Anda di halaman 1dari 1

PERSATUAN IBU BAPA DAN GURU

SJKT BAYAN LEPAS


JALAN PERMATANG DAMAR LAUT
11900 BAYAN LEPAS, PULAU PINANG

TEL/FAX: 04-6415378

RUJUKAN KAMI: SJKTBL100-13/1/4(4)


TARIKH: 14 JANUARI 2023

Kepada,
Encik P. Murugiah,
Pengerusi,
Persatuan Hindu Pulau Pinang

Tuan,

PENGHARGAAN ATAS SUMBANGAN MAKANAN SEMPENA PESTA PONGGAL


PERINGKAT SEKOLAH 2023

Adalah saya dengan hormatnya merujuk kepada perkara atas.

2. Disertakan bersama-sama ini adalah resit sebagai pengesahan pemberian sumbangan melalui
ATAS TALIAN bernilai RM 600 untuk menjayakan program Pesta Ponggal Peringkat SJKT Bayan Lepas.

3. Dengan ini, pihak kami ingin mengucapkan jutaan terima kasih di atas kesudian Tuan
memberikan sumbangan dan tajaan serta sokongan bagi menjayakan program ini. Diharapkan pihak Tuan
akan sentiasa memberikan sokongan yang padu pada masa akan datang kepada pihak PIBG SJKT Bayan
Lepas.

4. Keprihatinan dan jasa baik yang Tuan telah berikan amatlah kami hargai.

Sekian, terima kasih.

“PULAU PINANG PENERAJU TRANSFORMASI PENDIDIKAN NEGARA”


“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

Yang Benar,

Amuthavalli

(AMUTHAVALLI KATHIRASAN)
Setiausaha
Persatuan Ibu Bapa Dan Guru
SJKT Bayan Lepas

Anda mungkin juga menyukai