Anda di halaman 1dari 2

Terima kasih pengerusi majlis.

Assalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera

Yang Berusaha, Encik Ahmad Syukri bin Ariffin, Guru Besar Sekolah Kebangsaan
Bukit Pak Kiau,

Yang Dihormati, Encik Abdul Rahim bin Haji Ali, Guru Penolong Kanan Pentadbiran,

Yang Dihormati, Puan Haslinda binti Johari, Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid,

Yang Dihormati, Encik Hamiza bin Ismail, Guru Penolong Kanan Kokurikulum,
Guru-guru serta murid-murid yang dikasihi sekalian.

Hari ni cikgu akan bercakap tentang nilai-nilai murni. Apakah yang kamu faham
tentang nilai murni?. nilai murni ialah perlakuan yang baik dan beradab ketika kita
berhubungan dengan orang lain. Banyak nilai murni yang boleh kita amalkan.antara
nilai murni yang perlu kita amalkan ialah hormat menghormati. Sebagai murid, kita
perlu menghormati guru kerana guru yang menyampaikan ilmu kepada kita. Kalau
berjumpa dengan guru apa yang kita perlu buat? kita bagi salam. Berikan perhatian
semasa guru sedang mengajar dan jangan buat kerja lain semasa guru sedang
mengajar. Selain guru, kita juga perlu menghormati kawan kita, gunakan bahasa yang
sopan semasa bercakap dengan rakan. jangan gunakan bahasa kasar yang boleh
menyinggung perasaan rakan kita.

Nilai murni yang seterusnya ialah nilai kebersihan. Kita perlu menjaga kebersihan diri
kita supaya kita tidak mudah jatuh sakit. Pastikan penampilan diri kita sentiasa kemas
Dan pastikan kita basuh tangan dulu sebelum dan selepas makan. Sebagai murid,
kita perlu pastikan kelas kita sentiasa dalam keadaan bersih. Barulah kita berasa
selesa untuk belajar.

Sebagai seorang murid, kita juga perlu mengamalkan sikap tolong menolong. Kita
perlu menghulurkan bantuan kepada rakan yang menghadapi masalah. Jika kawan
mempunyai masalah dalam pelajaran, kita bantu mereka. Nilai lain yang perlu
diamalkan oleh pelajar ialah nilai bekerjasama. Contohnya, pelajar perlu bekerjasama
membersihkan kelas dengan rakan-rakan sekelas. Pelajar juga perlu bekerjasama
dalam membuat kerja-kerja kumpulan yang diberi oleh guru. Sikap kerjasama yang
ditunjukkan oleh pelajar akan menyebabkan pelajar disukai rakan-rakan dan juga
guru-guru.

Selain itu, kita juga perlu menghargai masa kerana masa itu emas. Kita perlu gunakan
masa yang kita ada dengan aktiviti yang berfaedah. Jika guru takde dalam kelas, kita
jangan bising. Gunakan waktu tersebut untuk menyiapkan kerja sekolah atau
membaca buku.
Akhir sekali, cikgu harap semua murid dapat mengamalkan nilai-nilai murni dalam
kehidupan dan jauhilah diri kita dari sikap negatif supaya kita dapat menjadi manusia
yang berakhlak mulia . Setakat itu sahaja daripada cikgu. Sekian terima kasih.

Anda mungkin juga menyukai