PENGHARGAAN
Salam sejahtera dan salam 1 Malaysia.Terlebih dahulu saya sangat
bersyukur kerana dapat menyiapkan tugasan MACH 1113 yang bertajuk
Pendidikan Kesihatan dengan jayanya mengikut masa atau tempoh yang
ditetapkan.
Saya merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Encik Rozan
Edini selaku tenaga pengajar dalam subjek MACH 1113 kerana telah banyak
membantu saya sepanjang melaksanakan tugasan ini dari segi nasihat dan
berpandukan nota serta tunjuk ajar yang beliau berikan kepada saya. Melalui
tugasan ini, saya dapat meningkatkan lagi ilmu pengetahuan saya.
Saya juga ingin mengucapkan terima kasih kepada kedua ibu bapa dan
keluarga kerana memberikan sokongan moral dan kata-kata semangat kepada
saya.
Akhir kata, saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua
pihak yang terlibat dalam menjayakan tugasan ini dengan komitmen yang
diberikan sepenuhnya.
OBJEKTIF TUGASAN
Objektif umum:
1. Mempertingkatkan pengetahuan, sikap dan amalan kesihatan diri, keluarga,
masyarakat serta menangani masalah kesihatan melalui Pendidikan
Kesihatan untuk mencapai kesejahteraan hidup serta jangka hayat panjang
yang berkualiti.
2. Mewujudkan masyarakat yang berpelajaran dan berpengalaman mengenai
kesihatan.
3. Membantu orang ramai mencapai tahap kesihatan yang optimum dengan
tingkah laku dan usaha sendiri.
4. Memajukan keadaan komuniti dan meningkatkan tanggungjawab kesihatan
kerajaan
Objektif spesifik:
Berdasarkan tugasan ini, pelatih dapat:
1. Menyatakan definisi dan Falsafah pendidikan kesihatan
2. Menyatakan cara penyampaian pendidikan kesihatan
3. Menyatakan faktor faktor yang mempengaruhi tahap kesihatan
individu.
4. Menyatakan faktor faktor yang mendominasikan kesihatan
PENGENALAN
2
Pendidikan Kesihatan ialah disiplin ilmu yang membolehkan setiap
individu mendapat pengalaman pembelajaran secara berterusan untuk
membuat keputusan, meningkatkan literasi kesihatan dan mengamalkan gaya
hidup sihat. Masyarakat dididik supaya sentiasa bersedia menyesuaikan diri
dalam aspek fizikal, mental, emosi, sosial dan rohani. Pengajaran dan
pembelajaran Pendidikan Kesihatan yang terancang dapat meningkatkan
potensi individu ke tahap kesihatan optimum. Pendidkan kesihatan adalah
merupakan salah satu cara menyampaikan atau memberi maklumat tentang
kesihatan kepada masyarakat. setempat.Keadaan sempurna fizikal, mental, dan
sosial, dan tidak hanya ketika ketiadaan sakit. Bagi mana-mana
organisma, kesihatan ialah satu bentuk homeostasis. Ini merupakan satu
imbangan di mana tenaga dan jisim masuk dan keluar berada dalam
keseimbangan (membolehkan pertumbuhan). Kesihatan juga membawa erti
kemampuan untuk meneruskan hidup dengan prospek positif. Bagi manusia,
dengan kemampuan untuk menganalisa dan menjangka, kesihatan adalah lebih
daripada itu. Maknanya bukan sahaja semuanya perlu tepat pada masa yang
tepat, tetapi pemahaman subjektif penting bagi meneruskan pengimbangan
yang sihat. Pemahaman ini datangnya daripada persepsi somatik termasuk
sakit dan tidak selesa dan persepsi kgnitif. Untuk merasai sihat, seseorang itu
perlu merasakan dirinya sihat dan tiada risiko dalaman atau luaran yang boleh
menggangu kesihatannya. Dari segi pemakanan pula,masyarakat perlu
menjaga pemakanan sesama mereka demi penjagaan kesihatan. Masyarakat di
negara ini, boleh dikatakan terlalu mewah dengan segala jenis makanan.
Pelbagai jenis juadah makanan yang dimakan oleh setiap orang saban hari
kadangkala mengundang pelbagai jenis penyakit yang jelas berbahaya. Namun
begitu, masyarakat masih memandang rendah terhadap hal ini. Juadah yang
dimakan selalunya mengandungi bahan yang boleh menjejaskan kesihatan
tubuh badan mereka sendiri. Lantaran itu, masyarakat hendaklah memilih
makanan yang berkhasiat agar dapat membendung daripada masalah ini.
Tambahan lagi, individu itu sendiri hendaklah pandai memilih makanan
mengikut amalan piramid makanan agar dapat melahirkan generasi yang sihat
dan cergas.Selain itu,ahli masyarakat perlu memainkan peranan penting untuk
mengadakan aktiviti-aktiviti yang sihat.
Akhir kata, seluruh ahli keluarga haruslah selalu bersenam demi
menjaga kesihatan dan pada yang sama dapat mengeratkan hubungan sesama
keluarga.
LATAR BELAKANG
Dewasa kini, kualiti kesihatan semakin kurang dititik beratkan oleh pihakpihak tertentu terutamanya institusi kekeluargaan. Di mana kualiti kesihatan
bagi institusi kekeluargaan berubah secara drastic daripada baik kepada kurang
baik tidak kira di tempat sendiri mahupun di antarabangsa. Dalam masa
beberapa tahun, semakin banyak masalah berlaku yang melibatkan keluarga
sama ada dari segi emosi, fizikal, dan lain-lain. Hal ini akan menjejaskan
kesihatan juga bukan saja melibatkan individu dan keluarga malahan komuniti
atau masyarakat sekeliling turut menerima kesannya. Oleh demikian kita semua
perlu mengatasi masalah ini. Pelbagai cara yang kita boleh lakukan, salah
satunya ialah melalui pendidikan kesihatan.
FALSAFAH PENDIDIKAN KESIHATAN
1. Pendidikan Kesihatan adalah pendidikan untuk kesihatan, bukan hanya
pengetahuan tentang kesihatan.
2. Pendidkan Kesihatan bukan semata-mata untuk menyembuh,mengurang
atau mencegah penyakit, malahutk mencapai keadaan fizikal, mental
dansosial yang optimum untuk individu, keluargadan komuniti
3. Program
Pendidikan
Kesihatan
seharusnya
menggalakkan
dan
memudahkan aplikasi pengetahuan kesihatan untuk meningkatkan amalan
gaya hidup sihat sepanjang hayat.
4. Indvidu
perlu
faham
dan
menghayati
pengetahuan,kemahiran
dan
pengalaman Pendidikan Kesihatan agar dapat amalkan gaya hidup sihat
sebagai budaya masyarakat.
5. Individu perlu bersedia menyesuaikan diri dengan cabaran perubahan
persekitaran dan sosial
DEFINISI KESIHATAN
Kesihatan amat penting dalam menjamin keceriaan hidup setiap
individu. Kesihatan merujuk satu keadaan tubuh badan yang tidak mengalami
sebarang masalah
seperti
ada
penyakit
dan
mudah
diserang
penyakit berjangkit lain. ada pelbagai langkah yang boleh diamalkan oleh
seseorang individu, keluarga dan masyrakat untuk memiliki tahap kesihatan
yang baik.
Gaya hidup yang sihat merupakan kunci utama kepada kesejahteraan
insan. Insan yang sihat pastinya dapat memainkan peranan aktif terhadap
pembangunan agama, bangsa dan Negara. Pertubuhan kesihatan
Sedunia (WHO, 1948) mendefinisikan kesihatan sebagai suatu keadaan fizikal,
minda dan sosial yang sihat, cergas, cerdas serta bebas dari sebarang penyakit
berlandaskan keadaan sosial dan masyarakat. Definisi ini menegaskan bahawa
kesihatan ditunjangi oleh faktor fizikal dan mental dan sosial yang sihat,
berfungsi,cergas serta tidak diancam oleh sebarang penyakit yang boleh
memudaratkan insan.
CARA PENYAMPAIAN PENDIDIKAN KESIHATAN
1) KAUNSELING INDIVIDU
Kaunseling individu adalah salah satu cara menyampaikan risalah tentang
kesihatan kepada individu yang kurang berpengatahuan tentang kesihatan atau
7
penjagaan kesihatan. Semasa kaunseling itu diadakan, kaunselor akan member
nasihat atau peringatan kepada khususnya tentang penjagaan kesihatan tidak
kisah walau dimana pun berada.
2) PENGAJARAN BERKUMPULAN
Semasa pembelajaran berkumpulan itu sedang dijalankan kesihatan
menyeluruh hendaklah di sampaikan kepada individu yang dalam kaunseling
itu. Antara kandungan kesihatan menyeluruh tersebut adalah seperti:
1.
2.
3.
4.
5.
6.
Kesihatan Fizikal
Kesihatan Sosial
Kesihatan Mental
Kesihatan Emosi
Kesihatan Persekitaran
Kesihatan Rohani
1. Kesihatan fizikal
Apa yang di katakan dengan kesihatan fizikal adalah seseorang
hendaklah mempunyai tahap kesihatan yang baik dari segi fizikal kerana ia
sangat penting bagi membolehkan individu dapat melakukan aktiviti harian
dengan lancar. Individu yang mencapai tahap kesihatan fizikal mempunyai
ketahanan terhadap sebarang penyakit yang boleh menjejaskan fungsi badan.
Organ tubuhnya pula dapat berfungsi dengan baik. Individu yang
mencapai tahap kecergasan yang optimum dan berupaya melakukan aktiviti
seharian dengan berkesan. Deria tubuh pula mempunyai ketajaman untuk
berfungsi dengan baik.
Cara menjaga kesihatan fizikal.
Kita digalakan bersukan dan melibatkan aktiviti kecergasan. Terdapat
beberapa senaman yang boleh dilakukan iaitu bermain badminton,
berenang,memanah dan berkuda. Aktiviti ini adalah aktiviti yang boleh
membawa kepada kecergasan fizikal.
2. Kesihatan Sosial
Kesihatan sosial kebiasaanya merujuk kepada individu untuk memenuhi
hubungan interpersonal. Ini bermakna seseorang itu dapat berinteraksi dengan
individu lain, keluarga dan masyarakat dengan baik. Di samping itu juga,
individu yang mencapai tahap kesihatan sosial berupaya untuk mengadaptasi
situasi-situasi sosial yang di alaminya dalam kehidupan seharian.
3. Kesihatan mental
Kesihatan mental merujuk kepada tahap
keupayaan intelektual
seseorang. Individu yang mencapai tahap kesihatan mental yang baik berupaya
untuk belajar dan berfikir secara rasional.
4. Kesihatan emosi
Pelbagai emosi atau perasaan telah dikurniakan kepada manusia. Antaranya
emosi yang wujud dalam manusia adalah seperti marah, takut, rasa bersalah,
murung, sedih, meluat, dukacita, tidak berharga, memberi maaf dan
sebagainya.Apa yang penting adalah mengenal pasti cara anda menunjukkan emosi
yang negatif kerana emosi jenis ini selalu membawa kepada
keburukan.
Kehidupan kanak-kanak memang menyeronokkan, tiada masalah yang
hendak difikirkan. Kebanyakkanmereka sentiasa di dalam keriangan dan di
dalam emosi yang baik.
Secara umumnya emosi penting untuk manusia kerana ia
dapat membantu dan mempermudahkan manusia dalam kehidupan di dunia
ini. Antaranya :-
1.
Kelangsungan hidup
Emosi merupakan anugerah Allah sebagai sistem kawalan dalaman yang
menyelamatkan kita dari bahaya. Misalnya, apabila berjumpa harimau kita akan
10
menunjukkan emosi takut dan dengan itu kita akan memikirkan cara
untukmenyelamatkan diri
2.
Membuat keputusan
Emosi juga menolong kita membuat keputusan kerana ia
merupakan sumber informasi yang penting. Kajian menunjukkan jika
perhubungan emosi seseorang di dalam otak telah rosak, dia tidak dapat
membuatkeputusan walaupun keputusan yang mudah. Ini kerana dia
tidak tahu perasaannyaterhadap pilihan yang telah dibuat.
3.
Menentukan sempadan dalam perhubungan
Apabila kita merasa tidak tenteram dengan tingkah laku seseorang emosi
akan menyedarkan kita. Dengan itu kita akanmenunjukkan peraasan
tidak suka dan dapat menolong menentukan sempadan di samping
menghadkan perhubungan agar fizikal dan mental sentiasa terjaga.
4.
Komunikasi
Emosi juga membantu kita berkomunikasi dengan orang lain. Ekpresi
muka kita dapat menunjukkan pelbagai macam emosi
5.
Kegembiraan
11
Apabila gembira kita akan berasa tenang. Jika kita dapat mengenalpasti emosi
dengan lebih baik maka lebih mudah bagi kita untuk menentukan apa
yangdiperlukan untuk merasa gembira.
6.
Kesatuan
Emosi adalah universal. Emosi seperti simpati, kasihan, memaafkan dan
bekerjasama dapat membantu menyatukan manusia.
7.
Mengurus emosi negatif
Untuk memperolehi emosi yang sihat kita perlu mengurus emosi yang
negatif. Langkah pertama mengenal pasti emosi yang dirasai dan tanyakan
diri kita adakah perasaan itu baik atau tidak. Seterusnya tanyakan bagaimana
menjadikan perasaan itu lebih baik. Ini akan menolong pemikiran kita ke
arah yang lebih positif
5. Kesihatan Persekitaran
Individu yang mencapai tahap kesihatan persekitaran mempunyai
apresiasi yang baik terhadap persekitaran luaran. Seseorang individu berupaya
untuk memainkan peranan yang baik dan berkesan demi melindungi serta
mempertimbangkankeadaan persekitaran.
6. Kesihatan Rohani
12
Kesihatan rohani biasanya dikaitkan dengan aspek-aspek kerohanian
seperti falsafah hidup, kepercayaan dan keyakinan hidup. Individu yang
mencapai tahap kesihatan rohani ini yang mempunyai kesedaran sentiasa
mengamalkan prinsip-prinsip hidup yang positif. Individu yang benar-benar sihat
bukan sahaja bebas daripada penyakit atau cacat cedera malah sihat dari segi
fizikal, sosial, mental, emosi,persekitaran dan rohani.
3) PENGGUNAAN MEDIA MASSA
Penggunaan Media Massa juga adalah satu cara untuk penyampaikan
pendidikan kesihatan kepada masyarakat yang sangat berkesan pada era
globalisasi ini. Sebagai contoh melalui internet, televisyen, surat khabar,
majalah dan sebagainya.
4) KEMPEN KESIHATAN
Kempen juga boleh meningkatkan tahap kesihatan masyarakat melalui
program kesihatan setempat. Sebagai contohnya menganjurkan kempen
kesihatan peringkat kampung melalui kerjasama klinik kesihatan atau badan
NGO atau dengan JKKK Kampung.
Faktor yang mempengaruhi Tahap Kesihatan Individu
1. Pengaruh individu
13
Salah satu faktor yang mempengaruhi kesihatan seseorang adalah
pengaruh individu.sebagai contoh,seorang yang biasa hidup dengan
suasana bersih. Dengan keadaan seperti ini ianya boleh mempengaruhi
seseorang yang hidup bersamanya seterusnya
mengubah cara
kehidupan ke arah yang lebih teratur dan bersih.
2. Pengaruh interpersonal, sosial dan kerjaya
Pengaruh interpersonal, sosial dan kerjaya juga salah satu faktor yang
boleh mempengaruhi tahap kesihatan seseorang. Contoh dari segi
interpersonal, apabila seseorang itu adalah jenis yang suka menjaga
kebersihan diri, ini menyebabkan tahap kesihatan lebih terjamin.
Manakala dari segi sosial pula, apabila keadaan sosial tidak seimbang,
keadaan atau tahap kesihatan seseorang juga tidak seimbang.
Dari segi kerjaya pula, sebagai contoh, keadaan tempat kerja. keadaan
tempat kerja yang tidak bersih atau tidak sesuai atau kesibukan dan
tugas yang terlalu banyak boleh mengganggu tahap kesihatan setiap
individu apabila mereka berada dalam keadaan seperti ini.
3. Pengaruh Persekitaran
Persekitaran juga menjadi punca kepada terganggunya tahap kesihatan
seseorang apabila berada dalam keadaan seperti ini. Sebagai
contohnya keadaan tempat kerja dan keadaan tempat tinggal.
4. Pengaruh Penjagaan Kesihatan
Penjagaan kesihatan persekitaran juga boleh menyebabkan tahap
kesihatan setiap individu akan terganggu. Contohnya apabila seseorang
itu tahu menjaga kesihatan maka agak sukar untuknya mendapat
14
sebarang infeksi kerana dia berada dalam keadaan bersih. Manakala
seseorang yang tidak peka terhadap kesihatan akan muda dijangkiti
penyakit atau keadaan tahap kesihatan akan terganggu.
5. Pengaruh Komuniti
Komuniti juga boleh menganggu tahap kesihatan seseorang. Sebagai
contohnya tahap kesihatan di sesebuah kampung itu kurang stabil yang
mana terdapat banyak penduduk di kampung itu menghadapi penyakit
yang berjangkit sebagai contoh penyakit TB. Ini belaku kerana Penyakit
TB ini boleh berjangkit melalui pergaulan dengan seseorang individu itu.
15
FAKTOR-FAKTOR YANG MENDOMINASIKAN KESIHATAN
1.
2.
3.
4.
Asas Kognitif.
Perubahan tingkah laku.
Model membuat keputusan.
Perubahan sosial.
1) Asas kognitif
a. Kemahiran kognitif merupakan kebolehan individu untuk berfikir,
memberi pendapat, memahami, mengingati perkara-perkara yang
berlaku di persekitaran masing-masing. Ia melibatkan aktiviti mental
seperti ingatan, mengkategori, merancang, menaakul, menyelesaikan
masalah, mencipta, berimaginasi dan lain-lain. Kemahiran kognitif ini
penting untuk kelangsungan hidup seseorang individu.
b. Melalui kemahiran atau asas kognitif yang ada pada seseorang ia boleh
membantu memperbaiki tahap kesihatan mereka ke arah lebih terjamin
yang mana secara tidak langsung mengamalkan cara hidup yang lebih
sihat.
16
2) Perubahan tingkah laku
Perubahan tingkah laku juga dapat mengatasi masalah kesihatan
seseorang yang mana perubahan sikap dari tidak hiraukan tentang
kesihatan kepada risaukan kesihatan mereka.
3) Model membuat keputusan
Model membuat keputusan adalah juga faktor mendominasikan
kesihatan seseorang. Ini mungkin dipengaruhi oleh seseorang yang
berpendidikan
atau
mempunyai
pengetahuan
mendalam
tentang
pendidikan kesihatan.
4) Perubahan sosial
Perubahan sosial juga penyumbang kepada berlakunya perubahan
tahap kesihatan seseorang kea rah yang lebih baik.
Sebagai contoh bila mana sesebuah kampung yang mana penduduknya
peka terhadap penjagaan kesihatan.
RUMUSAN
Dalam tempoh RMKe-8, penekanan diberi bagi meningkatkan lagi kualiti
hidup. Keutamaan diberi bagi menambah dan menaik taraf kemudahan
sesihatan serta memperluas skop penjagaan kesihatan. Dalam tempoh RMKe9, usaha akan dilaksana bagi memperkukuh perkhidmatan penjagaan
17
kesihatan, meningkat pembangunan sumber manusia dan mengoptimumkan
penggunaan sumber. Penambahbaikan dalam sistem penyampaian akan
dilaksana dengan penglibatan yang meluas daripada sektor swasta dan NGO.
Di samping usaha yang akan dilaksanakan bagi melindungi penduduk daripada
penyakit berjangkit dan tidak berjangkit, tanggungjawab dan kerjasama individu,
keluarga dan komuniti dalam pencegahan dan pengawalan penyakit serta
pengamalan gaya hidup sihat adalah penting kea rah mencapai kesihatan dan
kesajahteraan yang lebih baik.
Sebagai kesimpulan daripada tugasan ini, kita dapat mempertingkatkan
pengetahuan, sikap dan amalan kesihatan diri, keluarga, masyarakat serta
persekitaran dalam mempamerkan kemahiran mencegah masalah kesihatan
dan penyakit dan menguasai keupayaan bagi menghadapi dan menangani
masalah serta isu berkaitan dengan kesihatan, Pendidikan Kesihatan
membolehkan individu dapat mengawal kesihatan diri, keluarga, masyarakat
dan persekitaran menerusi pengetahuan, kemahiran, amalan gaya hidup sihat
dan bersikap positif untuk mencapai kesejahteraan hidup yang optima.
RUJUKAN
http://www.scribd.com/doc/36418920/KESIHATAN-EMOSI
http://ms.wikipedia.org/wiki/Kesihatan
http://rujuknota.blogspot.com/2009/07/perkembangan-kognitif.html
http://www.epu.gov.my/html/themes/epu/html/rm9/bahasa/Bab20.pdf
18