Anda di halaman 1dari 2

Kesihatan amat penting dalam kehidupan kita.

Oleh itu,kita perlulah menjaga


kesihatan agar berada dalam keadaan yang baik. Berikan pendapat anda tentang
langkah-langkah untuk menjaga kesihatan diri.
Kesihatan amat penting dalam kehidupan kita sehari-hari. Dengan memiliki tubuh
badan yang sihat, seseorang dapat melaksanakan aktiviti harian tanpa halangan. Anak-anak
dapat ke sekolah menimba ilmu dan ibu bapa dapat mencari rezeki untuk keluarga. Bagi
sesetengah orang, nikmat kesihatan hanya disedari apabila mereka diserang penyakit. Mereka
sanggup menghabiskan wang membeli ubat dan makanan kesihatan untuk mengubati
penyakit yang dihadapi. Tambahan pula, pelbagai ubat dan produk makanan kesihatan wujud
di pasaran sekarang seperti “Cendawan tumbuh selepas hujan”. Oleh sebab peri pentingnya
nikmat ini dalam kehidupan, beberapa langkah perlu diambil agar kesihatan kita terjamin. (90
pk)
Satu daripada langkah yang perlu kita beri perhatian untuk menjaga kesihatan adalah
dengan menjaga kebersihan persekitaran tempat tinggal. Keadaan di dalam dan di luar
rumah hendaklah bersih daripada sampah sarap dan tempat-tempat air bertakung. Perkara ini
akan dapat menghapuskan tempat pembiakan agen-agen penyakit seperti lalat, tikus, nyamuk
dan lain-lain. Kita perlulah menyahut seruan kempen yang dilancarkan oleh pihak kerajaan
iaitu kempen “Jumpa Sampah Kutip” dan kempen “Memerangi LILATI (lipas,lalat dan
tikus).” Oleh itu, sampah perlu dibakar, dikambus atau dibuang di tempat khas. Pasu-pasu
bunga dan longkang perlu diperiksa agar air tidak bertakung dan menjadi tempat pembiakan
nyamuk. Dengan demikian, penyakit-penyakit bawaan vektor seperti taun, malaria, dan
denggi dapat dielakkan. Tegasnya, menjaga kebersihan persekitaran merupakan langkah asas
untuk kita semua ke arah mencapai tahap kesihatan yang optimum. (131pk)
Selain itu, pemeriksaan kesihatan amat wajar dilakukan untuk memastikan
kesihatan kita berada dalam keadaan baik. Mengikut saranan pakar perubatan, seseorang
perlu melakukan pemeriksaan kesihatan sekurang-kurangnya dua kali setahun atau enam
bulan sekali. Pemeriksaan ini meliputi tekanan darah, paras gula dalam darah, tahap
kolesterol dan lain-lain lagi. Tujuan pemeriksaan dibuat untuk memastikan tahap kesiahatan
kita berada dalam keadaan sihat dan dapat mengesan penyakit kronik dengan lebih awal
seperti penyakit darah tinggi, kencing manis dan sebagainya. Hal ini bertepatan dengan
peribahasa, “Mencegah lebih baik daripada mengubatinya”. Bagi pesakit yang telah diserang
penyakit ini, keadaannya akan boleh dikawal sebelum menjadi serius seperti
peribahasa,“Cegah sebelum parah”. Pendek kata, kesihatan seseorang akan berada dalam
keadaan baik jika kita secara berdisiplin menjalani pemeriksaan kesihatan diri di hospital-
hospital secara berjadual. (123 pk)

Mengamalkan pemakanan seimbang tidak kurang pentingnya sebagai langkah


menjaga kesihatan kita. Amalan pemakanan berkait rapat dengan kesihatan seseorang. Hal
ini bertepatan dengan peribahasa Inggeris tentang amalan pemakanan iaitu “What you are, is
what you eat”. Boleh dikatakan seseorang yang mengamalkan pemakanan yang seimbang
akan memperoleh kesihatan yang baik. Mengamalkan pemakanan seimbang bermakna
seseorang mengambil makanan yang berkhasiat dan berzat sesuai dengan keperluan tubuh
badan seseorang. Seseorang individu memerlukan makanan yang sesuai berdasarkan usia,
pekerjaan dan keperluan-keperluan lain. Sebagai contohnya, seorang bayi memerlukan lebih
kalsium berbanding orang dewasa yang memerlukan lebih protein. Untuk lebih jelas,
seseorang perlu merujuk kepada piramid makanan sebagai panduan untuk mendapatkan gizi
seimbang. Sehubungan dengan itu, makanan ringan dan minuman bergas perlu dielakkan
kerana boleh memudaratkan kesihatan kita. Pendek kata, langkah terbaik untuk mencapai
tahap kesihatan adalah dengan mengamalkan diet makanan seimbang. (135pk)
Seterusnya, kesihatan kita akan lebih terjamin jika kita melakukan kegiatan riadah.
Amalan riadah seperti berenang, jogging, menunggang basikal dan kegiatan sukan lain adalah
baik untuk kesihatan. Setiap individu disarankan melakukan kegiatan riadah selama 30 minit
dua kali seminggu bagi mendapatkan tahap kesihatan yang optimum. Kegiatan riadah ini
akan menjadi kebiasaan jika setiap hari kita melakukannya dengan penuh disiplin dan
istiqamah sesuai dengan peribahasa, “Alah bisa tegal biasa.” Dengan melakukan kegiatan
riadah, otot-otot tubuh akan lebih bertenaga dan kecergasan badan akan bertambah baik. Di
samping itu, seseorang dapat menghirup udara segar semasa melakukan senaman di taman-
taman permainan serta dapat mengurangkan tekanan atau stress selepas seharian penat
bekerja di pejabat. Seyogia disarankan agar kita dapat melakukan kegiatan senaman secara
untuk memperoleh kesihatan yang baik. (134 pk)
Amalan gaya hidup sihat merupakan langkah yang tidak kurang pentingnya untuk
mendapatkan kesihatan yang baik. Kini, kita dikejutkan dengan bermacam-macam amalan
hidup yang negatif telah menular dalam masyarakat kita. Antara gaya hidup yang negatif
ialah amalan seks rambang dan bebas, melanggani pelacur, penagihan dadah dan pil-pil
khayal, ketagihan arak serta lain-lainnya. Begitu juga amalan merokok yang masih menjadi
sebahagian cara hidup muda-mudi dan remaja dalam masyarakat kita seolah-olah kempen
“Katakan Tak Nak Pada Rokok” giat dijalankan. Sudah tentu, gaya hidup tidak sihat akan
mengundang penyakit seperti Sindrom Kurang Daya Tahan Penyakit (AIDS), siflis dan lain-
lain. Amalan-amalan sebegini perlu dijauhkan seterusnya mengamalkan cara hidup sihat
berdasarkan norma-norma agama dan budaya timur kita. Lantaran itu, beralihlah kepada cara
hidup sihat bagi mendapatkan kesihatan yang baik sebagaimana kempen “Gaya Hidup Sihat”
yang diuar-uarkan oleh kerajaan. (132pk)

Sebagai kesimpulannya, penjagaan kesihatan perlu menjadi agenda dan keutamaan


dalam hidup kita seharian. Pelbagai langkah boleh diambil untuk memperoleh kesihatan yang
baik. Antaranya, menjaga kebersihan diri dan persekitaran, mengambil pemakanan seimbang
dan melakukan kegiatan riadah. Kita haruslah lebih prihatin dan mengambil berat tentang
kesihatan diri agar dapat menjalani kehidupan yang berkualiti. Individu yang sihat akan
mampu memberi sumbangan kepada pembangunan dan kemakmuran negara selaras dengan
slogan, “Rakyat Sihat Negara Sejahtera”. (70pk)

Anda mungkin juga menyukai