Anda di halaman 1dari 1

Kata Alu-aluan Ketua Editor

Dengan kalam Bismillahirrahmanirrahim…

Assalamualaikum dan salam sejahtera…

Bersyukur kita ke hadrat ilahi dengan izin dan limpah kurniaNya dapat sekali lagi kita
berjaya menerbitkan majalah yang menjadi tanda ingatan buat warga SMK Datuk Haji Abdul
Wahab, iaitu Majalah Glorious Wahab tahun 2016. Sekalung penghargaan, penghormatan dan
tahniah diberikan kepada pasukan Sidang Redaksi 2016 atas berkat usaha dan perkhidmatan yang
tidak mengenal erti jemu dan penat dalam menyiapkan wadah yang cukup bermakna bagi seluruh
warga SMK Datuk Haji Abdul Wahab. Menerusi majalah ini jugalah tercatatnya segala coretan
suka duka para guru dan para pelajar untuk dijadikan kenang-kenangan terutamanya bagi para
pelajar Tingkatan 5 yang akan meninggalkan SMK Datuk Haji Abdul Wahab yang tercinta.

Penghasilan majalah ini bukan sahaja merekodkan hari-hari di SMK Datuk Haji Abdul
Wahab bahkan merakamkan kecemerlangan sekolah dalam pelbagai sudut, baik kurikulum
mahupun kokurikulum. Semoga rekod dan kejayaan yang dicapai oleh pelajar dapat
dipertingkatkan lagi pada masa akan datang.

Sebagai ketua editor Majalah Glorious Wahab 2016, mewakili Pasukan Sidang Redaksi
2016 ingin memohon maaf jika terdapat kelemahan dan kekurangan dalam penghasilan majalah
ini, sesungguhnya segala yang baik datangnya daripada Allah dan yang sebaliknya datang dari
kelemahan diri saya sendiri.. Semoga dengan penghasilan majalah ini, semua kenangan dan
memori indah bersama SMK Datuk Haji Abdul Wahab dapat dipotretkan untuk tatapan masa
yang akan datang.

Sekian, terima kasih.

ikhsan
EN IKHSAN BIN SAARI
Ketua Editor
Majalah Glorious Wahab

Anda mungkin juga menyukai