Anda di halaman 1dari 40

Tajuk 3

ASAS SAINS DALAM PENDIDIKAN KESIHATAN

Sinopsis
Tajuk-tajuk dalam modul ini merangkumi pengetahuan tentang kepentingan asas sains
dalam pendidikan kesihatan, struktur dan fungsi anggota badan dan umur kematangan.
Modul ini juga dibekalkan dengan soalan latihan dan senarai bahan rujukan.

Hasil Pembelajaran
Setelah selesai membaca modul ini, diharap anda dapat:
1. Menyatakan tentang kepentingan asas sains dalam pendidikan kesihatan
2. Menyatakan struktur dan fungsi anggota badan
3. Menjelaskan umur kematangan
Kerangka konsep tajuk-tajuk modul ini

ASAS SAINS
DALAM
PENDIDIKAN
KESIHATAN

Kepentingan asas sains


dalam pendidikan
kesihatan

Struktur dan fungsi


anggota badan

Umur kematangan

KANDUNGAN

PENGENALAN
Asas sains adalah penting dalam Pendidikan Kesihatan kerana ianya dapat
membantu kita untuk mengenal pasti punca dan menangani masalah-masalah berkaitan
dengan kesihatan. Terdapat empat aspek asas sains dalam Pendidikan Kesihatan iaitu
aspek biologi, aspek sosiologi, aspek psikologi dan aspek fisiologi. Aspek biologi
membantu kita untuk mengenal pasti fungsi sistem tubuh yang mempengaruhi tahap
kesihatan individu manakala aspek sosiologi pula membantu kita untuk mengetahui
aspek-aspek sosial yang mempengaruhi peranan dan tingkah laku kesihatan individu dan
masyarakat. Aspek psikologi membantu kita memahami tingkah laku individu menangani
masalah kesihatan dan aspek fisiologi pula membantu kita untuk memahami kesan dan
fungsi sistem-sistem organik tubuh terhadap kesihatan individu.
3.1KEPENTINGAN ASAS SAINS DALAM PENDIDIKAN KESIHATAN
Subtopik ini akan membincangkan kepentingan asas sains dalam pendidikan kesihatan
yang menyentuh aspek biologi, sosiologi, psikologi dan fisiologi dengan lanjut.
3.1.1Aspek Biologi
Biologi didefinisikan sebagai sains yang mengkaji tenaga dan jirim yang berfungsi sebagai
suatu sistem kehidupan (Nixon & Jewett, 1980). Ia adalah kelompok ilmu pengetahuan
berkenaan organisma hidup. Organisma hidup berbeza daripada jirim organik
berdasarkan kepada keupayaannya untuk terus berkembang. Dari aspek biologi,
kehidupan didefinisikan mengikut beberapa ciri seperti:
1.

Bertindak balas terhadap stimuli atau rangsangan

2.

Pergerakan

3.

Pengawalan

4.

Penghasilan semula

Secara ringkasnya organisma sentiasa berkembang daripada kebolehan dan keupayaan


semula jadi kepada kesempurnaan kendiri. Manusia cenderung untuk berkembang,
bekerjasama dan berikhtiar untuk hidup. Secara biologinya, manusia merupakan makhluk
yang memerlukan sinar matahari, udara yang bersih, pemakanan yang seimbang,
keselamatan dan tahap kesihatan yang baik untuk menjalani kehidupan yang lebih

sempurna dan sejahtera. Mereka memerlukan tahap perkembangan fizikal, mental dan
sosial yang baik. Tahap kesihatan dan gaya hidup yang sihat adalah keperluan asas
terhadap pertumbuhan dan perkembangan manusia.
3.1.2Aspek Sosiologi
Sosiologi adalah kajian tentang kumpulan sosial manusia yang meliputi keluarga,
kumpulan agama, organisasi sosial, trend populasi, pendidikan, aspek ekonomi dan
status kumpulan minoriti. Sosialisasi secara umumnya merujuk kepada proses yang
digunakan oleh kumpulan atau masyarakat untuk menyalurkan perkembangan individu ke
dalam tingkah laku personal dan sosial yang diterima bagi memenuhi peranan sebagai
ahli dalam kumpulan sosial tersebut (Nixon & Jewett, 1980).
Peranan sosial seseorang individu merupakan unit asas kepada sosialisasi. Melalui
peranan-peranan sosial ini, tugasan serta tanggungjawab diagihkan kepada individu atau
kumpulan dalam masyarakat.
Setiap individu akan memainkan peranannya dalam situasi dan bentuk yang berbeza
berdasarkan kehendak dan norma-norma yang telah ditetapkan dalam masyarakat.
Pendidikan kesihatan menyediakan situasi pembelajaran khusus kepada individu,
keluarga dan masyarakat bagi memainkan peranan mereka terhadap mengamalkan gaya
hidup yang sihat dan seterusnya meningkatkan tahap kesihatan mereka.
Dalam pendidikan kesihatan, sosiologi berperanan untuk mengkaji:
1.

Peranan yang dimainkan oleh pendidikan kesihatan di dalam masyarakat;

2.

Kecenderungan pendidikan kesihatan terhadap kelas-kelas sosial;

3.

Nilai dan tingkah laku yang diperteguhkan melalui pendidikan kesihatan;

4.

Perkaitan antara pendidikan kesihatan dengan pencapaian akademik;

5.

Sosialisasi melalui pendidikan kesihatan;

6.

Peningkatan mobiliti sosial melalui pendidikan kesihatan;

7.

Perkaitan amalan dan gaya hidup sihat terhadap budaya dan ekonomi masyarakat
dan perkembangan sosial melalui pendidikan kesihatan.

3.1.3Aspek Psikologi
Psikologi adalah bidang ilmu sains tingkah laku yang mengkaji tingkah laku manusia.
Tumpuan utamanya adalah untuk mengkaji dan melihat:
1.

Proses-proses organik yang mengawal aktiviti manusia dan haiwan;

2.

Pola pertumbuhan dan perkembangan manusia;

3.

Cara mana manusia merasai persekitaran dalaman dan luaran mereka melalui
sistem saraf;

4.

Cara mana manusia belajar, berfikir dan menyelesaikan masalah;

5.

Tindak balas motivasi dan emosi manusia;

6.

Perkembangan dan perbezaan individu;

7.

Cara mana manusia menangani stres, konflik dan kekecewaan; dan

8.

Cara mana manusia berhubung sesama mereka dalam kumpulan.


Aspek psikologi dalam pendidikan kesihatan adalah bidang yang cuba untuk

mengaplikasikan

fakta-fakta

dan

prinsip-prinsip

psikologi

terhadap

pendidikan,

pengamalan dan segala tingkah laku yang berkaitan dengan kesihatan. Individu yang
secara psikologinya sihat adalah individu yang (sila rujuk Jadual 3.1).
Jadual 3.1: Ciri-ciri Psikologi Sihat Seseorang Individu

Ciri-ciri

Penerangan

Psikologi

Individu yang secara psikologinya sihat adalah individu yang tidak


Merasa senang

diselubungi oleh rasa takut, marah, cemburu, bersalah dan risau.

terhadap

Mereka percaya terhadap kebolehan kendiri, menerima kegagalan

dirinya

hidup sebagai cabaran, mengekalkan

kehormatan kendiri dan

menerima kekurangan diri.


Merasa selesa

Individu yang secara psikologinya sihat adalah individu yang berasa

dengan orang

puas dengan tahap hubungannya dengan orang lain. Mereka

lain

merupakan individu yang boleh memberi kasih sayang, bertimbang


rasa,

menghormati

perbezaan

yang

wujud

dan

berasa

bertangungjawab terhadap orang lain.


Individu yang secara psikologinya sihat adalah individu yang cuba
Berupaya
menangani
kehendak dan
cabaran hidup

menyelesaikan

sebarang

masalah

yang

timbul,

menerima

tanggungjawab serta merancang masa depan. Mereka bersikap


realistik dan mampu membuat keputusan sendiri. Mereka akan
menggunakan

keupayaan

serta

kebolehan

semula

jadi

untuk

mengawal persekitaran mereka dan cuba menyesuaikan diri mereka


dengan persekitaran tersebut.

Mengawal
ketegangan
dan
kebimbangan

Individu yang secara psikologinya sihat adalah individu yang mengenal


pasti punca dan simptom ketegangan dan kebimbangan dalam hidup
mereka. Mereka secara sedar mengelakkan diri mereka daripada
tanggapan yang salah dan tidak menyalahkan orang lain atas masalah
yang mereka hadapi.

Mengawal

Individu yang secara psikologinya sihat adalah individu yang mengakui

kebencian dan

dan berusaha untuk menentang kecenderungan mereka terhadap

rasa bersalah

perasaan benci, marah, mementingkan diri dan rasa bersalah.

Mengekalkan

Individu yang secara psikologinya sihat adalah individu yang cuba

penampilan

untuk menempuh kehidupan seharian dengan pendekatan yang

yang

menyeronokkan dan mengembirakan. Mereka percaya bahawa hidup

mengembiraka

ini adalah satu anugerah. Mereka melihat masa hadapan dengan

pandangan yang positif.


Individu yang secara psikologinya sihat adalah individu yang mengakui

Memperkayaka

bahawa

terdapat

orang lain yang

lebih memerlukan bantuan

n kehidupan

berbanding diri mereka. Mereka bertindak untuk meringankan beban

orang lain

yang ditanggung oleh orang lain dengan memberikan bantuan yang


terdaya oleh mereka.
Individu yang secara psikologinya sihat adalah individu yang tidak takut

Menghargai

akan perbezaan yang ada pada diri mereka berbanding orang lain.

kepelbagaian

Mereka tidak berasa terancam oleh perbezaan bangsa, jantina, agama


dan status.

Menghargai

Individu yang secara psikologinya sihat adalah individu yang

persekitaran

menghormati keindahan alam semula jadi. Mereka menggunakan

semula jadi

masa untuk menikmati persekitaran dan punyai kesedaran terhadap


pentingnya mengekalkan keindahan persekitaran alam semula jadi.

Bagi mencapai tahap psikologi yang sihat melibatkan beberapa proses yang kompleks.
Antara proses-proses tersebut adalah:
1.

Peranan yang dimainkan oleh mental, emosi dan spiritual terhadap kesihatan dan
kesejahteraan hidup.

2.

Faktor-faktor dalaman dan luaran yang mempengaruhi kesihatan psikologi.

3.

Bagaimana keputusan yang dibuat hari ini memberi kesan terhadap kesihatan
psikologi akan dating dan bagaimana individu mempertahankan diri daripada
pelbagai masalah.

3.1.4Aspek Fisiologi
Fisiologi merujuk kepada kajian terhadap fungsi sistem-sistem organik tubuh manusia
(Nixon & Jewett, 1980). Dalam pendidikan kesihatan, aspek fisiologi membantu kita untuk
mengetahui sejauh mana sistem-sistem organik tubuh memberi kesan terhadap kesihatan
dan kecergasan seseorang individu. Antara sistem-sistem tubuh yang memberi impak
terhadap tahap kesihatan dan kecergasan tubuh kita adalah:
1.

Sistem pergerakan dan perlindungan badan

2.

Sistem bekalan tenaga dan perkumuhan

3.

Sistem kardiovaskular

4.

Sistem deria, koordinasi dan keseimbangan; danSistem pembiakan

Pengetahuan tentang aspek fisiologi juga dapat membantu kita mengenal pasti kesan
yang dihasilkan oleh sistem-sistem organik tubuh terhadap:
a.

Pekerjaan seharian

b.

Pemakanan

c.

Kedewasaan dan ketuaan

d.

Penggunaan ubatan, dadah, arak dan rokok

e.

Perbezaan jantina

f.

Ketidakupayaan fizikal dan masalah-masalah yang berkaitan dengannya dan

g.

Ketegangan dan kebimbangan.

3.2STRUKTUR DAN FUNGSI ANGGOTA BADAN


Tubuh manusia merupakan mekanisma yang unik. Ia mempunyai sistem yang saling
berkait yang membenarkan segala keperluan hidup manusia seperti air dan makanan
disalurkan, diangkut ke semua bahagian tubuh dan dicernakan. Kesemua fungsi ini
dilakukan melalui sistem-sistem tubuh yang berfungsi dengan cekap dan sistematik.
Ketidakselarian dan kegagalan salah satu sistem ini berfungsi akan menjejaskan fungsi
tubuh dan kesihatan individu. Terdapat 11 sistem yang akan dibincangkan dalam subtopik
ini, sila rujuk Rajah 3.1.

Rajah 3.1: Sistem organ


3.2.1Sistem Integumentari
Kulit, kuku, rambut, kelenjar dan beberapa tisu penerima yang khusus membentuk system
integumentari. Antara organ yang paling utama dan bertindak melindungi tubuh dalam
sistem ini adalah kulit. Kulit berfungsi untuk, sila rujuk Jadual 3.2.

Jadual 3.2: Fungsi Kulit

Fungsi Kulit

Penerangan

Mengawal

Peluh dan perubahan aliran darah pada kulit membantu kulit untuk

suhu tubuh

mengawal suhu tubuh.

Perlindungan

Kulit menyediakan halangan fizikal menentang kelecetan, kemasukan


organisma mikro, dihidrasi dan radiasi sinaran ultra kepada tubuh.

Penerimaan

Kulit berfungsi sebagai penerima stimuli atau rangsangan daripada luar

stimuli atau

tubuh seperti, perubahan suhu dan cuaca, tekanan, kesakitan dan

rangsangan

sentuhan.

Perkumuhan

Sejumlah kecil air, garam dan beberapa sebatian organik dikumuh


keluar dari tubuh oleh kelenjar peluh melalui kulit.
Dedahan kulit terhadap sinar ultra membantu kulit untuk mensintesis

Sintesis

Vitamin D. Vitamin D adalah sebatian yang membantu penyerapan

Vitamin D

kalsium dan fosforus oleh tubuh.

Imuniti

Sel tertentu pada kulit berfungsi membantu tubuh menghasilkan


antibodi.

Kecelaruan dan kegagalan sistem integumentari akan menjejaskan kesihatan serta


menyebabkan kecacatan kepada manusia. Antara kesan kecelaruan dan kegagalan
fungsi sistem integumentari ini adalah, sila rujuk Jadual 3.3.
Jadual 3.3: Fungsi Kesan Kecelaruan dan Kegagalan Fungsi Sistem Integumentari

Fungsi Kulit
Terbakar

Penerangan
Ianya berlaku akibat daripada tisu-tisu kulit yang terdedah kepada

kepanasan yang terlampau, elektrik, radiasi, dedahan kulit terhadap


bahanbahan kimia yang merosakkan protein dalam sel.
Jerawat

Jerawat berlaku apabila minyak yang dikeluarkan oleh kelenjar


mengalami keradangan.
Systemic Lupus Erythematosus merupakan penyakit keradangan kulit

Systemic lupus

yang berlaku kepada kaum wanita di tahuntahun awal peringkat

erythematosus

pertumbuhan manusia. Ianya adalah penyakit di mana tubuh


menyerang tisu-tisunya sendiri.
Psoriasis adalah penyakit kulit yang kronik. Ianya adalah penyakit kulit

Psoriasis

yang sering berlaku pada tengkorak, siku, lutut, belakang tubuh dan
punggung. Penyakit kulit ini tidak berjangkit.
Ulcer Decubitus adalah penyakit kulit yang berlaku akibat daripada

Ulcer decubitus

kekurangan bekalan darah yang berterusan ke tisu disebabkan tubuh


mengalami tekanan yang terlalu lama pada sesuatu objek seperti katil
dan balutan.

Kanser kulit

Dedahan

yang

terlalu

lama

kepada

sinar

matahari

boleh

menyebabkan kanser kulit.

Bagi menangani masalah kecelaruan dan kegagalan fungsi organ ini, beberapa langkah
pencegahan dan pemulihan boleh dilakukan. Antaranya ialah:
1.

Melakukan Senaman.Semasa bersenam, tubuh akan mengalirkan darah ke kulit


bagi membantu kulit mengeluarkan lebihan haba yang dihasilkan melalui
penguncupan otot. Pengaliran darah yang meningkat ini menyediakan bekalan
nutrien ke kulit dan merembeskan bahan-bahan kumuh.

2.

Melindungi Kulit daripada Dedahan Sinar Matahari.Melindungi kulit daripada


dedahan sinar matahari akan membantu kulit untuk mencegah mengalami kanser
kulit. Bagi melindungi kulit daripada dedahan sinar matahari, penggunaan krim
pencegah sinar matahari (sun block) adalah digalakkan. Topi dan kain boleh
digunakan bagi melindungi kulit daripada terlalu terdedah pada sinar matahari.

Penjagaan Kesihatan KulitMengamalkan pemakanan yang seimbang dan penjagaan


kebersihan kulit boleh membantu kita mencegah dan mengurangkan risiko penyakit kulit.

3.2.2Sistem Rangka
Rangka tulang dan rawan yang melindungi organ-organ tubuh dan membantu pergerakan
manusia dikenali sebagai sistem rangka. Sistem rangka mempunyai fungsinya yang
khusus. Antara fungsi sistem rangka adalah, sila rujuk Jadual 3.4.

Jadual 3.4: Fungsi Rangka

Fungsi Kulit

Penerangan
Tulang menyediakan kerangka kepada tubuh dan berfungsi untuk

Sokongan

menyokong tisu-tisu lembut serta menyediakan tempat lekatan otot


rangka.
Organ dalaman dilindungi daripada mendapat kecederaan oleh rangka

Perlindungan

tubuh. Sebagai contoh otak dilindungi oleh tulang kranial manakala


paruparu dan jantung dilindungi oleh tulang-tulang rusuk.
Otot rangka melekat pada rangka tulang. Apabila otot menguncup, ia

Pergerakan

menarik tulang dan menghasilkan pergerakan.

Penyimpanan

Tulang menyimpan pelbagai mineral terutama sekali kalsium, fosforus

mineral

yang bakal disalurkan ke bahagian-bahagian lain dalam tubuh.

Penyimpanan

Dalam tulang-tulang tertentu, tisu-tisu perantara yang dikenali sebagai

sel darah dan

sum-sum tulang akan menghasilkan sel-sel darah. Proses ini dikenali

penghasilan

sebagai hemopoiesis. Sum-sum tulang juga berfungsi untuk membina

sel-sel

dan membentuk tulang.

Penyimpanan

Lipid yang disimpan di dalam sum-sum tulang yang berwarna kuning

tenaga

adalah sumber penting kepada tenaga kimia dalam tubuh.

Kecelaruan

dan

kegagalan

sistem

rangka

akan

menjejaskan

kesihatan

serta

menyebabkan kecacatan kepada manusia. Antara kesan kecelaruan dan kegagalan


fungsi sistem rangka adalah, sila rujuk Rajah 3.2.

10

Rajah 3.2: Kesan kecelaruan dan kegagalan fungsi sistem rangka


Osteoporosis merupakan kecelaruan yang dikaitkan dengan kekurangan estrogens
dalam tubuh. Pada usia tua, tubuh lelaki dan wanita kurang menghasilkan hormon
estrogen. Hormon estrogen merupakan tisu yang merangsang tisu tulang (osteoblasts)
untuk menghasil dan membina tulang baru. Kekurangan hormon ini akan menyebabkan
osteoblasts kurang aktif serta menyebabkan jisim tulang menjadi kurang. Jisim tulang
yang kurang pula akan menyebabkan tulang menjadi reput dan patah akibat tidak dapat
menampung berat dan tugasan aktiviti harian. Antara faktor penyebab berlakunya
osteoporosis ini adalah:
a.

Bentuk tubuh.Wanita yang bertubuh pendek adalah golongan yang paling


berisiko kerana mempunyai jumlah jisim tulang yang kurang.

b.

Berat tubuh.Wanita yang kurus merupakan golongan yang paling berisiko kerana
kurangnya tisu-tisu adipose yang mana merupakan sumber utama penghasilan
hormon estrogen dalam tubuh.

c.

Tabiat merokok.Merokok akan menjejaskan tahap estrogen di dalam darah.

d.

Kekurangan kalsium

e.

Kekurangan vitamin D

f.

Kekurangan aktiviti senaman.Kurang melakukan senaman akan menyebabkan


kehilangan jisim dan kekuatan tulang.

g.

Penyalahgunaan dadah.Menopause pramatang

Rikets. Riket adalah sindrom kekurangan vitamin D di kalangan kanak-kanak.

11

Kekurangan ini akan menyebabkan tubuh tidak mampu menyerap kalsium dan fosforus.
Apabila ini berlaku tulang tidak lagi mampu menampung berat badan dan menyebabkan
tulang kaki menjadi bengkok dan badan menjadi bongkok.
Penyakit Paget's.Penyakit Pagets merupakan penyakit yang dihadapi oleh individu
disebabkan oleh ketebalan dan kelembutan tulang luar biasa terutama sekali pada tulangtulang kepala dan pelvis.
Scoliosis.Scoliosis merupakan kebengkokan tulang vertebral, lazimnya pada bahagian
thoracic.
Kyphosis.Kyphosis merupakan kebongkokkan yang berlaku pada tulang verterbral.
Lordosis.Lordosis merupakan kebengkokkan tulang verterbral pada bahagian lumbar.
Bagi menangani masalah kecelaruan dan kegagalan fungsi sistem rangka ini, beberapa
langkah pencegahan dan pemulihan boleh dilakukan. Antaranya ialah:
i.

Terapi Penggantian Estrogen (Estrogen Replacement Theraphy)

ii.

Pengambilan Kalsium Tambahan

iii.

Latihan Bebanan

iv.

Rawatan Fisioterapi dan berhenti daripada tabiat merokok.

3.2.3Sistem Otot
Terdapat empat prinsip penting tisu otot yang perlu dikenal pasti sebelum kita memahami
fungsi sistem otot. Empat prinsip tersebut adalah, sila rujuk Jadual 3.5.
Jadual 3.5: Prinsip-prinsip Tisu Otot

Prinsip-

Penerangan

prinsip
Mudah

Tisu otot berkeupayaan untuk mudah terangsang dan menerima

terangsang

rangsangan.

Penguncupan
Keregangan

Tisu otot berkeupayaan untuk memendek, memanjang atau


menguncup.
Tisu otot berkeupayaan untuk meregang atau mengembang.

12

Elastik/Anjal

Tisu otot berkeupayaan untuk kembali semula kepada bentuk asal


selepas berlakunya penguncupan atau keregangan otot.

Melalui penguncupan, otot berfungsi untuk, sila rujuk Jadual 3.6.


Jadual 3.6: Fungsi Otot ketika Penguncupan

Fungsi

Penerangan

Pergerakan

Penguncupan otot membantu menghasilkan pergerakan tubuh seperti


berjalan, berlari, melompat dan pelbagai aktiviti pergerakan yang lain.

Mengekalkan
postur

atau

bentuk tubuh

Penguncupan otot membantu tubuh untuk mengekalkan bentuk dan


posisi tubuh.

Penghasilan

Penguncupan otot membantu tubuh untuk menghasilkan haba dan

haba

seterusnya membantu tubuh untuk mengekalkan suhu tubuh yang


normal. Sejumlah 85 peratus keseluruhan suhu badan dijanakan melalui
penguncupan otot.

Kecelaruan dan kegagalan sistem otot akan menjejaskan kesihatan serta menyebabkan
kecacatan kepada manusia. Antara kesan kecelaruan dan kegagalan fungsi sistem otot
adalah, sila rujuk Jadual 3.7.
Jadual 3.7: Kesan Kecelaruan dan Kegagalan Fungsi Sistem Otot

Kesan-kesan

Penerangan
Fibrosis merupakan pembentukan ketulan daging (fibrous) tisu perantara

Fibrosis

di lokasi di mana tisu atau ketulan daging tersebut tidak sepatutnya


berada.

Fibromyalgia
Distropi otot
(Muscular
Dystrophies)

Fibromyalgia merujuk kepada kesakitan, kelembutan, kekenyalan otot,


tendon dan tisu-tisu lembut yang dialami oleh individu.
Distropi otot adalah penyakit yang memusnahkan otot. Ia mengakibatkan
otot secara progresif menjadi kecut dan musnah.

13

Gravis merupakan kelemahan otot yang berpunca daripada kecelaruan

Myasthenia

saraf neuromaskular yang menghalang fiber otot daripada menguncup.

Gravis

Ianya disebabkan oleh antibodi yang mengikat saraf penerima dan

Myasthenia

menghalang lekatan Ach

Penguncupan

Penguncupan otot yang tidak normal berlaku apabila saraf tidak dapat

Otot yang

mengawal penguncupan dan keregangan otot.

tidak normal

Lumpuh berlaku apabila otot tidak mampu untuk mengawal atau


Lumpuh

kehilangan fungsi untuk menguncup dan meregang akibat daripada


kerosakan saraf.

Senaman yang kerap dan berterusan membantu kita untuk mencegah penyakit dan
kecelaruan otot. Senaman aerobik contohnya dapat meningkatkan penghantaran oksigen
dan penghasilan sistem tenaga. Ianya akan meningkatkan isipadu darah yang merupakan
bekalan tenaga kepada otot untuk berfungsi dengan berkesan. Senaman dapat
meningkatkan isipadu dan jumlah mitokondria yang berfungsi sebagai sumber tenaga
dalam otot rangka. Latihan bebanan pula membantu individu untuk meningkatkan
kekuatan dan saiz otot.
3.2.4Sistem Penghadaman
Makanan merupakan keperluan yang amat penting kepada tubuh kerana ianya
merupakan sumber tenaga yang mendorong kepada reaksi tindak balas kimia yang wujud
pada setiap sel dalam tubuh. Tenaga diperlukan untuk otot menghasilkan penguncupan
otot, pengaliran impuls saraf, aktiviti-aktiviti rembesan dan penyerapan kebanyakkan sel
dalam tubuh. Pemecahan molekulmolekul makanan bagi digunakan oleh sel-sel tubuh
dinamakan penghadaman. Organ-organ tubuh yang melakukan proses ini dalam tubuh
digabungkan dalam satu sistem yang dikenali sebagai sistem penghadaman. Organorgan yang terlibat dalam sistem penghadaman ini dibahagikan kepada dua bahagian
iaitu:
1. Saluran Gastrointestinal.Organ-organ dalam kelompok saluran ini terdiri daripada:
i.

Mulut

ii.

Faring

14

iii.

Esofagus

iv.

Perut

v.

Usus kecil

vi.

Usus besar

2. Struktur Aksessori.Organ-organ dalam kelompok struktur ini terdiri daripada:


i.

Gigi

ii.

Lidah

iii.

Kelenjar Savilari

iv.

Hempedu

v.

Pundi Hempedu

vi.

Pankreas

Proses-proses yang terlibat dalam sistem penghadaman terdiri daripada, sila rujuk Jadual
3.8.
Jadual 3.8: Proses-proses dalam Sistem Penghadaman

Proses-proses

Penerangan

Pengambilan

Proses ini adalah proses mengambil makanan ke dalam tubuh

makanan

(makan).

Pergerakan

Proses ini adalah proses perjalanan makanan di sepanjang saluran

makanan

Gastrointestinal.

Penghadaman
Penyerapan

Proses ini adalah proses pemecahan makanan melalui mekanisma


mekanikal dan mekanisma kimia.
Proses ini adalah proses perjalanan makanan yang dihadam daripada
saluran Gastrointestinal ke sistem kardiovaskular dan sistem limfatik

15

untuk diagihkan ke sel-sel lain dalam tubuh.


Proses ini adalah proses di mana bahan-bahan yang tidak dapat
Pencernaan

dihadamkan dikeluarkan atau dibuang keluar daripada saluran


Gastrointestinal.

Terdapat dua jenis penghadaman yang berlaku dalam sistem penghadaman iaitu:
1.

Penghadaman Kimia Ia adalah siri reaksi kimia yang memecahkan molekul


karbohidrat, lipid dan protein yang kompleks yang dimakan kepada molekulmolekul yang lebih kecil.

2.

Penghadaman MekanikalPenghadaman mekanikal meliputi pelbagai pergerakan


yang membantu penghadaman kimia. Makanan dihancurkan oleh gigi sebelum
ianya dapat ditelan. Otot-otot perut dan usus kecil mencairkan makanan supaya
ianya

dapat

bercampur

dengan

enzim-enzim

sepenuhnya

yang

akan

menghadamkan makanan tersebut.


Kecelaruan dan kegagalan sistem penghadaman akan menjejaskan kesihatan serta
menyebabkan kecacatan kepada manusia. Antara kesan kecelaruan dan kegagalan
fungsi sistem penghadaman ini adalah:
1.

Karies Gigi bermula apabila bakteria (tindak balas gula) menghasilkan asid yang
menghakis enamel gigi. Makanan sukar untuk dihadamkan kerana gigi tidak dapat
mengunyah dan menghancurkan makanan tersebut. Gigi yang terhakis akan
menyebabkan kesakitan dan ketidakselesaan kepada pesakit.

2.

Ulser PeptikUlser yang terbentuk di saluran Gastrointestinal mendedahkan


saluran tersebut kepada jus berasid yang dikenali sebagai ulser peptik. Ia
menyebabkan individu mengalami kesakitan yang amat sangat pada perut.

3.

AppendicitisIa adalah jangkitan atau kecederaan yang berlaku kepada appendix.

4.

TumorTumor atau ketumbuhan boleh berlaku di mana-mana bahagian saluran


Gastrointestinal. Pengambilan lemak dan protein yang berlebihan mungkin akan
menambah risiko terjadinya ketumbuhan ini.

16

HepatitisHepatitis adalah jangkitan yang berlaku terhadap hempedu yang berpunca


daripada virus, bahan kimia, pengambilan dadah dan alkohol. Jadual 3.9 menyatakan tiga
jenis hepatitis.
Jadual 3.9: Jenis-jenis Hepatitis

Jenis-

Penerangan

jenis

Ianya berpunca daripada jangkitan virus Hepatitis A yang disebarkan


Hepatitis A

melalui makanan, pakaian, peralatan, makanan dan permainan yang


tercemar.
Ianya berpunca daripada jangkitan virus Hepatitis B yang disebarkan

Hepatitis B

melalui peralatan perubatan (picagari) yang telah tercemar. Ia juga boleh


disebarkan melalui rembesan cecair badan (air mata, ludah). Hepatitis B
boleh menyebabkan jangkitan yang kronik pada hempedu.

Bukan A
dan Bukan
B

Ia dalah bentuk hepatitis yang tidak dapat dikenal pasti sama ada dijangkiti
oleh virus Hepatitis A atau Hepatitis B. Secara klinikalnya ia seakan-akan
Hepatitis B dan lazimnya disebarkan melalui pemindahan darah. Ia boleh
mengakibatkan kanser hempedu.

5.

Batu KarangLebihan kolesterol atau butir-butir garam di dalam pundi kencing


akan menyebabkan terbentuknya karang di dalam pundi tersebut. Bentuk atau
saiz karang yang lebih besar akan menyebabkan ganguan dan kesakitan kepada
pesakit semasa hendak membuang air kecil.

6.

Anorexia NervosaAnorexia Nervosa adalah kecelaruan psikologi pesakit


berkenaan imej tubuh dan berat badan. Pesakit biasanya sentiasa tidak berpuas
hati dengan imej dan berat badannya dan bertindak untuk mengeluarkan kembali
makanan yang telah dimakan.

Mengamalkan pemakanan yang berkhasiat serta seimbang boleh membantu kita


menangani kecelaruan dan permasalahan berkaitan dengan sistem penghadaman ini.
Senaman, rehat yang mencukupi serta nasihat pakar pemakanan adalah sangat berguna
bagi membantu kita mengamalkan gaya hidup serta pemakanan yang seimbang dan
sihat.

17

Setiap aktiviti dan pergerakan tubuh kita memerlukan tenaga. Jumlah bekalan tenaga
yang diperlukan oleh tubuh bergantung kepada had atau intensiti pergerakan yang kita
lakukan. Sebagai contoh aktiviti berlari, melompat dan melontar merupakan aktiviti
tangkas yang memerlukan penghasilan relatif tenaga yang banyak dalam jangka waktu
yang singkat. Aktiviti jarak jauh seperti merentas desa, berenang dan berbasikal pula
merupakan aktiviti jarak jauh yang memerlukan relatif tenaga yang rendah dalam jangka
waktu yang lama. Kesemua keperluan tenaga ini mampu dibekalkan oleh tubuh melalui
tiga jenis sistem tenaga, sila rujuk Rajah 3.3.

Rajah 3.3: Tiga jenis sistem tenaga


Sistem Tenaga Phosphagen (ATP-PCr)Sistem tenaga tubuh yang paling mudah
adalah sistem tenaga ATP-PCr. PCr singkatan bagi 'phosphocreatine' merupakan
sebatian tenaga yang kaya dengan 'phosphate'. Ianya disimpan di dalam sel-sel otot dan
apabila ianya dipecahkan ia akan menghasilkan jumlah tenaga yang banyak. Tenaga
yang dihasilkan oleh PCr ini tidak digunakan secara langsung oleh sel-sel tubuh malah ia
menghasilkan semula ATP (Adenosine Triphosphate) bagi mengekalkan bekalan tenaga
relatif yang tetap.Tenaga yang dihasilkan daripada PCr ini diselenggarakan oleh enzim
CK (Creatine Kinase) yang bertindak ke atas PCr bagi memecahkan P (Phosphate)
daripada 'creatine'. Tenaga yang dihasilkan kemudiannya digunakan terhadap P menjadi
molekul ADP (Adenosine Diphosphate). Proses pemecahan tenaga ini ditunjukkan dalam
Rajah 2.4.

18

Rajah 3.4: Mengekalkan tahap ATP daripada sumber tenaga yang disimpan di PCrMelalui
sistem ini, tenaga dihasilkan daripada ATP dengan pemisahan sebatian 'phosphate' (P).
Sel tubuh akan menghalang pengurangan ATP dengan mengurangkan PCr bagi
menghasilkan tenaga daripada ATP.Proses pemecahan dan penghasilan tenaga ini
berlaku sangat pantas dan dapat mencapai matlamatnya tanpa struktur khusus dalam sel
tubuh. Sistem tenaga ATP-PCr ini tidak memerlukan oksigen dan dikenali juga sebagai
Anaerobik.Semasa saat awal individu melakukan aktiviti yang intensif seperti berlari
pecut, ATP dikekalkan pada tahap yang tetap manakala tahap PCr dikurangkan secara
beransur-ansur bagi menggantikan kekurangan ATP. Semasa otot mengalami keletihan,
kandungan ATP dan PCr adalah rendah dan tidak berupaya lagi untuk menghasilkan
tenaga bagi penguncupan dan relaksasi otot. Keupayaan tubuh untuk mengekalkan tahap
ATP bersama dengan sumber tenaga daripada PCr adalah terhad. Tubuh hanya mampu
untuk mengekalkan keperluan tenaga kepada otot selama 3 hingga 15 saat sahaja.
Melepasi tahap tersebut, sel-sel otot perlu bergantung kepada sumber tenaga yang lain
iaitu sistem tenaga Asid Laktik dan sistem tenaga Aerobik.
Sistem Tenaga Asid Laktik. Satu lagi sistem tenaga yang dipunyai oleh tubuh adalah
sistem tenaga asid laktik. Sistem tenaga ini melibatkan pemecahan (lysis) glukos. Sistem
ini juga dikenali sebagai sistem Glikolitik kerana ianya melibatkan proses Glikolisis di
mana glukos dipecahkan oleh enzim yang khusus dikenali sebagai enzim glikolitik.Glukos
meliputi 99 % kandungan gula di dalam darah. Gula dalam darah ini datangnya daripada
pencernaan karbohidrat dan juga melalui pemecahan glikogen. Glikogen dipecahkan
daripada glukos melalui proses yang dikenali sebagai Glikogenesis. Ianya disimpan di
dalam hempedu atau di dalam otot sehingga ianya diperlukan. Bila diperlukan, glikogen
dipecahkan

menjadi

Glukos-1-Phosphate melalui

proses yang

dikenali

sebagai

Glikogenolisis.Sebelum glukos atau glikogen dapat digunakan bagi menjana tenaga,


ianya perlu ditukarkan menjadi sebatian yang dikenali sebagai Glukos-6- Phosphate
Penukaran molekul glukos ini memerlukan satu molikul ATP. Proses glikolisis akan
bermula apabila Glukos-6-Phosphate dibentuk. Proses glikolisis menghasilkan asid
piruvik. Proses ini tidak memerlukan kehadiran oksigen. Proses glikolisis ini memerlukan
19

reaksi 12 enzim bagi memecahkan glikogen kepada asid laktik. Hasil daripada
pemecahan ini juga adalah penghasilan 3 mol ATP. Secara ringkas proses glikolisis
ditunjukkan dalam Rajah 3.5.Sistem tenaga asid laktik ini tidak banyak menghasilkan ATP.
Di sebalik limitasi ini, tindakan bersama sistem tenaga ATP-PCr dan sistem tenaga asid
laktik membenarkan otot menjana kuasanya walaupun bekalan oksigen ke otot adalah
terhad. Kedua-dua sistem tenaga ini mendominasikan bekalan tenaga tubuh di awal-awal
senaman, latihan atau aktiviti yang intensif.Satu lagi kekurangan utama sistem tenaga
asid laktik ini adalah pengumpulan asid laktik di dalam otot dan cecair tubuh. Keasidan
fiberfiber otot ini menghalang pemecahan glikogen dan mengurangkan keupayaan ikatan
kalsium di otot dan seterusnya menghalang penguncupan otot.

Rajah 3.5: Proses glikolisis


Sistem Tenaga AerobikSistem tenaga aerobik merupakan sistem tenaga yang lebih
kompleks berbanding sistem tenaga ATP-PCr dan sistem tenaga asid laktik. Oleh kerana
sistem ini menggunakan oksigen dalam proses menjana tenaga maka sistem ini dikenali
sebagai sistem aerobik. Sistem tenaga aerobik melibatkan tiga proses iaitu:
a. Glikolisis
b. Kitaran Krebs
20

c. Rantaian Pengangkutan Elektron


Secara ringkas keseluruhan proses ini ditunjukkan dalam Rajah 3.6.
a.

Glikolisis.Dalam

proses

metabolisma

karbohidrat,

glikolisis

memainkan

peranan yang penting dalam penghasilan aerobik dan anaerobik ATP.


Kehadiran oksigen di dalam proses ini menentukan penghasilan asid piruvik
dan asid piruvik ditukarkan menjadi 'Acetyl Conenzyme (Acetyl CoA) manakala
tanpa kehadiran oksigen dalam proses ini menghasilkan asid laktik dan hanya 3
molikul ATP.

b.

Kitaran Krebs.Apabila acetyl CoA memasuki kitaran Krebs, siri reaksi kimia
yang kompleks berlaku mengoksidasikan acetyl CoA. Di akhir kitaran Krebs, 2
molikul ATP, oksigen (O2) dan karbon dioksida (Co2) dihasilkan. Karbon
dioksida akan dikeluarkan daripada sel dan diangkut melalui darah ke paruparu untuk dikeluarkan daripada tubuh.

Rantaian Pengangkutan Elektron


Semasa proses glikolisis, hidrogen (H2) dilepaskan sebagai glukos dan dimetaboliskan
menjadi asid piruvik. Lebih banyak hidrogen dilepaskan semasa proses kitaran Krebs.
Hidrogen yang dilepaskan daripada proses glikolisis dan kitaran Krebs akan bercantum
dengan dua koenzim, NAD (Nicotinamide Adenine Dinucleotide) dan FAD (Flavin Adenine
Dinucleotide). Koenzim-koenzim ini akan membawa atom-atom hidrogen kepada rantaian
pengangkutan elektron di mana ianya akan dipisahkan menjadi elektron dan proton. Pada
akhir rantaian ini, H+ akan bercantum dengan oksigen (O2) bagi membentuk air (H2O)
seterusnya menghalang keasidan. Elektronelektron yang dipisahkan daripada Hidrogen
akan melalui siri reaksi rantaian pengangkutan elektron dan seterusnya menghasilkan
tenaga untuk phospholirasi ADP bagi menghasilkan ATP.

21

Rajah 3.6: Proses oksidasi karbohidrat


3.2.5Sistem Saraf
Sistem saraf terdiri daripada otak, tulang belakang dan saraf-saraf. Jadual 3.10
menyatakan fungsi utama sistem saraf.
Jadual 3.10: Fungsi Sistem Saraf

Fungsi

Penerangan

Menerima

Deria-deria seperti rasa, bau, melihat, sentuh, sakit dan mendengar

maklumat

akan menghantar maklumat kepada sistem saraf.

Menyatukan
dan
memproses
maklumat

Otak dan tulang belakang akan menyatukan serta memproses


maklumat yang diterima. Melalui maklumat tersebut, otak akan
menghasilkan input supaya anggota badan yang lain bertindakbalas.

Mengawalatur

Otot-otot menguncup apabila dirangsang oleh sistem saraf. Ini

otot dan

menunjukkan sistem saraf amat penting dalam pergerakkan manusia.

kelenjar

Selain itu, ia juga mengawalatur otot jantung, otot lembut dan kelenjar.

22

Mengawalatur
aktiviti otak

Segala aktiviti memori, tahap kesedaran dan berfikir dikawal oleh otak.
Sistem saraf memainkan peranan yang penting dalam mengimbangi

Mengimbangi
homeostasis

homeostasis dalam badan. Otak dan saraf tunjang akan menerima,


memproses serta bertindakbalas terhadap perubahan yang berlaku
sama ada di dalam atau di luar badan bagi mengimbangi
keseimbangan badan.

Sensasi merujuk kepada keadaan kesedaran situasi dalaman atau luaran tubuh (Tortora,
1991). Bagi mewujudkan sensasi empat keadaan ini perlu dipenuhi:
1.

Stimulus atau perubahan persekitaran yang berupaya untuk memulakan impuls


saraf perlu hadir.

2.

Penerima atau organ deria perlu menjejaki stimulus dan menukarkannya kepada
impuls saraf. Organ deria adalah tisu saraf yang sensitif kepada stimuli luaran dan
stimuli dalaman.

3.

Impuls perlu dialirkan di sepanjang laluan daripada penerima atau organ deria
kepada otak.

4.

Satu bahagian di otak perlu menterjemahkan impuls saraf kepada sensasi.

Ciri-ciri Sensasi
Ciri-ciri Sensasi terdiri daripada:
1.

Projeksi.Proses di mana otak merujuk Sensasi kepada titik atau tempat


stimulasinya.

2.

Adaptasi.Adaptasi adalah pengurangan sensitiviti untuk meneruskan stimuli.

3.

Lepas.Imej Lepas imej adalah keadaan di mana Sensasi meneruskan fungsinya


walaupun selepas stimulus diubah. Ianya adalah kebalikan daripada adaptasi.

4.

Modaliti.Modaliti

merujuk

kepada

ciri-ciri

khusus

tiap

Sensasi

yang

membezakannya daripada jenis-jenis Sensasi yang lain. Sebagai contoh, impuls


yang dijanakan di dalam mata diterjemahkan oleh lobus ocicpital sebagai

23

penglihatan manakala impuls yang dijanakan daripada telinga diterjemahkan oleh


lobus temporal sebagai pendengaran.
Jenis-jenis Deria
Deria dikategorikan kepada enam jenis. Jenis-jenis deria tersebut adalah, sila rujuk Rajah
3.7.

Rajah 3.7: Enam jenis deria


Mari kita bincang jenis-jenis tersebut satu persatu.
1.

Cutaneous
a. Sensasi 'cutaneous' terdiri daripada Sensasi 'tactile' (sentuhan, tekanan,
getaran), Sensasi 'thermoreceptive' (haba) dan Sensasi kesakitan.
Sensasi ini terletak di kulit, tisu-tisu perantara dan di akhiran saluran
Gastrointestinal.
b. Reseptor cutaneous mempunyai struktur yang ringkas. Ianya terdiri
daripada dendrit saraf neuron yang mungkin atau tidak dilampirkan di
dalam kapsul epithelial atau di tisu-tisu perantara.

2.

Proprioceptive
a. Kesedaran aktiviti-aktiviti otot, tendon, sendi dan keseimbangan adalah

24

disumbangkan oleh deria proprioceptive ataupun deria kinestetik.


b. Deria ini memberi maklumat kepada kita tentang darjah mana otot
sepatutnya menguncup, jumlah ketegangan tendon, perubahan posisi
sendi dan posisi kepala relatif kepada tanah sebagai maklum balas
terhadap pergerakan (keseimbangan).
c. Reseptor bagi deria ini terletak di dalam otot-otot rangka, tendon, sendisendi siovial dan di dalam telinga.
3.

Olfactory
a. Reseptor deria olfactory atau deria bau terletak di bahagian superior dan
di tengah 'nasal conchae' tulang ethmoid serta di bahagian atas 'nasal
septum'.
b. Reseptor ini terdiri daripada tiga jenis sel iaitu sel penyokong, sel
olfactory dan sel basal.
c. Sel penyokong adalah sel-sel 'columnar epithelial' membren mukos
hidung. Sel olfactory pula adalah neuron-neuron yang mana hujungnya
mengandungi dendritdendrit yang tamat ke dalam silia yang dikenali
sebagai rerambut atau bulu olfactory. Bulu-bulu ini akan bertindak
terhadap bau di udara dan akan menstimulasi sel-sel olfactory. Sel-sel
basal adalah sel yang akan menghasilkan sel-sel penyokong.
d. Kelenjar Bowman bertindak untuk menghasilkan mukos yang akan
melembapkan permukaan dan melarutkan bahan-bahan bauan.

4.

Gustatory
a. Reseptor gustatory atau reseptor rasa ini terletak di bintil-bintil rasa lidah,
lelangit mulut dan kerongkong.
b. Reseptor ini terdiri daripada tiga jenis sel iaitu sel penyokong, sel
gustatory dan sel basal.
c. Sel penyokong merupakan sel khusus yang membentuk kapsul di dalam
sel gustatory. Tiap sel gustatory mengandungi rerambut gustatory pada
hujung bintil-bintil rasa. Sel gustatory ini berhubung dengan stimuli rasa
melalui liang rasa. Sel basal pula terletak di hujung dan di bawah bintilbintil rasa. Sel-sel ini menghasilkan sel-sel penyokong dan sel-sel

25

gustatory.
5.

Visual
a. Struktur aksessori mata termasuklah kening, bulu mata, kelopak mata
dan peralatan 'lacrimal'.
b. Mata dibentuk daripada tiga lapisan iaitu fibrous tunic (sclera dan
kornea), vascular tunic (choroid, ciliary body dan iris) dan nervous tunic
(retina).
c. Fibrous tunic berfungsi untuk menyediakan bentuk dan perlindungan
kepada bahagian dalam mata. Ia juga menerima dan membiaskan
cahaya.
d. Vascular tunic membekalkan darah dan menyerap cahaya. Ia juga
berfungsi mengubahsuai bentuk lensa untuk penglihatan jarak dekat
atau jarak jauh. Vascular tunic juga berfungsi untuk meregulasikan
jumlah cahaya yang masuk ke dalam bebola mata.
e. Nervous tunic berfungsi untuk menerima cahaya, menukar cahaya
kepada impuls saraf dan menghantar impuls tersebut ke saraf optik (II).

6.

Auditori dan keseimbangan


a. Di samping bertindak sebagai reseptor untuk gelombang bunyi, telinga
juga bertindak sebagai reseptor untuk keseimbangan.
b. Telinga dibahagikan kepada tiga bahagian iaitu luar, tengah dan
dalaman.
c. Bahagian luar telinga berfungsi untuk mengumpul gelombang bunyi dan
mengarahkan gelombang tersebut ke gegendang.
d. Bahagian tengah telinga berfungsi untuk menseimbangkan tekanan di
kedua-dua belah gegendang telinga. Ia juga berfungsi untuk menghantar
gelombang bunyi daripada gegendang ke tingkap oval.
e. Bahagian dalam telinga mempunyai reseptor keseimbangan statik
(mascula), reseptor keseimbangan dinamik (cristae), cecair, terusan dan
membren yang menghantar gelombang bunyi ke organ spiral. Organ
spiral akan menjana impuls saraf dan menghantar impuls tersebut ke
reranting koklea.

Kecelaruan dan kegagalan sistem saraf akan menjejaskan kesihatan serta menyebabkan
kecacatan kepada manusia. Antara kesan kecelaruan dan kegagalan fungsi sistem saraf
adalah, sila rujuk Jadual 3.11.

26

Jadual 3.11: Kesan Kecelaruan dan Kegagalan Fungsi Sistem Saraf

Kesan-kesan

Penerangan

Encephalitis

Pembengkakkan otak disebabkan virus atau bakteria.

Parkinson

Menyebabkan kesukaran untuk bergerak dan mengeletar.

Strok

Alzheimer

Sawan

Disebabkan pendarahan di dalam otak atau pun pembekuan darah


pada salur darah di otak. Ia boleh menyebabkan lumpuh atau maut.
Kerencatan otak disebabkan usia lanjut. Sel-sel otak akan hilang dan
menyebabkan pesakit tidak dapat mengingat serta hilang ingatan.
Berpunca daripada lebihan cetusan elektrik pada otak dan ia
menyebabkan otot-otot mangsa menjadi kekejangan.

3.2.6Sistem Kardiovaskular
Jantung, salur darah dan darah membentuk sistem kardiovaskular manusia. Jadual 2.12
menyatakan beberapa fungsi sistem kardiovaskular yang perlu diketahui.
Jadual 3.12: Fungsi Sistem Kardiovaskular

Fungsi

Penerangan

Mengepam

Otot-otot jantung akan mengecut bagi menghantar darah keseluruh

darah

anggota badan melalui salur darah.

Pengedaran

Jantung akan memisahkan darah yang beroksigen dan tidak

darah

beroksigen daripada peredaran sistemik dan palmunari.

Memastikan
peredaran
darah sehala

Injap di dalam jantung akan memastikan peredaran darah adalah


sehala melalui jantung dan saluran darah.

Mengawalatur

Jantung akan merubah kadar dan tekanan darah ke anggota badan

peredaran

mengikut keperluan anggota serta aktiviti yang dijalankan seperti

darah

berehat, bekerja dan bersenam.

Darah juga memainkan peranan penting dalam memastikan sistem kardiovaskular

27

berfungsi dengan baik. Jadual 3.13 menyatakan antara fungsifungsi darah.


Jadual 3.13: Fungsi-fungsi Darah

Fungsi

Penerangan

Mengangkut

Darah akan menganggut oksigen ke seluruh bahagian badan dan

gas, nutrien

kemudian membawa karbon dioksida ke peparu untuk dinyahkan.

dan bahan

Manakala nutrien, ion dan akan dianggkut ke sel dan bahan kumbahan

kumbahan

pula akan dibawa oleh darah ke buah pinggang untuk disingkirkan.

Mengangkut
hormon dan
enzim

Hormon dan enzim yang dirembeskan akan dibawa oleh darah dari
organ penghasil ke bahagian badan yang memerlukannya.

Mengawalatur

Sifat penimbal dalam darah akan memastikan pH darah adalah normal

pH dan

(7.35-7.45). Manakala komposisi osmotik dalam darah juga penting

osmosis

dalam mengimbangi ion dan air dalam badan.

Mengimbangi

Peredaran darah keseluruh bahagian badan akan mengawalatur suhu

suhu badan

dalam badan.

Melindungi
badan daripada
bendasing
Pembekuan
darah

Terdapat sel-sel darah yang bertindak sebagai sistem imunisasi yang


melindungi badan daripada bendasing seperti mikroorganisma.
Apabila berlaku pendarahan di mana salur darah pecah, pembekuan
darah akan berlaku bagi menghalang kehilangan darah yang
berterusan.

Kecelaruan dan kegagalan sistem kardiovaskular akan menjejaskan kesihatan serta


menyebabkan kecacatan kepada manusia. Antara kesan kecelaruan dan kegagalan
fungsi sistem kardiovaskular adalah, sila rujuk Jadual 2.14.
Jadual 3.14: Kesan Kecelaruan dan Kegagalan Fungsi Sistem Kardiovaskular

Kesan-kesan
Endocarditis

Penerangan
Pembengkakkan pada bahagian otot jantung yang menganggu
fungsi injap jantung.

28

Cardiomyopathy
Coronary
thrombosis

Saiz jantung menjadi besar dan otot-otot jantung menjadi lemah dan
akhirnya membawa kepada kegagalan jantung berfungsi.
Pembentukan darah beku di dalam arteri jantung.

Myocardial

Kerosakan pada otot jantung disebabkan kekurangan pengaliran

infraction

darah ke jantung.

Cyanosis

Kegagalan jantung berfungsi pada peringkat bayi lagi. Bayi akan


kelihatan kebiruan kerana kekurangan oksigen.

3.2.7Sistem Pernafasan
Setiap organisma yang hidup memerlukan oksigen dan akan menghasilkan karbon
dioksida. Proses ini berlaku ketika organisma bernafas. Sistem pernafasan berfungsi
untuk:
1.

Pertukaran gas -Gas oksigen daripada udara akan memasuki sistem pernafasan.
Manakala sistem kardiovaskular akan mengepam darah yang beroksigen ke
seluruh bahagian badan dan membawa darah yang berkarbon dioksida ke peparu.
Sistem pernafasan dan sistem kardiovaskular saling bekerjasama dalam
membawa darah beroksigen dan menyingkirkan darah berkarbon dioksida.

2.

Mengawalatur pH darah -Sistem pernafasan dapat mengawalatur pH dalam


darah dengan mengawal tahap darah berkarbon dioksida.

3.

Penghasilan suara -Pergerakan udara melalui kotak suara akan menghasilkan


bunyi dan suara.

4.

Menghidu bau -Dapat merasai bau apabila udara memasuki hidung.

5.

Innate imunisasi -Sistem pernafasan menghalang mikro-organisma daripada


memasuki badan dan menyingkirkannya daripada lapisan pernafasan.

Kecelaruan dan kegagalan sistem pernafasan akan menjejaskan kesihatan serta


menyebabkan kecacatan kepada manusia. Jadual 3.15 menyatakan antara kesan
kecelaruan dan kegagalan fungsi sistem pernafasan.

29

Jadual 3.15: Kesan Kecelaruan dan Kegagalan Fungsi Pernafasan

Kesan-kesan
Bronchitis

Kanser
peparu

Penerangan
Pembengkakkan pada bahagian bronchi. Pembengkakkan ini boleh
disebabkan oleh jangkitan kuman atau pun merokok.
Sel-sel peparu dijangkiti kanser dan ia mungkin akan merebak ke
bahagian angota badan yang lain kerana peparu merupakan lokasi
pertukaran darah.
Penyakit ini disebabkan oleh jangkitan bakteria dan ia akan membentuk

Tuberculosis

gumpalan pada sel-sel peparu. Walaupun sistem imun badan boleh


menangganinya tetapi terdapat sesetengah strain tuberculosis yang
tahan rintang.
Berpunca daripada jangkitan bakteria atau virus yang menyebabkan

Pneumonia

pesakit mengalami deman, kesukaran bernafas, sakit dada dan


pembengkakkan pada peparu.

Selsema

Disebabakan oleh jangkitan virus pada sistem pernafasan.

3.2.8Sistem Perkumuhan
Sistem perkumuhan terdiri daripada dua buah pinggang, dua ureter, urethra dan pundi
kencing. Fungsi utama sistem perkumuhan adalah untuk menyingkirkan bahan buangan
dalam badan. Manakala fungsi-fungsinya yang lain termasuklah, sila rujuk Jadual 3.16.
Jadual 3.16: Fungsi-fungsi Sistem Perkumuhan

Fungsi-fungsi

Penerangan
Buah pinggang adalah organ yang bertanggungjawab dalam

Penyingkiran

menyingkirkan bahan buangan seperti toksik dan hasil metabolisma


badan.

Mengawalatur
kepekatan solute
dalam darah
Mengawalatur pH

Buah pinggang membantu mengawalatur kepekatan molekul dan ion


seperti glukosa, Na+, Cl-, K+ dan Ca2+.
Penyingkiran lebihan H+ dalam bendalir badan akan mengekalkan

30

dalam bendalir
Mengawalatur
sintesis sel darah
merah

pH badan.
Sejenis hormon (erythropoietin) akan dihasilkan oleh buah pinggang
bagi mensintesiskan sel darah merah di tulang sum-sum.

Mengawalatur

Buah pinggang memainkan peranan yang besar dalam mengawal

sintesis vitamin D

paras Ca2+ dalam darah melalui mengawalatur sistesis vitamin D.

Kecelaruan dan kegagalan sistem perkumuhan akan menjejaskan kesihatan serta


menyebabkan kecacatan kepada manusia. Antara kesan kecelaruan dan kegagalan
fungsi sistem perkumuhan adalah:
i.

Kegagalan buah pinggang berfungsiKegagalan buah pinggang berfungsi akan


menyebabkan pengumpulan bahan buangan dalam darah dan menyebabkan
maut.

Glomerulonephritis.Ia berpunca daripada pembengkakkan lapisan membran penapis


dalam buah pinggang yang menyebabkan membran penapis tidak telap dan
membenarkan kemasukan plasma protein dan darah.
3.2.9Sistem Endokrin
Badan menggunakan pelbagai jenis bahan kimia untuk berhubung antara satu sama lain
melalui sistem endokrin. Jadual 3.17 menyatakan fungsi-fungsi sistem endokrin.
Jadual 3.17: Fungsi-fungsi Sistem Endokrin

Fungsi-fungsi
Pertumbuhan,
metabolisma
dan
kematangan sel
Mengawalatur

Penerangan
Sistem endokrin mempengaruhi pertumbuhan kebanyakan tisu seperti
tulang dan otot. Kadar metabolisma dalam badan bagi mengimbangi
suhu badan manusia serta fungsi otak juga dibawah kawalan sistem
endokrin. Selain itu, kematangan tisu semasa proses pertumbuhan
fizikal manusia juga dipengaruhi oleh sistem ini.
Paras glukosa dan ion dalam darah dikawal oleh sistem endokrin.

paras glukosa
dan kepekatan

31

ion
Mengawalatur

Keseimbangan bendalir dalam badan dikawalatur oleh sistem endokrin

bendalir

melalui pengawalan kepekatan solute dalam darah.

Mengawalatur
tekanan darah

Sistem endokrin membantu mengawalatur tekanan darah dan

dan denyutan

denyutan jantung serta menyediakan badan untuk beraksi.

jantung
Imunisasi
Pembiakan

Penghasilan dan kefungsian sistem imun dibantu oleh sistem endokrin.


Pembentukan dan kefungsian sistem pembiakan wanita dan lelaki turut
dibantu oleh sistem endokrin.

Penguncupan
uterine dan

Sistem endokrin membantu penguncupan uterine semasa proses

penghasilan

kelahiran bayi serta merangsang penghasilan susu ibu.

susu

Kecelaruan dan kegagalan sistem endokrin akan menjejaskan kesihatan serta


menyebabkan kecacatan kepada manusia. Antara kesan kecelaruan dan kegagalan
fungsi sistem endokrin adalah:
i.

Kencing manis (diabetis).Penyakit ini disebabkan oleh kekurangan hormon insulin

bagi mengawalatur serta mengimbangi paras glukosa dalam darah.


ii. Hyperthyroidism.Penyakit ini disebabkan oleh penghasilan hormon thyroid yang
melebihi daripada keperluan.
3.2.10Sistem Limfa
Jadual 2.18 menjelaskan antara fungsi sistem limfa.
Jadual 3.18: Fungsi-fungsi Sistem Limfa

Fungsi-fungsi

Penerangan

Keseimbangan

Bendalir yang berlebihan di dalam badan akan dibawa ke limfa untuk

bendalir

dikembalikan dalam darah.

32

Penyerapan

Sistem limfa menyerap lemak daripada usus pencernaan.

lemak
Perlindungan

Sistem limfa melindungi badan daripada kemasukan mikroorganisma.

Kecelaruan dan kegagalan sistem limfa akan menjejaskan kesihatan serta menyebabkan
kecacatan kepada manusia. Antara kesan kecelaruan dan kegagalan fungsi sistem limfa
adalah, sila rujuk Jadual 3.19.
Jadual 3.19: Kesan Kecelaruan dan Kegagalan Fungsi Sistem Limfa

Kesan-kesan

Penerangan

Lymphadenitis

Pembengkakkan pada nodus limfa.

Asma

Penyakit ini berlaku apabila antigen bergabung dengan antibodi dan


kemudian menghasilkan bahan kimia yang menyebabkan kesukaran
bernafas.

Anaphylaxis

Berpunca daripada alahan seperti ubatan, debu dan serangga. Ia


akan menyebabkan tekanan darah jatuh, kesukaran bernafas dan
kematian.

Systemic Lupus

Penyakit ini disebabkan oleh kemusnahan sel oleh sistem imun

Erythematosus

badannya sendiri.

3.2.11Sistem Pembiakan
Pembiakan adalah proses di mana bahan-bahan genetik di sampaikan daripada generasi
ke generasi (Tortora, 1991). Organ-organ pembiakan dikelompokkan sebagai:
1.

GonadsMenghasilkan gamet.

33

2.

Salur (ducts)Mengangkut dan menyimpan gamet.

3.

Aksessori Kelenjar JantinaMenghasilkan bahan-bahan yang menyokong gamet.

Sistem pembiakan wanita terdiri daripada organ-organ pembiakan seperti, rujuk Rajah
3.8.

Rajah 3.8: Organ-organ pembiakan wanita


Mari kita bincang organ-organ tersebut satu persatu.
1.

Ovari (gonads)
a. Menghasilkan dan menyahkan oocytes (haid).
b. Merembeskan hormon-hormon estrogen, progestron, inhibin dan relaxin.
c. Menyimpan sel ovum.

34

2.

Tiub Uterine atau Fallopian


a. Mengangkut ovum dari ovari ke uterus.

3.

Uterus
a. Organ yang berfungsi untuk kitaran haid, penyuburan ovum dan
perkembangan fetus semasa mengandung.

4.

Vagina
a. Merupakan saluran untuk pengaliran keluar haid, bahagian paling bawah
saluran peranakan dan tempat untuk penis semasa persetubuhan.
b. Berupaya untuk meregang bagi menyempurnakan fungsinya.

5.

Vulva
a. Merupakan genital luaran wanita.
b. Mengandungi mons pubis, labia majora, labia minora, clitoris, vestibule,
vaginal, urithral orifices, paraurethral dan kelenjar vestibular.

6.

Kelenjar Mammary
a. Terletak di otot pectoralis major.
b. Berfungsi untuk merembeskan dan mengeluarkan susu.

7.

Haid.Wanita mempunyai kitaran pembiakan yang dikenali sebagai kitaran haid.


Tujuan kitaran haid ini adalah untuk menyediakan endometrium pada tiap bulan
bagai penerimaan kesuburan telur. Kitaran haid ini sangat berkait dengan
kematangan ovum (telur) pada setiap bulan. Kitaran haid diregulasikan oleh
hormon pertumbuhan (GnRH) yang akan menstimulasikan pelepasan hormon
FSH dan hormon LH. Progestron akan bertindak bersama estrogen untuk
menyediakan endometrium dan kelenjar mammary bagi menghasilkan susu.
Kematangan atau akil baligh wanita diisyaratkan melalui peningkatan tahap
hormon-hormon LH, FSH dan estrogen. Pemberhentian kitaran seksual ini
menandakan wanita tersebut mengalami menopause.

8.

Ovum.Merupakan sel terbesar dalam tubuh manusia. Apabila ovum dibebaskan,


ia bergerak ke uteras melalui tiub Fallopia. Pergerakan ini mengambil masa antara
3 hingga 5 hari. Ovum akan mati jika ia tidak disenyawakan dalam tempoh 12

35

hingga 24 jam setelah ovulasi. Ovum akan melarut dan diserap oleh tubuh jika
tidak disenyawakan.

Selepas uvulasi,

ovari akan merembeskan hormon

progresteron dan estrogen. Penghasilan progresteron dan estrogen akan terhenti


jika persenyawaan tidak berlaku selepas 2 minggu.

Sistem pembiakan bagi lelaki pula terdiri daripada testikel dan zakar. Ia adalah organ
genital luaran lelaki. Rajah 3.9 menyatakan organ-organ pembiakan lelaki.

Rajah 3.9: Organ-organ pembiakan lelaki


Mari kita bincang organ-organ tersebut satu persatu.
1.

Zakar
a. Terdiri daripada tisu span yang mempunyai daya boleh tegak.
b. Apabila terangsang secara seksual, zakar akan mula kembang, menjadi
tegang dan memanjang. Aliran darah menyebabkan tisu span berisi
dengan darah dan zakar menjadi tegang.

2.

Testikel
36

a. Kelenjar seksual yang terdapat dalam saku berkedut yang dipanggil


skrotum.
b. mengandungi beratus ribu copeng yang menghasilkan sperma.
c. Punyai peranan yang sama dengan ovari perempuan kerana keduadua
organ ini menghasilkan sel pembiakan.
d. Skrotum mengawal suhu testikel.

3.

Peranan Hormon Testosteron, androgen dan sel sperma


a. Fungsi utama testikal ialah penghasilan hormon lelaki yang dipanggil
androgen. Androgen bertanggungjawab terhadap perkembangan fizikal
lelaki. Ia merangsang tingkahlaku seksual lelaki.
b. Androgen utama yang dihasilkan oleh testikal ialah testosteron.
Rangsangan daripada kelenjar pituitari menyebabkan perkembangan
testosteron, hormon seks lelaki yang menggalakkan penghasilan
sperma.
c. Sperma dihasilkan melalui tiub epididimis. Sperma yang matang keluar
daripada epididimis melalui vas deferens dan menuju ke vesikal seminal.
Vesikal seminal ialah struktur bersaku kecil yang tersambung dengan
duktus ejakulasi.
d. Semasa ejakulasi, lelehan daripada kelenjar vesikal seminal dan prostat
bercampur dengan sel sperma. Vesikal seminal akan memasukkan
sedikit gula ke dalam vas deferens untuk membekalkan tenaga kepada
sperma. Kelenjar prostat membekalkan air mani. Keadaan duktus
bertindak untuk melicinkan pergerakan sperma. Dua kelenjar cowper
sebesar saiz kacang pi menghasilkan bendalir yang membersihkan
uretra supaya tiada sisa air kencing yang mungkin menjejaskan
keselamatan sperma.

Daripada duktus ejakulasi, sperma bergerak melalui salur panjang uretra dalam zakar. Air
kencing dan sperma dikeluarkan daripada tubuh melalui uretra. Apabila sperma
dibebaskan, suatu injap memberhentikan pengaliran air kencing.

37

3.3UMUR KEMATANGAN
Setiap ketika setiap hari kita terlibat dalam proses yang dikenali sebagai ketuaan atau
peningkatan umur. Peningkatan umur ini merupakan tempoh perubahan pertumbuhan
dan perkembangan yang akan membawa kita kepada peningkatan mental, emosi,
spiritual dan fasa-fasa perkembangan fizikal tubuh. Ia merupakan pola perubahan hidup
yang wujud sepanjang hayat kita. Jadual 3.20 menjelaskan beberapa kategori umur.

Jadual 3.20: Kategori Umur

Kategori

Penerangan
Umur biologikal merujuk kepada umur relatif atau keadaan sistem atau

Umur
biologikal

organ tubuh seseorang individu. Ianya adalah tahap fungsi fisiologikal


individu berbanding individu lain yang sebaya dengannya.
Umur psikologikal merujuk kepada keupayaan adaptasi dan kesedaran

Umur
psikologikal

individu terhadap kebolehannya. Pengalaman hidup membantu individu


untuk menghadapi dan menangani cabaran hidup.
Umur Sosial merujuk kepada tabiat dan peranan individu terhadap

Umur sosial

kehendak sosial. Individu dalam tahap umur tertentu berkongsi minat,


pendapat dan ideologi yang sama.
Umur Kronologikal merujuk kepada jangka hayat umur seseorang individu

Umur

telah hidup sejak ia dilahirkan. Ianya sering digunakan bagi menentukan

kronologikal

kelayakan seseorang individu untuk urusan-urusan rasmi dan formal


seperti mengundi, bersekolah dan pekerjaan.

Umur

Umur (Functional) merujuk kepada cara mana individu berfungsi

(functional)

berbanding dengan orang lain yang sebaya dengannya.

Proses kematangan umur melibatkan dua aspek iaitu:


1.

Aspek Fisiologi adalah perubahan fisiologi yang wujud di dalam tubuh individu
sebagai natijah daripada proses ketuaan.
38

2.

Aspek Kognitif adalah perubahan yang wujud berkaitan

kecerdasan, daya

ingatan dan kefahaman individu.

RUJUKAN

Briggs, F. & McVeity, N. (2000). Teaching Children To Protect Themselves. Crows


Nest NSW: Allen & Unwin.
Merki M.B. & Merki D. (1987). Health, A guide to wellness. Mission Hills, CA.
Glencoe Pub.Co.
Mosston, M. & Ashworth, S. (2002). Teaching physical education (5th ed.). San
Francisco, CA: Benjamin Cummings.
Teng Boon Tong. (1984). Pendidikan jasmani dan kesihatan. Kuala Lumpur:
Longman Malaysia.
Wee Eng Hoe. (1998). Pengajaran pendidikan jasmani dan
kesihatan(pengkhususan). Shah Alam: Fajar Bakti.

Rujukan
Eva. L. Essa. (2003). Introduction to early childhood education. Canada: Delmar Learning.
Marjorie, J. K., Anne, K. S., & Alice, P. W. (2004). Developmentally appropriate curriculum.
New Jersey: Pearson Merrill Prentice Hall.
Nor Hasimah. H., & Yahya, C. L. (2003). Panduan pendidikan Prasekolah. Pahang: PTS
Publication Sdn. Bhd.
Pusat Perkembangan Kurikulum. (2003). Huraian Kurikulum Prasekolah Kebangsaan.

39

KPM.
Radzi, S., & Yusuff, I. (1990). Pendidikan Jasmani & Pendidikan Kesihatan. Kuala
Lumpur.
Thomas, K.T., Lee, A.M., & Thomas, J.R. (2003). Physical education methods for
elementary teachers (2nd edition). Champaign, IL: Human Kinetics.
Wuest, D.A., & Bucher, C.A. (1999). Foundations of physical education and sport (13th
edition). Boston: WCB McGraw-Hill.
Zarina L.A., Abdul Latif A., Azali R., Norkhalid S., & Nur Akmal I. (2011). HBHE 1103
Pengenalan Pendidikan Kesihatan. Open University Malaysia. Meteor Doc. Sdn.
Bhd. Selangor Darul Ehsan.
PORTFOLIO

Dokumen atau tugasan perlu disimpan dalam portfolio dan diserahkan kepada
pensyarah dalam bentuk soft dan hard copy.

LAMAN WEB
URL:http://www.siecus.org/
URL:http://www.serc.mb.ca/

40

Anda mungkin juga menyukai