Anda di halaman 1dari 1

MAJLIS PENGURUSAN KOMUNITI KAMPUNG(MPKK)

AMPANG CAMPURAN
A-G-08, MESRA VILLA, JLN IKAN EMAS
KG AMPANG CAMPURAN, 68000 AMPANG SELANGOR DARUL EHSAN
013 356 8217

Tuan Khairilazhar Bin Ismail, Rujukan: MPKKAC/MohonMPAJ/ ( )


Pengarah, Tarikh : 10 Februari 2023
Jabatan Belia, Masyarakat dan Lanskap
Aras 9, Majlis Perbandaran Ampang Jaya,
Menara MPAJ, Jalan Pandan Utama,
Pandan Indah, Selangor,
55100 KUALA LUMPUR.

Tuan,

PERMOHONAN KHEMAH, MEJA DAN KERUSI BAGI SUKANEKA DI KAMPUNG


AMPANG CAMPURAN.

Dengan segala hormatnya merujuk perkara di atas.

2. Untuk maklumat pihak tuan, Program Sukaneka di Kampung Ampang Campuran akan diadakan
dengan ketetapan seperti berikut:

TARIKH : 19 FEBRUARI 2023


MASA : 8.00PG HINGGA 5.00PTG
LOKASI : PADANG PERMAINAN DI JALAN IKAN JELAWAT 6

3. Sehubungan dengan itu, saya ingin memohon 2 Khemah, 4 Meja dan 20 kerusi untuk
menjayakan program tersebut.

4. Kerjasama dan perhatian dari pihak tuan amat saya hargai dan didahului dengan ucapan terima
kasih.

Sebarang pertanyaan adalah amat dialukan untuk menghubungi saya di talian 013-3568217. Sekali lagi,
segala keprihatinan dan ambil maklum pihak tuan, amat-amat saya hargai dan berterima kasih.

Saya yang menjalankan amanah,

…..............................................
MOHD AIDIL BIN AB HALIM
Pengerusi MPKK/ Ketua Kampung
Kampung Ampang Campuran

Anda mungkin juga menyukai