Anda di halaman 1dari 2

Kadar obesiti dalam kalangan rakyat di negara ini dikatakan semakin

meningkat. Keadaan ini berkaitan dengan tahap kesihatan rakyat yang


semakin diabaikan.
Jadi, apakah cara-cara yang mampu dilakukan oleh kita sebagai rakyat biasa
untuk menjaga kesihatan.

Kesihatan dianggap perkara yang paling penting dalam kehidupan


seseorang. Tahap kesihatan menentukan keadaan kehidupan yang dijalani
oleh seseoorang itu. Semakin baik kesihatan seseorang itu semakin
mudahlah mereka mengharungi kehidupan mereka. Malah, ada kajian yang
mengaitkan kesihatan yang baik memastikan produktiviti seseorang itu
meningkat. Ada banyak kaedah yang boleh digunakan untuk memastikan
kesihatan seseorang itu bertambah baik.

Kesihatan ditentukan oleh pemakanan seseorang. Itulah antara kata-kata


hikmah yang sering kita dengar mengenai penjagaan kesihatan. Pengambilan
makanan atau diet yang seimbag memastikan badan menerima khasiat yang
diperlukannya. Diet yang betul sepanjang kehidupan seseorang itu
menyebabkan kesihatannya terjamin. Cuma, kita agak sukar untuk
mengamalkan perkara yang baik ini untuk jangka masa panjang kerana tahap
kesihatan itu sukar diperoleh dalam masa yang pantas dan agak berbeza
mengikut pandangan seseorang.

Bukan sahaja diet penting tetapi penjagaan kebersihan turut berperanan


besar untuk menghalang penularan penyakit. Diri seseorang haruslah bersih
dan kawasan tempat tinggal juga dipantau tahap kebersihannya. Malah,
kawasan sekeliling turut diberi perhatian untuk memastikan semuanya dalam
keadaan bersih daripada penyakit berjangkit. Semua tindakan ini akan
memastikan seseorang itu tidak diserang penyakit berjangkit seperti taun.

Selain itu, aktiviti luar harus dilakukan. Senaman ringan dua atau tiga kali
seminggu sudah mampu memberikan tahap kesihatan yang baik. Imunisasi
seseorang turut meningkat melalui aktiviti senaman ini. Peluh yang keluar
membuang sisa toksik yang tidak diperlukan oleh badan. Dalam masa yang
sama senaman ini turut mengurangkan tekanan atau stres yang dialami oleh
seseorang itu. Stres sering dikaitkan dengan kadar kematian yang semakin
meningkat dalam kalangan masyarakat moden terutama di negara ini.

Seseorang itu harus menjalani pemeriksaan doktor yang kerap. Pemeriksaan


doktor setahun sekali memang digalakkan tetapi pemeriksaan ini boleh
ditingkatkan jika seseorang itu mempunyai sejarah keluarga yang berisiko
tinggi. Tindakan ini menyebabkan sesuatu penyakit dapat dikesan lebih awal
dan menerima rawatan yang sewajarnya. Malahan, kecepatan mengesan
penyakit akan dapat menghalang seseorang itu menderita dengan lebih teruk.

Kesimpulannya, menjaga kesihatan merupakan satu tindakan yang


sepatutnya dilakukan oleh semua orang. Penjagaan kesihatan zaman ini juga
dianggap menelan belanja yang banyak kerana kesihatan telah dijadikan
sebagai satu kegiatan ekonomi. Seseorang itu perlulah bijak dalam
menangani isu ini supaya tidak tertipu kerana tidak ada harta yang mampu
membeli kesihatan yang baik. Harta yang penting dalam diri manusia ialah
kesihatannya bukannya wang ringgit kerana kita boleh hidup tanpa wang
tetapi tanpa kesihatan, nyawa kita akan melayang.

Anda mungkin juga menyukai