untuk menyampaikan sebuah pidato yang bertajuk : MEMBACA ITU JAMBATAN ILMU. Mengukir batu, janganlah jemu Ibarat pawang, memburu buaya Membaca itu, jambatan ilmu Pada yang buta, jadi cahaya. Antara definasi 'Jambatan'... dalam Kamus Dewan... edisi keempat... ialah sebagai kiasan kepada erti 'penghubung'. Maka..., jelas sekali... membaca itu menghubungkan kita... dengan pelbagai bidang ilmu yang ada. Membaca Itu... Jambatan Ilmu...! Demikian..., ungkapan yang sudah acap kali kita dengar... dan sering terpampang... terutamanya di pusat-pusat ilmu... contohnya... pusat sumber. Sebagai manusia..., kita digalakkan untuk rajin membaca... kerana ianya menjanjikan... pelbagai kesan positif... terhadap diri seseorang individu.