Anda di halaman 1dari 4

Nilai pendidikan atau education value merupakan perkara penting yang perlu ada pada setiap para pendidik

bagi membentuk modal insan yang berilmiah dan bermoral tinggi. Nilai pendidikan perlu dilaksanakan dalam bilik darjah supaya proses pengajaran dan pembelajaran dapat mencapai objektif yang dikehendaki. Melalui nilai pendidikan ini, objektif serta hasil pembelajaran dapat dicapai, manakala murid-murid dapat menguasai topik-topik yang telah dipelajari. Justeru itu, nilai pendidikan yang dipegang teguh ini menglibatkan cara pemikiran, amalan serta cara pengendalian sesuatu sesi pengajaran dan pembelajaran. Perkara asas yang perlu didokong oleh guru dalam pelaksanaan nilai pendidikan ialah dengan mengamalkan pembelajaran bermakna dalam setiap pengajaran dan pembelajaran. Penggunaan pelbagai teknik pengajaran yang bersesuaian dalam bilik darjah dapat menyediakan suasana pembelajaran yang teraputik sekaligus meningkatkan tahap pemahaman murid terhadap tajuk pembelajaran tersebut. Sekiranya guru menggunakan teknik pengajaran yang tidak bersesuaian dengan tahap pembelajaran murid, maka ilmu yang disampaikan tersebut tidak dapat dikuasai oleh murid. Hal ini disokong oleh Koh Boh Koon (1990) yang menyatakan sesetengah teknik pengajaran yang digunakan dalam bilik darjah adalah kurang berkesan terhadap pembelajaran. Pada mulanya saya tidak mengamalkan nilai pendidikan dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Apabila proses pengajaran dan pembelajaran berlangsung, saya mengutamakan hasil yang diperoleh berbanding dengan proses yang digunakan bagi mencapai objektif tersebut. Misalnya, saya mengkehendaki setiap murid menguasai penulisan mekanis dengan baik, saya menyuruh mereka menyalin petikan yang terdapat dalam buku teks dalam tempoh yang diberikan. Kesannya, terdapat murid yang tidak sempat menyalin petikan teks yang panjang dalam tempoh masa yang telah ditetapkan. Segelintir daripada murid tersebut hanya dapat menyalin sebahagian daripada petikan teks tersebut sahaja. Pembelajaran yang kurang efektif ini gagal memberikan manfaat kepada murid yang lemah dalam penulisan mekanis. Bagi memastikan nilai pendidikan dapat diterapkan kepada murid yang lemah, saya perlu menekankan kepentingan menguasai kemahiran menulis supaya mereka dapat mengaplikasikannya dalam kehidupan seharian. .

Malah, saya percaya bahawa strategi pengajaran yang pelbagai dapat membantu murid menguasai sesuatu kemahiran. Namun begitu, semasa saya mengajar mata pelajaran bahasa Melayu, saya telah menggunakan cara pengajaran yang statik dan tidak berubah. Saya selalu melaksanakan aktiviti menulis yang menglibatkan petikan yang panjang dan membiarkan mereka menyalin petikan tersebut secara individu. Hal ini menyebabkan murid sukar menghabiskan aktiviti menyalin petikan dalam tempoh yang telah ditetapkan. Jadi, bagi penambahbaikkan pengajaran, saya akan mengaplikasikan strategi yang bersesuaian agar dapat memberi rangsangan yang lebih baik kepada murid bagi menguasai penulisan mekanis. Menerusi nilai pendidikan dalam proses pengajaran dan pembelajaran bahasa Melayu, setiap murid mempunyai peluang yang sama rata untuk belajar tanpa mengira tahap kebolehan. Namun begitu sepanjang tempoh praktikum, saya memberikan tumpuan sepenuhnya kepada murid-murid yang lebih bijak dalam pembelajaran. Kadang kala saya terlepas pandang muridmurid yang lemah terutamanya apabila pengajaran topik yang menekankan kemahiran yang lebih sukar untuk diajar. Semasa proses pengajaran juga, saya turut memfokuskan terhadap golongan yang proaktif dan berminat untuk belajar berbanding dengan murid-murid yang pasif dan tidak berminat untuk belajar. Hal sedemikian telah mengeruhkan lagi keadaan apabila golongan yang lemah merasa bosan terhadap proses pengajaran berikutan tidak mendapat sebarang manfaat di dalam bilik darjah. Justeru itu, saya perlu memperbaiki amalan guru dengan memberikan perhatian dan tumpuan kepada mereka supaya potensi dan kebolehan dapat dikembangkan secara optimum dalam sesuatu kemahiran. Penyelidikan tindakan ini memberi saya peluang untuk memperbaiki diri dan amalan saya dalam sesi pengajaran dan pembelajaran. Saya berharap agar nilai-nilai pendidikan yang saya pegang akan sentiasa dapat diamalkan.

1.1 Refleksi Nilai Pendidikan Menurut Robiah Sidin dan Juriah Long (2001) pendidikan merupakan satu institusi sosial yang memainkan peranan penting dalam penyediaan tenaga kerja pakar, teknikal dan profesional. Pendidikan juga membentuk sikap, nilai serta set minda seperti bersedia untuk

menerima perubahan, inovasi serta penggunaan sains dan teknologi dalam bidang kerja dan kehidupan seharian terutamanya di kalangan generasi muda. Tujuan pelaksanaan kajian tindakan ialah menilai dan menambah baik amalan pengajaran dan pembelajaran guru dalam bilik darjah. Perkara ini merupakan salah satu usaha golongan pendidik bagi meningkatkan potensi dan prestasi yang maksimum dalam penyebaran ilmu kepada anak bangsa. Pendapat ini disokong oleh Ng Kim Choy (2001) dalam kajiannya yang menyatakan bahawa Kajian Tindakan adalah satu langkah berterusan oleh guru untuk menilai dan mengesan keberkesanan amalan sendiri. Melalui langkah-langkah mengesan dan menilai itu data dikumpul untuk dijadikan panduan mengubahsuai amalan lalu supaya keberkesanan amalan mengajar seterusnya dapat ditingkatkan. Selain memperbaiki amalan guru, Kajian Tindakan juga dapat menghasilkan para pendidik yang berfikiran proaktif menerusi refleksi pengajaran dan nilai pendidikan yang dilakukan dalam setiap proses pengajaran dan pembelajaran. Pemikiran guru yang proaktif ini sekaligus mendorong pelajar untuk mengikuti proses pengajaran dan pembelajaran berikutan bahan pengajaran yang disediakan oleh guru menarik minat murid. Malah penyediaan bahan pengajaran yang menarik juga turut menjadikan guru berinovatif kerana dapat mencipta sesuatu yang baru dengan menyumbangkan idea dalam pendidikan bagi kegunaan pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas. Menurut Ng Kim Choy (2001), dalam usaha untuk memahami proses pengajaran dan pembelajaran, langkah-langkah kajian ditumpukan untuk meningkatkan keberkesanan aktiviti pengajaran dan pembelajaran bukan untuk menentukan atau mengenalpasti sama ada sesuatu langkah lebih baik atau berkesan daripada yang lain. Pendekatan atau bahan pengajaran dan pembelajaran yang dianggap baik boleh digunakan untuk menangani sebarang masalah pembelajaran yang dikaji. Antara manfaat daripada pelaksanaan Kajian Tindakan ialah dapat mempertingkatkan prestasi murid ke tahap yang lebih optimum. Malah guru juga dapat melaksanakan perbandingan terhadap prestasi murid menerusi analisis data bagi melihat keberkesanan kajian yang telah dilaksanakan. Melalui kajian tindakan, penggunaan kaedah yang berbeza dalam pengajaran dapat

menarik minat murid untuk mengikut proses pengajaran dan pembelajaran guru sewaktu di dalam kelas. Nilai pendidikan di negara ini juga akan semakin meningkat dengan adanya Kajian Tindakan melalui kaedah-kaedah yang digunakan oleh guru sewaktu pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas adalah berlainan daripada sebelumnya kerana ia juga dapat memberi kesan yang positif kepada para pelajar. Ini kerana para guru telah memberikan satu kaedah atau tindakan yang berguna kepada pelajar dan menjadikan sesuatu pengajaran itu menarik sewaktu di dalam kelas dan dapat memberi rangsangan yang positif pada pemikiran pelajar. Dengan adanya Kajian Tindakan yang dilakukan oleh para guru, masyarakat turut dapat menambah ilmu pengetahuan dan ilham dengan melihat contoh-contoh yang telah dilaksanakan oleh para pengkaji dalam menjadikan pendidikan negara ini semakin meningkat naik dan berkualiti tinggi dalam menghadapi era globalisasi pada masa hadapan.

Anda mungkin juga menyukai