0% menganggap dokumen ini bermanfaat (0 suara)
303 tayangan12 halaman

Kesihatan Diri

Ringkasan dokumen tersebut adalah: 1. Dokumen tersebut membahasakan aspek-aspek pengurusan kesihatan diri dan pendidikan kesihatan keluarga, termasuk cara menjaga kebersihan tubuh, mengurus tahap kesihatan, pemakanan yang sihat, berat badan, dan stres. 2. Matlamat pendidikan kesihatan keluarga adalah meningkatkan pengetahuan, sikap, dan kemahiran untuk mengamalkan
Hak Cipta
© © All Rights Reserved
Kami menangani hak cipta konten dengan serius. Jika Anda merasa konten ini milik Anda, ajukan klaim di sini.
Format Tersedia
Unduh sebagai DOC, PDF, TXT atau baca online di Scribd
0% menganggap dokumen ini bermanfaat (0 suara)
303 tayangan12 halaman

Kesihatan Diri

Ringkasan dokumen tersebut adalah: 1. Dokumen tersebut membahasakan aspek-aspek pengurusan kesihatan diri dan pendidikan kesihatan keluarga, termasuk cara menjaga kebersihan tubuh, mengurus tahap kesihatan, pemakanan yang sihat, berat badan, dan stres. 2. Matlamat pendidikan kesihatan keluarga adalah meningkatkan pengetahuan, sikap, dan kemahiran untuk mengamalkan
Hak Cipta
© © All Rights Reserved
Kami menangani hak cipta konten dengan serius. Jika Anda merasa konten ini milik Anda, ajukan klaim di sini.
Format Tersedia
Unduh sebagai DOC, PDF, TXT atau baca online di Scribd

1.

PENDAHULUAN

Kesihatan ditakrifkan sebagai "ketiadaan penyakit" yang membawa erti bahawa jika
seseorang itu tidak mengalami apa-apa kecederaan, kekecewaan, atau penyakit pada satusatu masa tertentu, maka dia akan berpendapat bahawa dirinya sihat. Takrifan ini,
walaupun biasa digunakan, tidak menggambarkan maksud kesihatan secara menyeluruh.
Lon Seiger, Debbie Kanipe, Ken Vanderpool dan Duke Barnes. (1998). Takrifan
kesihatan yang lebih menyeluruh dan holistik dikemukakan oleh Persatuan Kesihatan
Sedunia sebagai "Suatu keadaan kesempurnaan fizikal, mental dan sosial yang
mencukupi, dan bukannya hanya ketiadaan penyakit atau kelemahan". Di sini,
kesihatan terbentuk hasil dari satu keadaan keseimbangan di antara seseorang individu
dengan persekitaran fizikal, biologi dan sosialnya.
Gaya hidup yang berlebihan ini akan mengakibatkan tekanan dan akhirnya memberi
kesan timbulnya pelbagai penyakit. Kesihatan jasmani boleh dikekalkan melalui
pengambilan makanan yang sihat dan seimbang serta melakukan aktiviti fizikal seperti
senaman. Kita juga perlu menjauhkan diri daripada tabiat merokok yang boleh
merosakkan kesihatan. Kesihatan jasmani yang baik juga akan memberi kesan kepada
kesihatan rohani yang mantap.

2.0

SOALAN 1: ASPEK

PENGURUSAN

KESIHATAN

DIRI

DAN

PENDIDIKAN KESIHATAN KELUARGA


2.0

PENGURUSAN KESIHATAN DIRI


Pengurusan Kesihatan Diri yang baik akan menjamin tahap kesihatan yang sentiasa
sempurna. Pengetahuan dan kemahiran mengurus kesihatan diri menjadi asset yang
penting untuk hidup sihat sepanjang hayat.
Pengurusan kesihatan diri terdiri daripada:

A. Pengurusan Kebersihan Tubuh

Kebersihan tubuh badan adalah penting untuk menjaga kesihatan diri kita. Kita harus
menjaga kebersihan tangan, kaki, gigi, kulit dan rambut. Tubuh badan kita
memerlukan masa rehat yang secukupnya untuk memulihkan tenaga dan minda. Oleh
itu, kita harus mendapat tidur yang cukup dan berkualiti

Aspek kebersihan fizikal yang perlu diuruskan adalah:

i.

Menjaga kebersihan tangan


1. Amalan ini perlu dalam situasi berikut
a) sebelum dan selepas makan
b) selepas menggunakan tandas
-

Membersihkan tangan menggunakan sabun adalah mencukupi


untuk membersihkan kotoran.

ii.

Menjaga kebersihan kaki


-

Sentiasa menjaga alas kaki seperti kasut atau selipar

Kaki perlu dibasuh atau dikeringkan

.
iii.

Menjaga kebersihan gigi


-

Berus gigi selepas makan,sebelum tidur dan selepas tidur supaya


sisa makanan tidak terlekat dicelah-celah gigi dan menjaga gigi
supaya tidak rosak.

iv.

Dapatkan rawatan berkala sekurang-kurangnya enam bulan sekali.

Menjaga kesihatan kulit


3

Penjagaan kesihatan kulit meliputi pemeliharaan kulit luar dan


kulit dalam.

Memakan makanan yang seimbang. Amalan ini mengwujudkan


kesihatan yang baik yang merupakan pra syarat bagi kulit yang
baik.

Sentiasa bersenam kerana kulit yang sihat memerlukan senaman.

v.

Menjaga kesihatan rambut


-

Rambut perlu dibasuh dengan syampu yang sesuai mengikut


keadaan rambut semasa kering atau berminyak.

Rambut seharusnya diikat setiap hari untuk memastikan minyak


rambut dialir sama rata dan untuk memberi stimulasi kepada kulit
kepala dengan menggalakan pengedaran darah.

B. Pengurusan Tahap Kesihatan


Pemeriksaan kesihatan perlu dilakukan sama ada di hospital atau klinik untuk
mengetahui tahap kesihatan diri sendiri. Sesetengah penyakit merupakan pembunuh
senyap seperti penyakit jantung dan strok. Melalui pemeriksaan kesihatan, seharusnya
kita tahu tanda-tanda awal sesuatu penyakit melalui pemeriksaan tahap glukos di
dalam darah untuk penyakit kencing manis(diabetis), pemeriksaan tekanan darah,
pemeriksaan paras kolestrol, pemeriksaan Indeks Jisim Tubuh, pemeriksaan kanser
dan ujian kadar lemak.
Pengurusan kesihatan diri yang baik dapat menghindarkan banyak perkara yang
berkaitan dengan penyakit. Antara faedah-faedah yang diperolehi ialah seperti dapat
mengurangkan kematian berkait gaya hidup yang tidak sihat, meningkatkan jangka
hayat dan tahap kesihatan, bebas dari penyakit kronik dan mengurangkan belanjawan
rawatan.

C. Pengurusan Pemakanan yang Sihat


Pemakanan sihat adalah mengenai memenuhi keperluan pemakanan harian anda, dan
pada masa yang sama, mengelakkan kekurangan atau berlebihan zat yang boleh
menyumbang kepada risiko penyakit yang berkaitan dengan pemakanan. Ia meliputi
membuat keputusan yang bijak tentang apa jenis makanan yang harus dimakan dan
bagaimana mengamalkan tabiat makan yang sihat.
Nikmatilah pelbagai jenis makanan dengan memakan pelbagai jenis makanan yang
membekalkan pelbagai tenaga yang diperlukan oleh tubuh badan seperti karbohidrat,
protein, lemak, vitamin, mineral dan gentian. Dengan kombinasi makanan tersebut,
barulah badan kita akan memperolehi tenaga dengan baik. Piramid makanan amat
penting dalam penyediaan makanan seharian. Dengan mengikuti piramid makanan
yang betul, badan kita akan sihat dan cergas dan tidak mengalami sebarang jenis
penyakit akibat daripada permakanan yang salah.
Piramid Makanan

D. Pengurusan Berat Badan

Masalah berat badan berlebihan atau obesiti akan meningkatkan risiko terhadap penyakit
jantung koronari, strok, diabetes, tekanan darah tinggi dan sesetengah jenis kanser
(terutamanya kanser hempedu, kanser ovari dan kanser payudara). Ia juga memburukkan
masalah artritis dan pernafasan.
Dengan mengekalkan berat badan yang sihat, anda boleh mengelakkan masalah kesihatan
dan akan kelihatan lebih menarik. Sebaliknya, jika anda terlalu kurus atau terlalu gemuk,
risiko anda mendapat masalah kesihatan akan meningkat.

Indeks Jisim Tubuh (IJT) dikira sebagaimana berikut;


IJT

berat (kg)
Tinggi (m) X Tinggi (m)

E. Pengurusan Stres
Stres adalah tindakbalas fizikal, emosi dan mental seseorang kepada perubahan / cabaran.
Stres boleh berlaku kepada sesiapa sahaja tidak mengira umur, jantina, bangsa atau
agama. Tindakbalas yang tidak sihat terhadap stres boleh berlaku apabila individu
mengalami stres yang melampaui tahap yang boleh diterimanya.
Sebenarnya gaya hidup kita boleh menyebabkan kita sentiasa berada di dalam keadaan
stress. Kebanyakan dari kita telah dilatih semenjak kita kecil lagi untuk bertindak pada
tahap yang sebaik-baiknya. Bila kita tidak mencapai apa yang diharapkan maka kita akan
kecewa. Semua ini mendatangkan tekanan kepada kita
PUNCA STRES
Punca-punca atau faktor-faktor yang boleh menyebabkan stres ialah:
i) Dalam Diri Sendiri
ii) Psikologi
iii) Biologi
iv) Sosial
Walau bagaimanapun, stres perlu ditangani secara berterusan bagi memastikan
individu itu sihat secara fizikal, emosi dan minda. Ini boleh dilakukan melalui
beberapa tindakan susulan seperti berikut:

Tahu Tanda-Tanda Stres

Kenalpasti Punca-Punca Stres

Berfikir Secara Positif

Tingkatkan Kemahiran Penyelesaian Masalah

Mengamalkan Komunikasi Interpersonal Berkesan

Tegas Diri (Asertif)

3.0

PENDIDIKAN KESIHATAN KELUARGA


Pendidikan kesihatan keluarga adalah bertujuan untuk meningkatkan status kesihatan ke
peringkat yang optimum melalui usaha dan kemampuan setiap ahlinya. Dalam konteks
pendidikan kesihatan keluarga, kesihatan dilihat bukan sebagai satu matlamat yang ingin
dikejar tetapi ia dijadikan sebagai suatu amalan kehidupan seharian. Pendek kata, ia
melibatkan usaha-usaha setiap ahli dalam keluarga itu untuk mencapai tahap kesihatan
yang baik demi kesejahteraan mereka.
Berikut adalah elemen keluarga sihat yang menjadi teras dalam pendidikan kesihatan
keluarga:

Dalam pendidikan kesihatan keluarga, cara hidup sihat adalah satu asset untuk kehidupan
seharian. Kita perlu mencapai dan mengekalkan kesihatan yang baik supaya kita dapat
menjalani kehidupan seharian dengan mudah dan yang terbaik mengikut kemampuan
kita. Oleh itu, pendidikan kesihatan keluarga bukan setakat melihat kepada aspek
kesihatan sahaja tetapi perlu melihat kepada aspek ekonomi dan sosial.

3.1

MATLAMAT PENDIDIKAN KESIHATAN KELUARGA


Matlamat pendidikan kesihatan keluarga ialah untuk meningkatkan pengetahuan,
sikap serta kemahiran dalam mengamalkan tingkah laku yang sihat supaya dapat
menuju atau mencapai taraf kesihatan keluarga yang optimum. Keluarga sihat
ditakrifkan sebagai keluarga yang memenuhi keperluan fizikal, psikologikal,
sosial dan kerohanian ahli-ahlinya. Dengan memenuhi keperluan asas ini,
keluarga boleh mencapai kesejahteraan optimum dari segi fizikal, mental, emosi,
rohani dan sosial (Kementerian Kesihatan Malaysia,2001). Ini mampu melahirkan
generasi rakyat Malaysia yang sihat dan cergas pada masa akan datang.

3.2

OBJEKTIF PENDIDIKAN KESIHATAN KELUARGA


vi.

Mengubah tingkah laku kesihatan daripada aspek pengetahuan sikap dan


amalan ke arah mengurangkan risiko mendapat penyakit yang berkaitan
dengan amalan cara hidup yang tidak sihat.

vii.

Melihat peranan keluarga dalam konteks yang lebih makro, iaitu


pembangunan sesebuah negara. Jika institusi keluarga sihat, masyarakat sihat
dan negara pun sihat.

viii.

Keluarga sebagai salah satu segmen utama sesebuah masyarakat dalam


menyalurkan input berkaitan mesej-mesej kesihatan sama ada daripada pihak
kerajaan, swasta ataupun pihak badan bukan kerajaan (NGOs).

ix.

Meningkatkan tahap literasi kesihatan dalam kalangan rakyat Malaysia, iaitu


keupayaan setiap ahli keluarga seperti ibu bapa dan anak untuk mencapai,
menilai dan memahami maklumat asas kesihatan yang disampaikan serta
bagaimana mereka menggunakan maklumat tersebut kea rah mencapai
tingkah laku kesihatan yang dikehendaki (Conttrell, Girvan & Mckenzie,
2002).

3.3

KANDUNGAN PENDIDIKAN KESIHATAN KELUARGA


3.3.1

TUBUH BADAN MANUSIA


Tubuh badan manusia terbahagi kepada beberapa sistem. Dalam setiap
sistem terdapat beberapa organ dan jaringan yang mempunyai peranan
tersendiri.
Sebagai sebuah sistem, setiap organ dan jaringan saling bergantungan di
antara satu sama lain tetapi mempunyai matlamat yang sama iaitu
mengekalkan keseimbangan.

3.3.2

KESIHATAN DIRI DAN KELUARGA


Tunjang utama kepada kesihatan diri dan keluarga ialah amalan cara hidup
sihat. Amalan cara hidup sihat dapat mengurangkan risiko mendapat
penyakit seperti penyakit jantung, kencing manis, darah tinggi, kanser dan
buah pinggang.
Kesihatan diri dan keluarga berfokus kepada:

Kebersihan Tubuh Badan


Penjagaan kebersihan tubuh badan ialah melalui mandi, memotong
kuku, memberus gigi serta membasuh tangan. Penjagaan
kebersihan tubuh badan dapat menghindar seseorang dari jangkitan
kuman.

Amalan Pemakanan Sihat


Amalan pemakanan sihat dalam sesebuah keluarga memerlukan
perancangan, penyediaan dan penyajian makanan yang seimbang
untuk keluarga. Makanan yang sihat tidak semestinya makanan
yang mahal.

10

Melakukan Aktiviti Senaman dan Kecergasan Fizikal


Amalkan bersenam sekurang-kurangnya tiga kali seminggu dengan
setiap sesi sekurang-kurangnya selama 30 minit.

Amalan Kesihatan Mental yang Baik


Amalkan pemikiran dan sikap yang positif sebagai salah satu
langkah ke arah kesihatan mental yang baik.

Tidak Merokok
Merokok merupakan salah satu amalan yang meningkatkan risiko
seseorang itu mendapat penyakit seperti kanser, penyakit jantung
dan kencing manis. Seseorang yang ingin berhenti merokok boleh
mendapatkan khidmat nasihat atau panduan berhenti merokok
daripada klinik kesihatan kerajaan yang berhampiran

Penjagaan Kesihatan Ibu dan Anak


Komponen-komponen dalam penjagaan kesihatan ibu dan anak
ialah:
i.
ii.
iii.

Perancangan Keluarga
Kesihatan Ibu Hamil dan Selepas Bersalin
Kesihatan Bayi

Peranan Keluarga
Keluarga sihat terdiri daripada ahli-ahli keluarga yang sihat dari
segi fizikal, psikologi, sosial dan kerohanian. Keluarga adalah
sumber utama sokongan sosial dan pendidikan serta penjagaan
kesihatan. Ahli keluarga yang mempunyai emosi yang stabil
beruapaya menikmati kebahagiaan, cekal, boleh diharap, mampu
menangani masalah dan mempunyai keyakinan diri.

11

Institusi Perkahwinan
Matlamat perkahwinan itu sendiri harus jelas, tanggungjawab,
peranan mahupun hak yang dimainkan oleh pihak yang terlibat
dalam sistem perkahwinan mahupun rumahtangga harus difahami,
dihayati dan dizahirkan melalui perbuatan secara adil dan
bijaksana.

3.3.3

NILAI MORAL DAN AGAMA


Terdapat isu-isu seksualiti dan gender yang berkaitan dengan nilai moral
dan agama yang dibincangkan seperti berikut:
Seksualiti
Isu-isu berkaitan dengan masalah kesihatan seksualiti seperti
kehamilan remaja, kes membuang anak, kes rogol, pencabulan,
homoseksual dan sumbang mahran sering menjadi topik hangat
perbincangan.

Gender
Isu-isu yang berkaitan dengan peranan gender pula adalah seperti
bertingkah laku melampaui batas dari nilai dan norma yang
ditetapkan oleh masyarakat sebagai sesuai untuk lelaki dan
perempuan.

12

Anda mungkin juga menyukai