Anda di halaman 1dari 1

OA SEMPENA BENGKEL

_______________________________
‫َّحي ِْم‬ ِ ْ‫بِس ِْم هللاِ الرَّح‬
ِ ‫مـن الر‬

Ya Allah kami menadah tangan memohon restu-Mu, kurniakanlah kepada kami iman yang kamil, ilmu
yang memberi manfaat, rezeki yang halal, anak yang soleh, rumah tangga yang bahagia, usia yang
berkat, doa yang mustajab, hajat yang tertunai, kesihatan yang berterusan, hutang yang terbayar,
keselamatan dan kesejahteraan di dunia dan akhirat.

‫يَا هللَا ُ يَا َكرْ ي ُم‬

Jadikanlah Kursus __________________ Bil. 14 Siri 1/2009 Bagi ________________ini sebagai wasilah
ke arah mempereratkan hubungan antara kami.  Ya Allah, perkukuhkan azam dan iltizam kami bersama
demi mencurahkan usaha dan tenaga kepada agama, bangsa dan negara. Sempurnakan khidmat bakti
kami ini sebagai satu ibadah yang dicontohi dan disegani, eratkanlah kasih sayang di kalangan kami,
limpahkanlah cahaya petunjuk untuk kami terus melaksanakan tanggungjawab dengan adil  demi
kesejahteraan masyarakat dan negara.

‫يَا هللَا ُ يَا َش ُك ْو ُر‬

Kami memohon agar satukan dan perteguhkanlah hati-hati kami, siramilah hati kami dengan cahaya
ketaqwaan, jadikanlah kami di bawah lindungan-Mu. Kami memohon kesejahteraan dan kebahgiaan
berkekalan untuk kami di dunia dan akhirat.

‫يَا هللَا ُ يَا رَ شِ يْد‬

Suburkanlah sifat-sifat yang mulia di dalam jiwa-jiwa kami, dengan sentiasa merasa redha di atas
nikmat dan rahmat yang telah dikurniakan kepada kami, mesrakanlah di antara hati-hati
kami,tunjukkanlah kami jalan yang selamat, hindarilah diri kami dari sifat-sifat mazmumah dan
siramilah kami dengan sifat-sifat mahmudah.

Ya Allah, jadikanlah perhimpunan kami ini sebagai satu perhimpunan yang dirahmati dan perpisahan
kami pula selepas ini sebagai satu perpisahan yang diberkati dan dilindungi. Ya Allah permudahkanlah
pegawai-pegawai kami dalam menyelesaikan kes-kes jenayah.  Jauhkanlah kami dari segala bala
bencana kebinasaan dan kerosakan dan apa-apa perkara yang menjauhi kami daripada rahmat-Mu.

Anda mungkin juga menyukai