Anda di halaman 1dari 1

MASJID JAMIUL MUHSININ

KAMPUNG KUNDANG
42800 TANJUNG SEPAT, KUALA LANGAT,
SELANGOR DARUL EHSAN

Ruj. Kami : MJMKK PP0300/03 /07/ (13)


Tarikh : 13 September 2022
17 Safar 1444 H

Kepada;
Pengarah
Sektor Pembangunan Sosial
Majlis Agama Islam Selangor ( MAIS)

Tuan,

PERMOHONAN BANTUAN FIDYAH BERBENTUK WANG TUNAI.

Dengan segala hormatnya, perkara di atas adalah dirujuk.

2. Dengan sukacitanya pihak Masjid Jamiul Muhsinin Kampung Kundang ingin memohon
bantuan fidyah berbentuk tunai kerana golongan asnaf-asnaf ini amat memerlukan bantuan
tunai bagi memenuhi keperluan asasi mereka akibat kenaikan kos sara hidup yang kian
meningkat seperti membeli barang makanan basah,susu dan lampin pakai buang.
3. Pihak masjid akan mengadakan program Asnaf dan Masjid Sentiasa Mengimarah pada
butiran seperti berikut:
o Tarikh : 15 Oktober 2022 / Sabtu
o Masa : 5:00 petang
o Tempat : Masjid Jamiul Muhsinin Kampung Kundang

4. Jesteru pihak Masjid Jamiul Muhsinin Kampung Kundang ingin memohon bantuan tunai
sebanyak RM300 setiap seorang dengan bayaran di buat kepada akuan masjid ( No.Akuan
12074010013663 Bank Islam ) bagi pihak penerima. Pihak masjid akan membuat agihan
tunai ini kepada semua penerima.

5. Bersama-sama surat ini juga dilampirkan penyata bank yang mengandungi nama dan nombor
akaun bank.

6. Kerjasama daripada pihak Tuan diucapkan dengan ucapan terima kasih

Sekian.

Saya yang menurut perintah,

.................................................................
( Haji Mohd Samsuri bin Sibadar )
Nazir Masjid Jamiul Muhsinin
Kampung Kundang.

Anda mungkin juga menyukai