Anda di halaman 1dari 2

SEKOLAH KEBANGSAAN SAUJANA INDAH

(SEKOLAH KLUSTER KECEMERLANGAN)


14300 NIBONG TEBAL
SEBERANG PERAI SELATAN
Emel: sksaujanaindahsps@yahoo.com
Tel & Faks: 04-5943991

Ruj kami : SKSI (PSS) 600-10/4( )


Tarikh : 23 Ogos 2019

Cik Faidatul Salwa Binti Ismail,


Guru Perpustakaan dan Media,
Sekolah Kebangsaan Saujana Indah,
Lot PT 342 Mukim 9,
Jalan Transkrian,
14300 Nibong Tebal,
Pulau Pinang.

Kepada
Persatuan Ibu Bapa & Guru,
Sekolah Kebangsaan Saujana Indah,
Lot PT 342 Mukim 9,
Jalan Transkrian,
14300 Nibong Tebal,
Pulau Pinang. 23 Ogos 2019

Melalui,
Guru Besar,
Sekolah Kebangsaan Saujana Indah,
Lot PT 342 Mukim 9,
Jalan Transkrian,
14300 Nibong Tebal,
Pulau Pinang.

Tuan,

MEMOHON SUMBANGAN MEMBELI SISTEM AUTOMASI S-LIB DI PUSAT SUMBER SEKOLAH

Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.

2. Pihak Pusat Sumber Sekolah ingin memohon sumbangan tunai sebanyak RM1500
dari pihak tuan untuk menampung perbelanjaan membeli peralatan Sistem Automasi Buku
S-lib yang berharga RM3812.

3. Tujuan pembelian Sistem Automasi PSS adalah untuk mempertingkatkan lagi proses
pengajaran dan pembelajaran demi mencapai kecemerlangan di sekolah. Selain itu, sistem
ini memudahkan kerja Guru Perpustakaan dan Pengawas PSS semasa pemperosesan buku
di PSS dan juga mempercepatkan aktiviti Peminjaman dan Pemulangan di kaunter sirkulasi.
Dengan adanya sistem ini dan melalui rangkaian LAN, murid-murid juga boleh meminjam
dan memulangkan buku mereka di komputer dan laptop yang lain di dalam PSS.
SEKOLAH KEBANGSAAN SAUJANA INDAH
(SEKOLAH KLUSTER KECEMERLANGAN)
14300 NIBONG TEBAL
SEBERANG PERAI SELATAN
Emel: sksaujanaindahsps@yahoo.com
Tel & Faks: 04-5943991

4. Saya juga melampirkan kertas kerja Pembelian Sistem Automasi S-lib untuk semakan
tuan. Di harap sumbangan ini dapat mengurangkan bebanan kewangan PSS dalam
pembelian sistem automasi ini. Kerjasama daripaada pihak tuan amat kami hargai.

Sekian, terima kasih.

“ BERKHIDMAT UNTUK NEGARA “

Saya yang menjalankan amanah,

……………………………………………
(FAIDATUL SALWA BINTI ISMAIL)
Guru Perpustakaan dan Media,
Sekolah Kebangsaan Saujana Indah,
Nibong Tebal, Pulau Pinang.

601139597535/

Anda mungkin juga menyukai