Anda di halaman 1dari 8

TAJUK PILIHAN : PENULISAN SPM 2010

1. VANDALISME
2. MEMULIHARA BANGUNAN BERSEJARAH
3. SURAT KIRIMAN TERIMA KASIH CIKGU
4. PERANAN KELUARGA MEMUPUK MINAT MEMBACA
5. ISU KEMALANGAN JALAN RAYA
6. PERANAN IBU BAPA DALAM MEWUJUDKAN MASYARAKAT PENYAYANG
7. KEPENTINGAN MENGUASAI PELBAGAI BAHASA
8. FAEDAH MENABUNG & SEKOLAH PENYAYANG
9. HARI KANTIN
10. KERACUNAN MAKANAN
11. KEBURUKAN KAFE SIBER

1. Huraikan pendapat anda tentang usaha-usaha yang perlu dilakukan untuk menangani
gejala vandalisme. Panjang huraian hendaklah antara 200 – 250 patah perkataan.

Saban hari, kita sering mendengar isu remaja yang tidak pernah habis-habis
diperkatakan. Tidak kurang juga berita-berita mengenai salah laku oleh remaja yang tidak
pernaj lekang di dada-dada akhbar tempatan hampir pada setiap hari. Remaja sebenarnya
bolehlah dianalogikan sebagai batu permata yang bakal mencorakkan masa depan negara.
Namun, mereka tidak sedar akan hakikat tersebut. Mereka sering melakukan kesalahan yang
melibatkan kemusnahan harta benda awam yang boleh diringkaskan dengan perkataan
’vandalisme’.Cabaran rakan, keseronokan , ingin mencuba, dendam dikenal pasti sebagai
faktor mereka melakukan vendalisme. Menyedari tentang hal ini, usaha-usaha telah dilakukan
daripada pihak tertentu untuk menangani masalah ini.

Dalam konteks ini, ibu bapalah yang perlu memainkan peranan penting. Didikan agama
dan nilai moral yang sempurna haruslah ditanam dalam jiwa anak-anak mereka. Ibu bapa perlu
mendidik anak-anak mereka supaya menghargai harta benda awam yang terdapat baik di
kawasan tempat tinggal mereka mahupun di tempat lain. Selain itu, mereka harus memantau
aktiviti-aktiviti yang biasa dilakukan oleh anak-anak mereka dan mengetahui latar belakang
rakan-rakan bagi anak-anak mereka. Sekiranya mereka mendapati anak-anak mereka terlibat
dalam gejala vandalisme ini, tindakan sewajarnya harus dilakukan. Hal ini termasuklah dengan
memberi amaran tegas kepada anak-anak mereka. Tindakan ini memang sesuai dengan kata
orang-orang tua ”sayangkan anak, tangan-tangankan”.

Di samping itu, masyarakat tidak harus berpeluk tubuh apabila gejala vandalisme
”menjalar” dengan berleluasa di kawasan perumahan mereka. Perbuatan seperti menconteng
dinding bangunan, merosakkan telefon awam dan buaian di taman permainan serta tong
sampah awam wajar diambil perhatian. Masyarakat di sesebuah kawasan itu perlu
mengadakan mesyuarat dengan para ibu bapa tentang gejala itu dan mengenakan tindakan
seperti denda berupa bayaran kepada ibu bapa yang didapati anak-anaknya terlibat dalam
salah laku ini. Kesannya, ibu bapa akan menjadi lebih peka terhadap tindak-tanduk anak-anak
mereka.

Selain itu, pihak kerajaan perlu mengadakan kempen-kempen untuk memerangi gejala
vandalisme. Pihak kerajaan boleh menyebarkan idea tersebut melalui stesen televisyen dan
radio tempatan untuk menangani gejala yang semakin `membarahi’ negara ini. Kerajaan juga
perlu mengenakan bayaran kompaun yang setimpal kepada sesiapa yang didapati melakukan
sebarang aktiviti yang melibatkan kerosakan harta benda awam.

Kesimpulannya, semua pihak perlu berganding bahu dan mengerah keringat untuk
bersama-sama memerangi gejala vandalisme ini. Walaupun isu ini dilihat tidaklah terlalu teruk,
tetapi ingatlah bahawa ia dapat memberi impak yang besar kepada negara. Sekiranya semua
kemudahan awam kita tidak boleh digunakan atau diconteng, maka di manakah kita hendak
meletakkan air muka kita? Imej negara yang berseih hanya akan tinggal kenangan sahaja.
Ayuhlah kita bertindak segera untuk `memerangi` gejala ini dan ingatlah, jangan sudah terantuk
barulah nak tengadah.

2.USAHA-USAHA MEMULIHARA BANGUNAN BERSEJARAH DI NEGARA KITA

Di Malaysia, terdapat banyak bangunan bersejarah yang masih utuh berdiri dan banyak
juga yang terbengkalai gara-gara sikap segelintir masyarakat yang tidak bertanggungjawab.
Pelbagai usaha yang dijalankan oleh pihak kerajaan bagi memulihara kembali bangunan
bersejarah yang ada di negara kita.

Antara bangunan bersejarah yang masih utuh berdiri dan memainkan peranan yang
penting dalam pembangunan negeri ialah Bangunan Sultan Ibrahim yang menjadi salah sebuah
bangunan yang tersergam indah di Johor Bahru. Selain itu, bangunan ini juga menjadi lambang
kebanggaan bagi rakyat Johor Bahru. Bangunan Sultan Ibrahim ini berperanan menjadi pejabat
kerajaan negeri Johor Bahru dan masih beroperasi sehingga kini.

Antara usaha yang dilakukan bagi memulihara bangunan-bangunan bersejarah yang


ada di Malaysia adalah dengan membaiki segala struktur bangunan yang sudah dimamah
usia. Bangunan bersejarah ini perlulah diperutuhkan lagi supaya tidak lapuk dek zaman dan
generasi yang akan datang dapat mengenalinya.

Selain itu, pihak kerajaan boleh mengadakan kempen untuk menarik minat pelancong
sama ada di dalam atau di luar negara. Contoh kempen yang boleh dilaksanakan oleh kerajaan
ialah “Bulan melawat bangunan bersejarah di Malaysia”. Sepanjang bulan ini pelbagai aktiviti
boleh diadakan bagi menjayakan kempen yang dianjurkan oleh pihak kerajaan.

Pihak kerajaan juga boleh memulihara bangunan bersejarah dengan menjadikan


bangunan tersebut sebagai pusat yang terpenting bagi sesebuah negeri. Umpamanya
menjadi pusat pelancongan atau menjadi pusat pentadbiran negeri seperti Bangunan Sultan
Ibrahim, A Famosa dan Bangunan Sultan Abdul Samad.

Di samping itu, pihak kerajaan boleh mengadakan pameran untuk memperkenalkan


bangunan bersejarah yang masih terdapat di Malaysia supaya generasi akan datang dapat
mengenali bangunan bersejarah di Malaysia.

Tuntasnya, kita sebagai rakyat Malaysia mestilah bertanggungjawab memulihara


bangunan bersejarah yang ada di Malaysia supaya generasi akan datang dapat mengenalinya,
bak kata pepatah berat sama dipikul, ringan sama dijinjing.
3.KELUARGA MEMAINKAN PERANAN PENTING UNTUK MENANAMKAN MINAT
MEMBACA DALAM KALANGAN ANAK-ANAK. BINCANGKAN.

Lahirnya anak-anak di dunia ini ialah sebagai amanah Allah kepada ibu bapa untuk
memberikan kasih sayang yang sempurna. Kelahiran mereka umpama kain putih lagi suci.
Tidak ada titik hitam mahupun dinodai. Ibu bapalah yang berperanan mencorakkan warnyanya.
Jika pelangi warnanya, indahlah hidupnya. Jika hitam bak malam tanpa purnama, gelaplah
jalannya. Bagaimana acuan begitulah kuihnya. Ibu bapa perlu memberikan perhatian dan
pengawasan secukupnya kerana anak-anak ini tunggak dan pemangkin masa depan negara.

Namun, kebanyakan keluarga seakan-akan terlupa untuk menerapkan nilai murni ini.
Nilai atau amalan mampu meningkatkan kualiti kemanusiaan dan sahsiah manusia. Amalan
yang dimaksudkan ialah amalan membaca. Purata rakyat Malaysia membaca hanya dua buah
buku setahun berbanding dengan rakyat di negara matahari terbit. Sungguh mendukacitakan.
Ke manakah perginya kehebatan kita, Malaysia? Justeru, insan yang paling dekat dalam
menyemai amalan ini ialah keluarga. Keluarga yang akan menanam dan mengukuhkan jiwa
anak-anak sekuat konkrit.

Peranan keluarga yang pertama menjadi contoh teladan paling utama dalam institusi
kekeluargaan. Mereka yang berumur atau dewasa harus memberikan contoh yang terbaik
memulakan amalan membaca itu. Anak-anak akan lebih mudah mengingati dan meniru gaya
orang dewasa. Lantas, menimbulkan rasa ingin tahu dan belajar untuk membaca. Ibu bapa
seharusnya mula menunjukkan langkah positif sejak hamil lagi. Bukankah ada orang berkata,
pendidikan itu bermula sejak dari dalam kandungan lagi. Sesuai dengan peribahasa, melentur
buluh biarlah dari rebungnya. Lenturan yang baik akan menghasilkan variasi anak-anak yang
berjiwa besar jika disertai sentuhan penawar al-Quran sebagai pelindung bisikan jentera
syaitan.

Peranan yang kedua adalah dengan menubuhkan perpustakaan mini. Kita sudah
dimaklumkan bahawa kerajaan pernah menyarankan penubuhan perpustakaan mini ini. Apakah
itu perpustakaan mini? Perpustakaan mini bermaksud sebuah tempat khas yang disediakan
khusus untuk ahli keluarga menjalankan aktiviti pembacaan. Lazimnya, ia dilengkapi dengan
pelbagai buku rujukan dan ilmiah selain buku ringan yang mengandungi grafik-grafik berwarna.
Kajian mendapati buku-buku dengan elemen yang baik mampu menajamkan pemikiran dan
daya ingatan anak-anak. Selain itu, ia juga dilengkapi bahan bacaan elektronik seperti komputer
riba yang sesuai dengan usia anak-anak. Bahan ini akan merangsang anak-anak supaya
berfikir dengan kritis dan kreatif. Konsep perpustakaan mini juga harus mengimplementasikan
kelestarian alam dalam perpustakaan mini bertujuan untuk mewujudkan keadaan yang segar
dan hirupan udara nyaman dan menjana minda berpengetahuan.

Peranan yang seterusnya adalah dengan membawa anak-anak ke pameran buku.


Carilah masa yang sesuai dan lawatlah ke karnival buku yang berdekatan. Ini sebagai tanda
kita menyahut seruan kerajaan membaca itu amalan mulia. Selain itu, menjalankan tugas
sebagai ibu bapa dengan membeli buku di pameran tersebut. Sempena itu, Dewan Bahasa dan
Pustaka sendiri telah mencipta sebuah lagu khas untuk membaca. Di dalamnya terselit nasihat
supaya ibu bapa mengajar anak-anak seawal usia. Nasihat tersebut diluahkan oleh Datin Seri
Dr. Siti Hasman dalam bentuk pantun yang berbunyi `Pok amai-amai, belalang kupu-kupu,
bacalah sampai pandai, buku-buku pelbagai ilmu. Susu lemak manis, santan kelapa muda,
jangan anak menangis, kalau emak suruh membaca`. Lihat betapa pentingnya peranan
keluarga itu yang menjadi tunjang utama kekuatan pokok keluarga. Oleh itu, dedahkan anak-
anak dengan budaya luar yang sihat.

Peranan yang seterusnya adalah dengan memberikan atau menghadiahi anak-anak


buku. Mungkin ia agak remeh tetapi jika diteliti faedahnya, ia sungguh besar. Ia akan dapat
menggalakkan minat membaca anak-anak lagi dan seterusnya membakar semangat apabila
buku yang dihadiahi itu belum pernah ditatapnya. Adakah anak-anak atau budak kecil tahu
tentang kejadian alam? Penerokaan galaksi bima sakti? Atau panggilan dalam menembusi
perut bumi? Ini semua akan menambahkan sifat ingin tahu mereka lagi. Di samping itu,
hadiahilah anak-anak dengan buku pembinaan kerohanian agar jiwa mereka tenteram dan
memikirkan bahawa kejadian di alam ini ada hikmatnya. Sesuai dengan kewajipan kita sebagai
khalifah di bumi, Allah yang membawa seruan Ilahi.

Peranan yang terakhir, ibu bapa perlu meluangkan masa bersama anak-anak membaca
buku. Masa senggang yang diisi sebegini rupa akan menambahkan keseronokan membaca
lagi. Selain itu, hubungan silaturahim kembali erat dan utuh. Ibu bapa mungkin akan dapat
mengesan bakat sebenar anak-anak yang terserlah. Mungkin juga dapat membentuk peribadi
diri dan anak-anak. Dalam sebuah hadis berkata, dari telaga yang jernih, tidak akan mengalir air
yang keruh. Justeru, penuhilah keseronokan itu dengan penuh manfaat dan kesyukuran
kepadaNya.

Jelaslah bahawa peranan keluarga amat penting dalam memupuk minat membaca
dalam kalangan anak-anak. Sabda Rasulullah, tuntutlah ilmu sampai ke negara China. Dari situ,
dapat kita simpulkan bahawa proses mendidik itu berlaku secara semula jadi dan berterusan.
Selain itu, ilmu juga tanpa sempadan.

Kesimpulannya, marilah kita bersama-sama membaca. Ilmu itu seluas lautan. Ilmu itu
juga telah diolah. Terpulang kepada kita untuk menggayakannya. Bacalah demi kecemerlangan
hidup di bumi emas tercinta, Malaysia dan lantas membawa Malaysia ke peringkat yang lebih
tinggi. Dengan memperoleh ilmu baru , kita tidak lagi menjadi seperti kata di bawah tempurung,

4.Surat Kiriman tidak rasmi, terima kasih cikgu.

Nuranyissa Bt. Abu Bakar.


109, Jalan Songket,
Taman Anjaria,
81000, Kulai,
Johor Bahru.

20 Mei 2010

Ke hadapan guru yang saya cintai, iaitu Puan Noridah Bt. Mohd Naim yang kini berada
di Arau, Perlis. Saya berharap agar Puan Noridah sekeluarga berada dalam keadaaan sihat
sejahtera.
Belum terlambat rasanya untuk saya mengucapkan Selamat Hari Guru kepada cikgu
pada 16 Mei 2010 yang telah menabur jasa kepada anak bangsa. Untuk pengetahuan cikgu,
saya kini berada di kampong halaman saya iaitu di Johor Bahru dan saya kini menuntut di salah
sebuah universiti di United Kingdom.
Saya rasa bersyukur kerana telah berjaya melanjutkan pelajaran saya ke menara
gading, di luar negara setaraf dengan pelajar-pelajar cemerlang yang lain. Saya mengambil
jurusan undang-undang dan Insyaallah jika saya berjaya saya ingin mencapai cita-cita saya
untuk menjadi seorang peguam.
Tetapi kegigihan , kecekalan dan semangat yang tinggi tidak cukup untuk saya berjaya
sehingga kini. Saya bersyukur kerana mempunyai guru yang baik yang banyak mengajar dan
mendidik saya sehingga saya berjaya dan dapat menjejakkan kaki hingga ke menara gading.
Guru-guru ibarat lilin yang menerangi kegelapan sekiranya tiada guru, murid-murid tidak dapat
menerima ilmu yang berfaedah dan berguna kepada diri mereka.
Pengorbanan yang banyak dilakukan oleh gurulah yang dapat membantu saya menjadi
seorang insan yang berguna dan berjaya dalam hidup.Pengorbanan seorang guru tidak boleh
dibalas dengan harta dan wang ringgit. Hanya kejayaan memegang segulung ijazah dan
berjaya dalam hidup yang dapat membalasnya.
Cikgu yang saya kasihi,
Kegagalan yang pernah saya alami di dalam peperiksaan pertengahan tahun semasa
saya berada di Tingkatan 5 banyak memberikan kesedaran dan semangat yang tinggi bagi diri
saya untuk mengubah nasib saya.Saya masih ingat lagi, guru yang bernama Puan Noridah
memang banyak memberikan nasihat dan semangat yang kuat kepada saya untuk meneruskan
perjuangan saya sebagai seorang pelajar.
Saya berasa bangga kerana menjadi salah seorang daripada dua puluh orang pelajar
Malaysia yang dapat melanjutkan pelajaran ke United Kingdom. Saya ingin menyatakan di sini
bahawa belajar di dalam negara sendiri bukannya tidak bagus tetapi, sekiranya kita melanjutkan
pelajaran ke luar negara dapat meluaskan pengetahuan dan pemandangan. Kita janganlah jadi
seperti katak di bawah tempurung yang tidak tahu keadaan dunia luar. Tetapi saya tetap ingat
dengan peribahasa ini hujan emas di negara orang, hujan batu di negara sendiri. Maksudnya,
secanggih mana keadaan di tempat orang ia tidak sama dengan keaslian di negara sendiri.
Dulu saya seorang yang pemalas, degil dan tidak mendengar nasihat guru-guru. Jikalau
saya berperangai seperti itu sehingga kini, saya bukanlah menjadi seorang insan yang berguna
dan dapat meneruskan pelajaran saya hingga ke menara gading.
Cikgu yang saya ingati,
Cikgulah orang yang paling berperanan untuk melentur saya menjadi insan yang
berguna. Seperti kata pepatah melentur buluh biarlah daripada rebungnya. Segala nasihat dan
tunjuk ajar daripada cikgu, saya masih amalkannya lagi walaupun kini saya merantau ke negara
orang untuk mencari dan mendapatkan ilmu.Tuntutlah ilmu hingga ke negeri China adalah
pepatah yang masih terngiang-ngiang di telinga saya kerana pepatah inilah yang cikgu katakan
kepada saya sewaktu saya mengambil keputusan SPM pada tahun 2009. Pelbagai bentuk
nasihat dan panduan yang cikgu berikan untuk menjadikan saya sebagai seorang insane yang
berguna.
Cikgu tidak pernah mengadu penat dalam mendidik saya dan rakan-rakan yang lain.
Sanggup meninggalkan keluarga di rumah semata-mata untuk mengadakan kelas tambahan
kepada kami pada setiap hujung minggu.Pengorbanan yang cikgu berikan memang tidak
ternilai harganya bagi saya.
Akhir sekali, doakan kejayaan saya sepanjang berada di perantauan dan semoga
menjadi seorang guru yang cemerlang, gemilang dan terbilang pada masa akan datang.
Selamat Hari Guru saya ucapkan kepad cikgu bagi mengakhiri kata-kata saya. Sekian, terima
kasih.

Anak muridmu,

(NURANYISSA BT. ABU BAKAR)


4.Langkah-Langkah Menangani Masalah Disiplin Dalam Kalangan Pelajar
Kemerosotan disiplin pelajar merujuk perbuatan atau salah laku yang melanggar
peraturan yang ditetapkan oleh pihak sekolah. Kemerosotan disiplin pelajar sekolah juga
dikenal pasti sebagai salah laku yang bertentangan dengan perkara yang ditetapkan sama ada
di dalam bilik darjah, di kawasan sekolah, atau merujuk perhubungan pelajar dengan guru atau
sesama pelajar. Salah laku yang sering dilakukan oleh pelajar, termasuklah jenayah, berjudi,
mencuri, melawan guru dan pengawas, kekemasan diri, ponteng sekolah, kurang sopan,
mengabaikan masa, merosakkan harta, dan tidak jujur.

Kemerosotan disiplin dalam kalangan pelajar dewasa ini tidak boleh dianggap ringan,
malah perlu diberi perhatian yang serius. Institusi keluarga merupakan faktor penting dalam
pembentukan disiplin di sekolah kerana di sinilah asas disiplin diperoleh sebelum pelajar
menjejakkan kaki ke alam persekolahan. Ahli keluarga merupakan orang yang
bertanggungjawab memperkenalkan nilai-nilai murni dalam kehidupan. Pelajar yang pintar,
bijak, dan berkeperibadian baik biasanya berasal daripada keluarga yang harmoni. Kasih
sayang yang diperoleh mereka akan menimbulkan kesedaran dan tanggungjawab sebagai anak
dan pelajar.
Pihak pentadbir sekolah boleh menangani masalah disiplin pelajar dengan cara
memperketat pelaksanaan peraturan sekolah, mengenakan hukuman ynag berat kepada
mereka yang terlibat supaya menjadi teladan kepada pelajar lain, dan memberikan kuasa
sepenuhnya kepada guru-guru untuk melaksanakan peraturan sekolah selain tanggungjawab
yang dipikul oleh guru disiplin. Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) juga mesti memainkan
peranan untuk menangani masalah disiplin para pelajar. Pihka sekolah juga boleh menjalankan
kempen-kempen secara berterusan untuk menanamkan kesedaran dalam diri pelajar tentang
betapa pentingnya disiplin kepada manusia. Antara kempen yang sesuai dijalankan adalah
seperti “Sekolahku Rumahku”, “Sekolah Penyayang”, dan kursus motivasi. Langkah ini penting
dalam usaha untuk menyedarkan para pelajar tentang tanggungjawab mereka kepada diri,
keluarga, dan negara.

Media elektronik haruslah sedar dan sentiasa prihatin tentang isu-isu sosial yang
berlaku dalam masyarakat. Media massa, khususnya televisyen tidak seharusnya terlalu
mementingkan keuntungan, sebaliknya haruslah berperanan membentuk, mendidik, dan
menanam kesedaran kepada penonton. Program-program yang bercirikan keganansan dan
seks patut dihentikan terus penayangannya kerana dikhuatiri akan mendatangkan kesan negatif
kepada pelajar-pelajar.

Pengenalan mata pelajaran Pendidikan Islam dalam sistem pendidikan adalah sangat
penting untuk mengajar atau mendidik pelajar tentang ganjaran berbuat baik ialah pahala,
manakala pembalasan berbuat jahat ialah dosa. Pegangan agama yang kuat akan dapat
mengelakkan pelajar daripada melakukan perkara-perkara yang negatif. Nilai-nilai moral akan
diperoleh oleh pelajar yang bukan beragama Islam melalui mata pelajaran Pendidikan Moral.
Pendidikan ini membantu pelajar membentuk peribadi mulia dan boleh membuat keputusan
berdasarkan nilai moral diri, keluarga, dan masyarakat.

Kesimpulannya, fenomena salah laku dan kemerosotan disiplin pelajar akan berterusan
sekiranya pihak yang terlibat enggan berganding bahu untuk mengorak langkah bersama-sama
menangani masalah ini. Jika dibiarkan berterusan, keadaan yang sedia ada boleh menggugat
perkembangan pelajar dan sistem pendidikan di negara ini. Keprihatinan masyarakat
bermaksud memberikan kerjasama yang sepenuhnya kepada pihak berkuasa, khususnya pihak
polis dan Jabatan Pelajaran dalam menyempaikan maklumat serta membantu melaksanakan
peraturan yang sedia ada.
5.Menangani kemalangan jalan raya

Pendahuluan.
- Ayat Rangsangan.
- Huraian Sokongan.
- Ayat Arah.

Isi / Fakta
- Meningkatkan kawalan dan pemantauan di kawasan-kawasan
yang kerap berlakunya kemalangan.
- Pelaksanaan tindakan undang-undang yang lebih tegas oleh pihak berkuasa.
- Kempen kesedaran dan keselamatan jalan raya yang berkesan.
- Mewajibkan pemandu membuat pemeriksaan kenderaan mereka.

Penutup.
- Cadangan.
- Huraian Penutup.

Langkah 3 – Menulis ( Karangan Contoh ).

Saban hari kita disajikan dengan berita kecelakaan jalan raya melalui pelbagai
media massa ( AR ). Kejadian kecelakaan jalan raya ini bukan sahaja melibatkan
kecederaan biasa, malahan melibatkan kecacatan anggota badan serta kehilangan
nyawa pengguna jalan raya ( HS ). Sehubungan dengan itu, pihak kerajaan mestilah
mengambil pelbagai usaha yang drastik untuk mencegah fenomena ini daripada terus
meningkat ( AA ).

Langkah pertama yang boleh diambil ialah meningkatkan kawalan dan


pemantauan di kawasan-kawasan yang kerap berlakunya kemalangan. Tindakan ini
perlu dilakukan terutamanya semasa musim-musim perayaan. Hal ini demikian kerana
pada waktu tersebut, bilangan kenderaan di jalan raya meningkat secara mendadak.
Dalam keadaan yang sama pula, para pengguna jalan raya seakan-akan lupa dengan
keselamatan mereka akibat kegembiraan menyambut sesuatu hari perayaan . Dalam
konteks ini, tindakan pihak polis menjalankan Ops Balik Kampung amatlah dipuji.
Walaupun kejadian kemalangan masih berlaku tetapi sekurang-kurangnya dapat
menurunkan kadar kemalangan terutamanya yang melibatkan kemalangan maut.
Sesungguhnya amalan sedemikian samalah dengan peribahasa mencegah itu lebih
baik daripada mengubati. Dengan adanya kawalan dan pemantauan, pengguna jalan
raya akan sentiasa berhati-hati dan mematuhi peraturan jalan raya.

Selain itu, kerajaan mestilah menguatkuasakan undang-undang dan peraturan


jalan raya yang lebih tegas. Hal ini bermaksud sesiapa sahaja yang melakukan
kesalahan jalan raya, mereka hendaklah dikenakan denda yang sepatutnya. Pihak
berkuasa yang melaksanakan undang-undang mestilah tidak bersikap memilih bulu.
Sesiapa yang melakukan kesalahan jalan raya seperti, memandu melebihi had laju,
memotong di sebelah kiri, menggunakan lorong kecemasan dan lain-lain lagi hendaklah
dikenakan denda yang setimpal, misalnya dikompaun sebanyak RM300 dan perlu
membayarnya secara serta merta. Di samping itu, bagi kesalahan berat misalnya yang
melibatkan kehilangan nyawa orang lain, lesen pemanduan mereka perlulah digantung,
didenda ataupun dihukum penjara atau kedua-duanya sekali. Tindakan ini penting bagi
menanam kesedaran dan rasa takut kepada para pemandu semasa memandu di jalan
raya. Sesungguhnya kelalaian mereka walaupun dalam sedetik akan menyebabkan
kedukaan seseorang akan berpanjangan sepanjang hayat mereka.
Seterusnya, kempen kesedaran yang berkesan perlu dilakukan secara
berterusan. Kempen yang dijalankan perlulah melibatkan pihak media massa dan
pelbagai pertubuhan bukan kerajaan ( NGO ). Kempen keselamatan jalan raya
sebenarnya perlu disasarkan kepada pelajar yang berada di bangku persekolahan lagi.
Hal ini kerana melentur buluh itu biarlah daripada rebungnya. Melalui penubuhan
Kelab Keselamatan Jalan Raya pelajar perlu didedahkan tentang peraturan yang perlu
dipatuhi semasa menggunakan jalan raya. Di samping itu, kempen yang dijalankan
perlulah berterusan dan tidak bermusim terutama pada musim perayaan sahaja.
Malahan kempen yang dijalankan juga tidak bersifat bagai melepaskan batuk di
tangga sahaja. Melalui ceramah dan iklan yang disiarkan, masyarakat perlu
didedahkan bahawa jalan raya bukan medan perlumbaan. Dalam konteks ini sikap
pandu cermat jiwa selamat perlulah diamalkan oleh semua pengguna jalan raya.,

Dalam usaha mengurangkan kadar kecelakaan jalan raya, pihak kerajaan juga
hendaklah membaiki jalan-jalan yang rosak. Hal ini demikian kerana antara punca
kemalangan ialah permukaan jalan yang berlubang dan tidak rata. Oleh sebab para
pemandu kadang kala terpaksa memperlahankan kenderaan secara tiba-tiba atau
mereka hendak mengelakkan lubang, maka mereka akan terbabit dalam kemalangan
dengan kenderaan yang lain. Pada masa yang sama juga, para pemilik kenderaan
perlu membuat pemeriksaan terhadap kenderaan mereka secara berkala misalnya
melalui Pusat Pemeriksaan Kenderaan Berkomputer ( PUSPAKOM ). Hal ini penting
kerana keadaan tayar yang botak dan brek yang kurang berfungsi dengan baik boleh
menyebabkan kemalangan mudah berlaku. Sesungguh sikap sediakan payung
sebelum hujan perlu dipraktikkan oleh semua pemandu.

Kesimpulannya, kecelakaan jalan raya merupakan musibah yang tidak diingini


oleh semua orang ( ULASAN ). Oleh sebab itu, semua pihak perlulah berhati-hati
semasa berada di jalan raya kerana peribahasa Melayu mengatakan bahawa malang
tidak berbau ( HP ).

Anda mungkin juga menyukai