Anda di halaman 1dari 7

Peranan guru

disiplin dalam
menangani
masalah disiplin
Fungsi guru dalam menangani masalah
disiplin di sekolah
Setiap guru ini masing-masing mempunyai fungsi yang tertentu.
Walau bagaimanapun, pada saat ini, semua guru juga
merupakan guru disiplin.

Tanggungjawab guru adalah dipikul bersama guru disiplin untuk


membentuk murid menjadi murid yang baik dan mematuhi
peraturan.
Fungsi Guru Disiplin
Guru disiplin amat dihormati dan ditakuti oleh kebanyakan pelajar. Denda yang
setimpal akan dikenakan sekiranya pelajar tersebut melakukan kesalahan.

1. Pilih pengawas pada setiap hujung tahun untuk bertugas pada tahun
berikutnya.

2. Menentukan pemilihan pengawas adalah berdasarkan pencapaian dalam


bidang akademik kebolehan dan kemampuan pelajar dalam bidang sukan dan
permainan.
3. Guru disiplin haruslah memastikan perlantikan para pengawas adalah
berdasarkan pengalaman, sahsiah, daya kepimpinan dengan mengambil
kira pandangan dan sokongan para guru.
4. Pemilihan akhir dilakukan oleh para pelajar dengan cara mengundi, jika
didapati sesuai dan boleh dilaksanakan setelah dipersetujui oleh pihak guru.
5. Pemilihan calon dilakukan oleh guru-guru sendiri dan tidak dicalonkan
oleh pelajar.
6. Guru disiplin haruslah menentukan ketua dan penolong ketua pengawas
serta dilantik oleh guru penasihat lembaga pengawas dengan nasihat guru-
guru lain.
Mengenali murid
Seseorang guru harus mengenali murid-muridnya secara lebih dekat dengan
penuh kemesraan. Ini bukan bermakna kita tidak boleh memarahi mereka.

Minat dan masalah murid-murid harus dihayati dan ditangani. Tunjukkan kepada
murid-murid melalui tindakan dan perawakan bahawa guru ialah rakan
pembimbing mereka yang sentiasa mempunyai sifat keterbukaan dalam
sebarang masalah.

Memanglah diakui bahawa proses ini bukannya cepat tetapi memakan masa
yang panjang dan guru seharunya banyak bersabar dan harus cekal dalam
menghadapi sebarang cabaran.
Kesimpulan

Peranan guru disiplin membina sahsiah pelajar yang baik


melalui nilai murni bagi melahirkan pelajar bertanggungjawab
dalam memimpin masyarakat dan negara di masa akan datang.
Ia penting untuk pembentukan jati diri pelajar bagi mewujudkan
masyarakat Malaysia yang berketrampilan dari segi sikap,
tingkah laku, penampilan dan pembentukan akhlak pelajar.
Oleh itu, guru disiplin perlu peka dengan keadaan sekeliling
pelajar dan pengaruh yang ada di sekolah. Guru disiplin perlu
mempunyai amalan dan pengetahuan untuk menguruskan
disiplin di sekolah. Perubahan sikap dan tingkah laku pelajar
yang menunjukkan tindakan yang negatif.

Anda mungkin juga menyukai