Anda di halaman 1dari 36

KERTAS KONSEP BAHAS BAHASA MELAYU ALA PARLIMEN SEKOLAH MENENGAH

EDISI 2020

KERTAS KONSEP
BAHAS BAHASA MELAYU ALA PARLIMEN SEKOLAH MENENGAH
KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

1.0 PENGENALAN

Perbahasan sesuatu usul di Parlimen menjadi model kepada bentuk Perbahasan


Ala Parlimen yang diperkenalkan oleh KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA.

Dalam situasi sebenar di Parlimen, pihak Kerajaan akan mengemukakan usul untuk
dibentang dan dibahaskan. Usul tersebut merupakan cadangan yang berbentuk
dasar kerajaan yang akan dilaksanakan di dalam negara. Wakil Rakyat daripada
Pihak Kerajaan hendaklah mengemukakan hujah untuk menyokong usul tersebut
manakala Wakil Rakyat daripada pihak Pembangkang pula akan mencadangkan
pihak dewan untuk menolak usul berdasarkan hujah yang telah diberi. Setelah
perdebatan tersebut selesai dihujahkan maka pengundian pula dilakukan. Ahli
Dewan terdiri daripada semua Wakil Rakyat (Parlimen) seluruh negara akan
membuat pengundian sama ada menerima atau menolak usul Kerajaan tersebut.
Usul kerajaan akan diterima sekiranya disokong oleh sekurang-kurangnya dua
pertiga daripada Ahli Dewan. Sekiranya sokongan (undi) yang diterima kurang
daripada dua pertiga daripada Ahli Dewan maka usul tersebut akan ditolak dan
dengan sendirinya pihak Kerajaan tiada mandat untuk melaksanakannya.

Perdebatan/perbahasan di Parlimen seperti yang dijelaskan di atas menjadi model


atau contoh. Bahas Ala Parlimen merujuk bentuk perbahasan sesuatu usul
(cadangan) di Parlimen (Dalam hal ini dirujuk Parlimen Malaysia). Dalam
membahaskan sesuatu usul, pihak Kerajaan yang diketuai oleh YAB Perdana
Menteri dan dibantu oleh dua menteri lain hendaklah membawa usul tersebut dan
menterjemahkannya kepada beberapa isu untuk dibahaskan. Seterusnya mereka
mengemukakan hujah, fakta serta contoh perihal sebab usul tersebut hendak
dikemukakan dan seterusnya dilaksanakan di dalam negara sekiranya mendapat
mandat 2/3 Ahli Dewan. Pihak Pembangkang (yang diketuai oleh Ketua
Pembangkang) pula akan menterjemahkan usul (melalui persepsi berlainan) dan
cuba menghujah, memberi fakta dan contoh bantahan secara bersopan dan
menjawab sebab usul tersebut harus ditolak. Setelah sesuatu usul tersebut selesai
diperdebatkan barulah Yang Dipertua Dewan mendapatkan pengundian. Dalam
Pertandingan Bahas Ala Parlimen ini pengundian sebenarnya tidak berlaku tetapi
1
KERTAS KONSEP BAHAS BAHASA MELAYU ALA PARLIMEN SEKOLAH MENENGAH
EDISI 2020

keputusannya ditentukan oleh Hakim Bahas. Keputusan hendaklah diumumkan oleh


Yang Dipertua Dewan seperti pengumuman yang dibuat oleh Yang Dipertua Dewan
Rakyat dalam Persidangan Dewan Rakyat/Parlimen. Yang Dipertua Dewan akan
mengumumkan keputusan perbahasan seperti berikut :

Diumumkan bahawa usul yang dibentangkan dan


dibahaskan tadi, diterima
ATAU
Diumumkan bahawa usul yang dibentangkan
dan dibahaskan tadi, ditolak
2.0 OBJEKTIF

2.1 Memperkenalkan satu format perbahasan yang menarik dan mencabar


kepada murid-murid sesuai dengan institusi persekolahan sebagai
pusat kecemerlangan.

2.2 Bagi melahirkan murid-murid yang bakal menjadi pemimpin yang berani
dan berfikiran tajam serta mempunyai kemahiran hujah secara spontan.

2.3 Melahirkan murid-murid yang berkemahiran mengutarakan hujah-hujah


yang bernas dan teratur.

3.0 RASIONAL

3.1 Banyak pihak semakin mempertikaikan kemenjadian murid di sekolah


menengah berkaitan dengan keterampilan diri. Menyedari hakikat itu,
usaha harus dilakukan supaya sekolah dapat dijadikan medan bagi
membina keterampilan diri murid sebagai seorang yang berani
mengemukakan dan mempertahankan pendapat tersebut.

3.2 Kemahiran berhujah secara spontan yang diutamakan melalui format


bahas ala parlimen lebih sesuai dan tepat dalam usaha kerajaan untuk
melahirkan murid-murid yang pintar dan cerdas dari segi kebolehan

2
KERTAS KONSEP BAHAS BAHASA MELAYU ALA PARLIMEN SEKOLAH MENENGAH
EDISI 2020

mental yang membolehkan mereka bertindak secara aktif, kreatif, dan


kritis.

4.0 NAMA

Pertandingan ini dinamakan Pertandingan Bahas Bahasa Melayu Ala


Parlimen.

5.0 FORMAT

5.1 Satu pasukan bahas yang mewakili sekolah dianggotai oleh lima orang
pembahas dari sekolah yang sama. Pertandingan akan dilaksanakan
secara timbal balik.

5.2 Pasukan yang mengemukakan usul dikenali sebagai Pasukan Kerajaan


akan bertanding dengan Pasukan Pembangkang.

5.3 Pembahas pertama daripada pihak kerajaan akan disebut YAB


Perdana Menteri, manakala empat orang lagi pembahas dalam
pasukan tersebut akan disebut sebagai YB Menteri Kedua, YB Menteri
Ketiga, YB Menteri Keempat, dan YB Menteri Kelima. Pembahas
pertama daripada pihak pembangkang akan disebut sebagai YB Ketua
Pembangkang, manakala empat orang lagi pembahas dalam pasukan
tersebut akan disebut sebagai YB Pembangkang Kedua, YB
Pembangkang Ketiga, YB Pembangkang Keempat dan YB
Pembangkang Kelima.

5.4 Peruntukan masa dan giliran berbahas bagi kedua-dua pasukan adalah
seperti berikut :

3
KERTAS KONSEP BAHAS BAHASA MELAYU ALA PARLIMEN SEKOLAH MENENGAH
EDISI 2020

KERAJAAN PEMBANGKANG MASA


1 Pertama 2 Pertama 10 minit
3 Kedua 4 Kedua 10 minit
5 Ketiga 6 Ketiga 10 minit
Keempat Keempat 1 minit
Kelima Kelima 1 minit
8 Ucapan penggulungan 7 Ucapan penggulungan 5 minit
Pertama/Kedua Pertama/Kedua

5.5 Pembahas pertama daripada kedua-dua pasukan akan hanya


mengutarakan satu hujah, manakala pembahas kedua daripada kedua-
dua pasukan akan mengutarakan dua hujah. Pembahas ketiga daripada
kedua-dua pasukan tidak mengutarakan hujah-hujah yang baharu. Tugas
mereka adalah untuk membidas hujah pasukan lawan. Tugas pembahas
keempat dan kelima adalah untuk mencelah pembahas pihak lawan yang
sedang berhujah. Masa yang diperuntukkan untuk celahan ini maksimum
satu minit sahaja dengan keizinan Yang Dipertua Dewan Rakyat.

5.6 Semasa satu pihak berhujah, ahli pasukan lawan boleh memohon ‘Izin
Laluan’. Pembahas ini boleh menerima atau menolak izin laluan daripada
pihak lawan. Pembahas boleh menerima dua izin laluan.

5.7 Selepas semua pembahas berhujah, pembahas pertama atau pembahas


kedua daripada kedua-dua pasukan akan memberi ucapan penggulungan
dimulai oleh pasukan pembangkang dan diikuti oleh pasukan kerajaan.

6.0 PENYERTAAN

4
KERTAS KONSEP BAHAS BAHASA MELAYU ALA PARLIMEN SEKOLAH MENENGAH
EDISI 2020

6.1 Penyertaan terbuka kepada murid-murid warganegara Malaysia (Tingkatan


1 hingga Tingkatan 5) sekolah menengah sama ada di Sekolah Menengah
Kebangsaan, Sekolah Menengah Jenis Kebangsaan, Sekolah Menengah
Bantuan Kerajaan, Sekolah Menengah Agama Negeri dan Sekolah Agama
Bantuan Kerajaan. Manakala, Sekolah Swasta yang berdaftar dengan KPM
dibenarkan menyertai tetapi penyertaan sehingga peringkat negeri sahaja.
Penyertaan ini tidak termasuk Maktab Rendah Sains Mara dan Sekolah
Berasrama Penuh. Penyertaan berbilang kaum amat digalakkan.
6.2 Setiap sekolah hanya dibenarkan menghantar satu pasukan untuk
pertandingan tersebut.

6.3 Sebuah sekolah hanya boleh diwakili oleh murid yang sedang belajar di
sekolah tersebut.

6.4 Penyertaan pasukan yang menggambarkan kumpulan etnik di


Malaysia amat digalakkan.

7.0 PENGHAKIMAN

7.1 Semua pertandingan akan diadili oleh panel hakim yang terdiri daripada
tiga atau lima orang hakim. Lima orang hakim diwajibkan di peringkat
kebangsaan.

7.2 Taklimat kepada panel hakim diberi sekurang-kurangnya 30 minit sebelum


perbahasan bermula.

7.3 Setiap sekolah dikehendaki menghantar sekurang-kurangnya seorang


hakim bahas bahasa Melayu ke pertandingan peringkat zon / daerah /
negeri.

5
KERTAS KONSEP BAHAS BAHASA MELAYU ALA PARLIMEN SEKOLAH MENENGAH
EDISI 2020

7.4 Seseorang hakim tidak boleh mengadili pertandingan yang melibatkan


sekolahnya sendiri.

7.5 Kemenangan tidak diperoleh dengan cara pengiraan jumlah markah.


Pasukan bahas yang mendapat undi majoriti daripada panel hakim (sistem
juri) dipilih sebagai pemenang. Para hakim tidak dibenarkan berbincang
untuk memilih pasukan yang menang.

7.6 Selepas selesai perbahasan, ketua hakim akan mengumpulkan dan


merumuskan borang keputusan dan menyerahkan kepada Yang Dipertua
Dewan untuk mengumumkan keputusan perbahasan.

7.7 Keputusan bagi menentukan pembahas terbaik berdasarkan majoriti.


Sekiranya keputusan majoriti tidak dicapai, ketua hakim akan menentukan
pembahas terbaik.

7.8 Keputusan panel hakim adalah muktamad.

8.0 TATACARA PERBAHASAN

8.1 Pengendalian Perbahasan

8.1.1 Usul perbahasan akan diberi kepada pasukan yang bertanding


sekurang-kurangnya dua minggu sebelum pertandingan.

8.1.2 Cabutan undi akan dijalankan di bilik urus setia untuk


menentukan pihak kerajaan dan pembangkang sebelum
pertandingan.

8.1.3 Setelah mengetahui kedudukan mereka, pasukan-pasukan


yang terlibat akan dikuarantin di bilik persediaan masing-masing
6
KERTAS KONSEP BAHAS BAHASA MELAYU ALA PARLIMEN SEKOLAH MENENGAH
EDISI 2020

selama 15 minit pada pusingan awal dan 30 minit pada


pusingan seterusnya.

8.1.4 Hanya para murid dalam pasukan itu yang dibenarkan berada
di dalam bilik persediaan. Pihak lain seperti guru penasihat /
jurulatih / ahli keluarga / penyokong dilarang berada di bilik
persediaan semasa pasukan dikuarantinkan.

8.1.5 Hanya bahan cetak sahaja dibenarkan dibawa masuk ke dalam


bilik kuarantin.

8.1.6 Pasukan bahas dikehendaki berada di bilik pertandingan /


perbahasan lima minit sebelum perbahasan bermula supaya
pertandingan dapat dijalankan dengan lancar. Pasukan yang
didapati melanggar peraturan ini akan dibatalkan
penyertaannya.

8.1.7 Setiap pembahas yang akan menyampaikan hujah diwajibkan


keluar dari tempat duduknya dan berada di tempat yang
disediakan.

8.2 Peranan Yang Dipertua Dewan

8.2.1 Yang Dipertua Dewan akan membaca ringkasan peraturan


perbahasan dan memperkenalkan penjaga masa, panel hakim,
dan pembahas-pembahas.

8.2.2 Yang Dipertua Dewan tidak dibenarkan membuat apa-apa


komen tentang usul perbahasan ataupun pembahas-pembahas
yang sedang bertanding.

7
KERTAS KONSEP BAHAS BAHASA MELAYU ALA PARLIMEN SEKOLAH MENENGAH
EDISI 2020

8.2.3 Yang Dipertua Dewan akan memastikan bahawa hakim telah


bersedia sebelum menjemput pembahas untuk berucap.

8.2.4 Yang Dipertua Dewan mempunyai kuasa untuk membenarkan


celahan oleh pembahas keempat dan kelima sepanjang sesi
perbahasan. (Setiap pasukan hanya dibenarkan membuat
celahan sebanyak 2 (dua) kali sepanjang sesi perbahasan)

8.2.5 Yang Dipertua Dewan akan mengumumkan keputusan


pertandingan.

8.3 Peranan Penjaga Masa

8.3.1 Penjaga masa hendaklah memastikan bahawa sepuluh minit


diperuntukkan untuk pembahas berhujah dan lima minit untuk
ucapan penggulungan. Masa akan diambil kira dari permulaan
pembahas berhujah.

8.3.2 Penjaga masa akan membunyikan loceng sekali pada minit


ketiga) menandakan bahawa ruang terbuka kepada pasukan
lawan membuat izin laluan dan celahan. Pada minit kelapan
(8:00s) loceng akan dibunyikan sekali menandakan masa
untuk celahan dan izin laluan telah tamat. Loceng akan
dibunyikan dua kali pada minit kesepuluh sebagai tanda
bahawa masa untuk pembahas berhujah telah tamat.

8.3.3 Bagi ucapan penggulungan, penjaga masa hendaklah


memastikan bahawa kedua-dua pasukan diberi masa tiga minit
sebagai masa persediaan sebelum pasukan-pasukan tersebut
membuat penggulungan.

8.3.4 Pada minit ketiga masa penggulungan, penjaga masa akan


membunyikan loceng amaran dan pada minit kelima loceng

8
KERTAS KONSEP BAHAS BAHASA MELAYU ALA PARLIMEN SEKOLAH MENENGAH
EDISI 2020

dibunyikan dua kali menandakan masa telah tamat untuk


pembahas.

8.4 Larangan

8.4.1 Isu sensitif yang berkaitan dengan agama, perkauman dan


menyentuh peribadi seseorang adalah dilarang.

8.4.2 Penggunaan ayat-ayat Al-Quran dan hadis untuk mengukuhkan


hujah adalah dilarang sama sekali.

8.5 Peranan Pembahas

Pembahas Pertama Kerajaan (Perdana Menteri) 10 Minit

8.5.1 Tugas pertama Perdana Menteri adalah untuk memberi definisi


atau pentakrifan terhadap usul yang dibentangkan dalam
perbahasan tersebut.

8.5.2 Tugas kedua adalah untuk menyatakan pendirian pihak


kerajaan berhubung dengan usul yang dibentangkan.

8.5.3 Tugas ketiga Perdana Menteri adalah untuk menyatakan


strategi pihak Kerajaan dan peranan yang akan dilakukan oleh
Menteri-menteri yang lain bagi mengukuhkan pendirian pihak
kerajaan.

9
KERTAS KONSEP BAHAS BAHASA MELAYU ALA PARLIMEN SEKOLAH MENENGAH
EDISI 2020

8.5.4 Tugas keempat Perdana Menteri adalah untuk mengemukakan


satu hujah dan memberi huraian / fakta untuk menyokong usul
yang telah dibentangkan oleh pihak kerajaan.

8.5.5 Tugas kelima Perdana Menteri adalah untuk menegaskan


pendirian pihak Kerajaan bagi menyokong usul yang telah
dibentangkan.

8.5.6 Perdana Menteri boleh menerima dan memohon izin laluan dan
menerima celahan pada masa yang dibenarkan berbuat
demikian.

Pembahas Pertama Pembangkang (Ketua Pembangkang) 10 Minit

8.5.7 Tugas pertama Ketua Pembangkang adalah untuk menyatakan


pendirian pihak pembangkang sama ada bersetuju dan
menerima definisi usul yang telah diberikan oleh pihak kerajaan
atau menolak definisi tersebut. Sekiranya pihak pembangkang
menolak definisi tersebut. Mereka boleh mengemukakan definisi
mengikut takrifan mereka.

8.5.8 Tugas kedua Ketua Pembangkang adalah untuk membidas


hujah yang telah dikemukakan oleh Perdana Menteri
(Pembahas Pertama Kerajaan).

8.5.9 Tugas ketiga Ketua Pembangkang adalah untuk menyatakan


pendirian pihak pembangkang berhubung dengan usul yang
diperdebatkan dalam perbahasan tersebut.

8.5.10 Tugas keempat Ketua Pembangkang adalah untuk menyatakan


strategi pihak pembangkang dan peranan yang akan dilakukan
oleh pembangkang-pembangkang yang lain bagi mengukuhkan
pendirian pihak pembangkang.
10
KERTAS KONSEP BAHAS BAHASA MELAYU ALA PARLIMEN SEKOLAH MENENGAH
EDISI 2020

8.5.11 Tugas kelima ketua pembangkang adalah untuk


mengemukakan satu hujah dan memberi huraian / fakta
berdasarkan pendirian pihak pembangkang.

8.5.12 Tugas keenam Ketua Pembangkang adalah untuk menegaskan


pendirian pihak pembangkang dalam membahaskan usul yang
telah dibentangkan oleh kerajaan.

8.5.13 Ketua Pembangkang boleh menerima dan memohon izin laluan


dan menerima celahan pada masa yang dibenarkan berbuat
demikian.

Pembahas Kedua Kerajaan (Menteri Kedua) 10 Minit

8.5.14 Tugas pertama Menteri Kedua adalah untuk menyatakan


pendirian pihak kerajaan sama ada bersetuju dan menerima
definisi baharu yang telah diberikan oleh pihak pembangkang
atau menolak definisi tersebut. Sekiranya pihak kerajaan
menolak definisi semula oleh pihak pembangkang, Menteri
Kedua hendaklah memberi penegasan tentang definisi yang
telah dikemukakan oleh Perdana Menteri sebelum ini.

8.5.15 Tugas kedua adalah untuk membidas hujah yang telah


dikemukakan oleh Ketua Pembangkang.

8.5.16 Tugas ketiga adalah untuk mengemukakan dua hujah dan


memberi huraian / fakta untuk menyokong usaha yang telah
dibentangkan oleh pihak kerajaan.

8.5.17 Tugas keempat Menteri Kedua adalah untuk menegaskan


pendirian pihak kerajaan bagi menyokong usul yang telah
dibentangkan.
11
KERTAS KONSEP BAHAS BAHASA MELAYU ALA PARLIMEN SEKOLAH MENENGAH
EDISI 2020

8.5.18 Menteri Kedua boleh menerima dan memohon izin laluan dan
menerima celahan pada masa yang dibenarkan berbuat
demikian.

Pembahas Kedua Pembangkang (Pembangkang Kedua) 10 Minit

8.5.19 Tugas pertama Pembangkang Kedua adalah untuk membidas


hujah yang telah dikemukakan oleh menteri kedua.

8.5.20 Tugas kedua Pembangkang Kedua adalah untuk membidas


hujah yang telah dikemukakan oleh Perdana Menteri.

8.5.21 Tugas ketiga Pembangkang Kedua adalah untuk


mengemukakan dua hujah dan memberi huraian / fakta untuk
menyokong usaha yang telah dibentangkan oleh pihak
pembangkang.

8.5.22 Tugas keempat Pembangkang Kedua adalah untuk


menegaskan pendirian pihak pembangkang dalam
membahaskan usul yang telah dibentangkan oleh kerajaan.

8.5.23 Pembangkang Kedua boleh menerima dan memohon izin laluan


dan menerima celahan pada masa yang dibenarkan berbuat
demikian.

Pembahas Ketiga Kerajaan (Menteri Ketiga) 10 Minit

8.5.24 Tugas pertama Menteri Ketiga adalah untuk membidas hujah


yang telah dikemukakan oleh pembangkang kedua.

12
KERTAS KONSEP BAHAS BAHASA MELAYU ALA PARLIMEN SEKOLAH MENENGAH
EDISI 2020

8.5.25 Tugas kedua Menteri Ketiga adalah untuk membidas hujah


yang telah dikemukakan oleh Ketua Pembangkang.

8.5.26 Tugas ketiga Menteri Ketiga adalah memperkukuh usul yang


telah dibawa oleh pihak kerajaan dan menegaskan pendirian
pihak kerajaan bagi menyokong usul yang telah dibentangkan.

8.5.27 Menteri Ketiga boleh menerima dan memohon izin laluan dan
menerima celahan pada masa yang dibenarkan berbuat
demikian.

Pembahas Ketiga Pembangkang (Pembangkang Ketiga) 10 Minit

8.5.28 Tugas pertama Pembangkang Ketiga adalah untuk membidas


hujah yang telah dikemukakan oleh Menteri ketiga.

8.5.29 Tugas kedua Pembangkang Ketiga adalah untuk membidas


hujah yang telah dikemukakan oleh Menteri Kedua.

8.5.30 Tugas ketiga Pembangkang Ketiga adalah untuk membidas


hujah-hujah yang telah dikemukakan oleh Perdana Menteri.

8.5.31 Tugas keempat Pembangkang Ketiga adalah untuk


memperkukuh usul berdasarkan fakta-fakta pihak
pembangkang dan menegaskan pendirian pihak pembangkang
dalam membahaskan usul yang telah dibentangkan oleh
kerajaan.

8.5.32 Pembangkang Ketiga boleh menerima dan memohon izin laluan


dan menerima celahan pada masa yang dibenarkan berbuat
demikian.

13
KERTAS KONSEP BAHAS BAHASA MELAYU ALA PARLIMEN SEKOLAH MENENGAH
EDISI 2020

8.6 PERANAN PENGGULUNG

Penggulung Pihak Pembangkang (Pembahas Pertama atau


Pembahas Kedua) - 5 Minit

8.6.1 Tugas pertama penggulung pihak pembangkang adalah untuk


membidas hujah / usul dan fakta-fakta pihak kerajaan serta
menyatakan kelemahan / kesilapan yang telah dilakukan oleh
pihak kerajaan dalam membentangkan usul tersebut.

8.6.2 Tugas kedua penggulung pihak pembangkang adalah


menggulung perbahasan bagi pihak pembangkang dan
membuat penegasan untuk menutup hujah pembangkang
dalam membahaskan usul yang telah dibentangkan oleh
kerajaan.

Penggulung Pihak Kerajaan (Pembahas Pertama atau Pembahas


Kedua) - 5 Minit

8.6.3 Tugas pertama penggulung pihak Kerajaan adalah untuk


membidas hujah / usul dan fakta-fakta pihak pembangkang
dalam membahaskan usul tersebut.
8.6.4 Tugas kedua penggulung pihak Kerajaan adalah menggulung
perbahasan bagi pihak Kerajaan dan membuat penegasan
untuk menutup hujah Kerajaan dalam menyokong usul yang
telah dibentangkan.

9.0 IZIN LALUAN

14
KERTAS KONSEP BAHAS BAHASA MELAYU ALA PARLIMEN SEKOLAH MENENGAH
EDISI 2020

9.1 Semasa seorang pembahas sedang berhujah, pihak lawan


dibenarkan memohon untuk membuat izin laluan. Izin laluan ialah
celahan formal yang ditujukan kepada pembahas yang berhujah. Izin
laluan boleh dilakukan dalam bentuk :

 soalan;
 kenyataan;
 fakta;
 ayat-ayat pendek yang berkaitan dengan isi yang sedang
diutarakan oleh pembahas.

9.2 Tujuan utama izin laluan adalah untuk memberi atau meminta
maklumat tentang sesuatu isi yang sedang dibahaskan. Pihak lawan
boleh membetulkan fakta yang dianggap telah terpesong. Izin laluan
juga boleh digunakan untuk meminta penjelasan dan menyoal pihak
lawan.

9.3 Masa selama 15 saat sahaja diperuntukkan bagi setiap izin laluan. Izin
laluan haruslah padat dan bernas.

9.4 Izin laluan tidak boleh disalahgunakan untuk sengaja mengganggu


pihak lawan kerana terdapat etika yang wajib dipatuhi. Markah akan
dikurangkan jika melanggar etika ini.

9.4.1 Etika Izin Laluan.

9.4.2 Pasukan lawan hanya dibenarkan memohon izin laluan antara


minit ketiga dan minit kelapan hujahan pembahas. Izin laluan
tidak boleh dilakukan pada dua minit pertama dan minit kelapan
semasa pembahas sedang berhujah. Loceng akan dibunyikan
untuk menandakan permulaan dan penutup masa yang ditetap
untuk izin laluan.

15
KERTAS KONSEP BAHAS BAHASA MELAYU ALA PARLIMEN SEKOLAH MENENGAH
EDISI 2020

9.4.3 Tidak terdapat izin laluan semasa ucapan penggulungan.

9.4.4 Isyarat-isyarat yang sopan dan hormat seperti mengangkat


tangan atau berdiri tegak hendaklah dilakukan semasa
memohon izin laluan. Perlakuan yang kasar dan biadab seperti
menepuk-nepuk meja atau tangan, memetik jari, melambai-
lambai, bersiul, menjerit atau apa-apa sahaja yang sengaja
dilakukan untuk mengganggu pihak lawan akan menyebabkan
pengurangan markah.

9.4.5 Kata-kata yang diucapkan semasa izin laluan hendaklah halus


dan berbudi bahasa serta mencerminkan tatasusila, adab dan
budaya yang tinggi. Menjerit, marah-marah, dan mengejek
pihak lawan adalah dilarang.

9.4.6 Izin laluan dipohon dengan cara seseorang pembahas berdiri


dan menyebut “Izin Laluan”. Pembahas yang sedang berucap
tidak dimestikan menerima setiap izin laluan yang ditujukan
kepadanya. Pembahas yang sedang berucap boleh:

 Meminta pihak lawannya untuk duduk dengan cara yang


hormat;
 Menghabiskan ayatnya dan menerima izin laluan tersebut;
 Menerima izin laluan tersebut ketika itu.

9.5 Memohon dan Menerima Izin Laluan

9.5.1 Sepanjang perbahasan, seorang pembahas DIWAJIBKAN


memohon sekurang-kurangnya dua kali izin laluan. Pembahas
ini juga mesti menerima paling kurang dua kali izin laluan yang
ditujukan kepadanya.

16
KERTAS KONSEP BAHAS BAHASA MELAYU ALA PARLIMEN SEKOLAH MENENGAH
EDISI 2020

9.5.2. Pembahas yang memohon izin laluan tetapi tidak diterima oleh
pihak lawan tetap akan diberi markah izin laluan. Manakala
pemohon yang mohon izin laluan kali ketiga untuk pembahas
yang sedang berhujah, perlu bertanya. Jika tidak bertanya
dianggap tidak memohon izin laluan.

9.5.3. Pembahas yang memohon izin laluan kurang daripada dua kali
akan kehilangan markah isi dan strategi.

 Markah isi ditolak kerana gagal mengambil peluang


keemasan.
 Markah strategi ditolak kerana tidak memenuhi peranan
sebagai pembahas.

9.5.4. Pembahas yang tidak menjawab atau menerima izin laluan


daripada pihak lawan juga kehilangan markah isi dan strategi.

 Kehilangan markah dalam isi adalah disebabkan pembahas


tidak memberi peluang kepada pihak lawan.
 Kehilangan markah strategi adalah disebabkan pembahas
tidak menjalankan peranan sebagai pembahas dan takut
menghadapi cabaran.

9.5.5. Panel hakim juga boleh menilai sama ada pembahas itu
berdebat secara spontan ataupun terikat pada teks
perbahasannya dengan menilai daripada penglibatannya dalam
izin laluan.

10. CELAHAN

17
KERTAS KONSEP BAHAS BAHASA MELAYU ALA PARLIMEN SEKOLAH MENENGAH
EDISI 2020

10.1 Celahan hanya boleh dilakukan oleh pembahas keempat dan kelima
kedua-dua pihak (kepada pihak lawan).

10.2 Celahan hanya boleh dilakukan antara minit ketiga hingga minit
kelapan pembahas pertama, kedua dan ketiga bagi kedua-dua
pasukan sedang berhujah sahaja.

10.3 Masa celahan hanyalah satu minit sahaja.

10.4 Celahan mestilah dalam bentuk hujah bagi mempertahankan


pendirian pasukan, memberi penjelasan, membetulkan fakta dan
bukan dalam bentuk soalan atau memohon penjelasan.

10.5 Sekiranya pembahas keempat dan kelima tidak mencelah, pasukan


tersebut akan kehilangan markah kerjasama sepasukan

10.6 Celahan mesti mendapat izin Yang Dipertua Dewan.

10.7 Yang Dipertua Dewan berhak menangguhkan sementara celahan


untuk memberi peluang pihak lawan meneruskan perbahasan.

10.8 Sekiranya timbul masalah yang tidak dapat dielakkan seperti kes
kecemasan, peserta pasukan hanya tinggal 3 atau 4 orang peserta
sahaja. Maka YB keempat terpaksa mengambil bahagian dalam
celahan sepanjang pertandingan berlangsung. Jika gagal memainkan
peranan tersebut markah keseluruhan pasukan hendaklah ditolak.

10.0 AM

Sebarang pindaan adalah tertakluk kepada Kementerian Pendidikan


Malaysia.

18
KERTAS KONSEP BAHAS BAHASA MELAYU ALA PARLIMEN SEKOLAH MENENGAH
EDISI 2020

RUJUKAN UNTUK BORANG PEMARKAHAN


BAHAS BAHASA MELAYU ALA PARLIMEN
SEKOLAH MENENGAH

1.0 Markah diberi kepada setiap pembahas adalah seperti berikut :

i. ISI
ii. STRATEGI
iii. GAYA
iv. BAHASA

1.1 ISI

1.1.1 Hakim harus menilai isi daripada segi hujah yang


disampaikan dan bukannya gaya penyampaian hujah.
Hakim sewajarnya menilai ketepatan dan kemantapan
hujah tanpa dipengaruhi oleh kepandaian pembahas
berkata-kata.

1.1.2 Penilaian terhadap isi juga termasuk daripada segi


ketepatan dan kemantapan bidasan. Hakim dinasihati
menilai isi mengikut tahap kemampuan murid sekolah
menengah.

19
KERTAS KONSEP BAHAS BAHASA MELAYU ALA PARLIMEN SEKOLAH MENENGAH
EDISI 2020

1.1.3 Tugas hakim adalah untuk menilai kemantapan serta


ketepatan hujah dan bukannya kebolehan pasukan
lawan membidas hujah yang diberi.

1.1.4 Jika hujah yang dikemukakan oleh sesebuah pasukan


adalah lemah, dan hujah tersebut tidak dapat dibidas
oleh pihak lawan, pihak lawan tersebut telah melakukan
kesilapan kerana tidak mengambil kesempatan
membidas hujah yang lemah tersebut. Namun begitu,
bidasan yang diberi harus berdasarkan hujah dan bukan
berdasarkan contoh sebagaimana yang dilakukan oleh
sesetengah pembahas bagi mengelak diri daripada
membidas perkara-perkara yang lebih penting.

1.1.5 Hakim harus mengelakkan diri daripada dipengaruhi oleh


kepercayaan, prejudis atau pengetahuan sedia ada
masing-masing.

1.2 STRATEGI

1.2.1 Strategi memerlukan perhatian yang lebih. Strategi meliputi


dua konsep:

i) Struktur dan tempoh masa penghujahan .


ii) Pemahaman pembahas tentang isu perbahasan.

1.2.2 Struktur

Penghujahan yang bermutu mempunyai pendahuluan,


huraian, dan penutup yang jelas. Semasa penghujahan
diberi, kata kunci akan diberi sebagai panduan arah tuju
20
KERTAS KONSEP BAHAS BAHASA MELAYU ALA PARLIMEN SEKOLAH MENENGAH
EDISI 2020

pembahas. Penghujahan harus bersifat logik dan


menunjukkan kesinambungan. Oleh itu, gaya penyampaian
hujah merupakan salah satu komponen strategi.

1.2.3 Tempoh masa penghujahan adalah penting. Terdapat dua


aspek berkenaan dengan hal ini :

i) Berhujah dalam had masa yang dibenarkan.


ii) Memberi tempoh masa yang secukupnya untuk isu
penghujahan.

1.2.4 Pembahas sepatutnya memberi keutamaan kepada isu yang


lebih penting. Secara umumnya adalah lebih baik jika
pembahas menyatakan bidasannya sebelum menyatakan
isu / hujah. Hal ini kerana, adalah lebih logik untuk
menafikan pendirian pihak lawan sebelum menegak
pendirian pembahas pula.

1.2.5 Oleh itu, hakim tidak harus menghakimi ketepatan dan


kemantapan penghujahan sahaja, tetapi juga harus
mengambil kira ketepatan masa dan keutamaan isu.

1.2.6 Pemahaman tentang isu


Pembahas harus memahami isu-isu penting dalam
perbahasan. Membazir masa jika persoalan yang penting
tidak dibidas. Pembahas tidak akan mendapat markah yang
tinggi dalam bahagian strategi, sekiranya pembahas tidak
memahami isu penting dalam perbahasan itu. Sebaliknya,
pembahas yang memahami isu yang dibahaskan dan dapat
membidas dengan baik akan mendapat markah yang tinggi
dalam bahagian strategi.

1.2.7 Hakim mesti memahami perbezaan antara strategi dan isi.


Bayangkan dalam sesuatu situasi, seorang pembahas yang

21
KERTAS KONSEP BAHAS BAHASA MELAYU ALA PARLIMEN SEKOLAH MENENGAH
EDISI 2020

cuba membidas isu / hujah akan mendapat markah yang


rendah bagi isi kerana bidasannya lemah. Walau
bagaimanapun pembahas itu akan mendapat markah agak
baik untuk strategi kerana dapat membidas hujah tersebut.

1.3 GAYA

1.3.1 Hakim tidak seharusnya memilih pembahas dengan gaya


yang keterlaluan.

1.3.2 Gaya termasuk cara pembahas berhujah, iaitu:

1.3.3 sebutan
1.3.4 bahasa gerak badan

Hakim dinasihati bertoleransi dengan cara penghujahan


yang berbeza oleh pembahas.

1.3.3 Penggunaan nota dan kad nota dibenarkan dan tidak


seharusnya didenda kecuali jika pembahas ternyata
membaca daripada nota.

1.3.4 Hakim dinasihati bertoleransi tentang gaya tutur dan


kepantasan penyampaian hujah dan markah hanya boleh
dipotong jikalau gaya perbahasan melampaui batas.

1.4 BAHASA

22
KERTAS KONSEP BAHAS BAHASA MELAYU ALA PARLIMEN SEKOLAH MENENGAH
EDISI 2020

1.4.1 Aspek bahasa yang harus diambil kira ialah:

iii) Gaya bahasa


iv) Struktur ayat
v) Tatabahasa

1.4.2 Hal ini juga termasuk:

i) sebutan baku
ii) kelancaran
iii) nada
iv) intonasi

Penggunaan sebutan baku diwajibkan. Oleh itu, hakim


perlu memastikan bahawa pembahas berhujah dengan
menggunakan sebutan baku serta struktur tatabahasa yang
betul.

1.4.3 Penggunaan gaya bahasa yang menarik seperti


penggunaan kiasan, peribahasa dan sebagainya tepat
mengikuti situasi, sewajarnya diberikan markah yang tinggi
dalam bahagian bahasa.

2.0 BIDASAN

2.1 Pembahas sepatutnya membidas hujah dan bukan membidas


contoh. Misalnya, pembahas bagi pihak kerajaan telah memberi
contoh yang lemah tetapi hujahnya tepat dan mantap.
Pembahas sepatutnya membidas hujah dan bukan contoh
kerana itulah kehendak perbahasan.

23
KERTAS KONSEP BAHAS BAHASA MELAYU ALA PARLIMEN SEKOLAH MENENGAH
EDISI 2020

2.2 Selain itu, pembahas mungkin memberi beberapa contoh bagi


menerangkan hujah yang sama. Oleh itu, jika pembahas
daripada pihak lawan dapat memberi satu bidasan untuk
mematahkan kesemua contoh yang diberi maka pembahas
tidak perlu membidas setiap contoh.

3.0 PENGGULUNGAN

3.1 Penggulungan merupakan rumusan tentang pendirian pasukan


pembahas tentang isu yang dibahaskan. Oleh itu, pembahas
sepatutnya hanya menyatakan isu-isu pasukan masing-masing
dalam perbahasan tersebut.

4.0 IZIN LALUAN

4.1 Izin laluan boleh dilakukan oleh pihak lawan sepanjang


seseorang pembahas menyampaikan hujahnya. Pembahas itu
boleh menerima atau menolak izin laluan itu. Jika izin laluan itu
diterima, pihak lawan boleh membetulkan maklumat
perbahasan itu atau menanyakan soalan tentang isu yang
sedang diutarakan dalam perbahasan itu.

4.2 Dengan adanya izin laluan, bermakna setiap pembahas akan


mengambil bahagian dari awal hingga akhir perbahasan
dijalankan dan bukan hanya ketika menyatakan hujah masing-
masing.

4.3 Pembahas seharusnya memainkan peranan dalam memberi


pandangannya. Walaupun pandangannya mungkin tidak
diterima, tetapi sekurang-kurangnya hal ini menunjukkan
pembahas itu mengambil bahagian atau cuba melibatkan diri
24
KERTAS KONSEP BAHAS BAHASA MELAYU ALA PARLIMEN SEKOLAH MENENGAH
EDISI 2020

dalam perbahasan itu. Malah pembahas yang tidak memberi /


menerima izin laluan akan mendapat markah yang rendah
dalam bahagian isi dan strategi.

5.0 CELAHAN

5.1 Celahan boleh dilakukan oleh pihak lawan (pembahas keempat


dan kelima sahaja) sepanjang seseorang pembahas
menyampaikan hujahnya. Pembahas itu wajib menerima
celahan dan boleh memberi penjelasan semula tentang isu
yang dikemukakan.

5.2 Pembahas keempat dan kelima hanya boleh mencelah ketika


pembahas sedang berhujah.

5.3 Sekiranya pembahas keempat atau kelima tidak mencelah,


akan menjejaskan markah kerjasama sepasukan.

25
KERTAS KONSEP BAHAS BAHASA MELAYU ALA PARLIMEN SEKOLAH MENENGAH
EDISI 2020

SISTEM PEMARKAHAN
BAHAS BAHASA MELAYU ALA PARLIMEN
SEKOLAH MENENGAH
KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

1.0 HUJAHAN (JUMLAH = 110 MARKAH) – MASA – 8 MINIT

1.1 Setiap pembahas akan diberi markah mengikut pembahagian


berikut:

(a) Isi = 30 markah


(b) Strategi = 30 markah
(c) Gaya = 20 markah
(d) Bahasa = 20 markah
(e) Kerjasama = 10 markah

GARIS PANDUAN / SKALA PEMBERIAN MARKAH (ANGGARAN)


26
KERTAS KONSEP BAHAS BAHASA MELAYU ALA PARLIMEN SEKOLAH MENENGAH
EDISI 2020

NO MUTU/TAHAP ISI STRATEGI GAYA BAHASA KERJASAMA JUMLAH


(30) (30) (20) (20) (10) (110)
1 Cemerlang 26- 26 – 30 18 – 18 – 20 8-10 96 – 110
30 20
2 Sangat baik 21 21 – 25 15 - 15 – 17 6-7 78 – 95
– 17
25
3 Baik 16 16 – 20 12 – 12 – 14 4-5 64 -77
– 14
20
4 Sederhana 11 11 – 15 9 – 9 -11 2-3 42 – 63
– 11
15
5 Lemah 6 – 6 – 10 6–8 6–8 0-1 24 – 41
10

1.2 PERTIMBANGAN PEMARKAHAN

1.2.1 ISI

1.2.1.1 Nilai isi dari segi hujah/fakta kes yang disampaikan


berdasarkan:
- ketetapan hujah
- kemantapan hujah
1.2.1.2 Nilaian ini juga termasuk ketepatan dan kemantapan
bidasan.
1.2.1.3 Elakkan daripada terpengaruh dengan gaya
penyampaian hujah.
1.2.1.4 Tugas hakim adalah menilai ketepatan dan
kemantapan hujah dan bukannya sama ada pasukan
27
KERTAS KONSEP BAHAS BAHASA MELAYU ALA PARLIMEN SEKOLAH MENENGAH
EDISI 2020

lawan boleh membidas hujah yang diberi. Begitulah


sebaliknya.
Contohnya :

USUL : Pengambilan Pekerja Asing Perlu Diteruskan Di


Malaysia
Hujah Pembangkang: Pekerja asing telah menimbulkan
pelbagai masalah sosial.
 Masalah jenayah - perogol bersiri
- pembunuh upahan
- rompakan
 Mengganggu ketenteraman masyarakat
- ganggu gadis
- amalan dan tingkah laku
 Masalah setinggan
 Amalan dan tingkah laku menjadi ikutan para
remaja

1.2.1.5 Jika hujah yang diberikan adalah lemah daripada segi


ketepatan dan kemantapan dan hujah itu tidak dibidas.
Justeru, pihak yang tidak membidas hujah tersebut
telah melakukan kesilapan yang lebih serius
berbanding dengan pihak yang menyampaikan hujah
yang lemah itu kerana gagal mengambil kesempatan
membidas hujah yang lemah itu.

1.2.1.6 Bidasan yang dikemukakan hendaklah berdasarkan


hujah dan bukannya berdasarkan contoh. Perkara-
perkara penting yang terlebih dahulu perlu dibidas.

28
KERTAS KONSEP BAHAS BAHASA MELAYU ALA PARLIMEN SEKOLAH MENENGAH
EDISI 2020

1.2.1.7 Hakim harus mengelak diri daripada terpengaruh oleh


kepercayaan dan prejudis atau pengetahuan dalam
sesuatu bidang.

1.2.1.8 Mutu soalan / jawapan izin laluan boleh mempengaruhi


markah isi.

1.2.1.9 Hakim hendaklah menilai penyampaian hujah/ isi


mengikut tahap kemampuan murid sekolah menengah.

1.2.2 STRATEGI

1.2.2.1 Strategi meliputi dua konsep :


i. struktur dan tempoh masa penghujahan.
ii. kefahaman pembahas tentang isu perbahasan.

1.2.2.2 Struktur
Penghujahan yang bermutu mempunyai
pendahuluan, huraian dan penutup yang jelas.
Semasa penghujahan, kata kunci diberi sebagai
panduan arah tuju pembahas. Penghujahan harus
bersifat logik dan ada kesinambungan.

1.2.2.3 Tempoh masa penghujahan terbahagi kepada dua


aspek:
i. Berhujah dalam masa yang dibenarkan.
ii. Memperuntukkan masa yang secukupnya untuk
aspek-aspek penghujahan.

1.2.2.4 Susunan isi perlu dititikberatkan. Isi-isi yang penting


perlu didahulukan dan diikuti isi yang kurang penting.

29
KERTAS KONSEP BAHAS BAHASA MELAYU ALA PARLIMEN SEKOLAH MENENGAH
EDISI 2020

1.2.2.5 Daripada segi strategi, adalah lebih wajar pembahas


mengemukakan bidasannya sebelum menyatakan
hujah/ fakta.

1.2.2.6 Hakim perlu mengambil kira ketepatan masa dan


keutamaan isu ketika mempertimbangkan markah
strategi.

1.2.2.7 Pemahaman tentang isu.


Pembahas harus memahami isu-isu penting dalam
perbahasan. Persoalan penting perlu dibidas.
Pembahas yang tidak memahami isu penting dalam
perbahasan tidak akan mendapat markah yang tinggi
dalam bahagian strategi. Sebaliknya, pembahas
yang memahami isu yang dibahaskan dan dapat
membidas dengan baik akan mendapat markah yang
tinggi dalam bahagian strategi.

1.2.2.8 Penglibatan pembahas dalam memberi/ menerima


izin laluan juga perlu dinilai dalam bahagian strategi.

1.2.2.9 Hakim mesti dapat membezakan antara strategi dan


isu. Bayangkan dalam satu situasi, seorang
pembahas cuba membidas isu akan mendapat
markah yang rendah bagi isi kerana bidasannya
lemah. Walau bagaimanapun, pembahas itu akan
mendapat markah agak baik untuk strategi kerana
dapat membidas hujah yang diutarakan oleh pihak
lawan.

1.2.3 GAYA

30
KERTAS KONSEP BAHAS BAHASA MELAYU ALA PARLIMEN SEKOLAH MENENGAH
EDISI 2020

1.2.3.1 Gaya termasuk cara pembahas berhujah, iaitu:-

i. daripada segi sebutan – suara yang jelas.


- bahasa gerak badan
- dipelbagaikan
- bersesuaian dengan pengucapan yang dilafazkan.

1.2.3.2 Penggunaan nota dan kod nota dibenarkan dan tidak


harus didenda kecuali jika pembahas ternyata terlalu
banyak bergantung pada nota atau membaca daripada
nota.

1.2.3.3 Hakim dinasihati agar bertoleransi tentang gaya bertutur


dan kepantasan.

1.2.3.4 Hakim dinasihati menitikberatkan cara berhujah yang


berbeza oleh para pembahas.

1.2.3.5 Gaya yang berjaya menarik / memikat hati penonton


perlu diberi pertimbangan.

1.2.3.6 Markah hanya dipotong jika gaya pembahas agak


keterlaluan atau melampaui batas.

1.2.4 BAHASA

1.2.4.1 Aspek bahasa yang harus diambil kira ialah:

i. gaya bahasa
31
KERTAS KONSEP BAHAS BAHASA MELAYU ALA PARLIMEN SEKOLAH MENENGAH
EDISI 2020

ii. struktur ayat


iii. tatabahasa

1.2.4.2 Aspek bahasa yang lain termasuklah:

i. sebutan (baku)
ii. kelancaran
iii. nada
iv. intonasi

Penggunaan sebutan baku diwajibkan. Hakim perlu


memastikan bahawa pembahas berhujah dengan
menggunakan sebutan serta struktur ayat yang betul.

1.2.4.3 Gaya bahasa yang menarik seperti penggunaan


bahasa kiasan, peribahasa dan seumpamanya tepat
mengikut situasi dan isi, sewajarnya diberi markah
tinggi dalam bahagian bahasa.

2.0 UCAPAN PENGGULUNGAN (JUMLAH = 50) – MASA = 4 MINIT

2.1 Markah diberi mengikut pembahagian berikut:

a. Isi = 15 markah
b. Strategi = 15 markah
c. Gaya = 10 markah
d. Bahasa = 10 markah
--------------------------------------------------

32
KERTAS KONSEP BAHAS BAHASA MELAYU ALA PARLIMEN SEKOLAH MENENGAH
EDISI 2020

Jumlah 50 markah
==============================

2.2 Garis Panduan / Skala Pemberian Markah (Anggaran)

NO MUTU/TAHAP ISI STRATE GAYA BAHA JUMLAH


GI SA
(15) (10) (50)
(15) (10)
1 Cemerlang 14 – 15 14 – 15 9 – 10 9 – 10 46 – 50
2 Sangat baik 12 – 13 12 – 13 7–8 7–8 38 – 42
3 Baik 10 – 11 10 -11 5–6 5–6 30 – 35
4 Sederhana 8–9 8–9 4 4 24 – 29
5 Lemah 6 -7 6 -7 3 3

2.3 PERTIMBANGAN PEMARKAHAN

2.3.1 ISI

2.3.1.1 Isi dinilai daripada aspek:


i. Kemampuan pembahas merumus dan hujah
pihak lawan.
ii. Kemampuan pembahas menggulung dan
menegaskan hujah pasukan.

2.3.1.2 Ketepatan dan kemantapan bidasan dan


penggulungan yang dibentangkan oleh pembahas
mempengaruhi markah isi.

33
KERTAS KONSEP BAHAS BAHASA MELAYU ALA PARLIMEN SEKOLAH MENENGAH
EDISI 2020

2.3.1.3 Gaya penyampaian tidak mempengaruhi markah isi.

2.3.1 STRATEGI

2.3.1.1 Peruntukan masa yang secukupnya (seimbang) bagi


tujuan membidas dan menggulung kes pasukan
mempengaruhi markah strategi.

2.3.1.2 Pembahas perlu mendahulukan bidasan dan diikuti


dengan penggulungan.

2.3.1.3 Bidasan biasanya didahului dengan rumusan hujah


pihak lawan.

2.3.1.4 Keutamaan isu semasa membidas dan menggulung


perlu diambil kira oleh hakim.

*** Perkara-perkara di atas adalah antara asas pemberian


markah strategi semasa sesi penggulungan.

2.3.2 GAYA / BAHASA

2.3.2.1 Rujuk pertimbangan pemarkahan bahagian


penghujahan.

34
KERTAS KONSEP BAHAS BAHASA MELAYU ALA PARLIMEN SEKOLAH MENENGAH
EDISI 2020

BENTUK PERTANDINGAN

Pertandingan Peringkat Kebangsaan dilaksanakan secara ‘timbal balik’,


yang menemukan pemenang antara dua kumpulan dalam satu pertandingan
bermula pada peringkat kedua. Walau bagaimanapun, pada pertandingan
peringkat pertama peluang bertemu antara pasukan kalah dan menang
dibenarkan seperti rajah berikut:

CARTA PERTANDINGAN

K1 M1
P1

M9 P9 Negeri 1 P10 M10


Negeri 2
M2 P2 K2 M18
M17
Negeri 3
P17 P18
K3 Negeri 4 M3
P3
M11 P11 Negeri 5 P12 M12
M21 M22
M4 Negeri 6 K4
P4
P21 P22
K5 Negeri 7 M5
K21 M13 Negeri 8
M14 K22
P13 P5 P14
Negeri 9
M6 K6
M19 P19 Negeri 10
P6 P20 M20
K7 M7
Negeri 11
M15 P15 Negeri 12 P16 M16
P7
M8 Negeri 13
K8

Negeri 14
P8

Negeri 15

Negeri 16

P 23
Ke-3 / Ke-4

P 24 ( Akhir)
Johan / Naib Johan
35
KERTAS KONSEP BAHAS BAHASA MELAYU ALA PARLIMEN SEKOLAH MENENGAH
EDISI 2020

P = Perlawanan
M = Menang
K = Kalah

36

Anda mungkin juga menyukai