Anda di halaman 1dari 5

3.

EMPAT BIDANG DALAM PENDIDIKAN SENI VISUAL

3.1

Menggambar

Bidang ini menekankan perkembangan imaginasi, kreativiti dan ekspresi diri.


Kegiatan menggambar merangkumi penerokaan kesan seni serta mengenali pelbagai
alat, bahan dan kegunaannya. Kegiatan menggambar akan memperkenalkan pelbagai
kemahiran asas dan teknik dalam proses rekaan. Kesedaran melalui pemerhatian alam
persekitaran

menjadi

fokus

kegiatan

menggambar.

Kegiatan

ini

dapat

memperkembangkan persepsi visual murid dan kesedaran terhadap asas seni reka
seperti warna, garisan, susunan dan kesannya.
Sebagai contoh, aktiviti montaj dapat dijalankan di dalam bilik seni dengan
menggunakan ruang P&P. Pada bahagian set induksi, guru menunjukkan tayangan
slaid tentang pelbagai contoh hasil gambar teknik montaj dengan menggunakan layar
putih di hadapan papan tulis. Guru bersoaljawab tentang gambar yang telah dihasilkan
dengan murid. Berdasarkan tayangan slaid itu, murid-murid dapat menyatakan ciriciri sebuah montaj, iaitu susunan gambar yang mempunyai tema. Guru menggunakan
persembahan powerpoint menerangkan bagaimana menghasilkan montaj. Tajuk
montaj yang ingin dihasilkan ialah Perhiasan Diri/Aksesori
Guru membawa murid ke sudut menggambar dan mengenalpasti bahan-bahan yang
akan digunakan untuk menghasilkan montaj. Di sudut menggambar guru menunjuk
cara memotong dan menampal motif mengikut susunan di atas permukaan kertas.
Selepas itu, murid-murid diberikan gambar-gambar perhiasan diri dan alatan seperti
gunting, gam serta kertas lukisan dan membuat aktiviti di ruang P&P yang disediakan
meja dan kerusi murid yang memberi keselesaan untuk menjalankan aktiviti tersebut.

Meja dan Kerusi murid di ruang P&P

Guru membimbing murid cara-cara menyusun gambar-gamabar supaya kelihatan


lebih menarik. Hasil kerja murid dipamerkan di sudut menggambar dan murid dapat
membanding dan membezakan kesan gambar yang dihasilkan.

Panel pameran Menggambar

3.2

Membuat Corak dan Rekaan

Bidang ini membolehkan murid mengenali dan mengkaji pelbagai corak dalam alam
dan kehidupan seharian. Bahagian ini menegaskan kegiatan mengenal motif dan
olahannya untuk menghasilkan rekaan corak tertentu. Kegiatan ini memberi peluang
kepada murid membuat rekaan corak tidak terancang, corak terancang dan juga corak
tradisional dengan teknik tertentu.
Salah satu contoh bidang ini ialah aktiviti lipatan dan guntingan. Guru
memperkenalkan tajuk bagi membuat corak dan rekaan, iaitu penanda buku dan
mempamerkan beberapa contoh penanda buku yang sudah siap di ruang P&P dan
bersoal jawab dengan murid bagaimana corak yang dihasilkan. Di sudut Membuat
Corak dan Rekaan, guru menunjukkan alatan dan bahan yang disediakan seperti
gunting, kertas warna, gam, manila kad dan tali benang.

Sudut Membuat Corak dan Rekaan

Guru menerangkan konsep lipatan dan guntingan dengan menunjuk cara bagaimana
membuat lipatan dan guntingan pada kertas warna untuk mendapat corak. Guru
menunjuk cara hasil corak itu tadi digunakan pada kertas manila yang digunting
mengikut kreativiti untuk dijadikan penanda buku. Selepas penerangan daripada guru,
murid-murid membuat aktiviti di ruang P&P dengan bimbingan guru. Hasil kerja
murid akan dipamerkan di sudut Membuat Corak dan Rekaan.

Sudut Pameran Membuat Corak dan Rekaan

3.3

Membentuk dan Membuat Binaan

Bidang kegiatan membentuk dan membuat binaan juga mendedahkan murid dengan
penggunaan pelbagai bahan, alat dan teknik penghasilan. Ini memberi peluang kepada
murid berinteraksi secara kreatif dengan alat dan bahan, semasa menjalankan proses
penghasilan seni di dalam bilik seni. Kegiatan ini juga memberi peluang kepada
murid membuat rujukan kepada objek sebenar yang disediakan di sudut pameran
Membentuk dan Membuat Binaan yang dikhaskan di dalam bilik seni. Perbandingan
ini akan memberi kesedaran bahawa idea dan kreativiti mempunyai fungsi dan makna.
Aspek apresiasi hasil kerja diadakan sebagai satu proses pembelajaran. Penggunaan
komputer di ruang akses ICT dapat membantu murid membuat rujukan serta lakaran
tentang bentuk, ruang, struktur, imbangan dan kestabilan sesuatu objek yang ingin
dihasilkan.

Salah satu bidang ini ialah aktiviti membentuk dan membuat mobail yang bertajuk
Pasu Bunga Gantung. Guru membawa murid ke sudut Membentuk dan Membuat
Binaan dan memperkenalkan contoh-contoh mobail yang dipamerkan di sudut
tersebut.

Contoh mobail ikan

Sudut Pameran Membentuk dan Membuat Binaan

Guru menerangkan dan menunjuk cara bagaimana membuat mobail yang mudah, iaitu
pasu bunga gantung dengan alatan dan bahan yang disediakan, iaitu kertas lukisan
(boleh dibahagi dua), gunting, gam dan warna.
Selepas penerangan daripada guru, murid-murid membuat aktiviti di ruang P&P
dengan bimbingan guru. Murid-murid juga digalakkan meneroka internet tentang
sesuatu mobail di ruang akses ICT. Contoh hasil kerja murid dengan bimbingan guru
akan dipamerkan di sudut Membentuk dan Membuat Binaan.

Hasil kerja murid

3.4

Mengenal Kraf Tradisional

Bidang ini memberi kesedaran tentang adanya beberapa jenis kraf tradisional dalam
budaya tanah air. Kegiatan kraf tradisional memperkenalkan fungsi, proses dan teknik
membuat, alat dan bahan, motif, corak dan hiasan. Aspek apresiasi hasil kerja
diadakan sebagai satu proses pembelajaran yang merangkumi pengenalan, proses
pembuatan serta mengenali tokoh-tokoh bagi setiap bidang kraf yang dinyatakan.
Proses pengajaran dan pembelajaran bagi bidang ini dapat dijalankan di dalam bilik
seni dengan adanya pelbagai alatan, bahan serta kemudahan yang diperlukan. Selain
itu, murid berpeluang melihat dan menghargai kraf tradisional yang dipamerkan di
sudut pameran Kraf Tradisional. Ruang akses ICT serta ruang santai bermaklumat
dapat membantu murid memperoleh pelbagai ilmu pengetahuan serta sumber yang
diperlukan tentang bidang Mengenal Kraf Tradisional ini.
Salah satu bidang ini ialah

Anda mungkin juga menyukai