Anda di halaman 1dari 1

VISI, MISI, OBJEKTIF, PIAGAM PELANGGAN &

MOTO MASJID JAMIUL MUHSININ KAMPUNG


KUNDANG.
VISI
Masjid sebagai institusi masyarakat ke arah pembentukan ummah yang beriman dan bertaqwa

MISI
1)      Menjadikan masjid sebagai pusat ibadah dan pusat perkembangan ilmu sepanjang masa.
2)      Menyediakan pelbagai aktiviti yang bermanfaat dan berkesan untuk semua peringkat dari segi rohani dan
jasmani sesuai dengan tuntutan Islam.
3)      Menyediakan prasarana yang kondusif untuk kemudahan masyarakat setempat.
4)      Menggalakkan kanak-kanak dan belia mengimarahkan masjid.
5)      Melaksanakan pengurusan masjid yang cemerlang.

OBJEKTIF
MENYEDIAKAN MASJID SEBAGAI TEMPAT RUJUKAN MASYARAKAT BAGI MENYELESAIKAN SEBARANG
MASALAH YANG DIHADAPI DAN MENJADI CONTOH TERBAIK YANG BOLEH DIIKUTI. MASJID TEMPAT
MASYARAKAT MENDAPATKAN MAKLUMAT YANG TEPAT DAN ADIL.

PIAGAM PELANGGAN
1)      Mengimarahkan solat berjemaah secara berterusan setiap waktu sepanjang tahun.
2)      Melahirkan ummah cemerlang yang berkesan melalui aktiviti-aktiviti yang bermanfaat dengan mengadakan
pengajian/kuliah sekurang-kurangnya 20 kali sebulan.
3)      Menimbulkan minat mencintai masjid melalui prasarana yang kondusif, bersih dan indah sepanjang masa.
4)      Membentuk akhlak yang terpuji di kalangan kanak-kanak dan belia untuk memupuk sifat hormat-menghormati,
tolong-menolong dan berkasih sayang melalui aktiviti bersama, yang diprogramkan sekurang-kurangnya 2 kali
sebulan.
5)      Mengangkat martabat masjid sebagai pusat ibadah, ilmu dan kebudayaan Islam melalui ceramah umum
sekurang-kurangnya 6 kali setahun.

MOTO

“BERILMU, BERAMAL, BERDOA”

Anda mungkin juga menyukai