Anda di halaman 1dari 4

Yang dihormati,

Encik Mohamad Fadil Bin Ishak


Ketua Pegawai Pendidikan Daerah Kota Tinggi
Haji Zulkifli Bin Mohamed,
Penolong PPD Kemanusiaan Pejabat Pendidikan
Daerah Kota Tinggi,
Encik Sahmat Bin Ali, Yang DiPertua PIBG Kolej
Vokasional Kota Tinggi,

En Jamal Bin Giman, Timbalan Pengarah


Akademik,
Encik Haji Hanizam Bin Md Ali, Timbalan
Pengarah Sokongan Akademik,
Puan Hajah Norzana Bt Mohd Nor, Ketua Jaminan
Kualiti,
Ketua jabatan,
Ketua Felo Kolej Kediaman KVKT, Encik Azmi
Bin Mohd Salleh,
felo, pembantu felo, staf kolej serta dif jemputan dan
hadirin hadirat yang dirahmati Allah sekalian.

Assalamualaikum warahmatullahiwabarakatuh.

Alhamdulillah kita panjatkan kesyukuran kepada


Allah kerana dengan limpah kurniaNya dapat kita
bertemu dan bersua muka dalam Majlis Sambutan
Hari Raya Aidilfitri bagi kediaman Kolej Vokasional
Kota Tinggi tahun 2019. Di sini saya ingin
mengambil kesempatan untuk mengucapkan Selamat
Hari Raya Aildilfitri, maaf zahir dan batin kepada
semua warga kediaman Kolej Vokasional Kota
Tinggi.
Hadirin sekalian,
Majlis pada hari ini diadakan kerana tidak lain tidak
bukan lagi sebagai salah satu cara untuk kita
memupuk ukhuwah yang sedia ada sebagai
masyarakat yang tinggal bersama. Oleh itu, saya
menyeru agar marilah kita bersama-sama
meningkatkan rasa kesyukuran dan memperkasakan
hubungan silaturahim di antara warga Kolej
Vokasional Kota Tinggi kerana ianya merupakan
asas kekuatan dan kejayaan dalam sesebuah
organisasi yang cemerlang.
Para hadirin sekalian,
Saya mengambil kesempatan ini untuk
mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan
terima kasih kepada jawatankuasa pengelola yang
telah berusaha dan berganding bahu demi
menjayakan majlis perasmian ini.
Akhir kata, sebelum saya mengakhiri ucapan ini,
izinkan saya menyampaikan serangkap pantun,

Gemersik takbir mengundang hiba,


Salam diutus tanda ingatan,
Syawal dinanti menjelang tiba,
Salam diutus pohon kemaafan.
Selamat Hari Raya, maaf zahir dan batin.

Terima kasih dan Assalamualaikum wbt.

Anda mungkin juga menyukai