Anda di halaman 1dari 5

KURSUS DALAMAN PENYEBARAN BAHAN

KURIKULUM STANDARD SEKOLAH RENDAH (KSSR)


PENDIDIKAN KESIHATAN TAHUN 4
UNTUK KEGUNAAN SESI PERSEKOLAHAN 2014

SJK (C) PANDAMARAN B

Penyampai

: Puan Seah Hooi Kim

Tarikh

: 28 Januari 2013

Tempat

: Pusat Sumber Sekolah

Masa

: 10.30 pagi 12.00 petang

Pengerusi Mesyuarat

: Guru Besar

Sasaran

: Semua guru SJK (C) Pandamaran B

Perkara perkara yang dikemukakan dalam bengkel


1. Memberi taklimat umum mengenai Dokumen Standard Kurikulum dan
Pentaksiran tentang mata pelajaran Pendidian Kesihatan tahun 4.
Pengenalan:
Pendidikan Kesihatan ialah disiplin ilmu yang membolehkan murid
mendapat pengalaman pembelajaran secara berterusan untuk membuat
keputusan, meningkatkan literasi kesihatan dan mengamalkan gaya hidup
sihat. Murid dididik supaya sentiasa bersedia menyesuaikan diri dalam aspek
fizikal, mental, emosi, sosial dan rohani. Pengajaran dan pembelajaran
Pendidikan Kesihatan yang terancang dapat meningkatkan potensi individu
ke tahap kesihatan optimum.
Matlamat:
Pendidikan Kesihatan membolehkan individu mengawal kesihatan diri,
keluarga, masyarakat dan persekitaran menerusi pengetahuan, kemahiran,
amalan gaya hidup sihat dan bersikap positif untuk mencapai kesejahteraan
hidup serta jangka hayat panjang yang berkualiti.
Objektif:
Pada akhir pembelajaran, murid dapat meningkatkan pengetahuan,
kemahiran dan amalan :
i) Menjaga kebersihan dan cara pengurusan diri semasa haid dan ihtilam;
ii) Menghargai perubahan fizikal pada diri sendiri dan individu lain, serta
cara menangani pelbagai situasi negatif untuk menjaga keselamatan dan
kehormatan diri;
iii)Mengetahui kepentingan pengambilan makanan berdasarkan Piramid
Makanan Malaysia;

iv) Mengetahui cara berkata TIDAK kepada pembelian dan pengambilan


alkohol;
v) Memilih cara mengurus konflik dan stres;
vi) Mengetahui kepentingan hubungan kekeluargaan dan sokongan ahli
keluarga dalam menangani gejala sosial;
vii)Mengetahui kepentingan menyayangi diri sendiri dan ahli dalam
keluarga, serta cara meluahkan perasaan yang sesuai dalam pelbagai
situasi;
viii)Mencegah penyakit tidak berjangkit seperti penyakit jantung, asma,
penyakit buah pinggang dan diabetes;
ix) Memilih ciri rakan sebaya yang boleh dijadikan suri teladan;
x) Mengetahui kepentingan bantu mula mengikut situasi dan langkahlangkah yang diambil semasa memberi bantu mula untuk kecederaan
ringan.
Pelaksanaan:
Peruntukan waktu bagi mata pelajaran Pendidikan Kesihatan adalah
sebanyak 30 minit (1 waktu) seminggu. Mata pelajaran ini harus diajar
berasingan dengan mata pelajaran Pendidikan Jasmani. Cadangan
pengagihan waktu bagi mata pelajaran Pendidikan Kesihatan adalah
sebanyak 35 waktu setahun seperti berikut:
i) Pendidikan Kesihatan

75%

26 waktu

780 minit

ii) Pemakanan

15%

5 waktu

150 minit

iii) Pertolongan Cemas

10%

4 waktu

120 minit

Reproduktif dan Sosial


(PEERS)

Kemahiran:
Bermula pada tahun 2011, Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR)
telah memberi penekanan kepada Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT).
Kemahiran Berfikir Aras Tinggi ialah keupayaan untuk mengaplikasikan
pengetahuan, kemahiran dan nilai dalam membuat penaakulan dan refleksi
bagi menyelesaikan masalah, membuat keputusan, berinovasi dan berupaya
mencipta sesuatu.
KBAT adalah merujuk kepada :
i) Kemahiran mengaplikasi
ii) Kemahiran menganalisis
iii) Kemahiran menilai
iv) Kemahiran mencipta

Kandungan Standard Kurikulum Pendidian Kesihatan:


Standard kandunagn yang terdapat dalam setiap modul adalan seperti
berikut:
Modul 1 : Kesihatan Fizikal
1.0 Kesihatan Diri dan Reproduktif
- Mengetahui dan memahami pertumbuhan serta perkembangan fizikal
yang sihat.
- Mendemonstrasi keupayaan dan kemahiran untuk menangani pengaruh
dalaman serta luaran yang mempengaruhi kesihatan diri dan
reproduktif.
2.0 Pemakanan
- Mengetahui dan mengamalkan pemakanan yang sihat serta selamat.
3.0 Penyalahgunaan Bahan
- Mengetahui jenis dan kesan penyalahgunaan bahan serta berkemahiran
menangani situasi berisiko terhadap diri, keluarga dan masyarakat.

Modul 2 : Kesihatan Mental, Emosi dan Sosial


1.0 Pengurusan Mental dan Emosi
- Mengetahui pelbagai jenis emosi, kepentingan dan cara mengurus
emosi untuk meningkatkan kesihatan mental dalam kehidupan harian.
2.0 Kekeluargaan
- Mengetahui peranan diri sendiri dan ahli keluarga serta kepentingan
institusi kekeluargaan dalam aspek kesihatan keluarga.
3.0 Perhubungan
- Mengetahui dan mengaplikasi kemahiran interpersonal serta
komunikasi berkesan dalam kehidupan harian.
Modul 2 : Kesihatan Persekitaran
1.0 Penyakit
- Mengetahui jenis penyakit dan cara mencegah serta mengelak risiko
penyakit dalam kehidupan harian.
2.0 Keselamatan
- Mengetahui kepentingan menjaga keselamatan diri dan
mendemonstrasi kemahiran kecekapan psikososial dalam kehidupan
harian.
3.0 Pertolongan Cemas
- Mengetahui asas pertolongan cemas dan kepentingan bertindak dengan
bijak mengikut situasi.

Anda mungkin juga menyukai