Anda di halaman 1dari 1

PERSATUAN IBU BAPA-GURU

SEKOLAH KEBANGSAAN SUBANG


Jalan Merbau, Kg. Melayu Subang,
40150 Shah Alam
SELANGOR DARUL EHSAN
Tel : 03-78464845 Faks : 03-78474624
________________________________________________________________________________

Ruj Kami : SKS.100-7/1/7 Jld.2 ( )


Tarikh : 01 April 2019

Kepada:

Puan Ooi Haw Voon


Ahli Majlis MPP Zon 17
Pusat Khidmat Ahli Majlis MPP Zon 17,
Dewan MBSA (Resak), Jalan Subang Perdana,
Seksyen U3,
40150 Shah Alam

Puan,

JEMPUTAN KE MAJLIS MAKAN MALAM AMAL DAN BUAL BICARA ILMU


KEKELUARGAAN ANJURAN PIBG SK SUBANG
Dengan segala hormatnya perkara diatas adalah dirujuk.
2. Adalah dimaklumkan bahawa pihak sekolah dan PIBG Sek Keb Subang buat julung
kalinya akan mengadakan Majlis Makan Malam Amal dan Bual Bicara Ilmu Kekeluargaan.
Berikut adalah butiran majlis:

 Nama Program : Majlis Makan Malam Amal & Bual Bicara Ilmu Kekeluargaan
 Tarikh : 16hb April 2019 (Selasa)
 Masa : 7.00 malam – 12.00 malam
 Tempat : Dataran Terbuka Sk Subang

3. Sehubungan dengan itu, pihak sekolah dengan rasa sukacitanya ingin menjemput
puan sebagai tetamu majlis tersebut. Semoga dengan kehadiran puan akan lebih memeriahkan
dan menjayakan lagi program ini.
4. Pihak kami dengan rasa rendah diri amat berharap pihak puan dapat
mempertimbangkan permohonan kami. Semoga program ini lebih bermakna dengan
kehadiran dan sokongan puan.
Sekian, terima kasih.

“MUSYAWARAH MEMBAWA BARAKAH”

Yang Benar,

………………………………………………..
(ZULHISHAM BIN KAMARUDIN)
Yang Dipertua PIBG
Sek Keb Subang

Anda mungkin juga menyukai