Anda di halaman 1dari 2

KRT ZON JALAN TEKUKUR BANDAR PUTARA

NO. 12379 JALAN TEKUKUR, BANDAR PUTRA


81000, KULAIJAYA JOHOR
NO.TEL: 0137575752

Tarikh: 25 Jun 2011


Kepada,
Tuan Haji Md. Rofiki bin Dato' Hj. A. Shamsudin, P.I.S.
YDP Majlis Perbandaran Kulaijaya,
Kulaijaya Johor Darul Takzim

Tuan
MEMOHON KEMUDAHAN PERALATAN UNTUK PROGRAM KARNIVAL SUKAN

Merujuk kepada perkara di atas, kami dengan rasa rendah diri ingin memohon bantuan daripada pihak
Majlis Perbandaran Kulaijaya bagi melicinkan perjalanan program Karnival Sukan 1 Malaysia 2011 Zon
KRT Jalan Tekukur.

2. Untuk makluman pihak tuan, kami memohon agar pihak tuan dapat memasang 2 buah khemah dan
menyediakan 80 buah kerusi , 2 buah meja, pentas dan rostrum. Permohonan ini dibuat kerana n KRT
Zon Jalan Tekukur tidak mampu menyewa peralatan tersebut.

3. Berikut adalah butiran tentang program tersebut.


a. Tarikh: 10 Julai 2011 (Ahad)
b. Masa: 11.00 pagi (Perasmian )
c. Tempat: Padang Tekukur 8
d. Perasmi: En. Zaini B. Sayuti, Penghulu Mukim Senai/ Kulai.

4. Diharapkan tuan dapat mempertimbangkan permohonan kami ini. Sekiranya pihak tuan meluluskan
permohonan kami, diharapkan pihak tuan dapat memasang khemah pada 09 Julai 2011(Sabtu). Hal ini
kerana, pihak kami dapat membuat persiapan dengan lebih awal . Jasa baik tuan amat kami hargai.

Sekian terima kasih.

“Membudayakan Perpaduan Meraikan Kepelbagaian”

Yang benar,

……………………………………………..
(MIZAN BIN IBRAHIM)
Pengerusi KRT
Zon Jalan Tekukur Bandar Putra

s.k Setiausaha KRT

Anda mungkin juga menyukai