Anda di halaman 1dari 51

TOPIK 1 PEDAGOGI PENDIDIKAN KESIHATAN 1.

1 PEDAGOGI PENDIDIKAN KESIHATAN Menurut Taksonomi Bloom, pengajaran terbahagi kepada TIGA seperti yang tertera di dalam Rajah 1.1.

1.2 PENDEKATAN DAN STRATEGI PENGAJARAN SERTA PEMBELAJARAN PENDIDIKAN KESIHATAN 1.2.1 Konsep Kesihatan: keupayaan dan kesejahteraan hidup individu dan masyarakat demi kesihatan keseluruhan. Maksud Kesihatan: Menurut Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), kesihatan merujuk kepada suatu keadaan di mana individu itu berada dalam keadaan yang sempurna dari aspek jasmani, mental-emosi, sosial dan rohani serta bebas daripada penyakit, kecacatan atau kecederaan. Kecergasan fizikal berasaskan kesihatan mengandungi lima komponen penting iaitu: a. Daya Tahan Kardiovaskular Daya tahan kardiovaskular: keupayaan sistem kardio-respiratori untuk melakukan kerja bagi satu jangka masa yang lama dan berterusan dengan intensiti kerja yang ringan atau sederhana. Kemampuan ini bergantung kepada keberkesanan jantung, paru-paru dan saluran darah bekerja dengan efisien untuk membekalkan oksigen ke otot. Pelari maraton dikatakan mempunyai daya tahan kardiovaskular yang baik. Kandungan lemak dalam tubuh badan mereka adalah rendah. Mereka juga aktif dalam kegiatan fizikal. b. Daya Tahan Otot Daya tahan otot : keupayaan otot untuk melakukan aktiviti fizikal yang berulang-ulang atau berterusan bagi satu jangka masa yang lama dengan intensiti kerja yang ringan atau sederhana. Kebanyakan aktiviti harian memerlukan daya tahan otot. c. Kekuatan Otot Kekuatan otot : keupayaan otot untuk mengatasi rintangan bagi menghasilkan daya (kerja). Apabila individu mempunyai kekuatan otot maka aktiviti fizikal yang dilakukan akan menjadi mudah dan berupaya melambatkan keletihan. Daya dihasilkan dengan sekali pengecutan. Kekuatan otot membantu seseorang itu membuat kerjakerja berat seperti mengangkat barang-barang, membawa buku dan membelah kayu. d. Kefleksibelan/Kelenturan Kefleksibelan membantu tubuh badan bergerak dengan lancar tanpa merasa kekok. Ia adalah keupayaan sendisendi bergerak dengan licin dengan rintangan yang minimum pada julat/jarak yang maksimum. Berjalan merupakan kemahiran mudah yang memerlukan komponen kelenturan. Kefleksibelan juga diperlukan untuk kemahiran yang agak kompleks umpamanya pukulan servis tenis atau berguling hadapan. Kefleksibelan merujuk kepada julat pergerakan sendi. Ia juga dirujuk sebagai kebolehan meregang otot atau ligamen bagi memudahkan dan melicinkan pergerakan. e. Komposisi Badan/Kandungan Lemak Komposisi badan adalah kadar relatif otot, lemak, tulang dan tisu-tisu lain yang membentuk tubuh. Individu yang cergas mempunyai peratus kandungan lemak yang rendah, berkadar dengan berat badan dan ketinggian. Lebihan peratusan lemak akan menyebabkan masalah kegemukan dan penyakit. Kecergasan : keupayaan seseorang individu melakukan aktiviti-aktiviti harian dengan cekap dan bertenaga tanpa rasa keletihan yang keterlaluan dan mempunyai tenaga yang cukup untuk menjalankan aktiviti riadah dan kesengangan serta berupaya menghadapi cabaran dalam situasi kecemasan. Lima komponen kesihatan keseluruhan adalah: 1

a. Kesihatan Fizikal: keupayaan individu untuk berfungsi secara berkesan untuk menghadapi cabaran dalam kerja fizikal harian dan menggunakan masa lapang dengan lebih efektif di samping mempunyai lebihan tenaga untuk tujuan kecemasan. b. Kesihatan Mental: keupayaan individu untuk berfikir dan menggunakan maklumat untuk meningkatkan kualiti hidup seharian dan berfungsi secara optimal. c. Kesihatan Sosial: berinteraksi dengan orang lain bagi mewujudkan perhubungan yang bermakna supaya dapat meningkatkan kualiti hidup semua pihak yang terlibat dalam hubungan ini. d. Kesihatan Emosi: Individu berupaya menangani kehidupan harian serta perasaan kendiri secara membina, proaktif dan optimistik. e. Kesihatan Rohani: Individu membentuk satu sistem nilai dan bertindak berlandaskan kepercayaan serta menetapkan dan melaksanakan matlamat kehidupan yang bermakna dan konstruktif. 1.2.2 Prinsip Antara prinsip yang digariskan bagi menjamin keberkesanan Pendidikan Kesihatan ialah: a. Berdasarkan kepada perubahan tingkah laku yang positif. b. Berasaskan kepada keperluan dan kepentingan pelajar, keluarga dan masyarakat dan negara. c. Mempertimbangkan faktor-faktor sosiobudaya dan ekonomi yang mempengaruhi tingkah laku kesihatan. d. Murid-murid belajar melalui penglibatan mengikut peringkat kesediaan dan kematangan mereka. e. Mengamalkan strategi pengajaran bersepadu dan bersesuaian dengan mata pelajaran tersebut dan mata pelajaran lain supaya ia lebih bererti kepada para pelajar. f. Proses pembelajaran perlu menjadi sebahagian daripada keseluruhan kurikulum dan berpandukan kepada prinsip-prinsip pedagogi. g. Pembelajaran perlulah berasaskan fakta kesihatan dan berdasarkan pendekatan saintifik yang positif. h. Penerapan nilai-nilai murni secara terancang & secara tidak langsung dalam Pendidikan Kesihatan. i. Pendidikan Kesihatan dianggap sebahagian daripada program pembangunan kesihatan masyarakat. j. Proses pendidikan perlu menumpukan perhatian kepada perkembangan kemahiran berfikir dan perkembangan pengetahuan di kalangan para pelajar. 1.2.3 Falsafah Pendidikan Kesihatan KBSR Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah memperkembangkan potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu. Ia bagi melahirkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani, berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bertujuan untuk melahirkan warganegara Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketerampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat dan negara. 1.3 HURAIAN SUKATAN PELAJARAN Kurikulum ini dibahagikan kepada tiga tunjang pembelajaran iaitu: 1.3.1 Tunjang Pembelajaran Kesihatan Diri dan Keluarga Dalam tunjang pembelajaran kesihatan diri dan keluarga, terdapat tiga bidang atau unit pembelajaran, iaitu: a. Kesihatan diri; b. Perasaan; dan c. Kekeluargaan. 1.3.2 Tunjang Pembelajaran Gaya Hidup Sihat Dalam tunjang gaya hidup sihat dan selamat, terdapat tiga bidang atau unit pembelajaran, iaitu: a. Pemakanan; b. Pengurusan konflik dan stres; dan c. Penyalahgunaan bahan. 1.3.3 Tunjang Pembelajaran Keselamatan Persekitaran Dalam tunjang keselamatan persekitaran, terdapat tiga bidang atau unit pembelajaran, iaitu: a. Keselamatan; b. Penyakit berjangkit; dan 2

c. Pertolongan cemas. 1.4 RANCANGAN PELAJARAN 1. Buku Rekod Mengajar perlu ditulis dengan ringkas dan jelas serta mudah difahami. 2. Buku Rekod Mengajar : buku rekod persediaan mengajar guru, masa untuk menuliskan buku rekod ini adalah pendek. 3. Tujuan perbincangan tentang isu Buku Rekod Mengajar ini adalah untuk: a. Meringankan beban tugasan guru yang bertindih dengan kerja-kerja perkeranian seperti mengisi pelbagai maklumat di dalam Buku Rekod Mengajar, mengisi borang-borang markah ujian, data peribadi pelajar dan catatan-catatan lain. b. Membantu guru memberi tumpuan kepada tugas mengajar yang semakin berkurangan. 1.4.1 Rancangan Pelajaran Tahunan 1. Rancangan kerja merupakan satu program yang terdiri daripada topik-topik dalam sukatan pelajaran yang disusun untuk setahun. 2. Rancangan kerja disediakan pada awal tahun sebelum tahun akademik bermula. 3. Kepentingan Rancangan Kerja : membolehkan guru merancang dan bersedia untuk mengajar pelajarnya dengan terancang dan teratur. 4. Format atau isi kandungan rancangan kerja tahunan adalah seperti berikut: a. Tajuk. b. Objektif/Kemahiran. c. Bilangan Minggu. d. Catatan. e. Rancangan Pelajaran Tahunan disediakan mengikut kesesuaian pelajar dan keadaan persekolahan semasa. f. Boleh digunakan untuk tahun-tahun yang berikutnya. g. Unsur STRUM dan KBKK dimasukkan di bawah lajur Objektif. h. Pelajaran/Kemahiran. 5. Format rancangan kerja tahunan adalah seperti dalam jadual berikut: Semester Minggu Tajuk Kemahiran Penerapan Nilai

1.4.2 Rancangan Pelajaran Mingguan Rancangan mingguan diselaraskan untuk semua mata pelajaran. Format penulisan rancangan mingguan berbezabeza mengikut mata pelajaran dan mengikut negeri tertentu. Format yang dipersetujui adalah seperti berikut: a. Mata pelajaran. b. Tingkatan/Tahun. c. Rancangan Minggu Ini. d. Pendidikan Kesihatan. e. Tajuk Konsep/Kemahiran. f. Hasil Pembelajaran yang Dihasratkan. Rancangan Kerja Mingguan merupakan perincian rancangan yang dibentuk daripada rancangan kerja tahunan. Ia mempunyai rancangan yang mengandungi pernyataan objektif yang hendak dicapai dalam satu minggu. Format rancangan kerja mingguan adalah seperti berikut: Minggu Kemahiran Isi Pelajaran Aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran Bahan Bantu Mengajar

1.4.3 Rancangan Tahunan dan Mingguan Perancangan yang rapi perlu dirancang bagi : membolehkan guru menggunakan sumber dan kemudahan secara optimum dan berkesan, menjalankan tugas dengan baik dan memastikan sukatan yang disediakan diberi perhatian yang serius dan berjalan seperti dirancang serta mencapai matlamat. Menurut Graham (1992), perkara utama yang menjelaskan mengapa perancangan diperlukan adalah seperti berikut: a. Jumlah Masa Mengajar yang Terhad : 39 minit diperlukan untuk mengajar sesuatu objektif. b. Persekitaran Pengajaran : Faktor-faktor saiz kelas, peralatan, kemudahan, pengagihan masa. 3

c. Latar Belakang Guru: Terlatih, minat dan sikap guru itu sendiri adalah penting. d. Latar Belakang Pelajar: pelbagai latar belakang, tahap kemahiran dan pengetahuan. TOPIK 2 KAEDAH DAN TEKNIK 2.1 PENGENALAN KEPADA KAEDAH DAN TEKNIK 1. Dasar Kurikulum Baru Sekolah Rendah (KBSR) dan Kurikulum Baru Sekolah Menengah (KBSM) adalah untuk memberi penekanan kepada perkembangan pelajar atau pelajar secara menyeluruh dari segi jasmani, mental, sosial dan rohani. 2. Pendidikan Kesihatan dalam mata pelajaran PJK, lebih memberi penumpuan kepada perkembangan ilmu kesihatan. 3. Amalan sikap yang positif dan amalan yang bertanggungjawab di kalangan pelajar. 4. Perkembangan Ilmu, Sikap Amalan dan Kemahiran Berfikir adalah sumbangan ke arah membantu pelajar-pelajar menjadi insan yang dihasratkan oleh Falsafah Pendidikan Negara. 5. Pemupukan nilai-nilai murni yang berkait dengan kesihatan diri dan kesihatan masyarakat adalah selari dengan nilai-nilai moral sejagat yang juga dituntut oleh masyarakat Malaysia yang berbilang kaum dan agama. 2.1.1 Definisi dan Konsep 1. Bloom (1956) menyatakan objektif pengajaran adalah merupakan pernyataan yang menerangkan tentang apa yang dapat pelajar lakukan setelah menyempurnakan sesuatu unit pelajaran. 2. Kibler et al. (1981) pula menyatakan objektif pengajaran adalah suatu pernyataan yang akan menjelaskan hasil pembelajaran supaya dapat dikuasai oleh pelajar-pelajar pada akhir pembelajaran. 3. Hasil pembelajaran perlu diukur atau dilihat untuk dijadikan sebagai suatu bukti objektif pembelajaran berlaku pada pelajar-pelajar. 4. Kaedah mengajar adalah merupakan satu prosedur yang diamalkan oleh seorang guru secara sistematik dan teratur untuk melaksanakan sesuatu pelajaran dan mencapai objektifnya. 5. Teknik pelajaran adalah merupakan satu strategi pelaksanaan yang dirancangkan oleh guru untuk mengendalikan sebahagian atau keseluruhan pelajarannya. 2.1.2 Prinsip 1. Mata pelajaran ini menggalakkan teknik dan gaya pembelajaran secara kendiri, akses kendiri dan terarah kendiri bagi tumpuan peningkatan pelbagai kecerdasan pelajar. 2. Dalam setiap kegiatan pembelajaran, pemupukan nilai serta pemahaman unsur kesihatan dihubungkaitkan dengan kemahiran asas kesihatan. 3. Amalan rutin kesihatan dilakukan dalam suasana riang dan meyakinkan. 4. Pemilihan kaedah atau teknik sangat dipengaruhi oleh tajuk pelajaran, matlamat pelajaran dan paras penerimaan (receptive level) pelajar-pelajar. 5. Antara teknik yang dihuraikan adalah: a. Demonstrasi; b. Ceramah; c. Perbincangan; d. Sumbangsaran; e. Lakonan; f. Projek; g. Lawatan; h. Bercerita; i. Nyayian; j. Penyelesaian masalah; k. Perbahasan; l. Papan kenyataan; m. Permainan pendidikan; n. Main peranan; o. Simulasi; p. Pendidikan rakan sebaya; q. Media massa; dan 4

r.

Bahan audiovisual.

2.1.3 Kepentingan Kaedah dan Teknik 1. Menyampaikan pengajaran mereka dengan lebih berkesan, memberikan mutu pembelajaran yang berkesan kepada pelajar. 2. Segala peluang pembelajaran (learning opportunities) yang disediakan oleh guru hendaklah mendatangkan pengalaman pembelajaran (learning experiences) yang membawa kesan terhadap perubahan tingkah laku dari segi kognitif, psikomotor dan afektif. 3.Menurut Gagne, Briggs dan Wager (1992), terdapat sembilan elemen utama untuk sesuatu pengajaran, iaitu: a. Menarik perhatian; b. Menyatakan objektif pelajaran; c. Merangsang proses mengingat semula kandungan lepas; d. Bahan-bahan yang boleh menimbulkan rangsangan pelajar; e. Memberikan bimbingan; f. Tugasan dan soalan; g. Membuat penilaian tahap penguasaan pelajar; dan h. Mengekal dan mengembangkan pengetahuan dan kemahiran pelajar. 2.2 JENIS KAEDAH DAN TEKNIK JANGKA MASA PANJANG a. Gaya Langsung: berdasarkan Teori Pembelajaran Tingkah Laku, berlaku dari luar ke dalam melalui pembentukan semula peristiwa-peristiwa yang betul (Gallahue, 1996). Teknik ini lebih berpusatkan kepada guru. b. Gaya Tidak Langsung: berdasarkan Teori Pembelajaran Kognitif yang menganggap pembelajaran sebagai suatu proses yang berlaku dari dalam ke luar dan proses pembelajaran itu adalah sama penting dengan hasil pembelajaran berkenaan. Teknik ini berpusatkan pelajar berdasarkan kepada falsafah bahawa seseorang individu mampu mencapai matlamat pembelajaran dengan cara tersendiri. Melalui teknik ini, pembelajaran adalah lebih daripada mengulang dan meniru perlakuan yang betul. Pembelajaran seharusnya juga melalui percubaan, penyelesaian masalah dan penemuan diri. 1. Mosston dan Ashworth (1994) mengkategorikan gaya pengajaran seperti berikut: a. Arahan; b. Latihan; c. Timbal balik; d. Semakan kendiri; e. Inklusif Penemuan terbimbing; f. Pengayaan kendiri; g. Ikhtiar pembelajaran; h. Program pembelajaran individi; i. Penghasilan pencapaian; j. Penemuan berpusat berpusatkan guru; dan k. Had penemuan berpusatkan pelajar. 2. Kaedah atau teknik pengajaran yang boleh digunakan untuk mempelbagaikan kaedah pengajaran: a. Projek: melibatkan pelajar-pelajar secara individu atau berkumpulan dalam sesuatu situasi pembelajaran, didedahkan kepada suatu cara penyelesaian kepada satu masalah yang memerlukan mereka menghasilkan satu laporan tinjauan mudah ataupun membina satu yang berbentuk kekal (konkrit) sebagai hasil usaha kumpulan. Pemilihan sesuatu projek yang ditentukan itu dan juga proses pengendalian oleh pelajar-pelajar perlu mempunyai kaitan dengan objektif topik atau bidang pelajaran yang disampaikan oleh guru. Projek : memerlukan pelajar-pelajar mengaplikasikan kemahirannya dari segi kognitif, psikomotor dan afektif, nilai-nilai murni boleh diberi kewajarannya oleh guru. Panduan ringkas untuk memberi projek kepada pelajar-pelajar Jadual 2.1: Panduan Ringkas untuk Memberi Projek kepada Pelajar Guru o Objektif projek ditetapkan dengan mewujudkan peluang maksimum bagi pembelajaran pelajar-pelajar; bentuk hasil projek. 5

o Memberi penerangan yang jelas kepada pelajar-pelajar cara melaksanakannya, masa yang

diperuntukkan dan butir-butir yang penting. o Merancang (individu/kumpulan) dengan dibimbing oleh guru. o Mengumpulkan bahan atau maklumat. o Membuat projek yang ditugaskan. Pelajar o Menggalakkan interaksi. o Menghantar/membentangkan/mempamerkan hasil projek. o Aktiviti pembelajaran susulan: Ulasan; Bersoal jawab; Penilaian; berkait dengan topik Guru/Pelajar pelajaran o Membuat catatan/laporan dan sebagainya. Topik-topik Pendidikan Kesihatan yang boleh menggunakan teknik projek adalah seperti berikut: i. Mengenali bahagian tubuh badan saya Menghasilkan carta/model. ii. Bagaimana membuat jadual harian Menghasilkan carta/laporan. iii. Keselamatan di tempat Lawatan tinjauan/kajian permainan/ rekreasi. iv. Perkhidmatan kesihatan di kampung/bandar raya Menyediakan laporan/model/pelan lokasi. v. Bagaimana menjauhi penyakit Membuat carta kesihatan/poster untuk kempen/pameran. vi. Keselamatan di jalan raya Mengumpul data kemalangan/model tanda-tanda jalan raya. vii. Langkah asas pertolongan cemas Melukis poster cara memberi bantu mula. a. Seminar/Ceramah Komunikasi ketika sesi ceramah lazimnya merupakan satu hala sahaja, iaitu dari penceramah kepada pelajar-pelajar. Terdapat beberapa garis panduan yang boleh dipertimbangkan oleh seseorang guru ketika hendak menggunakan kaedah ceramah untuk menyampaikan pelajaran, antaranya ialah: i. Peringkat umur dan tahap kefahaman pelajar. ii. Penggunaan alat bantuan mengajar yang sesuai dan menarik seperti slaid, gambar, carta atau pita video dan LCD. iii. Peruntukan masa ceramah yang sesuai supaya tidak membebankan konsentrasi pelajar. iv. Gunakan bahasa yang dapat difahami oleh pelajar dan beri contoh yang berkait dengan pengalaman dan kehidupan sehari-harinya. v. Keselesaan pelajar perlu diberi perhatian supaya tidak mengganggu tumpuan perhatian mereka vi. terhadap sesi ceramah. vii. Peluang penyertaan seperti sesi soal jawab di mana ia boleh menghidupkan sesi ceramah. viii. Kemukakan soalan-soalan yang boleh membantu menajamkan daya pemikiran pelajar-pelajar. b. Persembahan/Lakonan melakukan lakonan spontan mengenai sesuatu situasi yang berkait dengan tajuk pelajar yang hendak disampaikan oleh guru. Pelajar-pelajar memainkan peranan dan bertindak sebagaimana sifat-sifat watak yang ditetapkan dalam sesuatu situasi itu. Situasi untuk main peranan boleh dalam bentuk berstruktur atau tidak berstruktur. Kaedah lakonan berupaya: i. Menunjukkan dan menggunakan daya cipta dan imaginasinya serta memperkembangkan keyakinan dirinya; ii. Merasa seronok melibatkan diri dalam pembelajaran secara aktif dan memerhati lakonan pelajarpelajar lain; dan iii. Menyediakan pelajar untuk berhadapan dengan situasi sebenar dan berpeluang memahaminya. Walau bagaimanapun terdapat juga kekurangan dalam kaedah lakonan ini seperti: i. Ciri-ciri spontan mungkin menjadikan persembahan pelajar tidak terkawal; ii.Keberkesanan tidak tercapai jika pelajar yang bersifat pendiam, pemalu atau yang lemah iii. penguasaan bahasanya enggan melibatkan diri secara bersungguh-sungguh iv. Melibatkan ramai pelajar, sesi lakonan akan memakan banyak masa.

Beberapa garis panduan mengadakan lakonan perlu diikuti sekiranya ingin melaksanakan kaedah pengajaran ini. Antaranya ialah: i. Guru mewujud dan merancang satu situasi yang relevan dengan tajuk pelajarannya atau isi pelajaran yang disampaikannya; ii. Memberi penerangan secara ringkas aktiviti kepada pelajar-pelajar; iii. Pemilihan pelajar-pelajar untuk berlakon dan menentukan peranannya; iv. Pelajar-pelajar yang lain memerhati dan mencatat sesuatu tentang watak-watak yang dilakonkan; dan v. Perbincangan/ulasan oleh pelajar-pelajar dan guru (hendaklah berpandu kepada objektif pelajaran). d. Simulasi: situasi yang diwujudkan hampir menyerupai keadaan sebenar yang memerlukan pelajar berinteraksi sesama sendiri. Berdasarkan peranan masing-masing bagi membuat keputusan menyelesaikan masalah, isu atau tugasan semula. Menggunakan kemahiran belajar seperti mengumpulkan maklumat, menjalankan temuramah dengan individu tertentu dan mencatat isi-isi penting. pelajar digalakkan untuk memberi pendapat, cadangan, membuat keputusan dan menyelesaikan masalah berdasarkan peranan yang dipertanggungjawabkan. Memberi peluang kepada pelajar mengalami sendiri situasi dan masalah. Pelbagai kemahiran dapat digabungjalinkan dan dipertingkatkan terutamanya dalam kemahiran lisan membaca dan menulis. Ia juga dapat mewujudkan pelbagi aktiviti menarik yang menjadi sumber motivasi kepada pelajar untuk meneruskan proses pengajaran dan pembelajaran. 2.2.1 Jenis Kaedah dan Teknik di dalam Bilik Darjah Berikut adalah beberapa kaedah dan teknik dalam bilik darjah yang boleh anda gunakan: a. Perbahasan : pengucapan sama ada menyokong atau membangkang sesuatu pendirian dengan alasan yang logik dan idea yang tersusun. Manfaat dengan beberapa perkara berikut: i. Memperkembangkan kecekapan berkomunikasi dengan berkesan; ii. Melatih berfikir dengan pantas dan melahirkan buah fikiran dengan tepat dan teratur; iii. Menguasai kemahiran berbahasa dengan menggunakan struktur ayat yang betul dan laras bahasa yang sesuai; iv. Mengemukakan hujah secara rasional, kritis dan kreatif; dan v. Melatih kemahiran mendengar, menaakul, berhujah dan membidas. b. Demonstrasi: menerangkan isi pelajaran kepada pelajar supaya mereka akan lebih faham apa yang mereka cuba pelajari melalui pelbagai deria iaitu deria pendengaran, penglihatan dan pengamatan yang lebih tajam. Berikut adalah beberapa prinsip asas yang disarankan sebagai panduan kaedah demonstrasi: i. Pelajar dapat melihat apa yang ditunjuk dan dapat mendengar penerangan yang diberi oleh guru atau penunjuk cara. ii. Tumpuan atau fokus oleh semua pelajar kepada perkara utama dalam demonstrasi. iii. Guru hendaklah membimbing pemerhatian pelajar-pelajar supaya tujuan aktiviti itu tercapai. iv. Pelajar-pelajar digalakkan mengemukakan soalan dan pandangan untuk perbincangan. v. Aktiviti pembelajaran yang menyusuli demonstrasi hendaklah diadakan untuk memperkukuhkan pembelajaran. vi. Demonstrasi hendaklah bermutu dan merangsangkan proses pembelajaran. c. Perbincangan :menggalakkan pelajar bertukar-tukar fikiran sambil berkongsi maklumat tentang sesuatu tajuk pelajaran yang diperbincangkan. Kelas dibahagikan kepada kumpulan kecil (enam hingga lapan pelajar dalam satu kumpulan) untuk menyelesaikan tugasannya. Setiap kumpulan memilih seorang ketua sebagai pengerusi, seorang pencatat dan seorang pelapor. Pengerusi akan mengendalikan dan mengawal perbincangan, pencatat merekod perkara-perkara yang dibincangkan, sementara pelapor akan mempersembahkan laporan atau rumusan perbincangan kumpulannya kepada kelas bila sampai masanya. Peranan guru ialah sebagai fasilitator kepada setiap kumpulan. Merupakan satu aktiviti pembelajaran yang bersifat interaktif di mana pelajar-pelajar dapat berinteraksi secara berfaedah. d. Sumbangsaran: percambahan fikiran yang merupakan satu sesi perbincangan yang membolehkan setiap ahli kumpulan menyumbangkan pendapat dan idea di kalangan beberapa kumpulan pelajar-pelajar sekolah. 7

Pelajar mengeluarkan idea atau pandangan masing-masing tentang sesuatu perkara yang diperbincangkan. Antara ciri utama sumbangsaran adalah: i. Pelajar bebas memberi pandangan dan kuantiti idea dalam kumpulan diutamakan. ii. Idea dan kritikan yang diterima oleh kumpulan terhadap sesuatu idea yang dikemukakan tidak dibenarkan. iii. Penelitian dan penilaian setiap idea itu dibuat di peringkat akhir. iv. Idea atau perkara yang paling sesuai dijadikan hasil perbincangan. v. Rumusan kumpulan akan dibentangkan oleh wakil kumpulan kepada kelas. vi. Guru membantu kumpulan-kumpulan membuat rumusan atau rnemperhalusi hasil perbincangannya. Tujuan Sumbangsaran i. Topik perbincangan sesuai dengan kebolehan dan minat pelajar. ii. Garis panduan guru haruslah ringkas dan jelas. iii. Semua cadangan dan idea yang dikemukakan haruslah dicatat untuk dibincangkan dalam sesi umum. iv. Setiap kumpulan mestilah memilih pengerusi yang betul-betul layak. v. Setiap ahli diberi peluang untuk mengemukakan cadangan. vi. Pelajar digalakkan menyumbang seberapa banyak idea. vii. Suasana perbincangan yang tidak formal hendaklah diwujudkan. viii. Pastikan peruntukan masa untuk sesi sumbangsaran adalah sesuai dan mencukupi. ix. Digalakkan menggunakan prinsip 5W (What? Why? Who? Where? When?) atau Apa? Mengapa? Siapa? Di mana? Bila? x. Cadangan dan idea yang dikemukakan tidak boleh dikritik. xi. Setiap kumpulan dimestikan mempunyai ahli-ahli yang pelbagai kebolehan. e. Penyelesaian Masalah Penyelesaian masalah adalah satu kaedah yang melibatkan pelajar secara aktif untuk membuat keputusan atau untuk mencapai satu sasaran tertentu. Semasa penyelesaian masalah, aktiviti seperti simulasi, perbincangan dan eksperimen boleh dijalankan. Secara umumnya, penyelesaian masalah melibatkan langkah berikut: i. Kenal pasti dan faham masalah; ii. Jelaskan masalah; iii. Cari alternatif penyelesaian masalah; iv. Lakukan operasi penyelesaian; dan v. Nilaikan penyelesaian. Menurut model Gagne (1978), pembelajaran penyelesaian masalah melibatkan langkah-langkah yang berturutan seperti berikut: i. Pendedahan masalah kepada pelajar; ii. Mengenal pasti ciri-ciri masalah (mencari maklumat); iii. Membuat andaian dan merancang penyelesaian (pilihan-pilihan); iv. Merumuskan satu kemungkinan penyelesaian; dan v. Menilai penyelesaian. Menilai penglibatan pelajar-pelajar melalui penggunaan proses kognitif dalaman dan bimbingan guru. Pengetahuan dan pengalaman pelajar yang sedia ada akan digunakan untuk memahami dan mentafsir sesuatu masalah itu dalam usahanya mengemukakan pilihan untuk menyelesaikan sesuatu isu itu. Pada setiap langkah itu, guru perlu membimbing pelajar dengan mengemukakan soalan-soalan yang bertujuan meningkatkan daya berfikir mereka. f. Lawatan: Dapat melihat situasi sebenar serta boleh menjadikan pembelajaran lebih berkesan, menyeronokkan dan bermakna. Antara langkah yang perlu difikirkan untuk menggunakan kaedah lawatan adalah seperti berikut: i. Topik pembelajaran; ii. Surat kebenaran daripada pihak berkenaan; iii. Kemudahan dan kos yang diperlukan; iv. Insuran perlindungan pelajar; v. Surat kebenaran ibu bapa/penjaga; 8

vi. vii. viii.

Tempat dan jadual lawatan; Aktiviti/tugasan pelajar semasa lawatan; dan Laporan lawatan.

TOPIK 3 PEMBELAJARAN SECARA KONTEKSTUAL 3.1 PENGENALAN 1. Kaedah kontekstual merupakan suatu kaedah pembelajaran yang menggabungkan isi kandungan dengan pengalaman harian individu, masyarakat dan alam pekerjaan serta menyediakan pembelajaran secara konkrit iaitu melibatkan aktiviti hands-on dan minds. 2. Konsep kontektual diberi penekanan sebagai salah satu teknik pengajaran. Melalui persekitaran tersebut, para pelajar berupaya mengenal pasti perhubungan yang bermakna antara idea abstrak dan aplikasi praktikal dalam konteks alam yang nyata. 3. Konsep dihayati melalui proses penemuan, pengukuhan dan penghubungkaitan. 3.1.1 Matlamat 1. Matlamat pengajaran dan pembelajaran ialah supaya guru memahami, menguasai dan menggunakan pendekatan kontekstual dalam pengajaran dan pembelajaran. 2. Kontekstual ialah suatu kaedah yang dibentuk berasaskan maksud kontekstual itu sendiri iaitu membawa pelajar ke matlamat pembelajaran, isi dan konsep yang berkenaan atau relevan bagi mereka, dan juga memberi makna dalam kehidupan seharian mereka. 3.1.2 Objektif 1. Setelah menggunakan modul ini, guru berupaya: a. Menerangkan maksud pembelajaran kontekstual; b. Menerangkan kepentingan dan menyerapkan pendekatan kontekstual ke dalam proses pengajaran dan pembelajaran; c. Menguasai strategi pengajaran dan pembelajaran secara kontekstual; d. Mengaplikasi dan mengamalkan pendekatan kontekstual di dalam bilik darjah dengan yakin dan berkesan; dan e. Melatih guru lain menjalankan pengajaran menggunakan pendekatan kontekstual. 2. Pengajaran dan pembelajaran kontekstual adalah konsep pengajaran dan pembelajaran yang membantu guru mengaitkan bahan subjek yang dipelajari dengan situasi sebenar. 3.1.3 Teori Pembelajaran Kontekstual 1. Berdasarkan teori pembelajaran kontekstual, pembelajaran hanya berlaku apabila pelajar memproses maklumat atau ilmu pengetahuan baru dengan cara tertentu sehingga ia membawa maksud atau makna kepada mereka dalam kerangka rujukan mereka sendiri (dunia dalaman bagi memori, pengalaman dan tindak balas mereka sendiri). 2. Lebih tertumpu pada aspek-aspek yang melibatkan pelbagai persekitaran pembelajaran; seperti persekitaran di dalam bilik darjah, makmal, makmal komputer, tempat atau lokasi kerja, atau di ladang tanaman. 3. Menggalakkan pendidik memilih dan membina persekitaran pembelajaran yang menggabungkan atau mempelbagaikan bentuk pengalaman yang boleh melibatkan aspek-aspek sosial, fizikal dan psikologikal untuk mencapai hasil pembelajaran yang diinginkan.

Rajah 3.1: Pembelajaran kontekstual 9

4. Ciri-ciri teori pembelajaran kontekstual: pelajar dapat memproses maklumat atau pengetahuan baharu dengan cara yang bermakna iaitu di dalam rangka minda. 5. Peranan seorang guru ialah untuk mewujudkan kepelbagaian persekitaran pembelajaran untuk menghasilkan pembelajaran yang berkesan. 6. Perkaitan dengan hubungan persekitaran, sekolah dan situasi pekerjaan. 7. Pembelajaran kontekstual merujuk kepada pendekatan-pendekatan seperti yang ditunjukkan di dalam Rajah 3.2.

3.2 PENDEKATAN KONTEKSTUAL 1. Pendekatan kontekstual: teknik pembelajaran s yang melibatkan pelbagai bentuk penemuan yang bersifat kompleks yang menjangkau kaedah-kaedah jenis latih tubi dan rangsangan dan tindak balas. 2. Lebih menumpukan kepada pembelajaran yang bercirikan penemuan dan pencarian: mendorong pelajar mencari hubungan dan cara penyelesaian berdasarkan persekitarannya. 3. Pendekatan pembelajaran dan pengajaran: minda pelajar akan mencari maksud dalam konteks dengan cara semula jadi yang dikaitkan dengan persekitaran yang dilalui oleh seseorang itu. 4. Terdapat EMPAT konteks yang pelbagai dalam pendekatan pembelajaran iaitu: a. Konteks Budaya: Pelajar menyatakan budaya yang mempengaruhi reka bentuk tersebut (seperti pengaruh lanskap Bali, Jepun atau Inggeris). b. Konteks Fizikal: Pelajar menyatakan tentang keluasan dan keadaan tapak (tanah tanih)/lokasi; jenis tumbuhan/perabot, unsur binaan/hiasan; berdasarkan contoh yang diberikan oleh guru atau yang pernah dilihat atau dialami oleh pelajar. c. Konteks Sosial: Pelajar boleh menyatakan peranan reka bentuk lanskap dan hiasan dalaman dalam kehidupan iaitu jika lanskap; sebagai tempat riadah, tempat berkumpul dan berinteraksi antara keluarga dan masyarakat. d. Konteks Psikologi: Pelajar dapat menyatakan peranan reka bentuk lanskap atau hiasan dalaman yang dapat memberi keselesaan dan ketenangan jiwa. 3.2.1 Mengapa Pendekatan Kontekstual Perlu dalam Pengajaran dan Pembelajaran 1. Pendekatan kontekstual menggalakkan pendidik memilih dan membina persekitaran pembelajaran yang menggabungkan pengalaman-pengalaman yang mereka lalui termasuklah dari aspek sosial, fizikal, psikologikal, ke arah mencapai hasil pembelajaran yang diinginkan. 2. Pelajar menemui perhubungan yang bermakna antara idea abstrak dan aplikasi praktikal dalam konteks alam yang nyata. 3. Penghayatan konsep diperolehi melalui proses penemuan, pengukuhan dan penghubungkaitan. 4. Pelajar akan dapat mengekalkan pengetahuan: a. 10% melalui bacaan; b. 20% melalui pendengaran; c. 30% melalui penglihatan; d. 50% melalui pendengaran dan penglihatan; e. 70% melalui perbincangan; f. 80% melalui penglibatan secara langsung; dan g. 95% melalui pengajaran kepada orang lain. 5. Cara tradisional tidak menggalakkan pembelajaran yang mampu membina minda pelajar ke arah pemikiran saintifik seperti mana yang dirasakan amat perlu dikuasai setiap pelajar bagi membolehkan mereka menghayati pelajaran sebagai budaya kehidupan seharian. 6. Cara penyampaian guru menggunakan kaedah kontekstual secara langsung dan terus, sama ada secara sedar atau tidak, mahu atau tidak mahu, akan membantu guru mengajar dan membantu pelajar mempelajari setiap 10

mata pelajaran secara berkesan. Jadual 3.1 menunjukkan perbandingan pengajaran kontekstual dan tradisional. Jadual 3.1: Perbandingan Pengajaran Kontekstual dan Tradisional Pengajaran Tradisional Pengajaran Kontekstual Bergantung pada penghafazan Bergantung pada memori spatial (ruang) Lazimnya tertumpu pada satu subjek tertentu Lazimnya mengintegrasikan pelbagai subjek Nilai maklumat diasaskan pada keperluan Nilai maklumat ditentukan oleh guru perseorangan Melengkapkan pelajar dengan cara sogokan maklumat apabila Mengaitkan maklumat dengan pengetahuan dan diperlukan pengalaman sedia ada Penilaian pembelajaran semata-mata berasaskan tujuan Penilaian yang tulen melalui ketetapan praktikal akademik secara formal seperti peperiksaan dan ujian atau penyelesaian masalah realistik 3.2.2 Proses Pembelajaran Kontekstual 1. Terdapat beberapa proses dalam pembelajaran kontekstual: a. Kebanyakan pelajar belajar dengan berkesan melalui pengalaman penglibatan peribadi, aktiviti hands-on dan peluang untuk penemuan kendiri. b. Pembelajaran lebih bermakna apabila konsep disampaikan dalam konteks hubungan yang tidak asing kepada pelajar. c. Kebanyakan pelajar belajar dengan lebih berkesan melalui komunikasi interpersonal, belajar dalam kumpulan, berkongsi maklumat, saling membantu dan maklum balas yang positif. d. Pemindahan pembelajaran dari satu situasi ke situasi yang lain adalah satu kemahiran yang perlu dipelajari. 2. Pendekatan Pembelajaran Kontekstual dapat mencungkil potensi kecerdasan pelajar dengan lebih berkesan seperti Visual Ruang, Logik-Matematik, Intrapersonal, Verbal Linguistik dan Naturalis. 3.2.3 Pembelajaran Kontekstual dan Teori Kecerdasan Pelbagai 1. Menurut pandangan Howard Gardner, terdapat sekurang-kurangnya lapan jenis kecerdasan pelbagai seperti Verbal Linguistik, Logik-Matematik, Muzik, Visual Ruang, Naturalis, Intrapersonal, Interpersonal, kinestetik. 2. Kecerdasan: Setiap orang memiliki kesemua kecerdasan tersebut. Walau bagaimanapun, tahap dan kombinasi kecerdasan berbeza-beza antara individu. 3. Teori kecerdasan pelbagai memberi maklumat tentang apa yang perlu dipelajari tetapi lebih penting lagi mempelajarinya. 3.3 PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN KONTEKSTUAL 1. Pembelajaran secara kontekstual membolehkan pelajar berfikir secara semula jadi, melihat perkara yang konkrit, bukan abstrak. 2.

3.3.1 Faedah Pembelajaran Kontekstual kepada Pelajar, Guru dan Industri 1. Pembelajaran konteksual memberi pelbagai faedah kepada: 11

a. Faedah kepada Pelajar i. Mengaitkan pembelajaran dengan pekerjaan. ii. Mengaitkan pembelajaran kehidupan harian. iii. Mengaitkan kandungan pembelajaran dengan pengalaman harian. iv. Memindahkan kemahiran. v. Meneroka dan mendapatkan bukti. vi. Menguasai perkara abstrak melalui pengalaman konkrit. vii. Belajar secara bekerjasama (aktiviti berkumpulan). b. Faedah kepada Guru i. Pengajaran sebagai satu pengalaman yang berjaya (apabila pelajar dapat menghasilkan model atau projek yang sebenar). ii. Kebolehan mengaitkan prinsip pembelajaran dengan dunia pekerjaan (mereka bentuk hiasan dalaman/lanskap merupakan satu bidang kerjaya yang mempunyai prospek tinggi) menjadi penghubung antara pihak akademik dan vokasional atau industri (memperkenalkan industri hiasan dalaman/lanskap kepada pelajar, dengan mengemukakan contoh pengusaha tempatan). iii. Sebagai penghubung antara pihak akademik dan vokasional atau industri. Pengajaran dan pembelajaran kontekstual adalah satu konsepsi pengajaran dan pembelajaran yang boleh membantu guru mengaitkan bahan subjek yang dipelajari dengan situasi dunia sebenar. Keadaan tersebut berupaya meningkatkan kefahaman dan memotivasikan pelajar untuk membuat perkaitan antara pengetahuan dengan aplikasinya dalam kehidupan harian mereka sebagai ahli keluarga, warga masyarakat dan pekerja. c. Faedah kepada Industri i. Memperoleh tenaga kerja yang berpotensi (pelajar diberi pendedahan awal tentang industri yang berkaitan). ii. Sebagai penggerak industri ke dalam pendidikan (melalui projek hiasan dalaman/lanskap pada situasi yang sebenar. iii. Menggerakkan industri ke dalam pendidikan sebagai rakan kongsi. iv. Mewujudkan interaksi pelajar dengan pengeluar bahan-bahan keperluan yang berkaitan. v. Tenaga kerja yang berpotensi untuk dilatih atau dilatih semula secara berkesan mengikut keperluan. 3.3.2 Perkara yang Perlu Dipertimbangkan bagi Melaksanakan Pembelajaran Kontekstual Secara Berkesan 1. Tujuan: menghasilkan pelajar yang berkualiti dan berdaya saing. 2. Sokongan daripada organisasi masyarakat bagi menjayakan strategi pengajaran dan pembelajaran kontekstual. 3. Sokongan luaran : pemangkin yang memberi galakan dan sebagai sumber untuk membantu pelajar dan guru mewujudkan suasana pengajaran dan pembelajaran yang kondusif. 4. Faktor-faktor yang membantu proses pelaksanaan pembelajaran dan pengajaran kontekstual adalah: a. Pembelajaran murid; b. Pengajaran guru; c. Sokongan pentadbir sekolah; d. Sokongan masyarakat; e. Pengajaran guru dan sokongan pentadbir sekolah; dan f. Komunikasi dan sokongan masyarakat. 5. EMPAT perkara yang turut perlu dipertimbangkan iaitu komunikasi antara guru, pelajar, ibu bapa dan masyarakat. 6. Sokongan daripada ibu bapa dan masyarakat: memahami keadaan dan kaedah pengajaran yang terkini dan memberi sokongan kepada perancangan dan perkembangan. 7. Penilaian yang pelbagai dan adil perlu dirangka untuk membantu pelajar menguasai pembelajaran. 8. Persekitaran dan suasana bilik darjah perlu diubah suai supaya pelajar boleh menjalankan aktiviti bersifat hands-on secara berkumpulan (pembelajaran koperatif ). 9. Keupayaan guru memanipulasikan keadaan atau kejadian persekitaran perlulah mengambil kira persekitaran luar sekolah. a. Sokongan Pentadbiran Sekolah i. Para guru perlu diberi latihan dan kursus yang berkaitan untuk mempelajari teori dan kaedah pembelajaran kontekstual serta mempraktikkannya di dalam bilik darjah. 12

ii. Penekanan oleh guru perlu peka tentang persekitaran tempat kerja bagi membantu proses pengajaran dan pembelajaran. iii. Kemudahan bilik aktiviti, makmal, bilik tayang, perkakasan komputer dan perisian serta peralatan lain perlu disediakan untuk menambahkan keberkesanan pengajaran dan pembelajaran. iv. Peruntukan kewangan yang mencukupi mesti disediakan. v. Sokongan dan dorongan daripada pihak pentadbir amat perlu supaya guru boleh melaksanakan pengajaran dan pembelajaran kontekstual dengan berkesan. vi. Pelaksanaan jadual waktu yang fleksibel untuk memastikan masa mencukupi bagi setiap aktiviti. b. Sokongan Masyarakat i. Kerjasama daripada masyarakat dan Kementerian Pendidikan Malaysia penting kerana ia akan membantu dalam menjayakan pelaksanaan kurikulum. ii. Hubungan rapat antara Kementerian Pendidikan Malaysia dengan industri adalah penting untuk mendapatkan sokongan teknikal, kewangan dan memberi pendedahan kemahiran kepada pelajar tentang alam pekerjaan. iii. Pengalaman hands-on sangat diperlukan oleh pelajar kerana mereka boleh menimba pengalaman dengan cara bekerja atau membuat latihan amali dalam situasi tempat kerja sebenar. 3.3.3 Rancangan Pengajaran dan Pembelajaran Kontekstual

3.3.4 Cadangan Tajuk Pengajaran yang Sesuai Menggunakan Pembelajaran Kontekstual Berikut adalah cadangan tajuk pengajaran yang sesuai menggunakan pembelajaran kontekstual: a. Kesihatan diri; b. Kekeluargaan; c. Pemakanan; d. Penyakit berjangkit; dan e. Pertolongan cemas. TOPIK 4 PEMBELAJARAN TEKNOLOGI MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI (ICT) DAN AKSES KENDIRI (PAK) 4.1 PEMBELAJARAN TEKNOLOGI MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI 1. Corak pengajaran dan pembelajaran yang dahulunya lebih berpusatkan guru kini berubah kepada corak berpusatkan pelajar, setelah wujudnya projek rintis sekolah bestari yang mengaplikasikan ICT dalam sistem pengurusan sekolah dan bahan pengajaran dan pembelajaran. 2. Pada tahun 2003 pula, dasar Kementerian Pendidikan Malaysia dalam penggunaan Bahasa Inggeris dalam mata pelajaran sains dan matematik merancakkan lagi penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi dalam dunia pendidikan untuk melaksanakan pengajaran matematik dan sains dalam Bahasa Inggeris. 3. Membekalkan alat ICT di sekolah seperti projektor LCD dan komputer notebook 13

4.1.1 Pengenalan 1. Pentaksiran berasaskan sekolah akan digunakan oleh pelajar untuk membolehkan mereka mengukur tahap penguasaan pengetahuan/kemahiran/sikap mereka berbanding kriteria yang ditetapkan. 2. Pentaksiran berasaskan sekolah dilaksanakan dengan tujuan untuk membolehkan pelajar-pelajar memperbaiki pencapaian diri. 3. Penggunaan ICT dalam proses pembelajaran dan pengajaran dapat membantu para pelajar dari pelbagai aspek. Antaranya adalah: a. Membantu pelajar untuk meningkatkan kemahiran ICT dalam proses pembelajaran dan kemahiran individu. b. Membantu pelajar memperolehi pelbagai kemahiran dan peluang pembelajaran yang saksama antara satu sama lain serta memotivasikan pelajar. c. Aktiviti pembelajaran secara individu atau individualise learning boleh dilakukan dengan lebih efektif. d. Kemudahan untuk mengakses maklumat samada sesuatu maklumat itu sukar, mahal dan amat diperlukan tanpa mengira masa dan tempat. e. Membantu pelajar memperolehi kaedah pembelajaran yang berkesan secara individu serta bimbingan yang minimum. f. Membantu meningkat daya kreativiti dan imaginasi dan meningkatkan penguasaan pelajar terhadap pelajaran. 4.1.2 ICT untuk Pembelajaran Tutorial dan Penerokaan a. ICT untuk Pembelajaran Tutorial untuk menyampaikan kandungan pelajaran berdasarkan urutan yang telah ditetapkan. Pembelajaran tutorial adalah seperti: i. Pembelajaran ekspositori. ii. Demonstrasi sesuatu fenomena yang dipaparkan dan dikawal urutan babaknya oleh sistem. iii. Latihan dan latih tubi yang disampai dan dikawal oleh sistem. b. Bagaimana ICT Digunakan untuk Pembelajaran Tutorial Computer Assisted Instruction (CAI) digunakan untuk menggambarkan penggunaan komputer dalam pengajaran dan pembelajaran. Perkembangan ICT dan perisian kursus yang ada pada hari ini kebanyakannya bercirikan multimedia. Penggunaan istilah Intelligent Computer Assisted Instruction atau Intelligent Tutoring System pula digunakan. Perubahan ini amat seiring dengan perkembangan yang berlaku dalam reka bentuk perisian pendidikan yang bercirikan kecerdasan. Komponen berikut iaitu: i. Mempersembahkan maklumat; ii. Menilai pencapaian; iii. Membimbing; dan iv. Menyediakan dan memberi latihan. Sebelum mengadaptasikan pendekatan ini, beberapa perkara harus dipertimbangkan. Antaranya adalah: i. Mempunyai perisian pendidikan yang sesuai. ii. Memastikan guru terlebih dahulu menilai setiap perisian pendidikan yang hendak digunakan. iii. Mempunyai peralatan ICT yang sesuai untuk melaksanakan perisian. iv. Mempunyai kemahiran mengendali peralatan ICT. v. Mempunyai pengetahuan yang luas tentang perkembangan ICT. vi. Lokasi peralatan ICT (di dalam kelas atau di luar kelas). vii. Penggunaan secara berkumpulan atau individu. viii. Penggunaan di dalam atau di luar waktu persekolahan. c. Penggunaan ICT dalam Pembelajaran Tutorial i. Kelas yang mengandungi pelajar yang ramai dengan kemampuan belajar yang berbeza. Oleh itu, tumpuan akan diberi sepenuhnya kepada mereka yang tidak mahir dalam mengendalikan komputer. ii. Digunakan apabila terdapat situasi di mana pelajar sukar untuk memahami sesuatu pelajaran. Oleh yang demikian, para guru boleh menggunakan perisian khas bagi memudahkan pemahaman pelajar. iii. Digunakan untuk pelajar yang memerlukan aktiviti penggayaan atau praktikal. Perisian yang khusus boleh digunakan dalam situasi sebegini. d. ICT untuk Pembelajaran Penerokaan i. Pengenalan penggunaan ICT sebagai medium untuk pencarian maklumat serta pengaksesan maklumat melalui laman-laman sesawang tertentu, portal, CD-ROM dan sebagainya. Selain daripada itu, penggunaan ICT untuk pembelajaran juga membantu para pelajar mengkaji dan mempelajari sesuatu fenomena 14

ii.

iii.

dengan lebih efektif dan efisien. Pembelajaran melalui ICT juga membolehkan pelajar meneroka mengenai sesuatu fenomena secara praktikal dan individu. Bagaimana ICT Digunakan untuk Pembelajaran Penerokaan Pembelajaran Penerokaan sebagai teori pembelajaran yang penyelesaian masalah, menekankan kepada pemikiran kritis, pengetahuan melalui interaksi sosial pengalaman pembelajaran yang kekal. Ia juga lebih dikenali sebagai constructivism. Kaedah ini mampu membantu pelajar menerokai dan mempelajari sesuatu fenomena atau situasi dengan lebih mendalam. Penggunaan CD-ROM melalui pangkalan data yang disediakan, ensiklopedia dan kaedah-kaedah lain yang bersesuaian. Penggunaan ICT dalam Pembelajaran Penerokaan Pembelajaran penerokaan amat bersesuaian dengan menggunakan ICT dalam situasi- situasi yang tertentu. Situasi-situasi tersebut adalah: Simulasi yang berbentuk aktiviti pembelajaran. Aktiviti berkaitan kajian masa depan. Pembelajaran yang berkaitan inkuiri penemuan. Pembelajaran yang melibatkan penyelesaian masalah kehidupan sebenar. Dalam penulisan Kendall (2001), UNESCO telah mencadangkan EMPAT pendekatan untuk membangunkan ICT di kalangan guru: Peringkat Emerging (Pengenalan): Memberi tumpuan kepada mengenal fungsi teknikal dan penggunaan ICT dan pengetahuan tentang impak ICT terhadap masyarakat dan sekolah. Guru menggunakan aplikasi Word untuk membuat nota pelajaran, mencari maklumat dalam CD-ROM atau internet dan berhubung dengan rakan menggunakan e-mel. Peringkat Applying (Aplikasi): Guru mengintegrasikan ICT untuk mengubah reka bentuk pengajaran atau menggabungkan kaedah lama dengan kaedah yang baru. Guru juga menggunakan ICT dalam program latihan. Peringkat Integrating (Integrasi): Guru dan pelajar menggunakan multimedia untuk persembahan dan kerja projek. Guru menggunakan bahan pembelajaran dalam laman sesawang dan menjadi ahli dalam kumpulan profesional. Peringkat Transforming (Tranformasi): Pengajaran bertukar menjadi fokus pelajar. Pelajar bertanggugnjawab terhadap pembelajarannya. Guru menjadi rakan pelajar untuk belajar atau dalam erti kata lain guru menjadi pembimbing di sisi pelajar.

4.1.3 ICT sebagai Alat Aplikasi dan Pemudah Komunikasi Alat aplikasi yang digunakan dalam ICT seperti perisian aplikasi khusus iaitu Computer Aided Design (CAD) dan grafik adalah beberapa aplikasi yang sering digunakan. Penggunaan ICT sebagai alat aplikasi amat berkesan dan membantu para pelajar dalam proses perlaksanaan aktiviti pembelajaran. Beberapa alat aplikasi yang turut digunakan adalah: a. Pemprosesan perkataan untuk menghasilkan karangan. b. Memplot graf dengan menggunakan perisian elektronik. ICT sebagai alat pemudah komunikasi telah banyak membantu para pelajar dan guru dari segi perkongsian maklumat, penerimaan dan penghantaran maklumat, kemudahan komunikasi dalam proses pembelajaran dan pengajaran dan pelbagai lagi. Medium penggunaan ICT sebagai alat komunikasi ialah: a. Audio; b. Video; c. Grafik; d. Projektor atau skrin LCD; e. Komputer dan sebagainya. Bagaimanakah ICT digunakan sebagai alat aplikasi dan juga alat pemudah komunikasi? Mari kita bincangkan. a. Penggunaan ICT sebagai Alat Aplikasi Mendapatkan maklumat, menyunting dan mengolah kandungan karangan melalui aplikasi pemprosesan perkataan dan persembahan karangan dengan menggunakan aplikasi Power Point atau slideshow. Ia merupakan sociocultural learning atau pengoperasian teori pembelajaran sosiobudaya. Teori ini adalah berkenaan pembelajaran pelajar iaitu persekitaran sosial dan budaya. Selain daripada itu, para pelajar akan 15

lebih membantu dan mempelajari antara satu sama lain dalam meningkatkan kemahiran bertutur ( verbal), kemahiran kognitif dan metakognitif serta kemahiran bekerjasama. ICT sebagai alat aplikasi dapat membantu pelajar membina dan membina graf dengan lebih persis. Ini adalah apabila pelajar membuat kajian tentang dua pembolehubah dan membina serta memplot graf para pelajar akan lebih menumpukan perhatian dalam melakukan tugasan yang diberikan, mengelas dan menyisih data. Para pelajar akan lebih teliti dalam memikir dan memerhati sesuatu trend pada data. Penggunaan ICT sebagai alat aplikasi pada masa kini telah banyak membantu para pelajar dan guru, antaranya adalah: Ketepatan dan kecekapan proses pembelajaran pelajar meningkat. Tumpuan pelajar akan lebih bertambah dengan menyelesaikan tugasan yang mencabar yang diberikan guru. b. Penggunaan ICT sebagai Alat Pemudah Komunikasi Empat teknik komunikasi melalui ICT adalah: i. Teknik Seorang Sendirian; ii. Teknik Seorang kepada Seorang; iii. Teknik Seorang kepada Ramai; dan iv. Teknik Ramai kepada Ramai. Teknik pembelajaran yang berkesan kini adalah salah satunya melalui ICT iaitu sebagai alat komunikasi atau pembelajaran sebagai kolaboratif. Pelajar boleh saling bertukar maklumat mengenai kawasan geografi setempat, budaya dan sebagainya sekali gus membuat perbandingan dan analisis melalui pengalaman pembelajaran. Para pelajar dapat lebih menumpu perhatian dengan pembelajaran masing-masing tanpa menghadapi gangguan seperti suasana bising di dalam kelas, terlalu banyak pertanyaan semasa sesi pembelajaran dan sebagainya. Penggunaan ICT sebagai alat komunikasi ini banyak kelebihannya, antaranya adalah pembelajaran melalui peer group di kalangan pelajar, pembelajaran kolaboratif, proses pembelajaran yang lebih berkualiti dengan melibatkan tenaga pengajar yang mempunyai kepakaran dalam bidang masing-masing dan sebagainya. 4.2 PEMBELAJARAN AKSES KENDIRI (PAK) 4.2.1 Pengenalan dan Konsep PAK 1. Pembelajaran akses kendiri adalah pendekatan pembelajaran yang memberi akses kepada sumber pembelajaran bagi membolehkan pelajar memperoleh pengetahuan dan kemahiran secara kendiri. Bahan pembelajaran direka dan diuruskan supaya pelajar belajar mengikut minat, keperluan, tahap kemampuan dan gaya pembelajaran mereka. 2. Program pembelajaran akses kendiri adalah dibentuk untuk menggalakkan pembelajaran kendiri supaya pelajar mempunyai autonomi dan bertanggungjawab ke atas pembelajaran sendiri dengan menyedari bahawa mereka adalah individu yang mempunyai minat, kemampuan dan gaya dan rentak pembelajaran yang berbeza. 3. Pengawasan dan bimbingan guru merupakan akses bagi pelajar belajar secara berdikari. 4. Pembelajaran akses kendiri juga memerlukan persekitaran pembelajaran yang kondusif selain daripada ciri-ciri lain seperti gaya pembelajaran, minat, dan keperluan- keperluan lain. 5. Dapat memberi motivasi kepada pelajar supaya lebih berdikari dan menjurus kepada sikap kendiri. 4.2.2 Penubuhan dan Fungsi PAK PAK ditubuhkan dengan tujuan untuk melatih para pelajar untuk lebih berdikari serta berfikir secara kritis dan kreatif. PAK juga berfungsi untuk mewujudkan pelajar yang berautonomi dan bertanggungjawab. Fungsi-fungsi PAK yang lain adalah: a. Kemahiran belajar dalam mata pelajaran Pendidikan Seni Visual lebih mudah diperolehi. b. Bertanggungjawab dan mempunyai hak autonomi ke atas pembelajaran sendiri. c. Menjadikan proses pembelajaran lebih efisien, fleksibel dan selesa di samping mengambil kira material dan kaedah yang sesuai mengikut kebolehan yang diperolehi. d. Memastikan pemilihan material dan aktiviti pembelajaran dilakukan secara meluas dan teratur. e. Menyediakan kemudahan bantuan fasilitator dan material PAK untuk diakses. f. Pelajar mempunyai kemudahan belajar secara berkumpulan dan bersendirian. 16

g. Membantu pelajar menilai prestasi masing-masing serta membolehkan proses pembelajaran mengikut tahap kemampuan tersendiri. h. Membantu pelajar menjadi lebih kreatif dan inovatif semasa proses pembelajaran. 4.2.3 Bahan-bahan PAK Prinsip pembelajaran akses kendiri menekankan EMPAT domain pembelajaran, iaitu: a. Self-Directed/Terarah Kendiri: pelajar akan menentukan sendiri tajuk dalam sesuatu bidang yang ingin dipelajari. b. Self-Access/Pembelajaran Secara Kendiri: pelajar mencari dan mendapatkan maklumat mengenai tajuk yang ingin dipelajari daripada pelbagai sumber bukan guru. Buku rujukan, majalah, CD-ROM atau internet digunakan untuk mendapatkan maklumat. c. Self-Assessed/Akses Kendiri: membuat penilaian atau penaksiran sendiri mengenai tajuk yang dipelajarinya, adakah dikuasai atau tidak. Seandainya pelajar tersebut telah menguasai tajuk tersebut, maka pelajar itu akan beralih ke tajuk lain. d. Self-Paced/Kadar Kendiri: pembelajaran langkah demi langkah mengikut kadar sendiri untuk memantau progress pembelajaran diri. Berikut adalah sub-domain pembelajaran secara self-paced: i. Pembelajaran Secara Individu Proses pembelajaran yang berkaitan kepentingan individu terhadap pembelajaran. ii. Pembelajaran Arah Kendiri Proses pembelajaran yang memerlukan tanggungjawab pelajar untuk belajar sesuatu pelajaran dan berkeupayaan untuk memahami sendiri. iii. Pembelajaran Sendiri Proses pembelajaran yang memerlukan pelajar bertanggungjawab sepenuhnya tentang pelajaran mereka dan menentukan sendiri apa yang berkaitan dengan pembelajaran mereka. Mereka juga turut menentukan apa yang ingin dipelajari. iv. Penetapan Pembelajaran Proses pembelajaran di mana pelajar belajar selangkah demi selangkah mengikut kadar sendiri. 4.3 PERSEDIAAN GURU DAN PELAJAR 1. Teknik mengajar merupakan kemahiran guru dalam mengelola dan melaksanakan kaedah mengajar dalam sesuatu aktiviti pengajaran dan pembelajaran seperti teknik bercerita, bersyarah, berbincang, demonstrasi, latih tubi, penyoalan, sumbangsaran dan permainan. 2. Tujuan untuk menarik minat pelajar, mengekalkan perhatian serta membangkitkan rasa ingin tahu pelajar supaya mencapai objektif pengajaran pembelajaran. 4.3.1 Tujuan Persediaan a.Persediaan dan Peranan Guru i. Memahami dan menghormati peranan ibu bapa/penjaga/komuniti Prihatin terhadap pandangan ibu bapa tentang tingkah laku anak mereka. Mengambil kira pandangan ibu bapa dan peranan mereka terhadap anak-anak mereka. ii. Mempunyai kemahiran interpersonal dan bertindak sebagai seorang profesional Bersikap terbuka dan memahami persekitaran. Mengasingkan masalah peribadi dan kerja dengan efisien. iii. Memberi maklumat dengan berkesan secara konsisten Mengenai aktiviti dan sekolah Mengenai perkembangan semasa Pemilihan teknik mengajar perlulah berdasarkan kepada umur, kecerdasan, kebolehan dan minat pelajar. Strategi bermakna kebijaksanaan dalam menguruskan sesuatu perkara. Ia merujuk kepada kebijaksanaan guru memilih pendekatan serta kecekapan merancang kaedah, teknik dalam satu-satu pengajaran berdasarkan objektif pelajaran yang ditentukan. Dalam sesuatu proses pengajaran beberapa strategi pendekatan perlu dipertimbangkan, antaranya ialah: i. Penentuan pendekatan berdasarkan objektif pelajaran. ii. Pemilihan kaedah dan teknik mengajar berdasarkan pendekatan. iii. Penyusunan kaedah dan teknik mengajar secara sistematik mengikut prinsip dan teori pembelajaran. 17

iv. v. vi.

Pengagihan masa dan langkah mengajar perlulah disusun dengan baik. Pengagihan bahan bantu mengajar mengikut keperluan dalam setiap kaedah dan teknik mengajar. Pengurusan kelas mengikut pendekatan, kaedah dan teknik mengajar yang dipilih. Peranan guru ialah sebagai fasilitator, jurulatih dan kaunselor semakin diterima.

Program pembelajaran akses kendiri memerlukan guru untuk: i. Menggalakkan pelajar berinteraksi sesama sendiri di dalam kelas. ii. Mewujudkan persekitaran pembelajaran yang memberi peluang kepada pelajar menguji kemampuan mereka. iii. Membantu pelajar menyedari pelbagai strategi dalam pembelajaran. iv. Melatih pelajar untuk belajar secara kendiri. v. Membimbing dan membantu pelajar di mana perlu. b. Peranan Pelajar i. Mengenal pasti keperluan mereka. ii. Mengenal pasti tahap kebolehan mereka sendiri. iii. Menetapkan matlamat pembelajaran sendiri. iv. Mengenal pasti masa pembelajaran yang ada. v. Menyediakan pelan pembelajaran yang realistik. 4.3.2 Aktiviti Persediaan a. Pendekatan dalam Pengajaran dan Pembelajaran Matlamat pendidikan Teknologi Maklumat (TM) dapat dicapai dengan wujudnya pertalian erat antara Kurikulum, Pedagogi dan Pentaksiran. Pelajar akan memainkan peranan aktif dalam menentukan haluan selfdirected dan kemajuan self-paced pembelajaran masing-masing ke arah menguasai pengetahuan dan kemahiran yang ditetapkan pelajar. Pentaksiran berasaskan sekolah akan digunakan oleh pelajar untuk membolehkan mereka mengukur tahap penguasaan pengetahuan/ kemahiran/sikap mereka berbanding kriteria yang ditetapkan. Membolehkan pelajar memperbaiki pencapaian diri. b. Pengajaran Berbantukan Komputer (Computer Assisted Instruction, CAI) Integrasi Bahan Kursus CAI dalam Bilik Darjah Pembangunan bahan kursus, mengintegrasi bahan CAI dengan aktiviti bilik darjah, untuk mendapat sistem komputer, untuk mengedar bahan kursus CAI dan untuk menentukan keberkesanan CAI di dalam bilik darjah. c. Penilaian dan Penyebaran Bahan Kursus Beberapa langkah perlu dilakukan dalam proses penilaiannya. Langkah-langkah tersebut digambarkan seperti berikut: i. Pengurusan komunikasi: Antara guru dan pelajar; Sesama pelajar; Sesama guru; dan Antara guru dan pentadbir. ii. Pengurusan Rekod Pelajar: Markah ujian; Laporan kehadiran; dan Laporan kemajuan. 4.3.3 Rancangan Pengajaran dan Pembelajaran Secara ICT dan PAK Pengajaran melibatkan kegiatan tertentu seperti: a. Merancang; b. Menentukan objektif pengajaran dan pembelajaran; c. Memilih strategi pengajaran; d. Aktiviti pengajaran dan pembelajaran; dan e. Menilai dalam satu-satu pengajaran. 18

Contoh Rancangan Pengajaran dan Pembelajaran a. Menyatakan pengertian dan jenis-jenis PPBK; b. Mengguna dan mengintegrasikan aplikasi dalam P&P; c. Menilai, memilih dan mengguna perisian kursus yang sesuai dalam P&P; dan d. Menggunakan sumber dari Internet dalam P&P. 4.3.4 Cadangan Tajuk Pengajaran Sesuai Menggunakan Teknologi Maklumat dan Komunikasi dan Akses Kendiri Tajuk-tajuk pengajaran sesuai menggunakan teknologi maklumat dan komunikasi dan akses kendiri: a. Kesihatan diri; b. Kekeluargaan; c. Pemakanan; d. Penyalahgunaan bahan; dan e. Penyakit berjangkit. 5.1 PENGENALAN PEMBELAJARAN MASTERI 1. Satu pendekatan pengajaran dan pembelajaran di mana pelajar dapat menguasai apa yang diajar. 2. Pelajar perlu menguasai perkara-perkara yang diajar dalam satu unit pembelajaran atau tajuk sebelum ke unit pembelajaran atau tajuk lain, fokus untuk sesuatu proses pembelajaran ialah masa yang diperlukan oleh pelajar yang berlainan untuk menguasai perkara yang dipelajari. 5.1.1 Konsep, Matlamat, Objektif Pembelajaran Masteri 1. Bertujuan membimbing guru supaya memahami dan melaksanakan Pembelajaran Masteri dalam proses pengajaran dan pembelajaran secara berkesan. 2. Objektif pembelajaran masteri adalah untuk membantu guru-guru: a. Menyatakan konsep Pembelajaran Masteri. b. Menerangkan langkah-langkah Pembelajaran Masteri dalam proses pengajaran dan pembelajaran. c. Melaksanakan Pembelajaran Masteri dalam pengajaran dan pembelajaran. 3. Guru mesti pastikan semua pelajar dapat menguasai perkara-perkara yang diajar dalam satu unit pembelajaran. 4. Guru juga perlu memastikan semua pelajar dapat menguasai satu tajuk sebelum ke unit pembelajaran atau tajuk yang lain. 5. Cabaran pembelajaran masteri: menyediakan masa yang cukup dan mengatur strategi-strategi pembelajaran untuk memastikan semua pelajar akan mencapai keupayaan yang sama. 6. Elemen-elemen penting untuk kaedah pembelajaran masteri ialah: a. Menjelaskan secara spesifik kepada pelajar apa yang akan dipelajari dan menjelaskan bagaimana ia akan dinilai. b. Membenarkan pelajar untuk belajar dengan kadar mereka sendiri. c. Memantau kemajuan pelajar dan menyediakan tindak balas berserta dengan langkah-langkah pemulihan yang sesuai. d. Menguji bagi memastikan kriteria pembelajaran akhir tercapai. 5.1.2 Model Pembelajaran Masteri 1. Menurut Anderson dan Block (1975) pula, kaedah masteri adalah satu set idea dan amalan pengajaran secara individu yang dapat membantu pelajar untuk belajar secara konsisten. Idea dan amalan ini menghasilkan pengajaran yang sistematik, membantu pelajar apabila menghadapi masalah pembelajaran, memperuntukkan masa yang mencukupi untuk pelajar mencapai masteri. 5.1.3 Prinsip dan Ciri-ciri Pembelajaran Masteri Pembelajaran masteri dilaksanakan dalam empat langkah iaitu: a. Penentuan hasil pembelajaran yang perlu dikuasai pelajar. b. Pengajaran dengan kaedah dan aktiviti yang berkesan. c. Penilaian dengan ujian diagnostik untuk mengesan tahap penguasaan. 19

d. Pelaksanaan tindakan susulan yang berupa aktiviti pemulihan bagi pelajar yang belum menguasai hasil pembelajaran dan aktiviti pengukuhan serta pengayaan bagi pelajar yang sudah menguasai hasil pembelajaran yang ditentukan. Pembelajaran Masteri mempunyai ciri-ciri seperti berikut: a. Pelaksanaannya berasaskan tahap kemajuan seseorang pelajar. b. Bahan pembelajaran dipecahkan dan dibahagikan kepada beberapa segmen kecil yang dikenali sebagai unit pembelajaran. c. Setiap unit pembelajaran dinyatakan dalam bentuk Hasil Pembelajaran. d. Aras Masteri bagi setiap Hasil Pembelajaran ditetapkan pada aras 80%. e. Proses pengajaran dan pembelajaran bagi setiap unit pembelajaran dijalankan dengan menggunakan pelbagai strategi dan kaedah serta bahan pengajaran dan pembelajaran yang sesuai secara kelas, kumpulan besar, kumpulan kecil, berpasangan atau secara individu. f. Menggunakan ujian formatif bersifat diagnostik untuk mengesan kemajuan pembelajaran pelajar. g. Menggunakan maklum balas yang tepat tentang hasil pembelajaran yang telah dikuasai dan yang belum dikuasai oleh pelajar. h. Melaksanakan aktiviti pemulihan dan aktiviti pengayaan mengikut tahap penguasaan setiap pelajar. 5.2 PENGENALAN PEMBELAJARAN KONSTRUKTIVISME 1. Konstruktivisme adalah satu fahaman bahawa pelajar membina sendiri secara aktif pengetahuan atau konsep berdasarkan kepada pengetahuan atau pengalaman yang sedia ada dan tidak menerima pengetahuan secara pasif dari persekitaran. 2. Melalui pembelajaran konstruktivisme, ilmu adalah sesuatu yang relatif dan berubah mengikut masa. Pembelajaran adalah mengikut kesesuaian yang dilalui oleh pelajar. 3. Menurut prinsip konstruktivisme proses pembelajaran bertindak sebagai fungsi penyesuaian. 5.2.1 Konsep, Matlamat, Objektif Pembelajaran Konstruktivisme a. Konsep Konstruktivisme menekankan penerokaan dan penemuan kendiri melalui aktiviti penyelesaian masalah. Kaedah pembelajaran yang menekankan cara untuk mengaitkan pengajaran dengan pengetahuan sedia ada pelajar supaya pelajar dapat menggambarkan perkara yang diajar dan memudahkan mereka untuk faham. Gaya pembelajaran ini bersifat reflektif kerana pelajar mengaitkan pengetahuan dan pengalaman lepas untuk membentuk pemahaman baharu. Aktiviti-aktiviti yang dilaksanakan ialah melalui perbincangan, perdebatan, eksplorasi, pembinaan dan kolaborasi. Antara prinsip yang diberi penekanan ialah: i. Pengetahuan diperolehi pelajar. ii. Pemahaman dibentuk melalui analisis dan sintesis pengalaman lalu. iii. Aktiviti pembelajaran menggabungkan tiga domain iaitu kognitif, afektif dan psikomotor. iv. Refleksi membantu membentuk pengetahuan dan pemahaman. v. Pelajar berperanan menentukan pembelajaran sendiri. vi. Hasil pembelajaran adalah pelbagai dan sukar hendak dijangka. vii. Menggalakkan pelajar berfikir dan mencuba idea baharu. viii. Menyokong dan mencabar pemikiran seseorang pelajar. Matlamat i. Guru mengambil kira pengetahuan sedia ada pelajar. ii. Pembelajaran adalah hasil usaha pelajar itu sendiri. iii. Pembelajaran berlaku apabila pelajar menghubungkan idea baharu bagi menstruktur semula idea mereka. iv. Pelajar berpeluang bekerjasama, berkongsi idea dan pengalaman serta membuat refleksi. 5.2.2 Teori Pembelajaran dan Ciri-ciri Pembelajaran Secara Konstruktivisme Ciri-ciri pembelajaran secara konstruktivisme adalah seperti berikut: a. Teori konstruktivisme menekankan pembinaan konsep yang asas sebelum konsep itu dibangunkan dan kemudiannya diaplikasikan apabila diperlukan. Teori konstruktivisme yang menekankan pembinaan konsep melalui pengetahuan lepas. Berdasarkan pengetahuan lepas, pelajar akan juga menyesuaikan dengan pembelajaran yang dipelajari pada ketika itu. 20

b. Teori konstruktivisme juga akan dipraktikkan oleh pelajar kerana mereka dapat menghubungkaitkan pengetahuan dan pemahaman konsep yang lepas untuk membentuk pemahaman baharu. Pelajar dapat menentukan corak pembelajaran mereka sendiri dan melalui beberapa aktiviti yang disediakan dapat menggalakkan pelajar berfikir dan mencuba. Ini tentunya dapat mencabar pemikiran seseorang pelajar. Konstruktivisme ialah proses menambah dan mensintesis maklumat baharu berpandukan pengetahuan sedia ada untuk mendapatkan satu maklumat baharu. c. Teori konstruktivisme ialah suautu proses pembelajaran di mana pelajar tidak lagi dianggap belajar daripada apa yang diberikan oleh guru tetapi pelajar secara aktif membina realiti mereka sendiri dan pada masa yang sama mengubahsuai realiti tersebut (Dick, 1997). Dick (1997) turut menyatakan bahawa konstruktivisme hanya mencadangkan kaedah dalam mana persekitaran pembelajaran boleh disusun atur dan diurus supaya dapat membekalkan pelajar dengan konteks terbaik untuk belajar.

Penggunaan teori konstruktivisme dalam proses pengajaran dan pembelajaran ini dapat dilihat melalui aktivitiaktiviti berikut. a. Pelajar berpeluang mengemukakan pandangannya tentang sesuatu konsep. b. Pelajar berpeluang berkongsi persepsi antara satu sama lain. c. Pelajar menghormati pandangan alternatif rakan-rakan mereka. Semua pandangan pelajar dihormati dan tidak dipandang rendah. d. Pembelajaran berpusatkan pelajar. e. Aktiviti berasaskan hands-on dan minds-on. Mementingkan kemahiran saintifik dan kemahiran berfikir. f. Pelajar mengaplikasikan idea baharu dalam konteks yang berbeza untuk mengukuhkan kefahaman idea tersebut. g. Pelajar menghubung kait idea asal dengan idea yang baru dibina. Guru menyediakan alat/bahan yang sesuai. h. Pelajar digalakkan mengemukakan hipotesis dan bukan guru menerangkan teori. i. Guru mengemukakan soalan yang boleh merangsangkan pelajar mencari jawapan. j. Guru tidak menyampaikan maklumat secara terus kepada pelajar. k. Pelajar banyak berinteraksi dengan pelajar lain dan guru. l. Guru prihatin terhadap keperluan, kebolehan dan minat pelajar. m. Pelajar bekerja dalam kumpulan. 5.2.3 Cabaran Kelas Konstruktivisme 1. Para pengajar perlu mengenal pasti cara yang bersesuaian untuk mengaitkan pengajaran dengan pengetahuan sedia ada pelajar supaya pelajar dapat menggambarkan perkara yang diajar dan memudahkan mereka untuk faham. Para pengajar juga perlu mengaplikasikan pengalaman atau pengetahuan lepas untuk diaplikasikan dengan ketiga-tiga domain iaitu kognitif, psikomotor dan afektif. 2. Pembelajaran membolehkan pelajar secara aktif membina realiti mereka sendiri dan pada masa yang sama mengubah suai realiti tersebut. Konstruktivisme menekankan penerokaan dan penemuan kendiri melalui aktiviti penyelesaian masalah. Melalui aktiviti-aktiviti yang dilaksanakan ialah melalui perbincangan, perdebatan, eksplorasi, pembinaan dan kolaboratif. Pelajar berperanan menentukan pembelajaran sendiri dan mewuujudkan perkaitan dengan pengetahuan yang lepas. 21

5.3 PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN Kaedah pengajaran dan pembelajaran masteri adalah seperti berikut: a. Pembelajaran masteri b. pembelajaran masteri: kaedah atau aktiviti yang berpusatkan kepada pelajar, menarik dan menyeronokkan. c. Guru harus merancang dan menggunakan pelbagai kaedah atau aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang berkesan dengan mengambil kira kebolehan dan gaya pembelajaran pelajar. d. Contoh pengajaran dan pembelajaran yang berpusatkan kepada guru, iaitu syarahan, penerangan, penjelasan, huraian, demonstrasi, bercerita, pembacaan dan memberi nota. e. Kaedah atau aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang berpusatkan kepada pelajar di mana pelajar yang melakukannya adalah seperti soal jawab, latih tubi, bercerita, membuat latihan, penerangan, penjelasan, huraian, perbincangan, inkuiri, penemuan dan bacaan. f. Guru harus ingat bahawa setiap kaedah atau aktiviti itu mempunyai kelebihan dan kekurangan. 5.3.1 Rancangan Pembelajaran Masteri dan Konstruktivisme 5.3.2 Perbandingan antara Strategi Tradisional, Konstruktivisme dan Masteri Berikut adalah perbandingan antara strategi tradisional, konstruktivisme dan masteri. a. Tradisional Tidak memberi tumpuan kepada pelajar dan sukar untuk mencapai objektif pembelajaran. b. Konstruktivisme Konstruktivisme ialah proses menambah dan mensintesis maklumat baharu berpandukan pengetahuan sedia ada untuk mendapatkan satu maklumat yang baharu. Proses membuat analisis dan menilai maklumat yang baru diterima berdasarkan pengetahuan yang sedia ada dan menggunakan pengalaman individu untuk menjana suatu maklumat baharu. Prinsip-prinsip konstruktivisme: i. Pengetahuan dibina pelajar. ii. Pemahaman dibentuk melalui analisis dan sintesis pengalaman lalu. iii. Aktiviti pembelajaran menggabungkan tiga domain iaitu domain kognitif, domain afektif dan domain psikomotor. iv. Refleksi membantu membentuk pengetahuan dan pemahaman. v. Pelajar berperanan menentukan pembelajaran sendiri. vi. Hasil pembelajaran adalah pelbagai dan sukar hendak dijangka. vii. Menggalakkan pelajar berfikir dan mencuba idea baharu. viii. Menyokong dan mencabar pemikiran seseorang pelajar. Needham (1987) mencadangkan strategi pengajaran berdasarkan Model Konstruktivisme lima fasa yang mengutarakan bahawa pembelajaran merupakan suatu proses yang aktif yang mana pelajar membina pengetahuan atau konsep baharu berasaskan pengalaman. Kelebihan Konstruktivisme a. Lebih berfikir b. Lebih faham c. Lebih seronok d. Lebih berkemahiran social e. Lebih ingat f. Lebih yakin Model Konstruktivisme Lima Fasa Needham Terdapat lima fasa yang dikenal pasti oleh Needham (1987) seperti berikut: Fasa Orientasi: bertujuan untuk menarik perhatian dan minat pelajar serta memotivasikan pelajar agar mereka terus berminat dalam pengajaran yang diberikan. Fasa Pencetusan Idea Guru mengenal pasti kerangka alternatif pelajar. Soal jawab yang mendorong pemikiran boleh dijalankan oleh guru. Fasa Penstrukturan Semula Idea: bertujuan untuk mengubah suai idea dahulu melalui perbandingan dengan idea saintifik atau menyiasat dengan menggunakan kemahiran saintifik. 22

Fasa Aplikasi Idea: bertujuan untuk mengenal pasti idea yang baru diubah suai atau dibina dalam fasa

penstrukturan semula idea dapat diaplikasi dalam situasi yang baharu.


Fasa Refleksi : bertujuan untuk menilai sama ada idea terdahulu pelajar telah berubah. Antara aktiviti

yang disyorkan ialah penyoalan secara reflektif untuk membantu pelajar menilai kendiri tentang perubahan idea dan kemahiran proses yang tercapai. c. Masteri : pelajar dapat menguasai apa yang diajar. Ia berasaskan kepada satu kepercayaan atau falsafah iaitu semua pelajar boleh menguasai sesuatu perkara yang diajar sekiranya diberi masa yang cukup untuk pelajar menguasai perkara itu dan disediakan dengan pengajaran dan pembelajaran yang berkualiti. Pembelajaran masteri dilaksanakan dalam empat langkah iaitu: i. Penentuan hasil pembelajaran yang perlu dikuasai pelajar. ii. Pengajaran dengan kaedah dan aktiviti yang berkesan. iii. Penilaian dengan ujian diagnostik untuk mengesan tahap penguasaan. iv. Pelaksanaan tindakan susulan yang berupa aktiviti pemulihan bagi pelajar yang belum menguasai hasil pembelajaran dan aktiviti pengukuhan serta pengayaan bagi pelajar yang sudah menguasai hasil pembelajaran yang ditentukan. v. d. Perbandingan Pembelajaran Secara Tradisional dan Konstruktivisme

5.3.3 Cadangan Tajuk Pengajaran Sesuai Menggunakan Masteri dan Konstruktivisme Berikut adalah tajuk-tajuk yang sesuai bagi pengajaran menggunakan masteri dan konstruktivisme: a. Kesihatan diri; b. Kekeluargaan; c. Pengurusan konflik dan stres; dan d. Penyalahgunaan bahan. TOPIK 6 PENGAJARAN BERASASKAN KAJIAN MASA DEPAN 6.1 PENTINGNYA PENGAJARAN BERASASKAN KAJIAN MASA DEPAN 1. Perubahan dalam arus pembangunan yang pesat dan lebih bersifat global memberikan satu tamparan yang pengajaran berasaskan Kajian Masa Depan diperkenalkan untuk membolehkan generasi baharu merancang dan mewujudkan masyarakat Malaysia yang berwawasan, rasional, kreatif, dinamik serta boleh menerima dan menangani segala perubahan. 6.1.1 Konsep dan Objektif Kajian Masa Depan Mengandungi konsep belajar sendiri (apa?, mengapa? dan bagaimana?) yang menerangkan konsep utama dan pemahaman pengajaran berasaskan kajian masa depan. Konsep utamanya ialah: a. Berfikir secara kritis dan kreatif serta membuat keputusan tentang hal masa-masa depan. b. Berkomunikasi secara berkesan tentang hal-hal masa depan. c. Membuat kajian dan mengurus maklumat tentang hal-hal masa depan. d. Mempunyai pengetahuan dan kefahaman tentang kajian masa depan. 23

e. Membina sikap dan nilai tentang masa depan. KMD memberi kesedaran dan merangsang minda berfikir tentang isu, masalah dan peluang yang bakal dihadapi. a. Membuat ramalan tentang gaya terkini dan perubahan yang akan berlaku berdasarkan pengetahuan dan maklumat yang sedia ada. b. Menjangka dan meramal kesan atau akibat sesuatu fenomena. c. Menggunakan sumber manusia dan sumber lain bagi mengawal, menangani serta mengendalikan perubahan. Pengajaran berasaskan Kajian Masa Depan membolehkan pelajar: a. Berfikir secara kritis dan kreatif; b. Membuat keputusan tentang masa depan; c. Membina sikap dan nilai positif tentang masa depan; d. Berkomunikasi secara berkesan tentang masa depan; e. Mempunyai pengetahuan tentang masa depan; dan f. Membuat kajian dan menguruskan maklumat tentang masa depan. 6.1.2 Pengajaran Berasaskan Kajian Masa Depan Kajian masa depan ialah satu pendekatan pengajaran untuk mendidik pelajar agar lebih prihatin terhadap sesuatu perkara atau isu yang berlaku pada masa lampau, masa kini dan masa depan. Ini bermakna pelajar dapat membuat ramalan, menjangka akibat, serta mengendalikan perubahan supaya pelajar dapat manfaat yang maksimum. Antara kemahiran khusus Kajian Masa Depan yang dibina ialah: a. Pemahaman konsep masa depan; b. Pengumpulan maklumat dan menganalisis trend; c. Ramalan dan analisis; d. Penggunaan imaginasi dan kreativiti; e. Strategi mengatasi kebimbangan; f. Proses inovasi sosial; g. Pembinaan senario; h. Penjelasan nilai; dan i. Pemahaman dimensi kemampuan. j. 6.1.3 Rasional Pengajaran Kajian Masa Depan 6.1.3 Rasional pengajaran berasaskan Kajian Masa Depan: membolehkan pelajar menangani sebarang cabaran pada masa depan dan bersedia menghadapi segala perubahan yang tidak dijangka. 6.1.4 Faedah Pengajaran Berasaskan Kajian Masa Depan 1. Memainkan peranan penting dalam menghasilkan tenaga manusia yang dapat berfikir tentang masa depan. 2. Berfikir untuk menggambarkan serta menjangkakan masalah yang bakal timbul. Menjangkakan masalah dan membuat pilihan yang baik. Pelajar juga dapat mencari alternatif dan pilihan ke arah masa depan yang lebih baik. Pelajar akan membawa anjakan paradigma terhadap budaya belajar yang berasaskan pengetahuan dan ingatan semata-mata kepada budaya berfikir. 6.2 MEMAHAMI PENGAJARAN BERASASKAN KAJIAN MASA DEPAN Kajian Masa Depan yang dilaksanakan dalam pengajaran dan pembelajaran akan: a. Pelajar dapat mencari alternatif dan membuat pilihan ke arah masa depan yang lebih baik. b. Membawa anjakan paradigma kepada fenomena pengajaran dan pembelajaran. c. Menghasilkan tenaga manusia yang berfikiran rasional. d. Pelajar berfikir untuk menggambarkan serta menjangkakan masalah yang bakal timbul. e. Membina generasi masa depan. f. Membantu dalam melahirkan dan menghasilkan tenaga manusia yang dapat berfikir tentang masa depan. g. Menjangkakan masalah dan membuat pilihan yang baik. h. Pelajar akan membawa anjakan paradigma terhadap budaya belajar yang berasaskan pengetahuan dan ingatan semata-mata kepada budaya berfikir. 6.2.1 Komponen Kajian Masa Depan 24

Memperolehi gambaran tentang masa depan dengan mengkaji sejarah atau apa yang telah berlaku dan sedang berlaku dan seterusnya membuat pertimbangan tentang apa yang akan berlaku serta cara untuk menyelesaikannya. Pengajaran berasaskan Kajian Masa Depan (KMD) merupakan kaedah pengajaran yang berasaskan kajian masa depan yang mengandungi lima bahagian: Bahagian 1: Mengandungi penerangan am dari aspek objektif modul latihan, prinsip organisasi dan pengoperasian modul latihan. Bahagian 2: Mengandungi konsep belajar sendiri yang menerangkan konsep utama dan pemahaman pengajaran berasaskan kajian masa depan. Konsep utamanya ialah: a. Membina sikap dan nilai tentang masa depan. b.Berkomunikasi secara berkesan tentang hal-hal masa depan. c. Membuat kajian dan mengurus maklumat tentang hal-hal masa depan. d.Mempunyai pengetahuan dan kefahaman tentang kajian masa depan. e. Berfikir secara kritis dan kreatif serta membuat keputusan tentang hal masa-masa depan. Bahagian 3: Rangka perancangan iaitu cara menjalankan pengajaran berasaskan kajian masa depan serta renungan dan penilaian kendiri. Bahagian 4: Mengaplikasikan konsep berkongsi apa yang diketahui tahu yang merangkumi perincian dan nota guru. Bahagian 5: Berkonsepkan penambahan ilmu. 6.2.2 Perincian Kemahiran Khusus Kajian Masa Depan Tujuan untuk membolehkan pelajar menangani sebarang cabaran pada masa depan dan bersedia menghadapi segala perubahan yang tidak dijangka. Berikut adalah kemahiran khusus Kajian Masa Depan: a. Pemahaman Konsep Kajian Masa Depan Membolehkan kita mengaitkan segala tindakan dan peristiwa semasa yang ada kaitan dengan masa lalu. b. Pengumpulan Maklumat Strategi Sedia Ada Membolehkan kita memahami data masa lalu dan masa kini untuk menentukan trend masa depan. c. Ramalan dan Analisis Mengenal pasti kesan atau akibat yang membolehkan kita membuat andaian tentang sesuatu pembaharuan atau perubahan. d. Imaginasi dan Kreativiti Imaginasi yang tiada had yang mampu menghasilkan idea inovatif. e. Strategi Mengatasi Cabaran Membantu pelajar membina rasa optimis dan keyakinan diri serta menangani masalah yang dihadapi oleh mereka. f. Proses Inovasi Sosial Strategi ini bertujuan untuk mengajar kemahiran penyelesaian masalah. g. Membina Senario Teknik yang penting untuk membantu pelajar membina gambaran jelas tentang situasi masa depan. h. Penjelasan Nilai dan Masa Depan Satu proses mengajar pelajar berfikir dan mengamalkan nilai-nilai murni yang membawa implikasi positif pada generasi akan datang. i. Dimensi Kemapanan Ia merupakan keupayaan kita mencorakkan dan membentuk masa depan dunia dan kesejahteraan hidup. 6.3 PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN BERASASKAN KAJIAN MASA DEPAN 1. Penggunaan peralatan terkini seperti komputer multimedia, cakera padat dan lebuh raya maklumat seperti 'Internet' perlu disediakan untuk digunakan secara meluas bertujuan untuk membantu guru dan pelajar dengan penggunaan teknologi secara tidak langsung akan menimbulkan suasana pengajaran dan pembelajaran yang lebih menyeronokkan, berkesan dan lebih bermakna kepada pelajar. 6.3.1 Pengajaran dan Pembelajaran Menggunakan Matriks 1. Fokus utama akan diberikan kepada penghasilan projek-projek di peringkat sekolah yang bertemakan masa depan (seperti konsep kemapanan, pengupayaan, pilihan dan sebagainya). 25

2. Tujuan ia dijalankan adalah untuk memberi peluang kepada pelajar: a. Mengaplikasikan dan mengaitkan konsep KMD dengan kehidupan harian. b.Mengasah bakat dan kemahiran dalam mempersembahkan idea kreatif dan inovatif mereka dengan pelbagai cara. c. Memupuk semangat bekerjasama. 3. Tema diberikan untuk menjadi panduan kepada sesebuah sekolah atau kumpulan. 4. Tajuk dan Bentuk Persembahan Projek diberi berkaitan dengan tema. Antara tajuk projek yang dijalankan adalah seperti berikut: a. Senario: Malaysia Tahun 2020 (antara aspek yang boleh diberi tumpuan adalah pengangkutan, pakaian, gaya hidup, makanan dan sebagainya); b. Sehari di Cyberjaya; c. Kesan Perubahan Cuaca ke atas Kehidupan Harian Kita; d. Bilik Darjah Masa Depan; dan e. Reka Bentuk Rumah Penahan Fenomena El-Nino. 5. Guru dan pelajar boleh mencadangkan tajuk lain yang lebih kreatif dan difikirkan sesuai. Projek yang dicadangkan boleh mengambil bentuk persembahan seperti berikut: a. Folio pelajar; b. Lukisan; c. Hasil seni; d. Pameran; e. Model 3-Dimensi; f. Pertandingan karangan; g. Kempen; h. Laman sesawang; i. Puisi; j. Muzik dan lirik lagu; dan k. Lakonan. 6.3.2 Perancangan Guru dan Jadual Perancangan Matriks 1. Pendidikan (pengajaran/pembelajaran) merupakan pernyataan mengenai perubahan yang diharapkan dalam pemikiran, tindakan atau perasaan pelajar-pelajar akibat daripada sesuatu kursus atau program pendidikan. 2. Objektif pengajaran adalah suatu pernyataan yang akan menjelaskan hasil pembelajaran supaya dapat dikuasai oleh pelajar-pelajar pada akhir pembelajaran. 3. Hasil pembelajaran perlu diukur atau dilihat untuk dijadikan sebagai suatu bukti objektif pembelajaran berlaku pada pelajar-pelajar. 6.3.3 Rancangan Pengajaran dan Pembelajaran Berasaskan Kajian Masa Depan Rancangan pengajaran dan pembelajaran berasaskan kajian masa depan melibatkan: a. Guru merancang aktiviti yang melibatkan teknik KMD. b. Memilih tajuk dan tema yang sesuai dengan teknik KMD. c. Berbincang dengan pelajar untuk memperkembangkan idea secara kritis dan kreatif. d. Membimbing pelajar mencapai kajian masa depan dalam hasil kerja seni. 6.3.4 Cadangan Tajuk Pengajaran Sesuai Menggunakan Kajian Masa Depan Berikut adalah cadangan tajuk-tajuk pengajaran yang sesuai menggunakan kajian masa depan: a. Kesihatan diri; b. Kekeluargaan; c. Pemakanan; d. Pengurusan konflik dan stres; dan e. Penyakit berjangkit. TOPIK 7 APLIKASI TEORI KECERDASAN PELBAGAI DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN 7.1 PENGENALAN 26

1. Teori Kecerdasan Pelbagai atau Multiple Intelligences yang diasaskan oleh Howard Gardner (1983) menyatakan bahawa manusia mempunyai sekurang-kurangnya lapan kecerdasan intelligences yang merangkumi pelbagai kebolehan, keupayaan, bakat atau kemahiran yang wujud secara semula jadi. 2. Jenis kecerdasan yang dikenal pasti adalah: a. Visual-linguistik; b. Logik-matematik; c. Visual-ruang; d. Kinestetik; e. Muzik; f. Interpersonal; g. Intrapersonal; dan h. Naturalis. 3. Setiap individu mempunyai kelapan-lapan kecerdasan tetapi pada darjah atau kadar yang berbeza-beza dari segi kekuatan dan kemahiran yang boleh dikembangkan menerusi pendidikan, pengalaman dan persekitaran. 4. Teori IQ (berasaskan kepada kecerdasan logik-matematik dan verbal-linguistik) pula mengandaikan bahawa potensi intelek seorang individu itu adalah tetap, ditentukan secara genetik dan boleh diukur pada peringkat usia muda serta akan menentukan potensi individu manusia. 5. Gardner pula melihat fungsi kognitif dalam pandangan yang lebih luas, bertentangan dengan definisi kecerdasan mengikut teori IQ. 6. Armstrong memberi tumpuan kepada jenis kecerdasan pelbagai berdasarkan inventori linguistik, logikmatematik, ruang, kinestetik-badan, muzik, interpersonal. 7.Armstrong juga kreatif menyesuaikan istilah 7.kecerdasan pelbagai sebagai Armstrongs Multiple Intelligences Pizza iaitu piza kata, logik, gambar, badan, muzik, orang dan diri. 7.1.1 Konsep dan Definisi Teori Kecerdasan Pelbagai (TKP) 1. Kecerdasan dan fungsi otak manusia berbeza-beza mengikut perkembangan usia dan jantina individu. 2. Otak kanan dan kiri mempunyai fungsi yang berlainan, namun menurutnya manusia tidak boleh dianggap menggunakan sebelah otak sahaja. 3. TKP berkembang mengikut konteks penggunaannya. Otak Kiri Otak Kanan Bahasa Bentuk dan corak Formula Ruang Matematik Irama dan apresiasi muzik Logik Imej / gambar Nombor Imaginasi Urutan Berkhayal Lenear Dimensi 7.1.2 Jenis Kecerdasan Pelbagai a. Kecerdasan Verbal Linguistik Seseorang yang cenderung dalam kecerdasan ini berfikir menggunakan perkataan untuk menyampaikan sesuatu secara berkesan sama ada dalam bentuk lisan atau penulisan. Mudah berbahasa bagi melahirkan perasaan dan pendapat serta suka kepada makna yang kompleks. Mudah mengingati maklumat dan boleh meyakini orang lain. b. Kecerdasan Logik Matematik Kebolehan yang dominan di bahagian kiri otak ini membolehkan seseorang menaakul secara deduktif dan induktif serta berfikir secara konseptual dan abstrak. Individu yang cenderung dalam kecerdasan ini boleh menyelesaikan masalah kompleks yang berkaitan dengan matematik dengan mudah serta boleh membuat perkaitan, menyoal, menganalisis, mensintesis, mengira dan menggunakan komputer dengan cekap. c. Kecerdasan Visual Ruang Kecenderungan dalam kecerdasan ini membolehkan seseorang membuat persepsi tentang alam sekitar secara tepat. Dapat mengenali objek, bentuk, warna dan corak dalam persekitaran. Seseorang individu juga dapat berfikir dalam bentuk gambaran dan bayangan serta secara tiga dimensi. Berkebolehan menceritakan dan menggambarkan pengalaman yang pernah dilalui. Bijak menghubungkaitkan antara objek dalam ruang. Kecerdasan visual-ruang ini membolehkan seseorang mempersembahkan idea visual dan ruang secara grafik. 27

d. Kecerdasan Kinestetik Ini melibatkan kebolehan menggunakan sebahagian atau keseluruhan anggota tubuh badan untuk berkomunikasi dan menyelesaikan masalah. Seorang dengan kecerdasan ini cekap mengintepretasi pergerakan anggota atau tubuh. Dia lebih cenderung melakukan aktiviti yang berkaitan dengan pergerakan badan seperti bersukan, menari, gimrama dan lain-lain. Seseorang individu juga cekap memanipulasi objek fizikal dan dapat mengimbang antara pergerakan fizikal dengan mental. e. Kecerdasan Muzik Kecerdasan muzik pada seseorang membolehkannya mengesan bunyi tanpa lisan, muzik serta irama yang terdapat di persekitaran. Individu dapat menggunakan set asas atau elemen-elemen muzik serta dapat bermain alat muzik dan menghafal lirik muzik. Selain itu, seseorang yang cenderung dalam kecerdasan ini boleh mengubah rentak dan tempo dengan mudah. f. Kecerdasan Intrapersonal Individu ini dapat mengenali diri sendiri secara mendalam serta mempunyai tanggapan tentang kekuatan dan kelemahan diri sendiri. Kebolehan ini memberi keyakinan diri yang tinggi terhadap kebolehan diri sendiri. Pandai menentukan hala tuju kehidupan serta mempunyai pegangan dan prinsip serta azam yang kuat dan boleh berdikari. Secara keseluruhannya, seseorang itu kelihatan murung dan mengelamun tetapi sentiasa berwaspada dan berwawasan. g. Kecerdasan Interpersonal Kecerdasan interpersonal membolehkan seseorang memahami perasaan, motivasi, tabiat serta hasrat orang lain. Individu ini dapat berinteraksi dengan mudah dan boleh bekerjasama dengan orang lain secara praktikal untuk menghasilkan sesuatu yang berfaedah. Dia juga dapat memberi motivasi kepada orang lain. h. Kecerdasan Naturalis Seseorang pencinta alam yang dapat mengenali dan mengklasifikasikan flora, fauna dan galian dengan mudah. Lebih menghabiskan masa di luar dan gemar mendengar bunyi-bunyian yang terdapat di alam sekitar. Individu yang sensitif terhadap alam sekitar dan dapat menghubungkaitkan antara kehidupan flora dan fauna. 7.2 TEORI KECERDASAN PELBAGAI 1. Teori tradisional menyatakan bahawa kecerdasan adalah ketetapan kecerdasan seseorang telah ditetapkan semasa ia dilahirkan. Kecerdasan tersebut meliputi hanya tiga bidang, iaitu bahasa, matematik dan visual/spatial. 2. Dr. Howard memperkenalkan Model Pelbagai Kecerdasan Gardner berlandaskan prinsip-prinsip berikut: a. Setiap individu mempunyai kesemua lapan kecerdasan tetapi pada tahap perkembangan yang berlainan. b. Kebanyakan individu dapat mengembangkan setiap kecerdasan ke satu tahap yang cekap jika diberi galakan, pengayaan dan pengajaran yang sesuai. c. Kecerdasan jarang beroperasi secara tersendiri. Beberapa kecerdasan akan bertindak serentak dalam menghasilkan sesuatu kerja. d. Sesuatu kecerdasan boleh dimanifestasikan dalam pelbagai cara dan bentuk. 3. Howard Gardner (1989) seterusnya mengesyorkan terdapat lapan kecerdasan iaitu: a. Kecerdasan Linguistik Kecerdasan yang berkaitan dengan kemampuan menggunakan perkataan secara berkesan, sama ada secara lisan atau tulisan. b. Kecerdasan Logik Matematik Kecerdasan yang berkaitan dengan kebolehan menggunakan nombor, menaakul, mengenal pasti pola abstrak, perkaitan, sebab dan akibat. c. Kecerdasan Visual Ruang Kecerdasan yang berkaitan dengan kebolehan gambaran mental dan mengamati dunia melalui visual. d. Kecerdasan Kinestetik Kecerdasan yang berkaitan dengan pergerakan dan kemahiran fizikal atau menggunakan anggota badan. Individu tersebut berupaya menggunakan kemahiran fizikal untuk meluahkan idea, perasaan dan menyelesaikan masalah atau mencipta produk baharu. e. Kecerdasan Muzik/Ritma Kecerdasan yang berkaitan dengan kemampuan untuk menggemari, mendiskriminasi dan meluahkan perasaan melalui muzik. f. Kecerdasan Intrapersonal Kecerdasan yang berkaitan dengan kesedaran tentang diri sendiri, berfikiran metakognitif dan berkebolehan untuk menilai diri sendiri. 28

g. Kecerdasan Interpersonal Kecerdasan yang berkaitan dengan kemampuan individu dalam mendiskriminasi antara pelbagai petanda interpersonal dan kebolehan untuk berkomunikasi dengan berkesan secara pragmatik terhadap petanda tersebut. h. Kecerdasan Naturalis Kecerdasan yang berkaitan dengan kebolehan mengenal pasti dan mengelas pola, corak atau bentuk yang terdapat di alam sekitar. Ciri-ciri pelbagai kecerdasan itu : Jadual 7.1: Pelbagai Ciri-ciri Kecerdasan Kecerdasan Cerdas Dalam Pekerjaan Menulis karangan, sajak, puisi, pantun dan Bahasa/Linguistik Penulis, penyajak, penceramah memberi ucapan Logik-Matematik Menaakul, kiraan, membuat analisis Saintis, jurutera, akauntan Visual/Ruang Mencorak, melukis, mengukir Pelukis, pengukur Mencipta lagu, menyanyi, menikmati muzik, Pencipta lagu, penyanyi, pemain alat muzik, Muzik memain alat muzik peminat muzik Gerakan, tarian, lakonan, sukan, memain Atlet, pemain bola sepak, peninju, penari, Kinestetik permainan pelakon Interpersonal Perhubungan manusia Diplomat, ahli politik, peniaga Intrapersonal Nilai murni, pendirian, falsafah Pengarang, penyajak, ahli falsafah Mengecam sifat semula jadi, memburu dan Naturalistik Pemburu, petani pertanian 4.Teori Kecerdasan Pelbagai juga mengambil kira keperluan pelajar dari segi minat, motivasi dan pengalaman mereka dalam proses pengajaran dan pembelajaran untuk memastikan pelajar terus mengikuti pengajaran yang diberikan dan berpeluang menunjukkan kefahaman mereka tentang sesuatu konsep dalam pelbagai cara. 7.2.1 Aplikasi Teori Kecerdasan Pelbagai dalam Pengajaran dan Pembelajaran a. Faktor Pelaksanaan Terdapat beberapa faktor pelaksanaan Teori Kecerdasan Pelbagai dalam pengajaran dan pembelajaran: i. Menyokong pembelajaran bersepadu yang menyeluruh selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan dan keperluan pelajar. ii. Mempelbagaikan cara penilaian. iii. Mewujudkan suasana kolaboratif di sekolah. iv. Menggalakkan inovasi dan penyelidikan baharu dalam pengajaran dan pembelajaran. v. Menerima persamaan dan perbezaan antara individu dengan mengakui keunikannya dan belajar dengan cara yang berlainan. vi. Meningkatkan kecerdasan seseorang dan menyedari bahawa potensinya tidak terbatas. vii. Meningkatkan harga diri dan motivasi melalui pengajaran dan pembelajaran yang menyeronokkan. b. Proses Pelaksanaan Pelaksanaan proses Teori Kecerdasan Pelbagai dalam pengajaran dan pembelajaran akan melalui beberapa peringkat iaitu: i. Padanan Guru harus menyedari bahawa adalah amat perlu memadankan pengajaran dan pembelajaran dengan kecerdasan pelbagai pelajar. Dalam proses mencari padanan antara kedua aspek tersebut, guru perlu mengenal pasti kekuatankekuatan diri mereka dan kekuatan pelajar itu sendiri. Langkah berikut boleh diambil bagi mengenal pasti kekuatan-kekuatan tersebut. Kekuatan Guru Mengisi borang senarai semak MICA (Multiple Intelligences Checklist for Adults). Mengetahui kekuatan guru dari segi kecerdasan pelbagai berdasarkan senarai semak yang disediakan. Memilih pelbagai aktiviti berdasarkan kecenderungan minat atau kecerdasan dominan guru. 29

Merujuk kepada Jadual Kecerdasan Pelbagai untuk memperluaskan strategi pengajaran dan pembelajaran

dalam kecerdasan lain. Kekuatan Pelajar Pemerhatian tingkah laku pelajar semasa belajar. Mengenal pasti aktiviti yang digemari pelajar pada masa lapang. Merujuk kepada laporan prestasi pelajar. Mendapatkan maklumat melalui profil kecerdasan pelajar. ii. Percubaan Empat langkah boleh diambil bagi melaksanakan peringkat percubaan ini, iaitu: Perancangan : Keprihatinan guru terhadap memperluaskan strategi pengajaran dan pembelajaran yang digunakan. Persekitaran: Cara memaksimumkan potensi persekitaran terutama sekali keadaan di dalam bilik darjah. Proses: Opsyen melibatkan lima model yang dicadangkan dan guru boleh memilih mengikut kesesuaian pelajar, bilik darjah, mata pelajaran dan topik yang diajar. Penilaian : Verbal-Linguistik dan Logik-Matematik. iii. Peningkatan 1.Tumpuan rancangan ialah dalam penyelesaian masalah serta untuk memperluaskan pemikiran pelajar. 2.Perancangan juga boleh ditumpukan kepada bagaimana untuk dijalankan bagi mempertingkatkan kemahiran berfikir pelajar pelajar yang berkebolehan tinggi. 3.Peningkatan pengetahuan dalam mengaplikasi pengetahuan yang sedia ada dalam situasi dan konteks yang baharu dan berlainan melalui pemikiran sebegini, kreativiti dan inovasi dapat dicungkil daripada pelajar. 7.2.2 Mengenal Pasti Kekuatan Guru dan Pelajar dalam Kecerdasan Pelbagai 1. TKP juga membantu guru untuk memahami pengaruh terhadap kecerdasan pelajar di mana mengetahui kecerdasan boleh dipupuk dan dipengaruhi oleh pengalaman, budaya dan faktor motivasi. 2. Mengenal pasti minat pelajar dan bagaimana mereka boleh belajar dengan lebih berkesan, mewujudkan sekolah yang menerima dan menghargai perbezaan kecerdasan di kalangan guru dan pelajar seperti merancang dan memikul tanggungjawab secara kolaboratif serta menghargai sumbangan yang berbeza daripada setiap guru. 3. TKP dapat membantu pelajar memperoleh apa yang perlu untuk hidup di abad akan datang seperti kemahiran berfikir iaitu kesepaduan Teori Kecerdasan Pelbagai yang digabungkan dengan tahap berfikir Bloom, kemahiran reflektif iaitu pelajar sepanjang hayat dan kemahiran komunikasi dan kolaboratif. 4.Teori Kecerdasan Pelbagai dapat membentuk pemahaman tentang motivasi pelajar: a. Pelajar lebih bermotivasi untuk belajar dengan gaya pembelajaran yang sesuai dengan mereka. b. Guru perlu mempelbagaikan strategi pengajaran dan pembelajaran supaya: i. Lebih ramai pelajar akan dapat menerima apa yang diajar. ii. Harga diri pelajar meningkat. iii. Kreativiti pelajar dapat ditingkatkan. iv. Masalah disiplin dapat dikurangkan. 5. Beberapa hasil kualitatif dan kuantitatif yang menakjubkan dapat dicapai. a. Pembelajaran menyeronokkan: pelajar dan guru berminat untuk ke sekolah dan masalah ponteng kelas berkurangan. b. Masa mengajar di dalam kelas dapat dikurangkan dan semua pelajar menunjukkan prestasi yang baik dalam semua mata pelajaran. c. Terdapat pencepatan pembelajaran accelerated learning berbanding dengan pendekatan pengajaran tradisional. d. Skor pencapaian meningkat walaupun dalam ujian setara seperti dalam kes sebuah sekolah di Chicago di mana skor dalam ujian membaca meningkat sebanyak 103 % dalam setahun. e. Harga diri pelajar dan semangat pelajar sekolah secara keseluruhannya menunjukkan perubahan positif. Kes salah laku pelajar banyak dapat dikurangkan atau dihapuskan sama sekali. f. Pelajar pendidikan khas dan pelajar lemah menunjukkan peningkatan dalam pencapaian akademik mereka. 7.3 PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN BERASASKAN TEORI KECERDASAN PELBAGAI 7.3.1 Perancangan, Persekitaran, Proses dan Penilaian 30

Terdapat empat langkah yang perlu diambil bagi melaksanakan peringkat percubaan ini, iaitu: a. Perancangan : Soalan boleh digunakan sebagai panduan dalam rancangan pelajaran dan memastikan guru prihatin terhadap memperluaskan strategi pengajaran dan pembelajaran yang digunakan. b. Persekitaran: Guru memikirkan cara memaksimumkan potensi persekitaran di dalam bilik darjah. Keadaan fizikal di bilik darjah diubah suai untuk menyesuaikan persekitaran dengan kecerdasan pelbagai pelajar. Berikut adalah beberapa fokus yang boleh digunakan: i. Stesen Kecerdasan; ii. Perhiasan bilik darjah; iii. Lawatan luar; dan iv. Sumber bilik darjah. c. Proses: Lima model yang dicadangkan dan guru boleh memilih mengikut kesesuaian pelajar, bilik darjah, mata pelajaran dan topik yang diajar, iaitu: i. Sisipan : Guru boleh memilih satu atau dua kecerdasan dan digunakan dalam pengajaran secara tidak langsung. ii. Jaringan: Setiap kecerdasan digunakan dalam pengajaran matematik. iii. Jalinan: Satu kecerdasan digunakan dalam beberapa mata pelajaran. iv. Perkongsian: Pemilihan beberapa kecerdasan untuk digunakan dalam dua mata pelajaran. v. Kesepaduan: Penggabungan kecerdasan digunakan secara bersepadu merentasi mata pelajaran yang berlainan. d. Penilaian Penggunakan cara yang berbeza dalam pengendalian penilaian dengan cara yang dicadangkan dalam Teori Kecerdasan Pelbagai, iaitu verbal-linguistik dan logik-matematik. Dalam proses penilaian tersebut, guru harus memastikan agar penilaian yang dibuat itu bermakna, berkonteks, mencerminkan kepakaran pelajar dalam sesuatu bidang, berpadanan dengan kecerdasan pelajar, digabungjalinkan dalam proses pengajaran dan pembelajaran dan membenarkan perkembangan kesemua kecerdasan. Pelajar haruslah dibenarkan memainkan peranan yang aktif dalam proses penilaian dari segi penggubalan dan penilaian kendiri dan rakan sebaya. 7.3.2 Teori Kecerdasan Pelbagai dalam Strategi Penyelesaian Masalah a. Melakar, membuat peta minda, membayangkan masalah dan membuat penyelesaiannya. b. Manipulasi alat, bahan untuk menyelesaikan masalah. c. Menyedari ritma, harmoni, kecanggungan untuk mengenal pasti masalah dan penyelesaiannya. d. Mendapat pelbagai idea melalui interaksi dengan orang lain tentang masalah dan cara penyelesaiannya. e. Membuat refleksi secara mendalam berasaskan pengalaman, perasaan diri tentang masalah dan penyelesaiannya. f. Menggunakan contoh daripada alam semula jadi untuk mengkaji masalah dan penyelesaiannya. g. Meningkatkan pemikiran yang lebih mendalam. h. Memperoleh pelbagai perspektif tentang sesuatu perkara. i. Mengaplikasi pengetahuan yang sedia ada dalam situasi dan konteks yang baharu dan berlainan. 7.3.3 Teori Kecerdasan Pelbagai untuk Memperluaskan Pemikiran Pelajar a.Teori Kecerdasan Pelbagai dan Perkembangan Kognitif Bloom 1. Pelajar perlu diberitahu akan kepentingan tajuk dan ia penting kerana akan mendedahkan pelajar kepada pengetahuan asas tentang pendidikan kesihatan. 2.Guru perlu memberitahu pelajar tentang objektif pelajaran dan apa yang diharapkan setelah selesai mengikuti pengajaran dan pembelajaran. 3.Sebelum memulakan P&P, guru itu harus merangsang pelajar untuk mengingat semula isi kandungan yang telah dipelajari sebelum ini melalui beberapa soalan. Suara guru haruslah jelas dan berintonasi. Susunan idea semasa bercakap juga penting dan juga menggunakan pelbagai media yang relevan seperti carta alir, gambar rajah dan juga slaid projektor. Perbincangan perlu diadakan bagi mengajar rakan-rakan mereka yang tidak faham tentang topik yang diajar pada hari itu adalah digalakkan kerana ia menunjukkan kefahaman pelajar-pelajar terhadap tajuk yang dibincangkan. Guru haruslah mengesan kemajuan pelajar dengan mengemukakan soalan atau memberi tugasan supaya pelajar dapat mengaplikasikan ilmu yang dipelajari. 31

4.Benjamin Bloom (1956) telah memperkenalkan satu hierarki kognitif yang disusun dari aras rendah hingga ke aras tinggi iaitu aras pengetahuan, pemahaman, aplikasi, analisis, sintesis dan penilaian. Prinsip utamanya ialah kebanyakan tingkah laku, termasuk pembelajaran, ditadbir oleh proses ingatan dalaman lebih baik berbanding dengan suasana luaran. 5.Ingatan manusia mempunyai dua kriteria paling penting iaitu ia lebih terurus dan lebih aktif. Jadi, ingatan tidak menerima maklumat secara mudah, sebaliknya ia aktif mensintesis dan menguruskan maklumat, menghubungkaitkannya dengan pengetahuan yang sedia tersimpan dalam ingatan. Ingatan adalah seperti pensintesis yang melibatkan tiga proses iaitu memerhati, mengkod dan mendapatkan semula maklumat. Memerhati adalah merujuk kepada proses menerima maklumat terpilih dari persekitaran. Mengkod merujuk kepada proses menterjemah maklumat ke dalam bentuk yang bermakna dan patut diingati. 6.Mendapatkan semula merujuk kepada proses mengenal pasti dan memanggil semula maklumat untuk tujuan selanjutnya, mengkod maklumat baharu atau mengkod semula maklumat sedia ada dengan cara baharu. b. Perkembangan Kognitif Bloom Aktiviti bilik darjah boleh dipelbagaikan dengan menggunakan strategi TKP untuk peningkatan perkembangan kognitif mengikut Taksonomi Bloom. Satu matriks boleh direka untuk tujuan:. i. Menganalisis sesuatu bidang atau topik tertentu dalam kurikulum. ii. Sebagai peta bagi guru memastikan pelbagai aktiviti bilik darjah dijalankan ke arah perkembangan kognitif pelajar. 7.3.4 Cadangan Tajuk Pengajaran Menggunakan Aplikasi Teori Kecerdasan Pelbagai Berikut adalah cadangan tajuk-tajuk pengajaran menggunakan aplikasi teori kecerdasan pelbagai: a. Kekeluargaan; b. Pengurusan konflik dan stres; c. Penyalahgunaan bahan; d. Keselamatan; dan e. Pertolongan cemas. TOPIK 8 KEMAHIRAN BERFIKIR DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN 8.1 KEMAHIRAN BERFIKIR DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN 1.Berfikir merupakan suatu proses yang menggunakan minda untuk mencari makna dan pemahaman terhadap sesuatu perkara. 2.Berfikir juga digunakan untuk membuat pertimbangan dan keputusan atau menyelesaikan masalah. 3.Proses berfikir melibatkan interaksi antara pengetahuan, kemahiran kognitif serta sikap dan nilai dalam minda individu. 4.Kemahiran berfikir secara kritis ialah kebolehan untuk menilai kemunasabahan idea. 5.Kemahiran berfikir secara kreatif ialah kebolehan untuk mencerna ilmu pengetahuan yang sedia ada atau yang telah dipelajari. 8.1.1 Pengenalan, Matlamat dan Objektif a. Pengenalan Kemahiran berfikir dalam pengajaran dan pembelajaran dapat mempraktikkan Kemahiran Berfikir dan Strategi Berfikir (KBSB) yang memerlukan strategi penerapan mengikut mata pelajaran yang telah ditentukan dalam kurikulum. b. Matlamat dan Objektif Matlamat dan objektif kemahiran berfikir dalam proses pengajaran dan pembelajaran adalah seperti berikut: i. Melatih untuk berfikir secara kritis dan kreatif bagi memastikan sebarang keputusan dan penyelesaian masalah dapat dilakukan dengan efektif. ii. Kesilapan-kesilapan berfikir yang sempit, tidak sistematik dan bercelaru dapat diatasi dengan mudah. iii. Mempraktikkan kemahiran berfikir dan pengalaman serta pengetahuan yang sedia ada sama ada di sekolah ataupun di tempat lain. iv. Meningkatkan aspek kognitif dan efektif, dan seterusnya perkembangan intelek mereka. v. Ciptaan yang kreatif, efektif dan inovatif boleh dihasilkan di samping idea yang bernas. vi. Membantu pelajar dalam membentuk keyakinan diri, berani melontarkan pendapat dan hujah serta memberi pandangan yang lebih kritis dan kreatif. 8.1.2 Definisi Berfikir dan Proses Berfikir 32

a.Definisi Berfikir ialah kebolehan manusia untuk membentuk konsep, memberi sebab atau membuat penentuan. b. Proses Berfikir sentiasa berfikir tidak kiralah apa jua yang berlaku terutamanya ketika berhadapan dengan sesuatu objek, situasi, masalah dan sebagainya. Proses ini akan berlaku secara automatik di mana kita mula menyoal diri sendiri tentang pelbagai persoalan dan aspek. Persoalan yang timbul adalah seperti berikut: i. Apakah objek itu? ii. Apakah kegunaannya? iii. Bagaimanakah menggunakannya? iv. Adakah ia mendatangkan faedah? Apabila persoalan itu timbul, proses berfikir akan bermula. Oleh yang demikian aspek-aspek berikut harus diambil berat: v. Pengetahuan (apa yang diketahui tentang objek itu). vi. Sikap dan nilai (sikap ingin tahu tentang objek itu). vii. Kemahiran kognitif (menimbulkan persoalan kepada diri sendiri tentang objek itu). 8.1.3 Model Kemahiran Berfikir mempunyai dua prinsip iaitu: a. Disusun berdasarkan keperluan prasyarat. b. Disusun berdasarkan urutan dari mudah ke kompleks.

8.2 KEMAHIRAN BERFIKIR 1. Kemahiran berfikir secara kritis dan kreatif bertujuan untuk membolehkan pelajar memahami, menilai serta mengaplikasikan maklumat yang diterima dalam pelbagai situasi. 2. Ia bertujuan untuk menggalakkan pelajar-pelajar berfikir dalam menentukan sesuatu cadangan atau jawapan. 8.2.1 Kemahiran Berfikir Kritis 1. Keupayaan untuk menilai logik atau munasabah tentang sesuatu perkara atau idea. 2. Kemahiran berfikir kritis boleh dikuasai dan ditingkatkan melalui: a. Proses mencirikan; b. Proses perbandingan; c. Proses pengumpulan dan klasifikasi; d. Proses penyusunan mengikut kriteria; e. Proses menganalisis; f. Proses mengesan kecondongan; dan g. Proses penilaian dan membuat keputusan. Perincian Kemahiran Berfikir Kritis Berikut adalah penjelasan untuk beberapa contoh perincian: 33

a. Proses Mencirikan : mengenal pasti ciri, kualiti, sifat serta unsur objek atau konsep. Kemahiran ini adalah penting untuk: i. Memberi definisi kepada konsep atau objek. ii. Konsep atau objek yang mempunyai persamaan dikenali. b. Proses Perbandingan: Untuk mencari persamaan dan perbezaan ciri, kualiti, sifat serta unsur objek atau konsep. Kemahiran ini adalah penting: i. Apabila terdapat banyak ciri atau kebarangkalian. ii. Untuk membuat pilihan. 8.2.2 Kemahiran Berfikir Kreatif 1. Keupayaan sesorang untuk menghasilkan dan mencetuskan idea yang baharu dan mempunyai originaliti yang tersendiri. 2. Hasil idea yang kreatif juga merupakan hasil idea yang diilhamkan sendiri daripada individu atau hasil daripada gabungan idea yang sedia ada. 3. Kemahiran berfikir kreatif harus mempunyai: a. Keupayaan untuk menjana idea; b. Keupayaan hubungkait; c. Keupayaan membuat inferens; d. Keupayaan meramal; e. Keupayaan hipotesis; f. Keupayaan mensintesis dan mengitlak; g. Keupayaan gambaran mental; dan h. Keupayaan penciptaan untuk penghasilan idea. 4. Antara kemahiran berfikir kreatif: Menjana Idea :Idea atau ilham yang berkaitan sesuatu perkara atau objek dicetuskan. 5. Kemahiran ini penting untuk: a. Pencarian idea lain, terkini dan baharu; dan b. Pencarian alternatif atau pilihan. 6. Kaedah kemahiran berfikir kreatif: a. Tajuk dicari dan dibincangkan; b. Tajuk yang dipilih dikemukakan; c. Idea yang dikemukakan dibincang; d. Idea lain yang diperlukan ditambah dan difikirkan; dan e. Proses hubung kait antara idea dibincangkan. 8.2.3 Strategi Berfikir 1. Strategi berfikir merupakan fungsi utama dan matlamat akhir kepada proses berfikir. 2. Strategi berfikir terdiri daripada mengkonsepsikan, menyelesaikan masalah dan membuat keputusan. 3. Strategi berfikir juga memerlukan kaedah-kaedah yang tertentu. Antaranya adalah: a. Proses mengkonsepsi; b. Proses penyelesaian masalah; dan c. Proses membuat keputusan. Proses Mengkonsepsi Pengitlakan adalah perihal pembinaan pengertian, konsep dan model ciri khusus yang mempunyai ciri-ciri yang sama serta berkaitan antara satu sama lain. Strategi ini digunakan untuk: a. Memberi penjelasan yang lebih terang dan nyata; b. Penyelesaian masalah; dan c. Membuat keputusan. Kaedah strategi berfikir: a. Maklumat dan contoh yang mempunyai kaitan dikenal pasti. b. Ciri sepunya yang terdapat dalam maklumat dan contohnya dikenal pasti. c. Ciri-ciri diklasifikasikan. d. Konsep awal dihasil melalui perkaitan kelas. e. Maklumat dan contoh lain dikenal pasti. 34

f. Konsep sebenar dihasilkan. Jadual 8.1 adalah tentang kemahiran berfikir kreatif dan kritis yang terlibat dalam kaedah mengkonsepsi. Jadual 8.1: Kaedah Mengkonsepsi dalam Kemahiran Berfikir Kreatif dan Kritis Kaedah Mengkonsepsi Kemahiran Strategi Kemahiran Berfikir Kreatif dan Kritis Berfikir Kreatif dan Kritis
Maklumat dan contoh yang mempunyai kaitan

dikenal pasti
Ciri sepunya yang terdapat dalam maklumat

Menjana idea Perbandingan Pencirian Hubung kait Hubung kait Klasifikasi Hubung kait Mensistesis Menjana idea Hubung kait Mensistesis Mensintesis Mengitlak

dan contoh dikenal pasti


Ciri-ciri diklasifikasikan

Konsep awal dihasil melalui perkaitan kelas

Maklumat dan contoh lain dikenal pasti

Konsep sebenar dihasilkan

8.2.4 Kemahiran Menaakul Terdapat dua prinsip yang digunakan: a. Prinsip 1: KBSB disusun mengikut urutan dari mudah ke kompleks; dan b. Prinsip 2: KBSB disusun mengikut keperluan prasyarat. 8.2.5 Alat Berfikir 1. Penggunaan alat-alat berfikir membantu dalam menguruskan proses P&P serta kehidupan seharian. 2. Penggunaan alat berfikir dapat meningkatkan penggunaan minda dengan lebih efektif dan efisien. 3. Alat berfikir merupakan medium yang sesuai untuk pengurusan pemikiran yang terkawal dan visual serta membantu dalam memutuskan pengurusan lisan. 4. Alat berfikir yang digunakan adalah: a. Soalan dan penyoalan; b. Cort; c. Peta minda; dan d. Pengurusan grafik. 8.3 STRATEGI PENERAPAN KEMAHIRAN BERFIKIR DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN PENDIDIKAN KESIHATAN KBKK diajar secara: a. Terpisah KBKK diajar secara berasingan dan tidak dikaitkan dengan kandungan mata pelajaran. b. Penyebatian KBKK diajar secara terancang untuk dimasukkan ke dalam mata pelajaran, bersepadu dengan isi kandungan dengan menggunakan kemahiran dan alat berfikir. Terdapat dua jenis penyebatian: a. Penyebatian Penuh lima langkah berikut: 35

i. Pengenalan kepada isi mata pelajaran dan KBKK; ii. Penggunaan bahan rangsangan, alat, latihan dan aktiviti untuk isi mata pelajaran dan KBKK; iii. Refleksi dan metakognitif; iv. Pengukuhan isi MP dan KBKK; dan v. Aplikasi KBKK dalam situasi harian. b. Penyebatian Separa Penyebatian separa ialah pelaksanaan KBKK digunakan dalam mana-mana langkah dalam pengajaran dan pembelajaran bagi mata pelajaran yang diajar, sama ada pada peringkat permulaan, perkembangan dan penutup. Sukatan pelajaran disusun mengikut tiga tunjang pembelajaran di mana ia tidak perlu diajar mengikut urutan. Tajuktajuk setiap tunjang pembelajaran adalah seperti berikut: a. Kesihatan Diri dan Keluarga i. Kesihatan diri; ii. Perasaan; dan iii. Kekeluargaan. b. Gaya Hidup Sihat dan Selamat i. Pemakanan; ii. Pengurusan konflik dan stres; dan iii. Penyalahgunaan bahan. c. Kebersihan dan Keselamatan Persekitaran i. Keselamatan; ii. Penyakit berjangkit; dan iii. Pertolongan cemas. 8.4 RANCANGAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN 1. Perancangan yang rapi membolehkan guru menggunakan sumber dan kemudahan yang baik. 2. Perancangan yang teliti membolehkan ia memberikan cara kepada guru supaya menjalankan tugas dengan baik di samping memastikan sukatan pelajaran yang disediakan mendapat perhatian yang serius. 8.4.1 Petunjuk Pemikiran Kritis, Kreatif dan Strategi Berfikir Rancangan pengajaran dan pembelajaran harus mempunyai elemen-elemen berikut: a. Tajuk dan sub tajuk. b. Objektif pengajaran dan pembelajaran. c. Prasyarat. d. Bantuan bahan mengajar. e. Soalan yang membantu kemahiran berfikir. f. Penglibatan para pelajar pada setiap peringkat proses pembelajaran dan pengajaran dalam memperoleh konsep, penyelesaian masalah, set induksi dan refleksi. g. Proses metakognisi yang berlaku semasa proses pengajaran dan pembelajaran. Mari kita bincangkan dengan lebih lanjut tentang elemen-elemen yang kita lihat di atas. a. Objektif Pengajaran dan Pembelajaran Objektif juga harus dinyatakan dengan jelas, relevan dan efektif. Objektif mempunyai perkara seperti berikut. i. Menguasai KBSB. ii. Kemahiran saintifik. iii. Mempunyai ilmu pengetahuan yang sempurna. iv. Sikap saintifik dan nilai-nilai murni. b. Prasyarat Semasa proses pengajaran, beberapa perkara harus ditentukan iaitu: i. Perkaitan antara KBSB yang dikuasai pelajar dan KBSB yang akan dipelajari. ii. Pengetahuan yang diperolehi. iii. Kemahiran saintifik. c. Proses Metakognisi yang Berlaku Semasa Pengajaran dan Pembelajaran Objektif pengajaran dan pembelajaran mengikut aspek pengetahuan, aspek KBSB dan aras penguasaan 36

harus ditentukan terlebih dahulu sebelum dan semasa proses pembelajaran. Proses pembelajaran yang berkesan akan berlaku apabila pelajar telah pun mahir dalam kemahiran KBSB. Oleh yang demikian, proses pembelajaran akan berjalan lancar dan teratur. 8.4.2 Metakognisi Proses pemikiran yang berkaitan aras pemikiran yang tinggi adalah dikenali sebagai metakognisi. Ia melibatkan: a. Refleksi proses pemikiran. b. Kesedaran dan pengawalan proses pemikiran. a. Proses Metakognisi i. Merancang: proses kemahiran berfikir dan strategi berfikir untuk dikenal pasti serta pelaksanaan agar sesuatu perkara lebih efektif dan menuju matlamat. ii. Memantau: proses yang melaksanakan proses berfikir dan pengesanan kemajuan perancangan serta mengubah suai secara sedar dan nyata. iii. Menilai: proses pengimbasan semula atau menilai kembali bagi penentuan proses berfikir serta kualiti produk yang telah dilakukan. b. Aras Metakognisi yang Digunakan Terdapat tiga aras yang penting iaitu: i. Aras Penggunaan Secara Sedar Proses kenal pasti dan menyatakan: Strategi berfikir; Kemahiran berfikir; Tugasan berfikir; dan Tujuan berfikir. ii. Aras Penggunaan Secara Strategik Proses penyusunan proses berfikir berdasarkan: Keutamaan; Sukar atau mudah; Pilihan yang sesuai dicari; dan Ketentuan penggunaan KBSB. iii. Aras Penggunaan Secara Reflektif Pengimbasan semula proses berfikir yang telah dilakukan: Tindakan susulan dilakukan; Pengubahsuaian; dan Menilai. c. Perangsangan Mekognisi Pelajar Terdapat beberapa fasa awalan iaitu: i. Saya berpendapat ..; ii. Saya fikir ; iii. Saya berkeyakinan.....; iv. Pengetahuan dan pengalaman saya menunjukkan bahawa ..; v. Saya yakin bahawa .; dan vi. Saya kurang pasti kerana . d. Soalan Kendiri i. Merancang Mengapa saya buat? Mengapa ia penting? Apakah yang perlu dilakukan? Bagaimana ia sesuai dengan pengetahuan sedia ada saya? ii. Memantau Apakah soalan yang telah diberikan? Apakah perancangan lain diperlukan? Adakah perancangan ini bersesuaian dengan kehendak tugasan yang diberi? Adakah ini mencukupi? 37

Menilai Bagaimana untuk mengaplikasikan idea ini? Sejauh mana keberkesanan proses berfikir yang dilakukan? Bagaimana pencapaian yang diperolehi? e. Soalan Terancang oleh Guru i. Merancang Apakah matlamat terakhir Apakah yang harus dilakukan? Apakah masalah yang mungkin berlaku? Bagaimanakah masalah yang berlaku diatasi? Bagaimanakah kamu mencapainya? ii. Memantau Apakah kesilapan yang telah kamu lakukan? Apakah yang telah terjadi dan akibatnya? Bagaimana ia boleh terjadi? Bagaimanakah tindakan yang sedemikian boleh diambil? Apakah langkah yang harus diambil bagi meminimumkan kegagalan? Apakah yang menyebabkan tindakan itu dilakukan? iii. Menilai Apa yang difikirkan tentang ? Kemahiran berfikir yang manakah telah digunakan? Adakah tindakan yang boleh diambil? Apakah tindakan lain yang boleh diambil? Adakah pemikiran dan tindakan yang diambil dapat memenuhi matlamat? 8.4.3 Cadangan Tajuk Pengajaran Sesuai Menggunakan Kemahiran Berfikir Berikut adalah cadangan tajuk-tajuk yang sesuai menggunakan kemahiran berfikir: a. Kesihatan diri; b. Kekeluargaan; c. Pengurusan konflik dan stres; d. Penyalahgunaan bahan; dan e. Keselamatan. TOPIK 9 BELAJAR CARA BELAJAR 9.1.1 Rasional Belajar Cara Belajar dan Objektif Belajar cara belajar ialah satu pendekatan yang: a. Menggalakkan pelajar berdikari. b. Melatih pelajar bertanggungjawab terhadap pembelajaran kendiri. c. Membolehkan pelajar membuat refleksi dan penilaian terhadap pembelajaran kendiri. d. Membolehkan pelajar memindahkan pembelajaran kendiri merentasi kurikulum di luar bilik darjah. Belajar cara belajar diperkenalkan kerana beberapa sebab iaitu: a. Pelajar perlu belajar untuk memperoleh maklumat tambahan di luar waktu persekolahan. b. Pelajar perlu bertanggungjawab terhadap pembelajaran mereka. c. Pelajar perlu meningkatkan keupayaan mereka untuk mempelajari sesuatu. d. Kemahiran Belajar Cara Belajar sejajar dengan matlamat pendidikan untuk menyemai kemahiran belajar seumur hidup dalam kalangan pelajar. e. Masa di bilik darjah terhad. f. Pengetahuan dan maklumat yang diterima. Belajar Cara Belajar ialah proses untuk memperolehi teknik belajar, sama ada bersama guru atau tanpa guru. Proses ini cuba melatih pelajar untuk lebih berdikari dan cuba memahami sesuatu pelajaran dengan teknik yang sendiri. Belajar cara belajar menggariskan beberapa objektif iaitu: a. Pelajar yang berupaya belajar sendiri tanpa guru. b. Pelajar menggunakan pengetahuan sedia ada, rakan dan bahan lain sebagai sumber pembelajaran. c. Pelajar membuat refleksi dan menilai tahap pembelajaran sendiri. 38

iii.

d. Pelajar mengaplikasikan pengetahuan dan kemahiran ke situasi lain, iaitu sama ada dalam mata pelajaran lain dan pergaulan. 9.1.2 Peranan Guru dan Pelajar dalam Belajar Cara Belajar a. Peranan Guru i. Peranan seorang guru adalah untuk menilai secara formatif dan sumatif. Penilaian adalah untuk membantu pelajar untuk mencapai matlamat yang ditetapkan dan merekod pencapaian pelajar. ii. Mengambil tindakan susulan yang sewajarnya terhadap kaedah pembelajaran. iii. Menyesuaikan gaya pengajaran guru dengan gaya pembelajaran pelajar. iv. Menentukan objektif pembelajaran yang disasarkan. v. Memilih bahan pengajaran dan pembelajaran yang sesuai dengan pelajar. vi. Mempelbagaikan teknik dan aktiviti untuk menjalankan pengajaran dan pembelajaran. vii. Melakukan perbincangan dengan pelajar. b. Peranan Pelajar i. Pelajar perlu mengenal pasti kecenderungan gaya pembelajaran. ii. Membuat penilaian keupayaan diri untuk belajar dan mengambil tindakan seterusnya. iii. Menetapkan matlamat dan matlamat tersebut sesuai serta diharapkan dapat menjayakannya. iv. Membuat perbincangan dengan guru tentang matlamat yang ditetapkan sama ada ia mampu dicapai atau tidak. v. Merancang pembelajaran secara terperinci. vi. Melaksanakan perancangan. vii. Melaporkan kemajuan pencapaian. viii. Berbincang dengan rakan sebaya dan guru tentang tugasan, kerja projek, penguasaan kosa kata. ix. Memberikan ganjaran atas kejayaan diri untuk memotivasikan diri. x. Membuat refleksi dan menilai pencapaian. 9.2 KEMAHIRAN BELAJAR Mendengar dengan berkesan Membaca o Luncuran (Skimming) o Imbasan (Scanning) o Intensif o Laju Mencatat nota Menulis o Laporan o Cepat Mengingat 9.2.1 Kemahiran Mendengar dengan Cekap Mendengar ialah suatu aktiviti aktif dari segi mental kerana kemahiran ini melibatkan kefahaman dan pemprosesan maklumat yang didengar. Kemahiran mendengar ialah sebahagian daripada proses komunikasi antara manusia. Kemahiran mendengar melibatkan aktiviti-aktiviti pelbagai teks seperti puisi, arahan, muzik, ucapan, lakonan, pengumuman, lagu, syarahan, berita dan lain-lain. Kemahiran mendengar adalah penting kerana dengan kemahiran ini, pelajar dapat: a. Mendapat maklumat, fakta, data dan pengetahuan; b. Menghayati keindahan bahasa dan muzik; c. Mengetahui perkembangan semasa; dan d. Mendengar penjelasan guru tentang sesuatu. Kemahiran mendengar ini adalah untuk mendapatkan input daripada sesiapa sahaja yang: a. Memberikan maklumat; b. Memberikan penjelasan; 39

c. Membuat pertanyaan; dan d. Memberikan pendapat. 9.2.2 Kemahiran Membaca Membaca merupakan suatu proses yang melibatkan proses komunikasi antara pembaca dengan penulis melalui tulisan yang dibaca. Kemahiran membaca adalah penting untuk mendapatkan maklumat, pengetahuan, dan fakta tentang sesuatu perkara. Terdapat empat jenis gaya bacaan, iaitu: a. Skimming (Luncuran) Luncuran ialah kemahiran membaca untuk mendapatkan maklumat ringkas dan pantas mengenai sesuatu bahan atau maklumat. Proses skimming ialah pelajar perlu membaca tajuk, pendahuluan dan rumusan bahan atau dokumen membaca dengan menggunakan pergerakan mata yang cepat memberikan tumpuan sepenuhnya pada bahan yang dibaca. b. Scanning (Imbasan) Merupakan kemahiran membaca untuk mendapatkan maklumat yang lebih mendalam berbanding luncuran. Tujuan imbasan adalah untuk mendapatkan maklumat tertentu sebagai jawapan kepada sesuatu persoalan. Proses imbasan bermula dengan pelajar membaca pendahuluan dan rumusan teks secara mendalam. Kemudian para pelajar perlu membaca kandungan bab dengan pantas sambil mencatatkan kata kunci dan konsep yang dinyatakan serta memberikan perhatian kepada rajah dan grafik yang ada. c. Bacaan Intensif Melalui cara atau kaedah bacaan intensif, ia merupakan kemahiran membaca untuk mendapatkan maklumat terperinci. Bacaan intensif memerlukan tumpuan, ketekunan dan masa yang lebih panjang untuk mendapat makna. Tujuannya adalah untuk mendapatkan semua maklumat dengan mendalam dan catatan perlu dibuat untuk mengumpulkan maklumat tersebut. d. Bacaan Laju Gaya bacaan laju memerlukan pelajar berkebolehan laju membaca kefahaman serentak ketika membaca. Tujuan gaya bacaan ini adalah untuk menggunakan masa terhad dengan lebih produktif. Proses ini menjimatkan masa dan pelajar memperoleh maklumat tambahan pada kadar yang cepat. Bacaan laju dilakukan dengan cara menumpukan perhatian pada pemikiran atau idea utama. Keadaan tersebut boleh dibuat dengan: i. Membaca cepat seluruh buku; ii. Membaca cepat senarai bab; iii. Membaca cepat semua bahagian; dan iv. Membaca cepat semua perenggan. Pembaca laju boleh mengesan penjelasan isi utama dengan melihat tanda-tanda perbezaan seperti: i. Tulisan condong; ii. Tulisan bergaris; iii. Tulisan tebal; iv. Fakta yang bersiri atau bernombor (1, 2, 3, ); dan v. Fakta yang bersiri abjad (a, b, c, ). Manakala bagi penjelasan isi utama boleh didapati daripada perkataan atau rangkai kata awalan ayat seperti: i. Pertama, Kedua., Ketiga..; ii. Sebaliknya; iii. Contohnya.; iv. Dengan itu .; dan v. Selanjutnya. Penjelasan isi utama juga boleh didapati daripada bentuk grafik seperti: i. Graf ii. Jadual iii. Gambar rajah Mengingat sebanyak mungkin maklumat yang dibaca dapat dibuat dengan: i. Mengingat isi yang senang dahulu daripada isi yang sukar ii. Membaca laju diikuti dengan catatan nota iii. Memaksa pembaca berfikir iv. Berfikir dengan cergas untuk memahami dan mengingat isi utama v. Bahan yang dibaca. 40

Pada asasnya, pelajar anda harus menguasai lima langkah berikut (SQ3R) iaitu: v. Skim (Baca sepintas lalu) Baca sepintas lalu. Pembacaan secara cepat semua tajuk atau topik untuk mengetahui tajuk atau topik yang mungkin mengandungi maklumat yang dikehendaki. vi. Question(Menyoal) Menyoal untuk mengetahui jenis maklumat yang dikehendaki. vii. Read (Membaca) Membaca untuk memahami maklumat yang terkandung dalam tajuk atau topik yang telah dipilih dalam buku itu dan mencatatkan idea utama. viii. Recite(Menyebut kembali) Menyebut kembali kemahiran menyebut kembali idea utama atau penting yang telah dicatatkan. ix. Review(Menyemak semula) Menyemak semula untuk menyemak idea utama yang telah dicatatkan supaya dapat memahaminya. 9.2.3 Kemahiran Mencatat Nota Kemahiran mencatat nota semasa kuliah, ceramah, penerangan, temu duga, membaca buku atau bahan lain. Mencatat nota merupakan aktiviti merekod fakta, maklumat dan isi penting daripada bahan yang dibaca, dilihat atau didengar. Untuk mencatatkan isi utama penting sebagai rujukan boleh dikembangkan kepada fakta asas. Catatan nota dikumpulkan untuk keperluan rujukan tambahan masa depan. Bagi mendapatkan nota yang baik, ia memerlukan ciri-ciri berikut: a. Catatan terang dan mudah dibaca. b. Menggunakan kata kunci, simbol (contoh: sama dengan =) dan singkatan perkataan (contoh: yang = yg, dengan = dgn). c. Lakaran dan grafik yang menyokong teks. d. Catatan di sebelah kiri dan kanan NOTA sebagai nota dan maklumat tambahan. e. Tanda bulatan dan garisan dibuat pada isi penting. f. Nota disemak semula supaya tidak tertinggal idea penting. g. Kandungan rangka kasar sahaja. h. Terdiri daripada idea utama. i. Dicatat dalam buku atau kertas catatan yang khas Sekarang, mari kita bincangkan bagaimanakah caranya mencatat nota. a. Perhatian perlu diberikan kepada maklumat yang didengar, dibaca dan dilihat. b. Maklumat-maklumat tersebut dipilih atau ditafsirkan sebelum dicatat. c. Hanya fakta baharu sahaja yang dicatatkan kerana ini merupakan pembelajaran baharu. d. Baca dan susun semula catatan. e. Catatan nota boleh dibuat dalam bentuk grafik seperti anak panah, garisan, bulatan dan sebagainya. Menyalin nota : menyalin semula nota yang diberi oleh guru, atau yang dibuat oleh pelajar lain, atau yang terdapat dalam buku, majalah dan sebagainya. Mencatat nota : mencatat maklumat ringkas dan penting yang terdapat dalam ceramah, syarahan, buku atau sumber lain. Membuat nota : membuat nota ringkas sendiri dalam pelbagai bentuk yang dihuraikan di bawah. Langkah-langkah dalam kemahiran membuat nota ialah: a. Memahami maklumat yang didapati daripada pelbagai sumber. b. Memilih idea atau maklumat yang penting dan menyusunnya. c. Menulis atau merekod dalam komputer idea atau maklumat penting secara ringkas dalam pelbagai bentuk yang dikehendaki dan menggunakan pelbagai warna jika perlu. Semasa menulis nota ringkas, pelajar boleh menggunakan: a. Perkataan atau frasa yang penting; b. Singkatan: Misalnya: dgn = dengan, spt = seperti, U.K. = United Kingdom; c. Simbol: Misalnya: * = penting, = jadi; d. Nemoniks atau akronim: Misalnya: BaFIA = Baca, Faham, Ingat, Aplikasi; dan e. Lukisan atau lakaran. Pelajar boleh menggunakan mana-mana bentuk berikut untuk membuat nota: a. Nota objektif: seperti yang ditulis dalam panduan ini tetapi lebih ringkas; b. Jadual 41

c. Carta aliran d. Gambar rajah Venn e. Peta konsep dalam pelbagai bentuk seperti kelompok, awan dan kaitan, pokok dan ranting, tulang ikan, kipas dan sotong. 9.2.4 Kemahiran Menulis a. Kemahiran Menulis Laporan Panduan umum untuk menyediakan laporan seperti yang berikut: i. Memilih topik sekiranya topik tidak diberikan; ii. Mendapatkan maklumat daripada pelbagai sumber; iii. Meneliti dan memilih maklumat yang relevan dengan topik; iv. Membuat nota; v. Menyediakan kerangka laporan; vi. Menulis draf pertama dan mengenal pasti sumber yang dipetik; vii. Melengkapkan laporan dengan jadual, graf dan bahan grafik lain yang sesuai; viii. Menyemak draf; ix. Membuat pemurniaan dan menulis draf kedua; dan x. Menerbitkan laporan. b. Kemahiran Menulis Cepat Kemahiran menulis dengan kepantasan yang tinggi dan tulisannya boleh dibaca oleh orang lain. Oleh itu, menulis cepat memerlukan unsur-unsur: i. Kelajuan menulis; ii. Tulisan yang boleh dibaca; dan iii. Kandungannya difahami. Untuk mendapatkan kemahiran menulis cepat, pelajar memerlukam latihan untuk menulis cepat. Antara latihannya ialah: iv. Pilih satu topik untuk dikarang; v. Peruntukkan masa untuk mengarang topik; vi. Tulis karangan itu dalam masa yang ditentukan; vii. Minta rakan membaca karangan dan memberikan maklum balas dari segi tulisan dan isi karangan; dan viii. Ulang latihan dengan mempercepat masa menulis. 9.2.5 Kemahiran Mengingat 1. Kefahaman dan penggunaan deria dengar dan deria lihat yang baik. 2. Mengingat kembali dengan menyebut atau menulis fakta dan kejadian yang telah berlaku selepas beberapa lama. Ingatan terbahagi kepada dua jenis: a. Ingatan Jangka Pendek Maklumat tersimpan sebentar sahaja. b. Ingatan Jangka Panjang Maklumat yang kekal dalam ingatan. Proses ingatan dibahagikan kepada tiga langkah: Mendaftar maklumat hingga boleh dikekalkan dalam ingatan (encoding - enkod) Menyimpan maklumat Mengingat kemabali malumat(encoding - enkod) Untuk membantu pelajar mendapatkan kemahiran tersebut, berikut adalah cara-cara untuk mengingat: a. Membuat rantaian atau berlawan contoh: piring cawan b. Melakar grafik dan ilustrasi peta, graf dan peta minda c. Mengingat secara kumpulan terutama nombor contoh: nombor telefon: 547 88 345 d. Mengulang e. Melatih tubi f. Membuat senarai semak g. Mencipta akronim contoh: HUKM (Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia) 42

h. Mencipta akrostik contoh: MAGERAN (Majlis Gerakan Negara) i. Membuat lakonan j. Mereka cerita k. Mencipta irama atau lagu l. Membuat catatan Teknik mengingat yang boleh digunakan oleh pelajar termasuk: a. Menyedia dan mengulang kaji peta konsep atau peta minda. b. Menyedia dan mengulang kaji carta aliran dan gambar rajah Venn. c. Menyedia dan mengulang kaji singkatan, simbol, nemoniks, lukisan atau lakaran. d. Membuat bayangan atau visual: i. Membuat bayangan atau visual dalam minda dengan gambar atau gambar rajah. ii. Peta konsep, carta aliran, jadual, graf, pemandangan atau pergerakan. e. Mengulang atau mengingat kembali bayangan atau visual itu dengan lebih kerap. f. Menyebut berulang kali: perkataan, data, fakta atau maklumat akan membantu ingatan. g. Mengingat perkataan adalah susah tetapi boleh dicapai sekiranya bilangan perkataan dikurangkan kepada perkataan yang penting sahaja dan juga digunakan dengan teknik lain seperti peta konsep, bayangan, carta aliran dan sebagainya. h. Menulis atau melakar semula berulang kali perkataan, data, fakta, peta konsep, carta aliran dan sebagainya akan membantu daya mengingat. i. Pelajar anda perlu dilatih menulis atau melakar tanpa melihat nota yang telah disediakan. j. Melakukan gerakan, kerja amali atau eksperimen. 9.2.6 Kemahiran Maklumat Melalui kemahiran memperoleh maklumat, pelajar harus boleh: a. Menentu atau Memastikan Maklumat yang Dikehendaki Dilakukan dengan berfikir sendiri, pembelajaran koperatif, sumbangsaran atau bertanya. b. Mengumpulkan Maklumat Itu Dilakukan melalui kemahiran membaca, bertanya atau menggunakan multimedia atau Internet. c. Menganalisa, Menilai dan Menyusun Maklumat Itu Boleh dilakukan secara sendiri, berpasangan atau berkumpulan. d. Menyampaikan Maklumat Itu Secara Lisan atau Bertulis Boleh dilakukan secara sendiri, berpasangan atau berkumpulan. 9.3 STRATEGI PEMBELAJARAN BELAJAR CARA BELAJAR 9.3.1 Strategi Metakognitif Metakognitif ialah kesedaran tentang apa yang diketahui dan apa yang tidak diketahui. Strategi metakognitif merujuk kepada cara untuk meningkatkan kesedaran tentang proses berfikir dan pembelajaran yang berlaku. Apabila kesedaran ini wujud, seseorang dapat mengawal fikirannya dengan merancang, memantau dan menilai apa yang dipelajari. Pelajar boleh menggunakan strategi metakognitif dan mengawal pembelajarannya melalui proses yang berikut: a. Proses Metakognitif i. Proses Merancang Proses ini memerlukan pelajar meramal apakah yang akan dipelajari, bagaimana perkara itu dikuasai dan kesan daripada perkara yang dipelajari. Menyediakan diri secara fizikal, mental dan psikologi Membuat perancangan dari semasa ke semasa cara terbaik untuk mendapatkan sesuatu perkara. ii. Proses Memantau Dalam proses pembelajaran, pelajar perlu bertanya kepada diri sendiri dari semasa ke semasa perkara-perkara seperti Apakah soalan yang boleh saya tanya? Adakah ini membawa makna kepada saya? Bagaimanakah perkara ini boleh dijelaskan? Mengapakah saya tidak memahami cerita ini? iii. Proses Menilai Melalui proses ini, pelajar membuat refleksi untuk mengetahui: 43

b.

Mengapakh saya mudah/sukar menguasainya? Bagaimana sesuatu kemahiran, nilai dan pengetahuan dikuasai oleh saya? Apakah tindakan/pengubahsuaian yang harus saya ambil? Cara Mengajar Metakognitif Metakognitif sepatutnya diajar secara infusi iaitu dengan menyerapkan metakognitif dalam kaedah-kaedah mengajar, perkembangan staf dan proses penyeliaan. c. Kesan daripada Penerapan Metakognitif Strategi metakognitif adalah untuk membantu menyelesaikan masalah secara bersendirian atau berbincang dengan rakan. Penyelesaian secara individu dan berkumpulan secara rasional dan berkesan. d. Merancang Guru perlu mengajar atau menunjukkan peraturan yang patut dipatuhi dan strategi serta langkah untuk menangani masalah dan tuju hala yang harus diikuti sebelum sesuatu aktiviti pembelajaran dimulakan. Semasa aktiviti itu dilaksanakan, guru perlu memberikan peluang kepada pelajar untuk berkongsi pengalaman, proses berfikir dan pandangan tentang tingkah laku mereka. Selepas aktiviti pembelajaran, guru perlu meminta pelajar menilai sejauh mana peraturan yang diajarkan itu dipatuhi. e. Menyoal pada Semua Peringkat Menyoal ialah satu teknik penting untuk menjelaskan fikiran. Dengan menyoal, secara tidak langsung dapat menggalakkan pelajar menimbulkan soalan kepada diri mereka sendiri sebelum, semasa dan selepas membaca, mendengar, melihat dan menonton sesuatu perkara atau peristiwa. Terdapat tiga peringkat iaitu: a. Memilih Secara Sedar Berbincang dengan pelajar tentang pemilihan dibuat oleh pelajar dari segi kesan baik dan nyatakan sebelum keputusan dibuat. b. Menilai Berdasarkan Pelbagai Kriteria Metakognisi boleh dikembangkan dengan memberikan peluang kepada pelajar untuk membuat refleksi dan mengkategorikan tindakan mereka berdasarkan dua atau lebih kriteria penilaian. c. Mengambil Kredit Meminta pelajar mengenal pasti apa yang positif atau baik daripada tindakan pelajar. Pelajar juga boleh mendapatkan maklum balas daripada rakan mereka dengan mengajukan soalan seperti: i. Apakah tindakan ini membanggakan diri anda? ii. Bagaimanakah tindakan itu sepatutnya diberi? 9.3.2 Pengurusan Masa Jadual waktu ialah pembahagian masa hari ke hari yang terperinci yang merangkumi: a. Sesi pembelajaran; dan b. Aktiviti-aktiviti lain dalam sehari. Perancangan ialah pandangan menyeluruh tentang sesi pembelajaran dan aktiviti-aktiviti lain. a. Bagaimanakah Menghasilkan Jadual Waktu Persendirian? i. Tentukan tempoh masa yang harus anda peruntukkan masa untuk mengulang kaji sesuatu mata pelajaran. ii. Pilih keutamaan mengikut susah senang sesuatu mata pelajaran atau topik. iii. Berikan tumpuan dan masa yang lebih kepada mata pelajaran dan topik yang anda rasakan sukar. iv. Pastikan masa belajar seboleh-bolehnya dibahagikan sama rata sepanjang minggu, mengikut kesesuaian. v. Keupayaan minda menerima sesuatu pelajaran adalah terhad. Oleh itu, adalah lebih baik sekiranya anda belajar selama 2 jam sehari sepanjang minggu berbanding dengan belajar selama 10 jam hanya untuk satu hari dalam seminggu. b. Penggunaan Masa untuk Aktiviti Lain Selain belajar, masa juga harus diperuntukkan untuk: i. Berehat; ii. Membuat kerja rumah; iii. Bersukan; iv. Membantu ibu bapa; dan v. Melakukan aktiviti-aktiviti yang diminati atau menghadiri kelas tambahan. 44

c. Kelebihan Mempunyai Jadual Waktu Jadual waktu persendirian harus disediakan supaya: i. Pengurusan masa lebih teratur; ii. Mengambil kira semua mata pelajaran; iii. Memberi keutamaan kepada mata pelajaran yang sukar; iv. Mengurangkan pembaziran waktu; v. Lebih memberi fokus kepada pelajaran; dan vi. Melatih diri supaya tidak menangguhkan kerja. 9.3.3 Gaya Pembelajaran Terdapat dua model mengenai gaya pembelajaran yang dibincangkan iaitu: a. GAYA VAK (Visual, Auditori, Kinestetik) Gaya VAK mengandungi tiga aspek, iaitu gaya pembelajaran visual, auditori dan kinestetik. i. Pelajar belajar lebih baik dengan melihat sesuatu teks berbentuk perkataan dalam buku, di papan hitam atau paparan komputer. Mereka lebih mengingati dan memahami arahan dan penerangan menerusi pembacaan ayat atau teks berkenaan. Pelajar visual tidak memerlukan penerangan lisan seperti pelajar auditori tetapi mereka selalunya dapat belajar melalui pembacaan. Penerangan yang lebih jelas dan tepat diperolehi melalui visual kerana ia boleh dilihat dan dibaca untuk lebih memahaminya. Pelajar visual selalunya menulis nota syarahan dan arahan lisan jika mereka hendak mengingati sesuatu. ii. Gaya Pembelajaran Auditori Pelajar auditori belajar dengan mendengar perkataan yang disebut dan juga arahan lisan. Mereka boleh mengingati penerangan melalui bacaan kuat atau menggerakkan bibir ketika membaca terutama apabila mempelajari sesuatu yang baharu. Pelajar dapat mengukuhkan ingatan dengan mendengar semula rakaman pita audio, mengajar pelajar lain dan berbincang dengan guru. iii. Gaya Pembelajaran Kinestetik Pelajar kinestetik belajar dengan baik melalui pengalaman dan mengambil bahagian secara fizikal dalam aktiviti bilik darjah. Mereka dapat mengingati sesuatu dengan baik apabila mencuba terus aktiviti melalui hands-on. b. Gaya Pembelajaran Dunn & Dunn Kandungan Gaya Pembelajaran Dunn & Dunn Stimulus Unsur Ciri Bunyi Suka belajar tanpa bising atau dengan bunyi latar belakang seperti muzik. Cahaya Suka belajar di tempat yang cerah atau di tempat yang kurang cahaya. Alam Suhu Suka belajar di tempat yang nyaman atau di tempat yang panas. sekitar Suka belajar di tempat formal yang ada kerusi dan meja atau di tempat tidak formal Pola seperti berbaring atau duduk di lantai. Motivasi Boleh merangsang diri untuk belajar atau perlu dirangsang oleh guru. Ketabahan Boleh belajar dalam masa yang panjang atau boleh belajar dalam masa yang pendek. Emosi Tanggungjawab Bertanggungjawab untuk belajar atau perlu bimbingan guru. Suka belajar mengikut jadual waktu atau suka belajar sekiranya diberikan lebih masa Struktur untuk sesuatu mata pelajaran atau perkara. Sendiri Suka belajar sendiri. Pasangan Suka belajar berpasangan. Rakan sebaya Suka belajar dengan rakan sebaya. Sosiologi Pasukan Suka belajar dalam berpasukan. Guru Suka belajar dengan guru di sebelahnya. Pelbagai cara Suka belajar dengan kombinasi beberapa cara di atas. Persepsi Suka belajar dengan benda atau pengalaman maujud atau dengan perkara abstrak. Makan Suka atau tidak suka makan dan minum semasa belajar. Fizikal Waktu Suka belajar pada waktu yang sesuai atau pada bila-bila masa sahaja. Gerakan Suka atau tidak suka bergerak semasa belajar. 45

Global atau Analitik Psikologi Otak kiri atau Otak kanan Impulsif atau Reflektif

Pelajar global suka belajar secara menyeluruh; pelajar analitik suka belajar mengikut urutan dan membuat analisis. Pelajar ini lebih cenderung memproses maklumat di otak kiri, suka belajar sesuatu bahagian demi bahagian, meminati bahasa dan membuat pengiraan dan analisis; pelajar yang lebih cenderung memproses maklumat di otak sebelah kanan suka belajar secara keseluruhan, membuat sintesis, melukis, membuat gerakan dan mencipta sesuatu. Pelajar yang impulsif bertindak secara spontan manakala pelajar yang reflektif berfikir sebelum bertindak.

10.1 MEMBUAT PERANCANGAN MENGAJAR Tujuan utama guru menyediakan rancangan pengajaran adalah untuk menjamin pelajar mencapai objektif pengajaran secara berkesan, di samping meningkatkan keyakinan guru untuk mengajar. Perancangan penyampaian pengajaran adalah suatu keadaan di mana guru perlu menggunakan cara-cara penyampaian pengajaran yang menarik dengan mengambil kira perkara-perkara berikut: a. Kaedah dan teknik pengajaran dan pembelajaran; b. Masa; c. Pemeringkatan isi; d. Pemilihan sumber dan alat; e. Kesesuaian aktiviti dengan topik pengajaran; f. Kualiti guru itu tersendiri; dan g. Mempunyai sistem penataran delivery system untuk penyampaian yang efektif. Pengajaran Mikro 1. Pelajar akan didedahkan dan dibimbing untuk menyediakan perancangan pengajaran, pelaksanaan, pengenalan, perkembangan dan penutup pengajaran. 2. Pelajar akan belajar tentang pelbagai teknik penyampaian, penyoalan dan penilaian perkembangan pelajar, penggunaan papan tulis dan alat bantu mengajar. 3. Pengajaran Mikro memberi peluang kepada bakal-bakal guru untuk mengaplikasikan, mengajar serta berkomunikasi di dalam kelas. Bakal guru akan diminta melaksanakan pengajaran yang telah disediakan untuk sekumpulan pelajar yang terdiri daripada rakan sekuliah. 10.1.1 Penulisan Hasil Pembelajaran (Objektif Pengajaran) Objektif pengajaran adalah pengetahuan dan kemahiran yang perlu dicapai atau dikuasai pelajar selepas sesuatu sesi pengajaran dan pembelajaran. Ia merupakan komponen terpenting bagi sesuatu rancangan pengajaran. Objektif pengajaran adalah merupakan asas pemilihan bahan dan peralatan pengajaran, pengetahuan asas berkaitan yang diperlukan (iaitu, pengetahuan sedia ada), isi pelajaran (pernyataan, fakta, konsep, prinsip dan sebagainya); di samping mencadangkan aktiviti guru/pelajar yang sesuai dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Pernyataan objektif pengajaran hendaklah ditulis berasaskan kepada: a. Hasil yang akan diperoleh pelajar (pemusatan kepada pelajar); b. Prestasi atau tingkah laku pelajar yang boleh dilihat atau diukur, selepas mengikuti sesuatu sesi pengajaran; dan c. Keadaan atau syarat yang diperlukan bagi sesuatu tingkah laku. Objektif pengajaran hendaklah melibatkan: a. Perkara yang masih belum dikuasai oleh pelajar. b. Masa objektif tersebut hendak dicapai (misalnya, di akhir pengajaran). c. Kesinambungan dengan pengalaman pelajaran terdahulu. d. Maklumat yang dapat menunjukkan sesuatu yang dikehendaki, dinyatakan dengan jelas. Pemilihan objektif pengajaran yang dipilih hendaklah mempunyai ciri-ciri berikut: a. Mudah (untuk dicapai pelajar); b. Sesuai (dari segi tahap pencapaian pelajar dan peruntukan masa); c. Realistik (boleh atau mampu untuk dilaksanakan); d. Jelas (dari segi maksud, dengan menggunakan laras bahasa yang betul); e. Tepat (berkaitan dengan apa yang dikehendaki); dan f. Disusun (mengikut urutan yang betul atau sesuai, daripada yang mudah kepada yang sukar). 46

10.1.2 Pemilihan dan Penulisan Isi Pelajaran Berikut adalah beberapa faktor utama yang diperlukan untuk membuat suatu perancangan yang rapi seperti yang dicadangkan oleh Graham (1992): a. Jumlah Masa Pengajaran yang Terhad Kementerian Pendidikan Malaysia telah membuat keputusan menambahkan satu masa kepada waktu pendidikan kesihatan untuk Tahap 1 menjadi Tiga Waktu manakala mengekalkan dua waktu untuk Tahap ll. b. Persekitaran Pengajaran Faktor-faktor lain yang mempengaruhi perancangan ialah saiz kelas, peralatan dan kemudahan. Semua faktor tersebut perlu diberi perhatian untuk memastikan kejayaan kelas pendidikan jasmani. Jika saiz kelas itu besar, maka masalah kekurangan peralatan dan kemudahan mungkin timbul. Oleh itu, perancangan diperlukan untuk mengatasi masalah tersebut. c. Latar Belakang Guru Kejayaan program pendidikan jasmani bergantung kepada tenaga pengajarnya. Keupayaan guru mengajar itu penting untuk menjayakan pengajaran. d. Latar Belakang Pelajar Perbezaan di kalangan pelajar itulah yang memerlukan perancangan. Pelajaran yang dirancang tidak seharusnya terlampau susah untuk golongan yang kurang mahir sehingga mereka hilang minat untuk melakukan aktiviti yang dirancang. 10.1.3 Aktiviti dan Kaedah Pengajaran Beberapa kaedah yang biasa diamalkan: a. Kaedah Langsung atau Arahan; b. Kaedah Tugasan; c. Kaedah Timbal Balik (Reciprocal) atau Bertindak Balas; d. Kaedah Penyelesaian Masalah; dan e. Kaedah Eklektik atau Gabungan. Kesemua kaedah itu mempunyai kelebihan dan kelemahan yang tertentu. Ini dapat ditinjau dari segi: a. Pengurusan kelas semasa pengajaran; b. Penglibatan pelajar-pelajar dalam proses pembelajaran; c. Pengalaman pembelajaran dari segi sosial, kognitif dan psikomotor; dan d. Kesesuaiannya dari segi kematangan, umur dan kemampuan pelajar. 10.1.4 Kepentingan Penulisan Rancangan Pengajaran Melalui (penulisan) persediaan yang terancang, guru pelatih akan dapat: a. Meningkatkan keyakinan diri guru pelatih sebelum masuk mengajar. b. Merancang dengan teliti setiap komponen pengajaran. c. Mengelakkan sebarang penyelewengan atau terkeluar daripada perkara/aspek yang perlu diajar. d. Mengingati bahan serta pendekatan pengajaran yang perlu digunakan untuk menyampaikan sesuatu isi pelajaran. e. Membuat pertimbangan yang sesuai tentang cara menggunakan teknik terbaik untuk menyampaikan isi pelajaran serta menilai pembelajaran pelajar. f. Mengembangkan pengajaran secara lancar dan tersusun, di mana setiap aspek yang diajar dapat dikaitkan antara satu sama lain, secara jelas. g. Menyediakan aktiviti pengajaran-pembelajaran yang lebih menarik dengan cara mengaitkan tajuk dengan isu semasa atau fenomena harian yang biasa ditemui atau dilakukan pelajar semasa di luar bilik darjah. h. Menilai secara objektif kemampuan mereka untuk merancang dan menulis sesuatu aktiviti pengajaran dengan berkesan (refleksi kendiri), seterusnya mengambil langkah positif ke arah mengatasi sebarang kelemahan. i. Merancang aktiviti untuk membantu pelajar mengubah sikap, kebiasaan, kebolehan dan pengetahuan ke arah yang dikehendaki. j. Masa pengajaran digunakan secara optimum melalui strategi yang lebih tersusun dan bersistematik. k. Menghadkan skop yang akan diajar dalam sesuatu jangka waktu yang diperuntukkan supaya segala objektif pengajaran dapat dicapai dengan berkesan. 47

10.2 RANCANGAN MENGAJAR HARIAN 1. Rancangan Kerja Mingguan merupakan perincian rancangan yang dibentuk daripada rancangan kerja semester. Ia mempunyai rancangan yang mengandungi pernyataan objektif yang hendak dicapai dalam satu minggu. 2. Rancangan Kerja Harian adalah rancangan kerja mingguan yang dibahagikan secara terperinci mengikut harian. 3. Berdasarkan rancangan kerja mingguan, guru perlu menyediakan rancangan kerja harian, yang juga dikenali sebagai Persediaan Mengajar. 4. Rancangan kerja harian merupakan susunan perancangan aktiviti dan tindakan yang akan dilaksanakan guru. 5. Persediaan mengajar melibatkan bantuan bahan dan peralatan yang sesuai, dalam proses penyampaian sesuatu unit pelajaran. Persediaan mengajar merupakan rancangan tentang apa yang perlu dilakukan oleh guru dan pelajar dalam satu atau dua waktu pengajaran. 6. Dalam penulisan persediaan mengajar, guru perlu menggunakan strategi tertentu untuk mencapai objektif pengajaran. 7. Segala aktiviti guru-pelajar yang dicadangkan hendaklah dinyatakan dalam bentuk yang mudah dicerap. Ia akan mengandungi butiran seperti berikut: a. Kemahiran yang hendak dikuasai; b. Catatan isi pelajaran; c. Aktiviti pengajaran dan pembelajaran; dan d. Alat/bahan/catatan. Jadual format rancangan kerja harian adalah seperti berikut: Aktiviti Hari Kemahiran Isi Pelajaran Pengajaran- Alat/Bahan pembelajaran 8. Persediaan rancangan mengajar : perancangan yang terdiri daripada langkah-langkah pengajaran yang akan dilaksanakan oleh guru di dalam bilik darjah. Ia terdiri daripada: a. Butiran am; b. Tajuk pelajaran; c. Objektif; d. Kemahiran; e. Bahan bantu mengajar; f. Pengetahuan sedia ada; g. Penerapan ilmu; h. Penerapan nilai; i. Set induksi; j. Teknik mengajar; k. Langkah perkembangan; l. Penutup; dan m. Tindakan susulan. 10.2.1 Set Induksi 1. Menarik dan mengekalkan minat serta mewujudkan motivasi pelajar, seterusnya mengambil bahagian secara aktif dalam proses pengajaran pembelajaran. Sebelum menyampaikan konsep atau fakta, guru perlu melibatkan fikiran atau menarik minat pelajar terlebih dahulu. Pengenalan berperanan sebagai montaj (montage) dalam sesuatu persembahan (sama ada secara audio atau visual). Menarik atau tidaknya sesuatu pengajaran bergantung kepada cara guru menggunakan (kira-kira) lima minit pertama pengajarannya. 2. Pengajaran berbentuk stereotaip, di mana guru terus menulis tajuk dan mengajar apabila masuk ke dalam bilik darjah biasanya membosankan kerana pelajar masih belum bersedia untuk mengikuti pelajaran dan tidak jelas kepentingan tajuk yang akan dipelajari. 3. Perancangan Penyampaian Pengajaran mengambil kira dari segi komponen set induksi (lihat Rajah 10.1) dan komponen kognitif (lihat Rajah 10.2). Minat, keperluan dan pengalaman pelajar boleh diguna sebagai asas untuk memulakan sesuatu pengajaran. 48

Rajah 10.1: Pecahan komponen set induksi

Rajah 10.2: Tujuh komponen kognitif 4. Guru boleh memulakan pengajarannya dengan mengaitkan pelajaran dengan pengalaman harian mereka atau dengan pengetahuan sedia ada pelajar (melalui kuiz, soal jawab atau perbincangan ringkas), mengemukakan isu semasa yang berkaitan dengan tajuk, mengaitkan dengan minat dan kegunaannya dalam kehidupan harian, menunjukkan tayangan video, wayang gambar atau filmstrip, atau lain-lain kaedah pendekatan yang sesuai. 10.2.2 Perkembangan 1. Tertumpu pada bahagian penyampaian yang merangkumi segala langkah yang perlu diambil atau dilakukan untuk mencapai objektif pengajaran. 2. Penyampaian merupakan pengajaran sebenar, di mana segala konsep, prinsip, fakta dan kemahiran yang berkaitan dengan tajuk akan disampaikan kepada pelajar menggunakan segala kemahirannya, melalui peralatan, kaedah, strategi dan pendekatan tertentu yang sesuai untuk menyampaikan bahan pengajaran. Semasa proses penyampaian, guru perlu melibatkan pelajar secara aktif serta memberi bimbingan dan menilai pembelajaran mereka, selaras dengan objektif pengajaran. 3. Semasa proses penyampaian ini, guru perlu memberi perhatian kepada perkara-perkara berikut: a. Diajar daripada yang mudah kepada yang sukar atau rencam. b. Melibatkan pelajar secara aktif. c. Menggunakan bahan dan peralatan yang sesuai untuk membantu memudahkan pemahaman pelajar. d. Menggunakan kaedah dan pendekatan yang paling berkesan. e. Menilai prestasi pelajar dengan menggunakan teknik menyoal yang sesuai dan berkesan. f. Setiap langkah/isi pelajaran hendaklah difahami dan dikuasai pelajar terlebih dahulu, sebelum berpindah kepada langkah/isi pelajaran yang berikutnya. 4. Perkembangan atau penyampaian yang berkesan melibatkan usaha guru. Antara perkara yang perlu diberi perhatian pada peringkat perkembangan ini ialah: a. Isi pelajaran; b. Kemahiran; c. Strategi pengajaran; d. Pembelajaran; e. Penerapan nilai; dan f. Penggunaan sumber. 10.2.3 Penutup 1. Guru perlu memberi pengukuhan terhadap pembelajaran pelajar, dengan membuat rumusan atau kesimpulan tentang apa yang telah diajar pada peringkat akhir sesuatu pengajaran. 2. Penutup juga bertujuan untuk mendapatkan maklum balas tentang prestasi pelajar ke arah pencapaian objektif yang dirancang. Segala konsep, prinsip, fakta atau kemahiran penting yang telah dibincang hendaklah dinyatakan kembali. Pelajar diarah membuat kesimpulan dengan dibimbing melalui beberapa soalan kunci. Daripada persoalan dan gerak balas pelajar, guru juga dapat mengukur atau menilai tahap pencapaian mereka terhadap pencapaian objektif pengajaran. 49

3. Terdapat dua jenis penutup pengajaran iaitu: a. Penutup Kognitif Merumus dan mengulang segala fakta penting dengan menggunakan kaedah pemetaan konsep, melukis gambar rajah berkait, atau dengan melibatkan perkaitan perkataan, mencadangkan aktiviti yang melibatkan perkaitan perkataan, mencadangkan aktiviti susulan dan sebagainya. Selain itu juga, guru boleh menjalankan aktiviti pengukuhan dengan menggunakan teknik soal jawab. b. Penutup Sosial Menimbulkan perasaan pencapaian pelajar-pelajar, mewujudkan perasaan ingin tahu dan belajar, memberi peneguhan positif mengaitkan apa yang telah dipelajari dengan pelajaran akan datang dan sebagainya. Berikut merupakan peraturan atau garis panduan untuk sesi penutup pengajaran: a. Cara penutup; b. Aktiviti susulan; c. Penilaian objektif; d. Rumusan/kesimpulan; dan e. Pengubahsuaian. 10.3 PENGGABUNGAN PELBAGAI STRATEGI Dalam konteks KBSR, penggabungjalinan dalam P&P dibahagikan kepada dua, iaitu: a. Penggabungjalinan kemahiran-kemahiran dalam satu mata pelajaran. b. Penggabungjalinan kemahiran daripada beberapa mata pelajaran. Guru boleh menggabungjalinkan beberapa atau semua kemahiran itu dalam sesuatu pengajaran. 10.3.1 Refleksi dalam Penulisan RPH 1. Sebaik sahaja selesai sesuatu pengajaran, guru perlu menganalisis serta menilai keberkesanan pengajaran (dari segi kekuatan dan kelemahan), demi mempertingkatkan profesion mereka. 2. Penilaian yang dibuat merangkumi aspek perancangan dan penyampaian pengajaran serta tingkah laku pelajar sebagai reaksi terhadap kaedah pengajaran yang digunakan terutamanya dari segi pencapaian objektif dan kemajuan pelajar. 3. Proses penilaian refleksi kendiri dapat membantu guru menjadi lebih peka, bersistematik dan kritis terhadap profesion perguruan. 4. Segala maklumat dan ulasan tentang pengajaran yang ditulis dalam bahagian ini dapat membantu guru merancang, seterusnya menyampaikan pelajaran akan datang dengan lebih berkesan. a. Empat Ciri Pengajaran Reflektif i. Mengutamakan tujuan dan kesan serta kerberkesanan teknikal. ii. Memberikan cadangan-cadangan baru dalam penggubalan kurikulum baru. iii. Guru akan dapat memainkan peranan yang aktif dalam proses pengajaran dan pembelajaran. iv. Sikap minda keterbukaan, tanggungjawab dan kesungguhan hati. b. Kemahiran Pengajaran Reflektif Pengajaran reflektif memerlukan enam jenis kemahiran / komponen kognitif seperti kemahiran berkomunikasi, kemahiran praktis, kemahiran menilai, kemahiran empiris, kemahiran strategi, kemahiran analitikal. c. Ciri-ciri Guru Reflektif i. Keterbukaan minda. ii. Tanggungjawab. iii. Kesungguhan. iv. Seorang guru yang terbuka mindanya sering bersedia untuk membuat refleksi dan mencabar andaian-andaian, prasangka, ideologi tersendiri dan juga orang lain. v. Guru membuat rancangan mengajar dan terus bersedia. vi. Guru perlu memantau, memerhati dan mengumpul data berkaitan dengan hasrat, tindakan dan perasaan pelajar. vii. Guru perlu merancang, membuat persediaan, bertindak, mengumpul data, menganalisis data serta menilai data. viii. Guru yang reflektif merupakan seorang yang sering menyoal tentang tujuan-tujuannya, memantau amalan dan hasilan, mempertimbangkan kesan jangka pendek dan jangka panjang terhadap setiap kanak-kanak. 50

10.3.2 Penulisan RPH Lengkap 1. Persediaan mengajar hendaklah dibuat berdasarkan Sukatan Pelajaran, mengubahsuaikannya kepada unit pengajaran. Semasa merancang sesuatu pengajaran, perlulah memikirkan beberapa perkara berikut: a. Apakah perkara yang perlu dipelajari pelajar? (Kemahiran, fakta, konsep, sikap, nilai dan sebagainya yang melibatkan aspek kognitif, psikomotor dan afektif). b. Apakah yang perlu dipelajari atau dicapai pelajar? (Merangkumi objektif pengajaran). c. Apakah urutan yang paling sesuai untuk tajuk dan tugasan yang dirancang? d. Apakah kaedah penyampaian yang paling sesuai digunakan supaya objektif pengajaran tercapai dengan mudah dan berkesan? e. Bagaimanakah cara terbaik untuk menilai pengajaran (guru) dan pembelajaran (pelajar)? 2. Setiap persediaan mengajar perlu mengandungi tiga komponen utama: a. Objektif pengajaran (yang perlu dicapai pelajar); b. Isi pelajaran (termasuk konsep, prinsip, fakta dan sebagainya) c. Aktiviti guru dan pelajar. 3. Perawakan, cara pertuturan, nada suara, bahasa atau gerak isyarat memainkan peranan penting untuk menarik dan mengekalkan minat pelajar di sepanjang proses penyampaian. 4. Bahagian penyampaian sesuatu pelajaran mengandungi lima komponen penting: a. Isi Pelajaran: merangkumi segala konsep, prinsip, fakta atau yang perlu disampaikan dalam sesuatu pengajaran. Penjelasan isi pelajaran oleh guru perlu dijelaskan dan guru juga perlu menyatakan segala isi pelajaran yang akan disampaikan dan selaras dengan objektif pengajaran. Isi pelajaran yang disediakan perlu sesuai dengan tajuk dan disusun mengikut tertib perkembangan pelajaran. b. Kefahaman: melibatkan domain kognitif dan afektif, aspek celik akal yang diperolehi pelajar tentang tajuk yang dipelajari di sepanjang proses P&P. Aspek kefahaman yang ditulis hendaklah selaras dengan objektif pengajaran. c. Kemahiran: melibatkan kebolehan pelajar untuk melakukan sesuatu dengan menggunakan teknik yang betul dan selamat. Ia melibatkan domain psikomotor. Aspek kemahiran yang ditulis hendaklah selaras dengan objektif pengajaran. d. Aktiviti Guru/Pelajar: melibatkan sebarang aktiviti yang dilakukan oleh guru/pelajar (sama ada berbentuk hands-on atau minds-on) di sepanjang P&P, demi mencapai objektif pengajaran. Elakkan daripada menulis aktiviti yang berpusatkan kepada guru. Kesemua aktiviti guru dan pelajar perlu dirancang dengan kemas dan tersusun, mengikut urutan objektif dan isi pelajaran. e. Catatan: menulis aspek afektif (misalnya nilai murni), aspek kemahiran saintifik, kemahiran berfikir, bentuk penglibatan pelajar, penggunaan bahan bantu mengajar, peruntukan masa bagi setiap aktiviti, dan sebagainya di sepanjang proses P&P. Merangkumi sebarang ulasan yang dibuat terhadap isi pelajaran, kefahamankemahiran atau aktiviti guru/pelajar atau yang berkaitan dengan strategi pengajaran yang akan dilaksanakan.

51

Anda mungkin juga menyukai