Anda di halaman 1dari 5

1.

PENGENALAN

Perbahasan sesuatu usul di Parlimen menjadi model kepada bentuk


Perbahasan Ala Parlimen yang diperkenalkan oleh KEMENTERIAN
PENDIDIKAN MALAYSIA. Bahas Ala Parlimen merujuk bentuk perbahasan
sesuatu usul (cadangan) di Parlimen (Dalam hal ini dirujuk Parlimen
Malaysia). Wakil Rakyat daripada Pihak Kerajaan hendaklah mengemukakan
hujah untuk menyokong usul tersebut manakala Wakil Rakyat daripada pihak
Pembangkang pula akan mencadangkan pihak dewan untuk menolak usul
berdasarkan hujah yang telah diberi. Pihak Pembangkang (yang diketuai oleh
Ketua Pembangkang) pula akan menterjemahkan usul (melalui persepsi
berlainan) dan cuba menghujah, memberi fakta dan contoh bantahan secara
bersopan dan menjawab sebab usul tersebut harus ditolak.
Setelah sesuatu usul tersebut selesai diperdebatkan barulah Yang Dipertua
Dewan mendapatkan pengundian. Dalam Pertandingan Bahas Ala Parlimen
ini pengundian sebenarnya tidak berlaku tetapi keputusannya ditentukan oleh
Hakim Bahas. Keputusan hendaklah diumumkan oleh Yang Dipertua Dewan
seperti pengumuman yang dibuat oleh Yang Dipertua Dewan Rakyat dalam
Persidangan Dewan Rakyat/Parlimen. Pertandingan Bahas Bahasa Melayu
Ala Parlimen pada tahun ini, 2016, dianjurkan bersama PPD Kuching, SMK
Petra Jaya dan PIBG SMK Petra Jaya
2.0

OBJEKTIF
2.1 Memperkenalkan satu format perbahasan yang menarik dan
mencabar kepada murid-murid sesuai dengan institusi
persekolahan sebagai pusat kecemerlangan.

3.0

2.2

Bagi melahirkan murid-murid yang bakal menjadi pemimpin


yang berani dan berfikiran tajam serta mempunyai kemahiran
hujah secara spontan.

2.3

Melahirkan murid-murid yang berkemahiran mengutarakan


hujah-hujah yang bernas dan teratur.

RASIONAL
3.1 Banyak pihak semakin mempertikaikan kemenjadian murid di
sekolah menengah berkaitan dengan keterampilan diri.
Menyedari hakikat itu, usaha harus dilakukan supaya sekolah
dapat dijadikan medan bagi membina keterampilan diri murid
sebagai
seorang
yang
berani
mengemukakan
dan
mempertahankan pendapat tersebut.
3.2 Kemahiran berhujah secara spontan yang diutamakan melalui
format bahas ala parlimen lebih sesuai dan tepat dalam usaha
kerajaan untuk melahirkan murid-murid yang pintar dan cerdas

dari segi kebolehan mental yang membolehkan mereka bertindak


secara aktif, kreatif, dan kritis.
4.0

NAMA :
Pertandingan ini dinamakan Pertandingan Bahas Bahasa Melayu Ala
Parlimen.
5.0

TARIKH :
18 19 April 2016

6.0

TEMPAT :
SMK Petra Jaya, Kuching
7.0

FORMAT
7.1 Satu pasukan bahas yang mewakili sekolah dianggotai oleh lima
orang pembahas dari sekolah yang sama. Pertandingan akan
dilaksanakan secara timbal balik.
7.2 Pasukan yang mengemukakan usul dikenali sebagai Pasukan
Kerajaan akan bertanding dengan Pasukan Pembangkang.
7.3 Pembahas pertama daripada pihak kerajaan akan disebut YAB
Perdana Menteri, manakala empat orang lagi pembahas dalam
pasukan tersebut akan disebut sebagai YB Menteri Kedua, YB
Menteri Ketiga, YB Menteri Keempat, dan YB Menteri Kelima.
Pembahas pertama daripada pihak pembangkang akan disebut
sebagai YB Ketua Pembangkang, manakala empat orang lagi
pembahas dalam pasukan tersebut akan disebut sebagai YB
Pembangkang Kedua, YB Pembangkang Ketiga, YB
Pembangkang Keempat dan YB Pembangkang Kelima.
7.4 Peruntukan masa dan giliran berbahas bagi kedua-dua pasukan
adalah seperti berikut :

1
3
5
8

KERAJAAN
Pertama
Kedua
Ketiga
Keempat
Kelima
Ucapan penggulungan
Pertama/Kedua

PEMBANGKANG
2 Pertama
4 Kedua
6 Ketiga
Keempat
Kelima
7 Ucapan penggulungan
Pertama/Kedua

MASA
10 minit
10 minit
10 minit
1 minit
1 minit
4 minit

7.5

Pembahas pertama daripada kedua-dua pasukan akan hanya


mengutarakan satu hujah, manakala pembahas kedua daripada kedua-dua
pasukan akan mengutarakan dua hujah. Pembahas ketiga daripada keduadua pasukan tidak mengutarakan hujah-hujah yang baharu. Tugas mereka
adalah untuk membidas hujah pasukan lawan. Tugas pembahas keempat
dan kelima adalah untuk mencelah pembahas pihak lawan yang sedang
berhujah. Masa yang diperuntukkan untuk celahan ini maksimum satu minit
sahaja dengan keizinan Yang Dipertua Dewan Rakyat.

7.6

Semasa satu pihak berhujah, ahli pasukan lawan boleh


memohon Izin Laluan. Pembahas ini boleh menerima atau menolak izin
laluan daripada pihak lawan. Pembahas boleh menerima dua izin laluan.

7.7

Selepas semua pembahas berhujah, pembahas pertama atau


pembahas kedua daripada kedua-dua pasukan akan memberi ucapan
penggulungan dimulai oleh pasukan pembangkang dan diikuti oleh pasukan
kerajaan.
8.0 JAWATANKUASA PENGELOLA
Pengerusi Bersama

: Pengetua
En. Awang Daud Bin Awang Lehin
YDP PIBG SMK Petra Jaya
En. Awang Zaidel Bin Awang Jamil

Timbalan Pengerusi

: Penolong Kanan Kokurikulum


En. Othman Bin Ibrahim
Penolong Kanan Pentadbiran
En. Wong Kiong Woung
Penolong Kanan HEM
En. Median Bin Elie

Penyelaras

: Ketua Bidang Bahasa


Pn. Hjh Hayati Edward

Setiausaha

: Ketua Panitia Bahasa Melayu


Tn. Hj. Zambri Bin Smail

Bendahari

: Ketua Pembantu Tadbir


Tn. Hj. Selamat Bin Hj. Rahmat

Ketua Pegawai Teknikal Negeri :


En. Awang Mangala Bin Awang Abdullah

9.0 PERUNTUKKAN PERBELANJAAN


Bil

Perkara

Harga
Seunit

Jumlah
Harga

Sumber
Kewangan

Persiapan Tempat Perbahasan


10.60

106.00

PCG
Bahasa
( Sekolah )

RM11

RM220

PIBG

RM5

RM2000

PIBG

RM10

RM200

PIBG

RM300

RM300

BBTP
( Sekolah )

a. Juara, Naib Juara dan Tmpt Ke-3


Bahas

RM150

RM150

Yayasan
Sarawak
/ BBTP

Latar pentas dan kain rentang


( banner )

RM70

RM140

Sekolah

JUMLAH

RM3116

a. Loceng ( 10 unit )
2

Makanan dan minuman


2.1 Air mineral
a. Hari pertama 10 kotak
b. Hari kedua 10 kotak
Jumlah 20 kotak
2.2 Makanan Petugas Bahas
a. 200 orang x 2 hari x RM5
2.3 Jamuan VVIP
a. VVIP 1 orang
b. Sekolah 5 org
c. PIBG 3 orang
d. Hakim 3 orang
e. Speaker dewan 1 orang
f. AJK 7 orang
Jumlah = 20 orang

P.A Sistem untuk Final ( 19 Sept )

Piala

10.0 JAWATANKUASA KERJA


10.1
Urusetia
10.2
Penyelaras Penerima Sijil dan Hadiah
10.3
Persediaan Bilik Bahas di Blok E dan Sesi Bahas
AKHIR di dewan
10.4
Persediaan Pentas untuk AKHIR
10.5
Latar Pentas dan Publisiti
10.6
Buku Program
10.7
Jemputan
10.8
Kebersihan
10.9
Jurugambar dan rakaman video
10.10
Alat Siaraya untuk AKHIR
10.11
Petunjuk Arah
10.12
Sambutan dan Protokol
10.13
Pendaftaran Peserta
10.14
Kawalan / Kelancaran Perjalanan Bahas
10.15
Keselamatan Lalu Lintas Pagar Sekolah
10.16
Jamuan
10.17
Penjaga Masa
10.18
Teknikal
11.0 Penutup
Pertandingan Bahas Bahasa Melayu Ala Parlimen diadakan
untuk melahirkan murid-murid yang bakal menjadi pemimpin

yang berani dan berfikiran tajam serta mempunyai kemahiran


hujah secara spontan dan juga melahirkan murid-murid yang
berkemahiran mengutarakan hujah-hujah yang bernas dan
teratur.
SMK Petra Jaya dan juga PIBG SMK Petra Jaya diamanahkan
untuk menganjurkan pertandingan bahas pada tahun ini. Pelajar
dan guru dilibatkan juga sebagai pendedahan kepada pelajar
sekolah akan format pertandingan bahas ala parlimen dan
pembelajaran secara tidak formal dalam mata pelajaran Bahasa
Melayu.
Disediakan Oleh ;

Disahkan Oleh ;

OTHMAN BIN IBRAHIM


Penolong Kanan Kokurikulum
SMK Petra Jaya

AWANG DAUD BIN AWANG LEHIN


Pengetua, SMK Petra Jaya

AWANG ZAIDEL BIN AWANG JAMIL


YDP PIBG SMK Petra Jaya

Anda mungkin juga menyukai