Anda di halaman 1dari 1

SMK.

TAN SRI JAAFAR ALBAR,


TANJUNG SEDILI , 81910 NO.TEL: 07-8918224
KOTA TINGGI, JOHOR. NO. FAX: 07-8918916

Ruj. Kami : SMKTSJA.600-3/5/15


Tarikh : 27 Jun 2023
Kepada,

Ketua Polis Balai


Balai Polis Kuala Sedili
Tanjung Sedili, 81910 kota Tinggi
Johor.

Tuan,

MEMOHON MENDAPATKAN KAWALAN KESELAMATAN PELAJAR

Dengan hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.

2. Sukacita dimaklumkan, SMKTSJA akan mengadakan Pertandingan Merentas


Desa Peringkat Sekolah 2023. Butiran berkenaan pertandingan tersebut adalah seperti
berikut:
Tarikh : Khamis, 6 Julai 2023
Masa : 8.30 pg – 12.00 tgh
Tempat : Seperti di lampiran
Sasaran Peserta : Semua pelajar Tingkatan 1 - 5

3. Sehubungan dengan itu, pihak kami memohon jasa baik pihak tuan bagi
menyediakan anggota tuan untuk membantu memastikan kelancaran perjalanan
pertandingan dari segi trafik lalu lintas. Pelan laluan bagi pertandingan tersebut adalah
seperti lampiran yang disertakan.

Segala kerjasama dan pertimbangan dari pihak tuan berhubung perkara ini adalah amat
diharapkan dan dihargai.

Sekian, terima kasih.

“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

Saya yang menjalankan amanah,

Anda mungkin juga menyukai