Anda di halaman 1dari 1

SMK SEKSYEN 10 KOTA DAMANSARA

47810 PETALING JAYA, SELANGOR.


Tel. No.: 0361568514 Fax.: 0361563534
Email: bea8638@btpnsel.edu.my

Ruj. Tuan :
Ruj. Kami : 800-2/5/2( )
Tarikh : 8 Januari 2018

Kepada:
Ketua Polis Daerah,
Petaling Jaya,
Selangor.

UP: Tuan KBKA (Ketua Trafik Daerah Petaling Jaya)

Memohon Bantuan Polis Sempena KD10 Road Run 2018

Dengan segala hormatnya perkara diatas adalah dirujuk.

2. SMK Seksyen 10 Kota Damansara akan mengadakan acara seperti berikut:

Perkara : KD10 Road Run 2018


Tarikh : 12 Januari 2018 (Jumaat)
Masa : 8.00 pagi – 11.00 pagi

3. Sehubungan itu, pihak sekolah ingin memohon bantuan daripada pihak polis seramai 3-5
orang pada tarikh tersebut untuk memastikan keselamatan murid. Memandangkan kejohanan ini akan
akan menggunakan laluan utama, maka kenderaan dijangka agak banyak menggunakan laluan
tersebut. Bersama surat ini dilampirkan pelan laluan larian untuk tindakan pihak tuan.

4. Untuk makluman pihak tuan, pihak sekolah telah memohon kebenaran daripada Majlis
Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) untuk menggunakan laluan tersebut.

5. Semoga permohonan ini mendapat pertimbangan sewajarnya dari pihak tuan. Kerjasama dari
pihak tuan kami dahulukan dengan ucapan ribuan terima kasih.

Sekian, terima kasih.

“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

Saya yang menurut perintah,

(ROS BINTI LIZAN)


PENGETUA
SMK SEKSYEN 10 KOTA DAMANSARA
s.k 1. Fail sekolah
2. Balai Polis Kota Damansara

Anda mungkin juga menyukai