negara.

III.

Integrasi Sosial - Integrasi ini merupakan satu langkah bagi mewujudkan satu
kelompok atau komuniti yang terdapat pelbagai kaum dalam satu satu kelompok
masyarakat seperti dalam program / projek perumahan, sukan, pendidikan dan
kesihatan. Dalam proses pemilikan rumah, misalnya imbangan pemilikan rumah
dalam kalangan berbagai kaum adalah penting. Oleh itu, dalam program
pembangunan perumahan adalah penting diwujudkan kadar pemilikan perumahan
yang seimbang dalam kalangan kaum-kaum di negara ini.Sebagai contoh dalam
projek perumahan, kerajaan telah memberi penetapan bahawa kawasan perumahan
yang didirikan perlu dimiliki oleh pelbagai kaum mengikut peratusan yang tertentu.
Harapan utama dalam hal ini, komunikasi antara kaum akan berlaku lantas
mengukuhkan perpaduan di Malaysia. Begitulah juga integrasi sosial dalam sukan.
Kita tidak mahu sesuatu permainan itu dimonopoli oleh satu - satu kaum sahaja
sebaliknya melibatkan pelbagai kaum. Contohnya dalam permainan ping pong, bola
keranjang dan bola tampar, dahulunya dikuasai oleh pemain berketurunan Cina
namun kini sudah ada orang Melayu dan India mula menyertai permainan permainan ini.

IV.

Integrasi Pendidikan - Integrasi pendidikan bertujuan mewujudkan satu sistem


pendidikan yang bercorak kebangsaan dan sempurna dari segi intelek, jasmani dan
rohani. Sistem pendidikan yang berlandaskan falsafah pendidikan kebangsaan ,
2

berhasrat untuk mewujudkan keselarasan dalam pendidikan. Sistem ini digubal


supaya dasar-dasar dan program-program pendidikan dan latihan yang diadakan di
semua peringkat persekolahan, kolej dan universiti akan tertumpu kepada
perpaduan. Ini kerana pendidikan merupakan proses penting bagi menyemai dan
memupuk benih-benih perpaduan dalam kalangan generasi muda, disamping
menjadi daya penggerak bagi melahirkan warganegara yang berdisiplin. Di negara
kita kini terdapat sekolah kebangsaan dan sekolah jenis kebangsaan namun dalam
masa yang sama pengintegrasian pendidikan turut diwujudkan. Kerajaan juga turut
melaksanakan memperkasakan sekolah kebangsaan yang merupakan satu tindakan
untuk menggalakkan kaum lain menghantar anak anak ke sekolah kebangsaan.
Apabila penyertaan pelbagai kaum dalam sekolah kebangsaan satu aliran, ini akan
pasti memantapkan perpaduan dalam kalangan pelajar.

V.

Integrasi Politik - Malaysia mempunyai berbagai-bagai kumpulan kaum yang berbeza


dari segi agama,wilayah,pekerjaan dan kepentingan-kepentingan lain.Oleh itu, tugas
pentadbiran politik yang utama ialah untuk mewujudkan satu suasana politik yang
stabil supaya masyarakat majmuk di negara ini dapat hidup aman dan makmur. Satu
kaedah yang mana perpaduan politik negara dapat diwujudkan ialah menerusi
persetujuan rakyat. Sistem pilihanraya diadakan setiap lima tahun sekali supaya
rakyat dapat memilih pemimpin-pemimpin politik pilihan mereka. Pemimpinpemimpin politik yang memerintah negara ini hendaklah sentiasa mengamalkan
semangat perundingan dan kerjasama dalam kalangan parti-parti politik bagi
memastikan penyertaan bersama dalam proses pemerintahan negara. Ini dapat
dibuktikan pada peringkat awal di mana parti-parti orang Melayu iaitu UMNO, partiparti orang-orang Cina MCA dan parti orang-orang India MCA telah bergabung untuk
melahirkan parti Perikatan. Gabungan ini telah dapat mewujudkan kerjasama antara
tiga buah parti politik yang terbesar di negara ini. Secara ringkasnya, integrasi politik
bermakna integrasi antara berbagai-bagai parti politik supaya asas - asas pertikaian
dan pertelingkahan dapat dibanteras bagi mewujudkan sebuah negara yang aman
dan makmur.

Proses mencapai sebuah masyarakat integrasi bukanlah suatu yang mudah. Menurut Ting
Chew Peh (1987), integrasi ialah suatu proses yang sangat kompleks.

Akomodasi
Akomodasi adalah suatu proses individu atau kumpulan-kumpulan dalam masyarakat yang
berkonflik yang mengadakan penyelesaian bersifat sementara. Akomodasi akan berlaku apabila
pihak-pihak yang berkonflik merasakan perlu untuk bekerjasama walaupun wujud perbezaan
sesame mereka. Melalui akomodasi, pihak-pihak lain diizinkan untuk wujud tanpa permusuhan
secara terbuka (Federico, 1979).

Akomodasi berperanan menggantikan konflik dalam

masyarakat tanpa menyelesaikan isu pertikaian yang asas.


Contohnya kewujudan fenomena, kerjasama parti-parti politik. Akomodasi sering dapat
dilihat apabila parti-parti politik yang berbeza ideologi terpaksa bekerjasama terutama selepas
pilihan raya diadakan demi membentuk kerajaan campuran kerana tiada pemenang yang jelas.
Dengan bersetuju untuk bekerjasama, parti-parti politik terpaksa meminimakan perbezaan
dasar dan menerima dasar-dasar parti politik yang lain. Kerjasama mereka lebih kepada
bersifat praktikal dan bertujuan menyelesaikan masalah yang mungkin menimpa Negara
mereka.
Selain itu, dalam sesebuah masyarakat, kumpulan minoriti biasanya kurang memiliki kuasa.
Demi meneruskan kelangsungan hidup, mereka terpaksa bergantung kepada struktur kuasa
kumpulan majoriti. Mereka juga terpaksa akur kepada pemerintahan kumpulan majoriti
(Federico, 1979).

Akulturasi
Akulturasi merupakan satu proses penerimaan unsur kebudayaan dalam kalangan individu
atau kelompok dari sesuatu kebudayaan lain yang berbeza. Akulturasi terjadi apabila satu
kelompok manusia dengan kebudayaan tertentu dihadapkan dengan unsur dari suatu
kebudayaan asing yang berbeza sehingga unsur kebudayaan asing itu akhirnya diterima dan
diolah dalam kebudayaan sendiri. Proses akulturasi berlaku apabila budaya tempatan
bertembung dengan budaya asing dan kemudian berlaku proses penerimaan budaya asing
tersebut sesuai dengan kehendak-kehendak tempatan sehingga tidak menghilangkan identiti
budaya sendiri. Berbeza dengan proses asimilasi, proses akulturasi tidak menyebabkan
kehilangan identiti asal masyarakat penerima.

Dalam sejarah tamadun manusia, sering berlaku pertemuan atau pertembungan antara dua
atau lebih kebudayaan. Proses ini menyebabkan berlakunya proses pinjam meminjam. Pada
peringkat awal, unsur pinjaman digunakan secara langsung dan kemudian diolah serta
dijadikan unsur kebudayaan sendiri. Di Malaysia, beberapa kes boleh dijadikan rujukan seperti
4

penggunaan tali leher, angpau, makanan, hiburan dan sebagainya. Tetapi, jika unsur budaya
yang diambil itu tidak diolah dengan baik, pastinya tindakan ini akan memberi kesan yang tidak
baik kepada sesuatu masyarakat.
Namun begitu, bukanlah mudah untuk membentuk sebuah masyarakat yang mencapai tahap
akulturasi. Akulturasi lebih mudah dicapai apabila melibatkan budaya bersifat kebendaan yang
mendatangkan manfaat seperti pakaian barat. Unsur-unsur budaya yang tidak berbentuk
kebendaan seperti ideologi dan pemikiran adalah lebih sukar diterima.

Akulturasi

Peminjaman

Pemindahan

Penyesuaian

Proses-proses Akulturasi

Contoh akulturasi semasa Zaman Penjajahan


i.

Pinjaman daripada bahasa Tamil

Terdapat juga kata pinjaman daripada bahasa Tamil iaitu konsonan retrofleks, ciri
kepanjangan vokal dan penggandaan konsonan dihilangkan untuk disesuaikan dengan bahasa
Melayu. Antara pinjaman bahasa daripada bahasa Tamil ialah :
Kappal Kapal
Petti

- Peti

Selepas Penjajahan Dan Masa Kini


i.

Sistem Ekonomi Campuran


Sistem ekonomi campuran merupakan satu sistem ekonomi hasil daripada campuran antara
sistem kapitalis dengan sistem sosialis. Melalui sistem ini, kerajaan dan pihak persendirian atau
5

swasta bekerjasama untuk membentuk satu pasaran yang lebih adil. Dasar-dasar kerajaan
digubal secara menyeluruh dan merangkumi semua pihak termasuk pihak swasta atau
persendirian. Kerajaan sebagai pentadbir walau bagaimanapun boleh campur tangan dalam
pasaran serta urusan ekonomi dan kewangan apabila keadaan memerlukan.
Pada awalnya, sistem ekonomi campuran ini diamalkan di negara-negara luar seperti Jepun,
India dan United Kingdom. Selepas kemerdekaan, Malaysia mula mengamalkan sistem ini bagi
mentadbir ekonomi negara.
Hak milik kerajaan dan persendirian kebaikan rakyat. Walaupun kerajaan menjadi pemilik
kepada badan-badan utiliti tertentu namun pihak swasta atau persendirian juga dibenarkan
terlibat dalam kegiatan-kegiatan perniagaan yang besar serta menjadi pemilik kepada industriindustri gergasi yang penting di negara ini bahkan berbagai-bagai insentif diberikan untuk
menggerakkan kegiatan sektor swasta. Malaysia adalah di antara negara yang mengamalkan
sistem ekonomi campuran.

ii.

Dasar Perindustrian Negara


Program perindustrian di negara ini dijalankan sebagai usaha untuk mempelbagaikan

ekonomi negara yang pada masa era 60-an hingga 70-an amat bergantung kepada getah dan
bijih timah. Namun kedua-dua komoditi ini tidak stabil. Oleh itu, kerajaan telah melancarkan
program perindustrian seperti yang pernah diamalkan oleh kerajaan British untuk mencetuskan
perkembangan ekonomi yang lebih pesat dan stabil. Pada tahun 70-an, kerajaan di samping
mempelbagaikan ekonomi telah menitikberatkan pertumbuhan industri yang lebih pesat untuk
menampung keperluan pekerjaan dan Dasar Ekonomi Baru (DEB). Dalam hal ini, tumpuan
telah diberikan kepada industri-industri yang berasaskan eksport dan industri yangmengunakan
ramai buruh.
Pada tahun 80-an pula, program perindustrian negara mengalami satu lagi perkembangan
menerusi penggalakan industri berat. Ini bertujuan untuk memperkukuhkan lagi asas
perindustrian negara dan menambahkan kemahiran rakyat di bidang teknologi yang lebih tinggi.
Ia juga bertujuan untuk mempercepatkan lagi proses perindustrian. Perkilangan adalah sektor
baru tetapi penting dan akan bertambah tinggi kedudukannya pada tahun-tahun akan datang.
iii.

Dasar Penswastaan
Dasar

penswastaan

di

Malaysia

banyak

dipengaruhi

oleh kempen

penswastaan

antarabangsa yang bermula pada tahun 1980an, khususnya di Britain dan di Amerika Syarikat

serta perkembangan pengaruh pemikiran ekonomi kanan di Barat dan galakkan agensi
antarabangsa seperti bank Dunia dan Bank Pembangunan Asia (Ishak Shaari).
Penswastaan atau penyerahan milik negara kepada sektor swasta bermaksud mengubah
sesuatu perniagaan, perkhidmatan atau perusahaan daripada hak milik atau kawalan negara,
kerajaan atau awam kepada hak milik atau pengendalian swasta. Istilah penswastaan juga
merujuk kepada penggunaan kontraktor swasta untuk memberi perkhidmatan yang dahulunya
disediakan oleh sektor awam.Dasar penswastaan di Malaysia bermula dengan rasmi pada
tahun 1983.

iv.

Budaya 1Malaysia
Konsep 1 Malaysia" dengan slogan Satu Malaysia, Rakyat Didahulukan, Pencapaian

Diutamakan merupakan pendekatan baharu bagi menempah sebuah zaman baru demi
menjelmakan sebuah kerajaan yang mengutamakan prestasi berpaksikan keutamaan rakyat
yang diperkenalkan oleh Datuk Seri Najib Tun Razak setelah dilantik sebagai perdana menteri.
Menurut beliau, konsep 1 Malaysia dalam pentadbiran baharunya bererti bahawa kita berdiri,
kita berfikir dan bertindak sebagai bangsa Malaysia - One People dan mengambil segala
tindakan berdasarkan kehendak semua kumpulan etnik di Malaysia.
Pendekatan baharu ini merangkumi elemen yang jelas bagi pembinaan Negara dengan
berpaksikan

perpaduan

dan

integrasi,

kepentingan rakyat

dan kecemerlangan

bagi

melonjakkan kemajuan negara.


Pembentukan 1 Malaysia merupakan wadah bagi pembinaan bangsa Malaysia yang bersatu
padu dan membantu Negara ke arah mencapai Wawasan 2020, iaitu membentuk sesebuah
negara yang bersatu dan menyanjung masa hadapan yang dikongsi bersama.
Asimilasi
Asimilasi dianggap sebagai satu proses kumpulan-kumpulan etnik mula mengamalkan
elemen-elemen budaya majoroti. Hal ini, kerana budaya majoroti menjadi pengaruh yang tidak
dapat dihindarkan oleh kumpulan etnik minoriti. Semasa proses asimilasi berlaku, kumpulankumpulan etnik minoritI kehilangan elemen-elemen budaya seperti Bahasa asal mereka (Eitzen
& Zinn,1988).
Asimilasi mutlak atau sempurna menyebabkan berlakunya penghapusan penuh. Perbezaan
dari segi kebudayaan dan identity. Formula A +B +C = A. A mewakili golongan dominan, B dan
C mewakili kumpulan etnik minoroti. Proses asimilasi berlaku apabila wujudnya interaksi yang
erat antara ahli kumpulan etnik yang berbeza budaya bagi suatu tempoh yang lama. Kejayaan
7

proses asimilasi bergantung kepada beberapa faktor penting seperti kesanggupan golongan
minoriti untuk menghilangkan identiti mereka, kesanggupan golongan majoriti untuk menerima
golongan lain, terdapat banyak persamaan budaya antara kumpulan etnik. Proses asimilasi
juga berkait rapat dengan saiz kumpulan minoriti, tingkat perbezaan diantara golongan minoriti
dengan majoriti dan juga kadar imigrasi.
Umumnya, kumpulan minoriti yang bilangan anggotanya lebih kecil mudah diasimilasikan
berbanding kumpulan minoriti yang bilangan anggotanya besar. Minoriti yang mempunyai
kebudayaan dan tradisi yang jauh berbeza daripada golongan majoriti sukar diasimilasikan.
Contohnya, di Thailand orang Melayu mengalami proses asimilasi yang menyebabkan nama,
bahasa, cara hidup kecuali agama disatukan dengan amalan dan cara hidup orang Thai. Di
Malaysia, proses asimilasi berlaku bagi masyarakat Jawa, Cina Kelantan, Baba dan Nyonya.
Namun, asimilasi bagi etnik Cina Kelantan serta Baba dan Nyonya berlaku dalam konteks
budaya tanpa melibatkan kepercayaan atau agama.
Dalam konteks politik di Malaysia, Malaysia juga menghadapi banyak masalah kerana
kepercayaan dan perbezaan dari segi agama tidak memungkinkan proses asimilasi berlaku.
Asimilasi dalam konteks budaya juga tidak berjalan lancar kerana setiap kaum melihat bahawa
budaya dan tamadun bangsa mereka masing-masing lebih dominan daripada yang lain. Orangorang India melihat keagungan tamadun Indus yang bermula pada 2500 S.M. lebih agung
daripada tamadun Melayu yang mereka lihat hanya bermula pada kira-kira lima ratus tahun
dahulu (jika Kesultanan Melaka menjadi tanda aras).
Kaum Cina pula melihat ketamadunan China yang bermula kira-kira 2000 S.M. di Peking
jauh lebih hebat daripada tamadun Melayu. Banyaklah elemen-elemen ketamadunan ini yang
boleh mereka rasionalkan untuk menyokong kelangsungan budaya mereka masing-masing.
Dengan perkiraan sebegini, kadangkala saya lihat bahawa kerajaan juga menjadi serba
salah dalam hal menentukan halatuju kebudayaan nasional. Misalnya, pada tahun 1982, Tun
Mahathir pernah menyatakan bahawa Budaya Melayu harus menjadi ciri-ciri utama budaya
nasional, supaya diterima dan diamalkan oleh semua kaum. Malah terdapat juga yang mahukan
budaya Melayu dijadikan satu-satunya elemen budaya nasional (dipetik daripada Munro-Kua
1996).

Walau bagaimanapun pada tahun 1995, Tun Mahathir dengan jelas menyatakan bahawa
konsep perpaduan kaum tidak lagi bertunjangkan kepada konsep yang berasaskan budaya
Melayu. Menurut Tun, Bangsa Malaysia membawa maksud rakyat yang dikenali sebagai
membawa identiti Malaysia, menuturkan bahasa Melayu dan meluhurkan Perlembagaan. Untuk
merialisasikan bangsa Malaysia, rakyat harus mula menerima kewujudan masing-masing
seada-adanya, tanpa mengira kaum dan agama (dipetik daripada Francis Loh Kok Wah dan
Khoo Boo Teik 2002). Ertinya rakyat Malaysia harus dilihat sebagai Melayu, Cina dan India
sebagimana terpancar melalui amalan budaya masing-masing. Konsep ini, dicondong kepada
konsep pluralisme.
Namun pendirian kerajaan yang sedemikian terhadap perpaduan kaum seperti berdiri atas
platform yang berbeza pula jika dilihat pada matlamat yang disokong oleh Wawasan 2020,
kerana ia diangkat sebagai suatu Bangsa Malaysia tanpa melihat perbezaaan warna kulit dan
amalan budaya. Secara idealnya, tidak akan wujud lagi Melayu, Cina atau India jika Wawasan
2020 direalisasikan. Konsep ini condong pula kepada konsep asimilasi.
Jelaslah bahawa di Malaysia pendekatan asimilasi dirujuk semula kerana pendekatan inilah
dilihat sebagai yang terbaik untuk membina perpaduan kaum yang tulen, sekurang-kurangnya
dalam konteks pelaburan bahasa ibunda etnik minoriti. Pendekatan sedemikian telah lama
dibuktikan terbaik bagi Malaysia, misalnya dalam konteks golongan Baba Nyonya di Melaka
dan juga di Pulau Pinang, golongan India peranakan atau Mami di Pulau Pinang, dan Arab
Peranakan telah meleburkan sehingga mengorbankan bahasa nenek moyang mereka. Malah di
kalangan golongan Baba Nyonya tercipta bahasa kreol mereka yang tersendiri yang pastinya
terbina daripada bahasa ibunda golongan majoriti Melayu yang lebih dominan.
Amat jelas juga kita lihat bahawa budaya golongan minoriti dalam konteks asimilasi sosial
teradun dalam acuan budaya Melayu meskipun secara halusnya terdapat perbezaan di sanasini. Namun, jika budaya nasional Malaysia boleh diterjemahkan sebagai budaya etnik peribumi
Melayu sebagai asasnya, maka saya lihat bahawa budaya Baba Nyonya, India Peranakan dan
Arab Peranakan ini telah menjelmakan satu proses perpaduan kaum yang tulen.
Namun realitinya dalam konteks kontemporari, dasar perpaduan kaum Kerajaan Malaysia
amat mesra dan bertoleransi terhadap bahasa etnik minoriti. Penggunaan bahasa etnik minoriti
tidak pernah dikenakan hukuman malah tidak pernah dilarang digunakan di mana-mana
sekolah di Malaysia, meskipun di sekolah-sekolah kebangsaan. Malah diwujudkan pula
9

sekolah-sekolah jenis kebangsaan dengan memberikan hak mutlak kepada etnik minoriti untuk
menggunakan bahasa ibunda mereka sebagai bahasa pengajaran.
Manakala dalam parti-parti seperti MIC,MCA dan UMNO kekal dalam budaya parti masingmasing tetapi sentiasa memerintah Negara bersama-sama. Selain itu, sekolah wawasan
didirikan dalam sebuah kawasan saling membantu bekerjasama antara satu sama lain tetapi
mereka tidak menggunakan unsur asimilasi dan pelajar-pelajar sekolah tersebut akan belajar
mengikut sekolah masing-masing sahaja dan mereka tidak bercampur dengan SK, SJKT dan
SJKC.
Isu perkauman memang tidak dapat dielakkan apabila terdapat golongan atau kumpulan
manusia yang mempunyai beberapa ciri kesamaan seperti biologi atau budaya cuba
mempertahankan golongan masing-masing dan pada masa yang sama menindas kaum lain.
Banyak organisasi politik dan sosial di negara kita dibentuk berasaskan kepada garis
perkauman atau etnik.
Organisasi sedemikian hanya memperjuangkan kepentingan dan merebut hak-hak yang
dirasakan perlu tanpa memikirkan kepentingan golongan lain, keharmoni dan kesejahteraan
negara. Negara kita juga pernah mengalami peristiwa berdarah akibat dari rusuhan kaum dalam
peristiwa 13 Mei 1969, sehinggakan keadaan darurat terpaksa diisytiharkan di seluruh negara
kita. Konflik ras juga boleh mengakibatkan pengasingan kumpulan-kumpulan tertentu dari segi
pelajaran perumahan dan pekerjaan.
Organisasi-organisasi yang demikian akan bersaing untuk mendapatkan sokongan seluas
mungkin dari kumpulan etnik masing-masing dengan menggunakan beberapa faktor penting
seperti persamaan bahasa, agama, ras atau pengenalan etnik. Apabila kepercayaan dan
tindakan demikian meluas dalam masyarakat, sudah tentu ia akan dapat mempengaruhi dan
kadang-kadang menentukan perkembangan politik dalam sesebuah negara.
Rusuhan kaum telah berlaku pada 13 Mei 1969, terutama antara kaum Melayu dengan Cina.
Tragedi ini berlaku sebaik sahaja selepas Pilihan Raya 1969 di mana parti-parti pembangkang,
terutama Parti Tindakan Rakyat (DAP) dan Gerakan mendapat kemenangan yang
memberangsangkan. Langkah-langkah yang diambil akibat kejadian tragedi 13 Mei 1969 untuk
menangani cabaran pembinaan Negara bangsanya dari segi penyatuan fahaman politik adalah,

10

sistem kerajaan campuran ditubuhkan untuk menggabungkan politik antara kaum masingmasing.
Kejayaan dan kegagalan Asimilasi di Malaysia
Kejayaan asimilasi di Malaysia adalah kesanggupan etnik minoriti menghilangkan identity
mereka dan menerima identiti etnik lain. Selain itu, Sanggup menerima etnik majoriti menerima
etnik lain. Kelompok minoritinya adalah kecil dan terdapat banyak persamaan budaya antara
etnik.
Kegagalan

asimilasinya

adalah,

selalu

kurang

pengetahuan

kebudayaan

sehingga

menimbulkan perasaan takut terhadap budaya lain. Selalu menimbul perasaan bahawa budaya
sesuatu etnik lebih tinggi dari etnik lain. Selain itu, selalu wujud perbezaan kepentingan antara
etnik yang terlibat dalah unsur asimilasi ini. Penguasaan dalam sesuatu bidang khususnya oleh
etnik minoriti.
Penutup
Sebagai rakyat yang hidup dalam masyarkat majmuk, kita harus peka dan faham keperluan dan
kehendak rakyat kumpulan majoriti disekeliling kita. Kepelbagaian etnik seperti Malaysia
memerlukan tolak ansur, faham memahami, hormat mnghormati, setiakawan, tolong menolong
dengan nilai perpaduan dan integrasi sama ada negara diwaktu senang ataupun susah tanpa
memandang kaum. Konsep Satu Malaysia yang diamalkan masa kini amat sesuai untuk
menyatu padukan rakyat tanpa mengenal etnik, agama dan anutan ideologi politik.

11

Anda mungkin juga menyukai