Anda di halaman 1dari 1

PERSATUAN IBU BAPA DAN GURU

SJKT BAYAN LEPAS


JALAN PERMATANG DAMAR LAUT
11900 BAYAN LEPAS, PULAU PINANG

TEL/FAX: 04-6415378

RUJUKAN KAMI: SJKTBL100-13/1/4(3)


TARIKH: 12 JANUARI 2023

Kepada,
Encik P. Murugiah,
Pengerusi,
Persatuan Hindu Pulau Pinang

Tuan,

MEMOHON SUMBANGAN MAKANAN SEMPENA PESTA PONGGAL PERINGKAT


SEKOLAH 2023

Dengan segala hormatnya saya merujuk perkara di atas.

2. Sukacita dimaklumkan bahawa SJKT Bayan Lepas akan mengadakan Sambutan Pesta
Ponggal Peringkat Sekolah seperti di bawah.

Tarikh : 17 Januari 2023


Hari : Selasa
Tempat : SJKT Bayan Lepas

3. Sehubungan itu, pihak sekolah ingin memohon sumbangan seperti berikut:

ITEM HARGA SEUNIT KUANTITI JUMLAH


MAKANAN RM4 150 PEK RM 600

4. Sumbangan boleh disalurkan melalui akaun berikut:

Nombor Akaun Bank : 8003877293


Nama Bank : CIMB BANK
Pemegang Akaun : PIBG SJK (T) BAYAN LEPAS

5. Sehubungan itu, besarlah harapan kami agar pihak tuan dapat menghulurkan sumbangan
seikhlas hati bagi melancarkan program tersebut. Kerjasama dan sokongan daripada pihak tuan
amatlah dihargai dan segala jasa baik tuan kami dahului dengan ucapan jutaan terima kasih.

Sekian, terima kasih.

“PULAU PINANG PENERAJU TRANSFORMASI PENDIDIKAN NEGARA”


“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

Saya yang menjalankan tugas,


Amuthavalli
(AMUTHAVALLI KATHIRASAN)
Setiausaha
Persatuan Ibu Bapa Dan Guru
SJKT Bayan Lepas

Anda mungkin juga menyukai