Anda di halaman 1dari 21

Soalan Tugasan

a) Kurikulum pendidikan kesihatan yang baik berasaskan kepada empat


bidang ilmu;iaitu biologi, sosiologi, psikologi dan fisiologi. Terangkan
mengapa?

1
1.0 Pendahuluan

Kurikulum Pendidikan Kesihatan telah digubal untuk memenuhi keperluan


pertumbuhan dan perkembangan individu bagi membentuk masyarakat yang
sihat dan mengamalkan gaya hidup sihat sebagai budaya masyarakat Malaysia.
Kurikulum Pendidikan Kesihatan yang terancang dan persekitaran yang kondusif
dapat menggalakkan proses pengajaran dan pembelajaran bagi meningkatkan
potensi individu ke tahap optimum. Individu dididik supaya sentiasa bersedia
menyesuaikan diri dengan cabaran perubahan persekitaran dan sosial.

Jawatankuasa bersama Pengistilahan Pendidikan Kesihatan Amerika Syarikat


(1991) menyatakan bahawa proses Pendidikan Kesihatan merupakan komponen
pembelajaran yang membolehkan individu sebagai ahli masyarakat untuk
membuat keputusan secara sukarela, mengubahsuai dan mengubah keadaan
sosial dalam cara untuk meningkatkan kesihatan.

Green dan Kreuter (1991) mendefinisikan Pendidikan Kesihatan sebagai


sebarang gabungan pengalaman-pengalaman pembelajaran yang dibentuk
untuk membolehkan tindakan-tindakan sukarela bermanfaat terhadap kesihatan.

1.1 Asas pendidikan kesihatan berasaskan empat bidang ilmu iaitu biologi,
sosiologi, psikologi dan fisiologi.

1.1.1 Bidang biologi


Zaman kanak-kanak melangkah ke alam remaja merupakan masa transisi yang
membawa perubahan dramatik dari segi biologi dan psikologi (Mitchell, 1979;
Brooks-Gunns &Peterson, 1984; Maline,!990). Perubahan yang ketara ialah dari
segi perkembangan biologi.

2
Menurut Nixon & Jewett (1980) biologi didefinisikan sebagai sains yang mengkaji
tenaga dan jirim yang berfungsi sebagai suatu sistem kehidupan. Ia adalah
kelompok ilmu pengetahuan berkenaan organisma hidup. Organisma hidup
berbeza daripada jirim organik berdasarkan kepada keupayaannya untuk terus
berkembang. Dari aspek biologi, kehidupan didefinisikan mengikut beberapa ciri
seperti berikut :

i. bertindak balas terhadap stimuli atau rangsangan ,


ii. pergerakan,
iii. pengawalan, dan
iv. penghasilan semula (pembiakan)

Organisma hidup sesungguhnya sentiasa berkembang daripada kebolehan dan


keupayaan semula jadi kepada kesempurnaan kendiri. Manusia berpotensi
untuk berkembang, bekerjasama dan berikhtiar untuk hidup. Secara biologinya,
manusia merupakan makhluk citaan Tuhan yang memerlukan keperluan asas
untuk meneruskan kehidupan seperti air yang berkualiti, makanan yang
seimbang, system pengudaraan yang bersih dan alam sekitar yang tidak
tercemar, tahap keselamatan perlindungan yang sempurna serta kualiti atau
tahap kesihatan yang baik dan terjamin.

Kanak-kanan khasnya memerlukan tahap perkembangan fizikal, mental dan


sosial yang baik. Tahap kesihatan dan gaya hidup yang sihat adalah keperluan
asas terhadap pertumbuhan dan perkembangan manusia. Justeru itu salah satu
objektif yang ingin dicapai dalam kurikulum Pendidikan Kesihatan ialah
menjadikan gaya hidup sihat sebagai rutin harian. Ini jelas kepada kita bahawa
salah satu kepentingan Pendidikan Kesihatan ini di susun dalam kurikulum
sekolah adalah memberi pendedahan dan pengetahuan kepada kanak-kanak
untuk membolehkan mereka mengamalkan Gaya Hidup Cergas dan Gaya
Hidup Sihat.

3
1.2 Bidang Sosiologi

Menurut Nixon & Jewett (1980) merangkumkan sosiologi sebagai kajian tentang
kumpulan manusia meliputi keluarga, kumpulan agama, organisasi sosial, trend
populasi, pendidikan, aspek ekonomi dan status kumpulan minoriti. Sosialisasi
secara umumnya merujuk kepada proses yang digunakan oleh kumpulan atau
masyarakat untuk menyalurkan perkembangan individu ke dalam tingkah laku
personal dan sosial yang diterima bagi memenuhi peranan sebagai ahli dalam
kumpulan sosial tersebut.

Unit asas kepada sosialisasi adalah peranan sosial seseorang individu .


Peranan-peranan yang diperuntukkan kepada individu-individu inilah ang
diagihkan kepada kelompok atau individu dalam sesebuah masyarakat.

Setiap individu perlu memainkan peranannya dalam situasi dan bentuk yang
berbeza berdasarkan kehendak atau keperluan serta norma atau nilai-nilai yang
telah diperuntukkan dalam sesebuah masyarakat itu. Pendidikan Kesihatan
pula menyediakan situasi pembelajaran khusus kepada individu, keluarga dan
masyarakat bagi memainkan peranan mereka terhadap mengamalkan gaya
hidup sihat dan seterusnya meningkatkan tahap kesihatan mereka.

Sosiologi dalam Pendidikan Kesihatan berperanan mengkaji ;

i. peranan yang dimainkan oleh Pendidikan Kesihatan dalam


masyarakat,
ii. kecenderungan Pendidikan Kesihatan terhadap kelas-kelas
sosial ataupun status hidup.
iii. nilai dan tingkah laku yang diperteguhkan melalui Pendidikan
Kesihatan,
iv. perkaitan antara Pendidikan Kesihatan dengan pencapaian
akademik,

4
v. sosialisasi melalui Pendidikan Kesihatan,
vi. peningkatan mobiliti sosial melalui Pendidikan Kesihatan,
vii. perkaitan amalan dan gaya hidup sihat terhadap budaya dan
ekonomi masyarakat, dan
viii. perkembangan sosial melalui Pendidikan Kesihatan.

Menurut Debord dan Hertzler dalam Swadener (1994) sesungguhnya kanak-


kanak pada peringkat umur ini sedang memperkembangkan kemahiran berfikir.
Perkembangan bahasa berkembang dengan cepat . Mereka sudah boleh
memahami simbol dan sosialisasi.

1.3 Bidang Psikologi

Psikologi adalah bidang ilmu sains yang mengkaji tingkah laku manusia.
Tingkah laku itu banyak digerakkan oleh nilai-nilai yang ada pada dii seseorang.
Nlai-nlai ini dibentuk melalui asuhan ibu bapa. Sistem sekolah, pergaulan, ajaran
agama dan engaruh masyarakat sekeliling. Nilai-nilai ini boleh disemai, ditiru
dan disesuaikan dan dibuang atau disingkirkan. Oleh itu fokus utama psikologi
dalam Kurikulum Pendidikan Kesihatan ialah untukmengkaji dan melihat;

i. proses-proses organik yang mengawal aktiviti manusia dan haiwan,


ii. pola pertumbuhan dan perkembangan manusia,
iii. cara mana manusia merasai persekitaran dalaman dan luaran mereka
melalui sistem saraf,
iv. cara mana manusia belajar, berfikir dan menyelesaikan masalah,
tindak balas motivasi dan emosi manusia,
v. perkembangan dan perbezaan individu,
vi. cara mana manusia menangani stress, konflik dan kekecewaan, dan
vii. cara mana manusia berhubung sesama mereka dalam kumpulan.

5
Aspek psikologi dalam Pendidikan Kesihatan adalah bidang yang cuba untuk
mengaplikasikan fakta-fakta dan prinsip-prinsip psikologi terhadap pendidikan,
pengamalan dan segala tingkah laku yang berkaitan dengan kesihatan . Individu
yang secara psikologinya sihat adalah individu yang;

i. merasa senang terhadap dirinya.

Individu yang secara psikologinya sihat adalah individu yang tidak diselubungi
oleh rasa takut,marah, cemburu, risau ataupun perasaan bersalah. Mereka
percaya terhadap kebolehan kendiri, menerima kegagalan hidup sebagai
cabaran, mengekalkan kehormatan kendiri dan menerima kekurangan diri.

ii. merasa selesa dengan orang lain.

Individu yang secara psikologinya sihat adalah individu yang merasa puas
dengan tahap hubungannya dengan orang lain. Mereka merupakan individu
yang boleh memberikan kasih saying, bertimbang rasa, menghormati perbezaan
yang wujud dan merasa bertanggungjawab terhadap orang lain.

iii. berupaya menangani kehendak dan cabaran hidup

Individu yang secara psikologinya siat adalah individu yang cuba menyelesaikan
sebarang masalah yang timbul, menerima tanggungjawab serta merancang
masa depan. Mereka bersikap realistic dan mampu membuat keputusan sendiri.
Mereka akan menggunakan keupayaan serta kebolehan semula jadi untuk
mengawal persekitaran mereka dan cuba menyesuaikan diri mereka dengan
persektaran tersebut.

iv. Mengawal ketegangan dan kebimbangan

6
Individu yang secara psikologinya sihat adalah individu yang mengenal pasti
punca dan symptom ketegangan dan kebimbangan dalam kehidupan mereka.
Mereka secara sedar mengelakkan diri mereka daripada tanggapan yang salah
dan tidak menyalahkan orang lain di atas masalah yang mereka hadapi.

v. mengawal kebencian dan rasa bersalah

Individu yang secara psikologinya sihat adalah individu yang mengakui dan
berusaha untuk menentang kecenderungan mereka terhadap perasaan benci,
marah, mementingkan diri dan rasa bersalah.

vi. mengekalkan penampilan yang mengembirakan

Individu yang secara psikologinya sihat adalah individu ang cuba menempuh
kehidupan seharian mereka dengan pendekatan yang menyeronokkan dan
mengembirakan. Mereka percaya bahawa hidup adalah satu anugerah. Mereka
melihat masa hadapan dengan pandangan yang positif.

vii. memperkayakan kehidupan orang lain

Individu yang secara psikologinya sihat adalah individu yang mengakui bahawa
terdapat orang lain yang lebih memerlukan bantuan berbanding diri mereka.
Mereka bertindak untuk meringankan beban yang ditanggung oleh orang lain
dengan memberikan bantuan yang terdaya oleh mereka.

viii. menghargai kepelbagaian

Individu yang secara psikologinya sihat adalah individu yang tidak takut akan
perbezaan yang ada pada diri mereka berbanding orang lain. Mereka tidak
berasa terancam oleh perbezaan bangsa, jantina, agama, dan status.

7
ix. menghargai persekitaran semula jadi

Individu yang secara psikologinya sihat adalah individu yang menghormati


keindahan alam semula jadi. Mereka menggunakan masa untuk menikmati
persekitaran alam semula jadi.

Bagi mencapai tahap psikologi yang sihat melibatkan beberapa proses yang
kompleks. Antara proses-proses tersebut adalah ;

i. peranan yang dimainkan oleh mental, emosi dan spiritual terhadap


kesihatan dan kesejahteraan hidup,

ii. faktor dalaman dan luaran yang memengaruhi kesihatan psikologi,

iii. bagaimana keputusan yang dibuat hari ini memberi kesan terhadap
kesihatan psikologi pada masa akan dating,

iv. bagaimana individu mempertahankan diri dari pelbagai masalah.

Sekolah secara amnya dan guru-guru khasnya boleh mempengaruhi tingkahlaku


murid-murid melalui penerimaan dan pengalaman nilai-nilai yang diingini .
Individu adalah berbeza antara satu sama lain..Tiap-tiap guru harus menyedari
akan perbezaan-perbezaan itu dan menggunakan pendekatan yang berbeza
kepada setiap orang murid. Individu adalah sebagai satu sistem tenaga.
Matlamat akhir bagi semua tingkah laku individu dihalakan bagi mendapat
keseronokkan.

1.1.4 Bidang fisiologi

8
Menurut Nixon & Jewett (1980), fisiologi adalahnkajian terhadap fungsi system-
sistem organic tubuh manusia. Dalam Pendidikan Kesihatan, aspek fisiologi
membantu kita untuk mengetahui sejauh mana system organic tubuh memberi
kesan terhadap kesihatan dan kecergasan seseorang individu. Antara system-
sistem tubuh yang memberi impak terhadap tahap kesihatan dan kecergasan
tubuh kita adalah;

i. sistem pergerakan dan perlindungan badan,

ii. sistem bekalan tenaga dan perkumuhan,

iii. sistem kardiovaskular,

iv. sistem deria,koordinasi dan keseimbangan, dan

v. sistem pembiakan.

Pengetahuan tentang aspek fisiologi juga dapat membantu kita mengenal pasti
kesan yang dihasilkan oleh sistem-sistem organik tubuh terhadap;

i. pekerjaan seharian,
ii. pemakanan,
iii. kedewasaan dan ketuaan
iv. penggunaan ubatan, dadah, arak dan rokok,
v. perbezaan jantina,
vi. ketidakupayaan fizikal dan masalah-masalah yang berkaitan
dengannya, dan
vii. ketegangan dan kebimbangan.

Kurikulum Pendidikan Kesihatan yang merangkumi keempat –empat bidang


sains ini dapat membantu murid-murid menguasai kemahiran berfikir secara

9
kritis dan kreatif . Kemahiran ini memdidik murid belajar membuat keputusan
dan mengenalpasti punca serta menangani masalah-masalah yang berkaitan
dengan kesihatan.

Pertumbuhan dan perkembangan murid serta pencapaian murid secara


menyeluruh berasaskan Falsafah Pendidikan Kebangsaan boleh dikesan secara
sistematik melalui proses penilaian yang dilaksanakan oleh guru.

Pada keseluruhannya Kurikulum Pendidikan Kesihatan yang berasaskan


kepada empat bidang ini adalah sesuai dengan keperluan murid . Murid diberi
peluang untuk meluahkan emosi , memperkembangkan proses mental dan
membentuk perhubungan yang sihat dalam suasana yang membina dan
seterusnya membantu murid mengamalkan gaya hidup sihat dengan
mempertingkatkan pengetahuan kesihatan diri, keluarga, masyarakat dan
persekitaran.

10
Soalan tugasan

b) Jelaskan persamaan dan perbezaan di antara Michigan Model for


Comprehensive Health Education (Kindergaten) dan Huraian Kurikulum
Pendidikan Kesihatan Pra Sekolah Malaysia.

11
1.0 Pendahuluan

Pendidikan prasekolah adalah satu program yang menyediakan pengalaman


pembelajaran kanank-kanak yang berumur 4 – 6 tahun dalam jangka masa satu
tahun atau lebih sebelum masuk ke Tahun Satu di sekolah formal . Peringkat ini
merupakan asas pemupukan ,pembinaan , penyuburan dan perkembangan yang
selanjutnya.

Kanak-kanak pada peringkat umur ini sedang memperkembangkan kemahiran


berfikir. Perkembangan bahasa mereka turut berkembang dengan pantas.
Mereka sudah boleh memahami symbol dan sosialisasi (Debord dan Hertzler
dalam Swadener, 1994). Kemahiran berfikir berkembang apabla anakkanak
terlibat dalam aktiviti yang memberi mereka menyentuh, merasa, mencampur,
memusing dan mencampak.

1.1 Komponen Pembelajaran Prasekolah

Pertumbuhan dan perkembangan murid dalam keadaan sihat, selamat dan ceria
dapat memupuk keyakinan diri dan membentukmpersonaliti yang positif.
Komponen Perkembangan Fizikal memberi fokus kepada empat aspek penting
iaitu:

i. Perkembangan motor halus;


ii. Perkembangan motor kasar;
iii. Kesihatan;dan
iv. Keselamatan.

12
Penguasaan motor kasar dan motor halus amat penting dalam pergerakan asas
membolehkan murid melibatkan diri dalam aktiviti fizikal dan aktiviti pembelajaran
dengan penuh yakin.

Dalam aspek kesihatan, murid dilatih un tuk mengamalkan cara hidup sihat
melalui pemakanan yang seimbang, kebersihan dan cara menjauhkan diri dari
penyakit.

Aspek keselamatan pula membantu murid mengenalpasti obek dan situasi yang
membahayakan diri dan mengetahui langkah-langkah yang perlu diambil unt u
bertindak.

Aspek kesihatan dan keselamatan dapat dicapai melalui tunjuk cara oleh pihak
ang berkaitan dengan kesihatan dan lawatan ke Pusat Kesihatan dan tempat-
tempat lain yang berkaitan.

Perkembangan Fizikal dapat dikuasai melalui aktiviti di dalam dan di luar


Bilik darjah menggunakan pelbagai alat permainan yang disediakan.

Kurikulum Prasekolah terdiri daripada enam komponen walau bagaimanapun


Komponen Perkembangan Fizikal yang dbincangkan di atas mempraktikkan
amalan kesihatan dan keselamatan. Justeru itu terdapat beberapa perbezaan
dan juga persamaan Kurikulum Prasekolah di Malaysia dengan Michigan Model
For Comprehensive Health Education (Kindergarten).

1.2 Persamaan

1.1.1 Pemakanan yang seimbang

13
Jelas kedua-dua kurikulum prasekolah amat menitikberatkan pembelajaran
pemakanan yang seimbang didalam kurikulum mereka. Murid-murid prasekolah
diharap dapat mencapai objektif
i. makanan yang baik dan berkhasiat
ii. mengenal pasti makanan yang rosak dan basi
iii. menyatakan menu makanan seimbang
iv. menguruskan tempat sebelum dan selepas makan
v. kepelbagaian makanan
vi. cirri-ciri makanan
vii. snek yang baik untuk tubuh badan

1.1.2 Pembelajaran keselamatan

Persamaan dalam kandungan keselamatan juga menjadi teras dalam kurikulum


prasekolah . Kedua-kua kurikulum menkehendaki murid-murid dapat
mengenalpasti objek atau situasi yang membahayakan seperti di rumah, di
sekolah dan di padang permainan.

Murid-murid ini juga dilatih agar menghindari objek, tempat dan situasi yang
membahayakan seperti alatan elektrik, melintas jalan raya, benda-benda tajam
dan alat-alat permainan.

Pengamalan langkah-langkah keselamatan diri dan orang lain juga di sematkan


dalam kurikulum prasekolah di mana murid diajar agar dapat menyebut dan
menulis nama,alamat dan nombor telefon: keluarga, waris, polis,bomba dan
ambulans sekiranya berlaku sebarang perkara yang tidak diingini.

1.2 Perbezaan

14
Walaubagaimanapun jelas terdapat perbezaan yang ketara di antara Model
Michigan dengan Kurikulum Prasekolah di Malaysia. Model Michigan
mempunyai kurikulum yang khusus untuk kesihatan manakala kurikulum
prasekolah di Malaysia menjadikan aspek kesihatan dalam Komponen
Perkembangan Fizikal. Sudah tentulah kandungan kesihatan ini tidak mendapat
perhatian yang menyeluruh berbanding Model Michigan.

1.2.1 Kandungan kurikulum

Model Michingan meletakkan komponen kesihatan satu komponen yang khas.


Cakupan kandungan nya lebih menyeluruh. Pembahagian kandungannya
kepada sepuluh tajuk pembelajaran yang khusus sedangkan kurikulum
prasekolah di Malaysia membahagikan kepada kandungan kesihatan dan
keselamatan.

Dalam aspek kesihatan mengandungi lima topik yang dibincangkan manakala


kandungan keselamatan mengandungi dua topik yang dipelajari.

1.2.2 Tajuk-tajuk yang dipelajari

Model Michigan mengandungi sepuluh tajuk pembelajaran kesihatan yang


penting iaitu;

i. Pendidikan keselamatan dan pertolongan


ii. Pindidikan pemakanan
iii. Kesihatan keluarga
iv. Kesihatan pengguna
v. Kesihatan komuniti
vi. Pertumbuhan dan perkembangan
vii. Bahan-bahan yang merosakkan kesihatan
viii. Latihan kesihatan kendiri

15
ix. Kesihatan mental dan emosi
x. Rawatan dan Pencegahan penyakit

Sementara tajuk kesihatan dalam kurikulum kesihatan prasekolah di Malaysia


ialah;

i. mengenal bahagian tubuh badan


ii. menjaga kesihatan diri
iii. mengamalkan pergerakan betul dan postur yang baik
iv. mengamalkan makanan dan pemakanan yang baik dan seimbang
v. menjaga kebersihan pakaian, tempat dan peralatan

Sementara tajuk keselamatan pula terdiri daripada;

i. Mengenali objek, tempat, perlakuan & tindakan yang boleh


menyebabkan kemalangan dan bahaya
ii. Mengamalkan langkah keselamatan diri dan orang lain.

1.2.3 Konsep-konsep pembelajaran prasekolah

Apabila merujuk kepada Model Self-Concept Curriculum


Perancangan induk yang menyeluruh terhadap program awal kanak-kanak
dibahagikan kepada lapan bidang utama iaitu :

i. Komunikasi
ii. Pengenalan
iii. Perhubungan dan peranan
iv. Persekitaran
v. Pergerakan/pengangkutan
vi. Keselamatan
vii. Kesihatan

16
viii. Makanan

Walau bagaimanapun Michigan Model For Comprehensive Health Education


mempunyai kandungan pembelajaran yang sangat khusus mengenai topik
kesihatan dan ianya sangat menepati tajuk-tajuk kesihatan yang perlu dikuasai
oleh kanak-kanak prasekolah.
Dalam aspek keselamatan, kanak-kanak awal persekolah ini ditekankan
mengenai keselamatan diri,keselamatan di rumah, di sekolah, jabatan yang
berkaitan dengan keselamatan seperti Jabatan polis dan jabatan bomba juga
peranan pegawai polis dan pegawai bomba.

Dalam aspek kesihatan dan keselamatan kanak-kanak didedahkan peranan


mereka menjaga keselamatan bukan sahaja di kawasan sekolah malahan di
tempat menunggu bas, tempat pejalan kaki, sewaktu menunggang basikal dan
objek-objek yang membahayakan keselamatan mereka. Mereka juga
mempelajari tanda-tanda lampu isyarat dan tanda-tasnda di jalan raya,
kepentingan memakai tali pinggang keledar serta gangguan dari pihak-pihak
yang tidak dikenali.

Dalam aspek kesihatan, pelajaran mengenai pendidikan pemakanan,Kesihatan


keluarga, pengguna dan komuniti juga dititikberatkan. Kanak-kanak ini
didedahkan mengenai peranan-peranan yang perlu dimainkan oleh mereka
bahkan ahli keluarga serta masyarakat sekitar. Semua pihak memainkan
peranan yang besar dalam membentuk individu, keluarga dan masyarakat yang
sejahtera.

Kanak-kanak di prasekolah di luar negara juga diberi pendedahan awal


mengenai keburukan penyalahgunaan dadah yang pada awalnya merupakan
sejenis ubatan. Elakkan diri dari merokok juga racun-racun yang memudaratkan
diri sendiri. Mereka juga dilatih untuk menjaga keselamtan mata, penjagaan gigi

17
dan langkah-langkah menjaga kesihatan diri dengan mendapat rehat, tidur dan
senaman yang sesuai.

Dalam aspek kesihatan mental dan emosi pula, mereka diajar untuk berkawan,
menyatakan kesukaan , mengenalpasti perasaan orang lain, bagaimana untuk
menenang perasaan, tabah menghadapi masdalah dan membuat keputusan dan
mendapatkan bantuan daripada orang yang lebih dewasa.

Dalam aspek kawalan dan pencegahan penyakit. kanak-kanak awal


persekolahan ini mempelajari langkah-langkah pencegahan kuman yang
merebak, penggunaan ubatan yang betul serta sistem dan perlunya mendapat
nasihat daripada orang dewasa.

Kurikulum Pendidikan Prasekolah di Malaysia mengandungi empat komponen


pembelajaran iaitu;

i. Komponen bahasa dan komunikasi


ii. Komponen perkembangan kognitif
iii. Komponen kerohanian dan moral
iv. Komponen perkembangan sosial emosi
v. Komponen perkembangan Fizikal
vi. Komponen Kreativiti dan estetika

Kanak-kanak di prasekolahan diperuntukan masa untuk mempelajari mengenai


aspek kesihatan dalam komponen perkembangan fizikal.

Dalam mempraktikkan amalan kesihatan dan keselamatan yang betul adalah


proses yang perlu dilalui oleh kanak-kanak.

Dalam aspek kebersihan alam sekitar kanak-kanak diharap boleh mengamalkan


langkah-langkah menjaga kebersihan dankeceriaan alam sekitar dan

18
keselamatan. Di samping itu juga kanak-kanak dapat mempelajari ilmu
kebersihan melalui tunjuk cara oleh pihak yang berkaitan dengan kesihatan.

Melihat kepada aspek keselamatan pula diharap kanaka-kanak menyedari dan


mengenali perlakuan atau tindakan yang boleh menyebabkan kemalangan dan
bahaya. Mereka juga diharap dapat mengamalkan langkah keselamatan diri dan
orang lain berserta mengetahui langkah-langkah yang perlu diambil untuk
bertindak.. Mereka iharap dapat mengetahui tempat-tempat yang berbahaya
dan mengenalpasti objek dan situasi yang membahayakan diri dan mengancam
keselamatan diri dan alam sekitar.

Aspek kesihatan juga mengkehendaki kanak-kanak mengetahui kepentingan


menjaga kesihatan tubuh badan dan pakaian, memakai pakaian sesuai mengikut
keadaan cuaca, mengamalkan pemakanan yang sesuai sebagai amalan
pemakanan yang seimbang, sentiasa mematuhi peraturan dan adab pemakanan
yang betul dan mengamalkan cara hidup yang sihat melalui kebersihan dan
kaedah menjauhkan diri daripada penyakit adalah satu teknik pencegahan .
Manakala lawatan ke pusat kesihatan dan tempat-tempat lain yang berkaitan
untuk memperolehi maklumat secara langsung juga disarankan agar kanak-
kanak menerima pendedahan ilmu kesihatan dengan lebih telus.

1.3 kesimpulan

Penekanan utama pendidikan awal kanak-kanak adalah untuk mencapai


keseimbangan dalam pembelajaran dengan menumpukan kepada
perkembangan dan pertumbuhan awal kanak-kanak dan keseimbangan secara
informal yang melibatkan pembelajaran tentang kehidupan seharian dengan
kemahiran-kemahiran yang disediakan diterapkan melalui komponen-komponen
perkembangan kanak-kanak didalam kurikulum Pra sekolah Kebangsaan . Hal
ini dapat dikukuhkan dengan kajian Norma Ibrahim dari Sekolah Menengah
Kebangsaan Lubuk Buntar ( Lampiran 1 )

19
Dalam pendidikan Kesihatan prasekolah di Malaysia tersdapat pelbagai
pendekatan dalam pengajaran . Pendekatan berintegrasi yang ekletek
mengambil kira pelbagai falsafah dan pendekatan tersebut dan
mengubahsuaikannya mengikut keperluan budaya dan matlamat pengajaran
Pendidikan kesihatan.

Konsep gabungjalin di peringkat awal dalam kurikulum prasekolah di Malaysia


telah memberikan tumpuan yang seimbang antara akademik, kesihatan,
kemahiran fizikal, kestabian emosi serta sosialisai nilai dan perhubungan positif.

Isi kandungan Michigan Model For Comprehensive Health Education


(Kindergarten) juga disusun selaras dengan keperluan dan persekitaran kanak-
kanak prasekolah di sana. Konsep dan pendekatan mengenai kesihatan lebih
meluas dan mancakupi banyak aspek .

Walaupun ada perbezaan di antara kedua-duanya namun fokus utama isi


kandungan kurikulumnya memperhalusi proses perkembangan kanak-kanak
secara berterusan. Oleh itu mereka memerlukan pendekatan dan strategi yang
bersesuaian untuk menguasai kemahiran asas seperti yang dikehendaki
sebelum mereka beralih kepada pendidikan yang lebih tinggi dan kompleks.

20
Bibliografi

Dr.See Ching Mey. (2005) Inventori Profil Psikologi Remaja: Satu Alat Ukur
Untuk Menilai Keperluan Psikologi Remaja.Universiti Sains Malaysia.
http;//www.pts.com.my/modules.php?name=News&file=print&sid=411[2007,
Feb.2]

Norma Ibrahim .( 2005 ) . Intervensi Pengajaran Kanak-Kanak Prasekolah.


Wawasan. Perkembangan Kemahiran Membaca. 19 ( 2 ). 41 – 59

McDermott,R.J.&Sarvela,P.D.(1999).Health Education Evalution and


Measurement (2nd.ed). New York:McGraw-Hill

Pusat Perkembangan Kurikulum.(2003) Huraian Kurikulum Prasekolah


Kebangsaan. Kementerian Pendidikan Malaysia.

Pusat Perkembangan Kurikulum. (2001)Modul Pendidikan Kesihatan Keluarga.


(Modul 1 -5). Kementerian Pendidikan Malaysia.

PTS Publications & Distributors Sdn Bhd. Kanak-kanak dan Kurikulum


Prasekolah.[ online]
Wee Eng Hoe.(2002) Siri Pendidikan Pengurusan Pendidikan Jasmani dan
Kesihatan. Shah Alam :Karisma Publications. Sdn.Bhd..

Zarina Law Abdullah& Abdul Latif Ahmad.( 2007)Pengenalan Pendidikan


Kesihatan.(2nd Edition).Kuala Lumpur:Open University Malaysia (OUM)

21

Anda mungkin juga menyukai