Anda di halaman 1dari 1

PERSATUAN IBU BAPA & GURU

SEKOLAH KEBANGSAAN SUNGAI SIPUTEH, PERAK D.R


No. Tel : 05-839 2471 Emel : ABA6045@moe.edu.my SK Sungai Siputeh Selama

PENGURUS Ruj. Kami : PIBGSKSSP/KOT/1/2023 ( 104)


MINI HIDRO SUNGAI SELAMA Ruj. Tuan :
34100 SELAMA, PERAK Tarikh : 4 Mac 2024

Tuan,

MEMOHON SUMBANGAN UNTUK MENJAYAKAN PROGRAM KASIH RAMADAN UNTUK ANAK-


ANAK YATIM DAN MISKIN.

Segala puji bagi Allah SWT tuhan semesta alam, dan selawat ke atas junjungan besar Nabi Muhammad SAW.

Perkara di atas adalah dirujuk.

2. Sukacita dimaklumkan bahawa Persatuan PIBG SKSSp akan mengadakan majlis


penyampaian untuk anak yatim dan miskin sempena Hari Raya yang akan diadakan dengan
ketetapan berikut:
TARIKH : 05 APRIL 2024.
HARI : JUMAAT.
MASA : 8.00 PAGI - 11.30 PAGI.
TEMPAT : DEWAN TERBUKA SK SUNGAI SIPUTEH, PERAK.

3. Sehubungan itu, pihak PIBG sekolah ini dengan rendah hatinya ingin memohon sumbangan
ikhlas dari pihak YB/Dato’/Datin/Tuan/Puan untuk menjayakan program tersebut.

4. Di sini kami sertakan kertas kerja program tersebut dan sesalinan buku akaun PIBG SKSSp.
Sebarang pertanyaan dan menghulurkan sumbangan bolehlah menghubungi Setiausaha Persatuan Ibu
Bapa dan Guru SK Sungai Siputeh iaitu Ustaz Mohamad Noor Azizai b. Mohamad Bakeri di talian
013-413 9298 atau ke akaun :

PERSATUAN PIBG SEK. KEB. SG. SIPUTEH


AKAUN : 2-00-0231-00004645-2 - Agrotani I, Agrobank

5. Kerjasama dan sumbangan dari pihak tuan amatlah kami hargai dan didahului dengan ucapan
jutaan terima kasih.
Sekian, Terima Kasih

“ MALAYSIA MADANI ”
“ BERKHIDMAT UNTUK NEGARA ”
Yang Menjalankan Amanah,

(MOHD WOSFI BIN MOHD SALLEH)


Yang Dipertua,
Persatuan Ibu Bapa dan Guru
SK Sungai Siputeh

SK Sungai Siputeh, 34140 Rantau Panjang,


Perak Darul Ridzuan

Anda mungkin juga menyukai