Anda di halaman 1dari 2

CABARAN – CABARAN YANG DIHADAPI

1. (ASPEK PENDIDIKAN)

PENUTUPAN SEKOLAH, KOLEJ DAN UNIVERSITI

- Penutupan sekolah, kolej dan universiti ini merupakah salah satu cabaran yang dihadapi
generasi Z
- Sekolah-sekolah telah ditutup bagi tempoh yang panjang. Menurut laman pemantauan
UNESCO, Malaysia tergolong dalam kalangan sekumpulan negara yang paling lama
menutup sekolah.
- Walaupun secara rasminya pengajaran dan pembelajaran dari rumah tetap berjalan
dalam tempoh penutupan sekolah, keberkesannya sangat minimum. Di samping
masalah ketiadaan gajet dan talian internet, ramai murid tidak mempunyai suasana
pembelajaran yang kondusif di rumah.
- Tidak semua murid mempunyai kemewahan bilik belajar, hatta ruang atau meja belajar
sendiri. Tidak hairanlah jika kajian menunjukkan secara purata 80 peratus murid sahaja
yang hadir dalam PdPR, itupun dalam kadar keberkesanan yang berbeza.
- Purata ini muncul kerana adanya golongan yang mempunyai capaian internet yang
rendah mengakibatkan mereka tidak dapat menghadiri PdPr secara atas talian.
- Akibatnya, kini terhasil generasi yang tersisih daripada menjalani pendidikan formal.
Mereka kehilangan peluang belajar yang sempurna. Sebahagian langsung tidak
menjalani apa-apa pembelajaran dalam tempoh pandemik ini. UNESCO menamakan
mereka sebagai 'the lost generation', atau generasi yang hilang.
- Ini jelas menunjukkan cabaran ini adalah salah satu cabaran yang ketara bagi Generasi Z
dalam aspek akademik mereka.
-
2. (ASPEK SOSIAL)
PERUBAHAN NORMA SOSIAL
- Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang berlanjutan di Malaysia juga memberikan
cabaran dalam memupuk nilai sosial dalam kalangan remaja yakni generasi Z.
- Ini kerana norma PKP yang mengakibatkan golongan ini terperuk di dalam rumah
menyebabkan mereka kurang berkomunikasi
- Hilang sifat menghormati, cara bertegur sapa dengan golongan yang lebih tua
- Norma ini juga memberi cabaran dalam membina keyakinan diri. Ini kerana, kurangnya
pergaulan bakal memberikan kesan dalam keyakinan diri untuk bercakap dalam
khalayak ramai dan juga bergaul secara berdepan
- Cabaran dari kawalan segi pengunaan media sosial. Ini kerana Cabin Fever atau sindrom
‘terperuk’ ini mengakibatkan penggunaan media sosial yang berlebihan.
- Penggunaan yang berlebihan ini juga boleh mengakibatkan penyalahgunaan media
sosial.
- Jadi, ini memberikan cabaran bagi mereka sendiri untuk mengawal penggunaan media
sosial ini
- Cabaran-cabaran sosial ini amatlah memberikan kesan dalam aspek sosial golongan ini
3. (ASPEK EKONOMI)
KEKURANGAN PELUANG PEKERJAAN
- Generasi Z tidak dapat lari daripada berhadapan cabaran untuk mendapatkan peluang
pekerjaan
- Alam pekerjaan merupakan destinasi yang terkahir kepada kebanyakan pelajar yang
telah menamatkan pengajian
- Namun saingan untuk memasuki bidang pekerjaan amatlah tinggi
- Kelulusan akademik sahaja belum tentu menjanjikan seseorang itu menjawat jawatan
yang diimpikan
- Sebaliknya, inidividu yang mempunyai kemahiran dan juga pengalam bekerja lebih
mempunyai peluang yang tinggi bagi menjawat sesuatu jawatan
- Tambahan pula mereka terpaksa berasing dengan generasi yang terdahulu yang sudah
pastinya berpengalaman dalam bekerja
- Persaingan dengann buruh luar yang membajiri tanah bertuah ini juga memberi satu
halangan hebat bagi generasi Z untuk menduduki alam pekerjaan

Anda mungkin juga menyukai