Anda di halaman 1dari 1

Pertamanya saya mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua Jabatan dan agensi atas kerjasama

yang sangat baik dalam program Turun Padang yang telah dihadiri Y.A.B Menteri Besar Perak 12 Oktober
yang lalu. Program ini hanya bertujuan melihat keperluan masyarakat setempat dengan lebih dekat
melalui agensi-agensi yang berkaitan dalam usaha melestarikan kehidupan rakyat dengan lebih
sempurna dan membasmi kemiskinan

Program Hari Sukan Negara pada 14 Oktober yang lalu juga dilihat mampu menjadi satu platform yang
dapat menyatu padukan masyarakat di Kuala Kangsar khususnya melalui aktiviti-aktiviti yang di anjurkan
oleh Pejabat Belia dan Sukan Daerah. Syabas dan tahniah sekali lagi kepada semua yang terlibat
menjayakan program ini.

Manakala program yang akan berlangsung pada 11 November ini,iaitu Larian hari keputeraan Sultan
Nazrin merupakan satu program kerajaan Negeri Perak untuk menarik ramai peserta dari dalam dan luar
daerah untuk sama-sama memeriahkan program ini.Pada masa yang sama kerajaan negeri amat
berharap program ini sentiasa ditambah baik untuk menarik penyertaan yang lebih ramai.Semoga
program-program yang dirancang dapat dilaksanakan dengan baik. Jesteru marilah kita sama-sama
mendoakan kesejahteraan Tuanku, Sultan Nazrin Shah Ibn Almarhum Sultan Azlan Muhibbudin Shah
Ghafirullah dan serta kerabat, seterusnya keamanan penduduk Perak seluruhnya.

Sekian terima kasih

Anda mungkin juga menyukai