Anda di halaman 1dari 2

PERSATUAN IBU BAPA DAN GURU

SK TAMAN KOPERASI POLIS


TAMAN KOPERASI POLIS FASA 2 Tel : 03 -
61871880
68100 KUALA LUMPUR Fax: 03 - 61875881

Ruj. Kami : SKTKP PIBG 100-7/1/4/3 Jld 5 ( )


Tarikh : 7 Januari 2020

Kepada:
Ibu Bapa / Penjaga
Murid-murid SK Taman Koperasi Polis

Tuan / Puan,

JEMPUTAN PROGRAM GOTONG-ROYONG PERDANA SK TAMAN KOPERASI POLIS


TAHUN 2020

Adalah dengan segala hormatnya saya merujuk kepada perkara di atas.

2. Sukacitanya dimaklumkan bahawa pihak PIBG dengan kerjasama pihak sekolah SK Taman
Koperasi Polis akan mengadakan Program Gotong-Royong Perdana seperti ketetapan berikut:-

2.1 Tarikh : 18 Januari 2020 (Sabtu)


2.2 Masa : 7.30 pagi
2.3 Tempat : SK Taman Koperasi Polis

3. Sehubungan itu, pihak kami menjemput dan mempersilakan tuan/puan agar sudi meluangkan masa
untuk bersama-sama menyumbang tenaga bagi menjayakan program tersebut. Jika terdapat sebarang
sumbangan yang ingin disalurkan boleh berhubung melalui guru kelas anak tuan/puan.

4. Sokongan dan kerjasama tuan/puan amatlah dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih.

Sekian, terima kasih.

“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

Saya yang menjalankan amanah,

( SAIFULRUDDIN BIN MOHAMED SAMSURI )


Yang DiPertua PIBG,
SK Taman Koperasi Polis
68100 Kuala Lumpur

Anda mungkin juga menyukai