Anda di halaman 1dari 21

KERTAS KONSEP PERTANDINGAN BAHAS BAHASA MELAYU ALA PARLIMEN SEKOLAH MENENGAH PERINGKAT KEBANGSAAN TAHUN 2023

KERTAS KONSEP
PERTANDINGAN BAHAS
BAHASA MELAYU ALA PARLIMEN
SEKOLAH MENENGAH
PERINGKAT KEBANGSAAN
TAHUN 2023

(EDISI BERSEMUKA)

Anjuran:
Bahagian Sukan, Kokurikulum dan Kesenian
Kementerian Pendidikan
KERTAS KONSEP PERTANDINGAN BAHAS BAHASA MELAYU ALA PARLIMEN SEKOLAH MENENGAH PERINGKAT KEBANGSAAN TAHUN 2023

1.0 PENDAHULUAN

1.1 Bahas ala parlimen merujuk kepada bentuk perbahasan sesuatu usul atau
cadangan seperti di Parlimen Malaysia. Dalam membahaskan sesuatu usul,
pihak kerajaan yang diketuai oleh Yang Amat Berhormat (YAB) Perdana
Menteri dan dibantu oleh dua (2) menteri lain hendaklah membawa usul
tersebut dan menterjemahkannya kepada beberapa isu untuk dibahaskan.
Seterusnya mereka mengemukakan hujah, fakta dan contoh perihal sebab
usul tersebut dikemukakan dan seterusnya dilaksanakan di dalam negara
sekiranya mendapat mandat dua per tiga (2/3) Ahli Dewan.

1.2 Pihak pembangkang yang diketuai oleh Ketua Pembangkang pula akan
menterjemahkan usul (melalui persepsi berlainan) dan cuba menghujah,
memberi fakta dan contoh bantahan secara bersopan serta menjawab sebab
usul tersebut harus ditolak.

1.3 Setelah sesuatu usul tersebut selesai diperdebatkan barulah Yang Dipertua
Dewan (YDP) mendapatkan pengundian. Dalam pertandingan bahas ala
parlimen ini pengundian sebenarnya tidak berlaku tetapi keputusannya
ditentukan oleh hakim bahas.

1.4 Pertandingan peringkat kebangsaan dijalankan secara sistem Power Match


(kaedah Swiss Bracket). Sistem Power Match merupakah satu sistem yang
menentukan jadual perlawanan secara automatik yang berdasarkan margin,
juri dan markah. Pusingan awal dilaksanakan sebanyak tiga (3) perlawanan.
Selepas pusingan awal, lapan (8) pasukan yang mendapat kedudukan
tertinggi layak untuk ke peringkat suku akhir, seterusnya separuh akhir dan
akhir. Sila rujuk pada Lampiran 1 dan 2.

2.0 OBJEKTIF

2.1 Memperkenalkan satu (1) format perbahasan yang menarik dan mencabar
kepada murid-murid sesuai dengan institusi persekolahan sebagai pusat
kecemerlangan.

2.2 Melahirkan murid-murid yang bakal menjadi pemimpin yang berani dan
berfikiran tajam serta mempunyai kemahiran hujah secara sopan dan
spontan.

2
KERTAS KONSEP PERTANDINGAN BAHAS BAHASA MELAYU ALA PARLIMEN SEKOLAH MENENGAH PERINGKAT KEBANGSAAN TAHUN 2023

2.3 Melahirkan murid-murid yang berkemahiran mengutarakan hujah-hujah yang


bernas dan teratur.

3.0 PELAKSANAAN

3.1 Pertandingan peringkat negeri akan dikendalikan oleh Jabatan Pendidikan


Negeri (JPN) dengan kerjasama Pejabat Pendidikan Daerah (PPD). Hanya
pemenang (johan) peringkat negeri akan bertanding ke peringkat
kebangsaan.

3.2 Pertandingan peringkat kebangsaan akan dikelolakan oleh Kementerian


Pendidikan Malaysia (KPM) bersama JPN Pengelola yang telah dilantik.

4.0 SYARAT-SYARAT

4.1 Pertandingan ini terbuka kepada murid warganegara Malaysia di sekolah


menengah bantuan kerajaan yang berdaftar dengan KPM sahaja.

4.2 Penyertaan berbilang kaum amat digalakkan.

4.3 Peserta terdiri daripada murid Tingkatan Satu (1) hingga Tahun Lima (5)
sahaja.

4.4 Jumlah murid yang terlibat hendaklah lima (5) orang peserta daripada
sekolah yang sama iaitu tiga (3) orang pembahas utama dan dua (2) orang
pembahas simpanan bersama seorang guru pengiring.

4.5 Pakaian peserta hendaklah sopan dan sesuai dengan pertandingan.


Pakaian seragam sekolah dibenarkan.

4.6 Isu sensitif yang berkaitan dengan agama, perkauman dan menyentuh
peribadi seseorang adalah dilarang. Penggunaan ayat-ayat Al-Quran dan
hadis beserta terjemahan untuk mengukuhkan hujah adalah dilarang sama
sekali.

4.7 Permohonan untuk menyertai pertandingan ini perlu melalui pihak sekolah
dan mendapat kebenaran daripada ibu bapa.

4.8 Borang penyertaan perlu dihantar kepada JPN Pengelola mengikut tarikh
yang ditetapkan.

3
KERTAS KONSEP PERTANDINGAN BAHAS BAHASA MELAYU ALA PARLIMEN SEKOLAH MENENGAH PERINGKAT KEBANGSAAN TAHUN 2023

5.0 FORMAT

5.1 Usul perbahasan akan diberikan kepada pasukan yang bertanding satu (1)
bulan sebelum pertandingan. Pasukan yang akan mengemukakan usul
dikenali sebagai Pasukan Kerajaan yang akan bertanding dengan Pasukan
Pembangkang.

5.2 Pembahas pertama daripada pihak kerajaan akan disebut sebagai Yang
Amat Berhormat (YAB) Perdana Menteri, manakala empat (4) orang
pembahas dalam pasukan tersebut dikenali sebagai Yang Berhormat (YB)
Menteri Kedua, YB Menteri Ketiga, YB Menteri Keempat dan YB Menteri
Kelima. Pembahas pertama daripada pihak pembangkang akan disebut
sebagai YB Ketua Pembangkang, manakala empat (4) lagi pembahas dalam
pasukan tersebut akan disebut sebagai YB Pembangkang Kedua, YB
Pembangkang Ketiga, YB Pembangkang Keempat dan YB Pembangkang
Kelima.

5.3 Peruntukan masa dan giliran berbahas bagi kedua-dua pasukan adalah
seperti yang berikut:

Giliran Kerajaan Giliran Pembangkang Masa


1 Pertama 2 Pertama 9 minit
3 Kedua 4 Kedua 9 minit
5 Ketiga 6 Ketiga 9 minit
Persediaan Persediaan 3 minit
8 7
Ucapan penggulungan Ucapan penggulungan 4 minit
(Pertama/Kedua) (Pertama/Kedua)

5.4 Pembahas pertama daripada kedua-dua pasukan hanya mengutarakan satu


(1) hujah manakala pembahas kedua daripada kedua-dua pasukan akan
mengutarakan dua (2) hujah. Pembahas ketiga daripada kedua-dua pasukan
tidak mengutarakan hujah baharu. Tugas mereka adalah untuk membidas
hujah-hujah pasukan lawan.

5.1 Semasa satu (1) pihak berhujah, ahli pasukan lawan termasuklah pembahas
keempat dan kelima boleh memohon izin laluan. Pembahas boleh menerima
atau menolak izin laluan daripada pihak lawan. Pembahas boleh menerima
dua (2) izin laluan sahaja.
4
KERTAS KONSEP PERTANDINGAN BAHAS BAHASA MELAYU ALA PARLIMEN SEKOLAH MENENGAH PERINGKAT KEBANGSAAN TAHUN 2023

5.2 Pembahas keempat dan pembahas kelima dari kedua-dua pasukan


dibenarkan untuk memberi celahan kepada pihak lawan sebanyak satu (1)
kali sahaja sepanjang perbahasan berlangsung. Masa yang diberikan hanya
30 saat sahaja. Celahan adalah berbentuk kenyataan, bukti, contoh
baharu yang berkaitan dengan pendirian atau hujah pasukan masing-
masing. Pembahas keempat dan kelima tidak dibenarkan untuk memberikan
hujah baru. Kebenaran untuk menerima celahan adalah bergantung kepada
Yang Dipertua Dewan dan pembahas yang sedang berbahas.

5.5 Selepas semua pembahas berhujah, pembahas pertama atau pembahas


kedua daripada kedua-dua pasukan akan memberi ucapan penggulungan
dimulai oleh pasukan pembangkang dan diikuti oleh pasukan kerajaan.

6.0 TATACARA PERBAHASAN

6.1 Pengendalian

6.1.1 Cabutan undi peranan akan dijalankan di bilik urus setia untuk
menentukan pihak kerajaan dan pembangkang sebelum
pertandingan;

6.1.2 Pasukan yang terlibat akan dikuarantin di bilik persediaan masing-


masing selama 30 minit;

6.1.3 Hanya peserta dibenarkan berada di dalam bilik persediaan;

6.1.4 Bahan cetak sahaja dibenarkan dibawa masuk ke dalam bilik


persediaan. Peralatan elektronik adalah tidak dibenarkan; dan

6.1.5 Bilik persediaan yang digunakan oleh peserta untuk sesi kuarantin
juga menjadi bilik persidangan.

6.2 Peranan YDP

6.2.1 YDP akan membaca ringkasan peraturan perbahasan dan


memperkenalkan penjaga masa, panel hakim dan pembahas;

6.2.2 YDP tidak dibenarkan membuat apa-apa komen dan ulasan tentang
usul perbahasan ataupun pembahas yang sedang bertanding;

5
KERTAS KONSEP PERTANDINGAN BAHAS BAHASA MELAYU ALA PARLIMEN SEKOLAH MENENGAH PERINGKAT KEBANGSAAN TAHUN 2023

6.2.3 YDP akan memastikan bahawa hakim telah bersedia sebelum


menjemput pembahas untuk berucap; dan

6.2.4 Ketua Hakim akan mengumumkan keputusan pertandingan.

6.3 Peranan Penjaga Masa

6.3.1 Penjaga masa hendaklah memastikan bahawa sembilan (9) minit


diperuntukkan untuk pembahas berhujah dan empat (4) minit untuk
ucapan penggulungan. Masa akan diambil kira dari permulaan
pembahas berhujah;

6.3.2 Penjaga masa akan membunyikan loceng sekali pada minit kedua
menandakan bahawa ruang terbuka kepada pasukan lawan membuat
izin laluan. Pada minit kelapan loceng akan dibunyikan sekali
menandakan masa untuk izin laluan telah tamat. Loceng akan
dibunyikan dua (2) kali pada minit kesembilan sebagai tanda bahawa
masa untuk pembahas berhujah telah tamat;

6.3.3 Bagi ucapan penggulungan, penjaga masa hendaklah memastikan


bahawa kedua-dua pasukan diberi masa tiga (3) minit sebagai masa
persediaan sebelum pasukan-pasukan tersebut membuat
penggulungan;

6.3.4 Pada minit ketiga masa penggulungan, penjaga masa akan


membunyikan loceng amaran sekali dan pada minit keempat loceng
dibunyikan dua (2) kali menandakan masa telah tamat untuk
pembahas;

6.4 Peranan Pembahas

Kerajaan Peranan
YAB Perdana Menteri i. Memberi definisi atau pentakrifan terhadap
usul
ii. Menyatakan pendirian
iii. Menyatakan strategi dan peranan menteri
iv. Mengemukakan satu (1) hujah dan memberi
huraian/fakta untuk menyokong usul
v. Menegaskan pendirian bagi menyokong usul

6
KERTAS KONSEP PERTANDINGAN BAHAS BAHASA MELAYU ALA PARLIMEN SEKOLAH MENENGAH PERINGKAT KEBANGSAAN TAHUN 2023

YB Menteri Kedua i. Menyatakan pendirian sama ada bersetuju


menerima atau menolak definisi baharu yang
telah diberikan oleh pihak pembangkang
ii. Sekiranya ditolak, penegasan tentang definisi
yang telah dikemukakan oleh Perdana Menteri
perlu diberikan
iii. Membidas hujah yang telah dikemukakan oleh
Ketua Pembangkang.
iv. Mengemukakan dua (2) hujah dan memberi
huraian/fakta untuk menyokong usul
v. Menegaskan pendirian bagi menyokong usul
YB Menteri Ketiga i. Membidas hujah yang telah dikemukakan oleh
pembangkang kedua.
ii. Membidas hujah yang telah dikemukakan oleh
Ketua Pembangkang.
iii. Memperkukuh usul yang telah dibawa dan
menegaskan pendirian bagi menyokong usul
YB Menteri Keempat i. Memberi celahan sama ada berbentuk
dan kenyataan, bukti atau contoh baharu untuk
YB Menteri Kelima menyokong pendirian dan hujah pasukan
kerajaan.
Ucapan penggulungan i. Membidas hujah/usul dan fakta-fakta serta
(Pertama/Kedua) menyatakan kelemahan/kesilapan yang telah
dilakukan oleh pihak kerajaan
ii. Menggulung perbahasan dan membuat
penegasan

Pembangkang Peranan
YB Ketua Pembangkang i. Menyatakan pendirian sama ada bersetuju
menerima atau menolak definisi usul yang telah
diberikan oleh pihak kerajaan.
ii. Sekiranya ditolak, definisi mengikut takrifan
perlu diberikan.
iii. Membidas hujah yang telah dikemukakan oleh
YAB Perdana Menteri.
iv. Menyatakan pendirian berhubung dengan usul.
v. Menyatakan strategi dan peranan
pembangkang.
vi. Mengemukakan satu (1) hujah dan memberi
huraian/ fakta.
7
KERTAS KONSEP PERTANDINGAN BAHAS BAHASA MELAYU ALA PARLIMEN SEKOLAH MENENGAH PERINGKAT KEBANGSAAN TAHUN 2023

vii. Menegaskan pendirian.


YB Pembangkang Kedua i. Membidas hujah yang telah dikemukakan oleh
YB Menteri Kedua.
ii. Membidas hujah yang telah dikemukakan oleh
YAB Perdana Menteri.
iii. Mengemukakan dua (2) hujah dan memberi
huraian/ fakta.
iv. Menegaskan pendirian.
YB Pembangkang Ketiga i. Membidas hujah yang telah dikemukakan oleh
YB Menteri Ketiga.
ii. Membidas hujah yang telah dikemukakan oleh
YB Menteri Kedua.
iii. Membidas hujah-hujah yang telah
dikemukakan oleh YAB Perdana Menteri.
iv. Memperkukuh usul berdasarkan fakta-fakta
dan menegaskan pendirian.
YB Pembangkang Keempat i. Memberi celahan sama ada berbentuk
dan kenyataan, bukti atau contoh baharu untuk
YB Pembangkang Kelima menyokong pendirian dan hujah pasukan
kerajaan.
Ucapan penggulungan i. Membidas hujah/usul dan fakta-fakta serta
(Pertama/Kedua) menyatakan kelemahan/kesilapan yang telah
dilakukan oleh pihak kerajaan
ii. Menggulung perbahasan dan membuat
penegasan

6.5 Izin Laluan

6.5.1 Izin laluan ialah celahan formal yang ditujukan kepada pembahas
yang berhujah. Izin laluan boleh dilakukan dalam bentuk soalan,
kenyataan, fakta atau ayat-ayat pendek yang berkaitan dengan isi
yang sedang diutarakan oleh pembahas;

6.5.2 Tujuan utama izin laluan adalah untuk memberi atau meminta
maklumat tentang sesuatu isi yang sedang dibahaskan. Pihak lawan
boleh membetulkan fakta yang dianggap telah terpesong. Izin laluan
juga boleh digunakan untuk meminta penjelasan dan menyoal pihak
lawan;

8
KERTAS KONSEP PERTANDINGAN BAHAS BAHASA MELAYU ALA PARLIMEN SEKOLAH MENENGAH PERINGKAT KEBANGSAAN TAHUN 2023

6.5.3 Masa selama 15 saat sahaja diperuntukkan bagi setiap izin laluan.
Izin laluan haruslah padat dan bernas. YDP hendaklah memberi
teguran kepada pembahas yang tidak mematuhi perkara ini;

6.5.4 Izin laluan tidak boleh disalahgunakan untuk sengaja mengganggu


pihak lawan kerana terdapat etika yang wajib dipatuhi. Markah akan
dikurangkan jika melanggar etika ini;

6.5.5 Pasukan lawan hanya dibenarkan memohon izin laluan selepas minit
kedua iaitu antara minit kedua hingga minit kelapan hujahan
pembahas. Izin laluan tidak boleh dilakukan pada dua (2) minit
pertama dan selepas minit kelapan semasa pembahas sedang
berhujah. Loceng akan dibunyikan untuk menandakan permulaan
dan penutup masa yang ditetapkan untuk izin laluan;

6.5.6 Tiada izin laluan semasa ucapan penggulungan;

6.5.7 Isyarat-isyarat yang sopan dan hormat seperti mengangkat tangan


atau berdiri tegak hendaklah dilakukan semasa memohon izin laluan.
Perlakuan yang kasar dan biadap seperti menepuk-nepuk meja atau
tangan, memetik jari, melambai-lambai, bersiul, menjerit atau apa-
apa sahaja yang sengaja dilakukan untuk mengganggu pihak lawan
akan menyebabkan pengurangan markah;

6.5.8 Kata-kata yang diucapkan semasa izin laluan hendaklah halus dan
berbudi bahasa serta mencerminkan tatasusila, adab dan budaya
yang tinggi. Tingkah laku seperti menjerit, marah-marah dan
mengejek pihak lawan adalah dilarang;

6.5.9 Izin laluan dimohon dengan cara seseorang pembahas berdiri dan
menyebut “Izin Laluan”. Pembahas yang sedang berucap tidak
dimestikan menerima setiap izin laluan yang ditujukan kepadanya;

6.5.10 Pembahas yang sedang berucap boleh meminta pihak lawannya


untuk duduk dengan cara yang hormat, menghabiskan ayatnya dan
menerima izin laluan tersebut atau menolak izin laluan; dan

6.5.11 Pembahas yang memohon izin laluan tetapi tidak diterima oleh pihak
lawan tetap akan diberi markah izin laluan. Manakala pemohon yang
mohon izin laluan kali ketiga untuk pembahas yang sedang berhujah,

9
KERTAS KONSEP PERTANDINGAN BAHAS BAHASA MELAYU ALA PARLIMEN SEKOLAH MENENGAH PERINGKAT KEBANGSAAN TAHUN 2023

perlu bertanya. Jika tidak bertanya dianggap tidak memohon izin


laluan.

6.6 Celahan

6.6.1 Celahan hanya boleh dilakukan oleh pembahas keempat dan kelima
kedua-dua pihak (kepada pihak lawan).

6.6.2 Celahan hanya boleh dilakukan antara minit kedua hingga minit
kelapan pembahas pertama, kedua dan ketiga bagi kedua-dua
pasukan sedang berhujah sahaja.

6.6.3 Masa celahan hanyalah 30 saat sahaja.

6.6.4 Celahan mestilah dalam bentuk kenyataan, bukti atau contoh bagi
mempertahankan pendirian pasukan, memberi penjelasan,
membetulkan fakta dan bukan dalam bentuk soalan atau memohon
penjelasan.

6.6.5 Sekiranya pembahas keempat dan kelima tidak mencelah, pasukan


tersebut akan kehilangan markah kerjasama sepasukan.

6.6.6 Celahan mesti mendapat izin Yang Dipertua Dewan dan pembahas
yang sedang berbahas.

6.6.7 Yang Dipertua Dewan berhak menangguhkan sementara celahan


untuk memberi peluang pihak lawan meneruskan perbahasan.

6.6.8 Sekiranya timbul masalah yang tidak dapat dielakkan seperti kes
kecemasan, peserta pasukan hanya tinggal tiga (3) atau empat (4)
orang peserta sahaja maka YB keempat perlu mengambil bahagian
dalam celahan sepanjang pertandingan berlangsung. Jika gagal
memainkan peranan tersebut markah keseluruhan pasukan
hendaklah ditolak.

10
KERTAS KONSEP PERTANDINGAN BAHAS BAHASA MELAYU ALA PARLIMEN SEKOLAH MENENGAH PERINGKAT KEBANGSAAN TAHUN 2023

7.0 ASPEK PEMARKAHAN

7.1 Pembahas Pertama, Kedua dan Ketiga


7.1.1 Isi 30 markah
7.1.2 Strategi 30 markah
7.1.3 Gaya 20 markah
7.1.4 Bahasa 20 markah
Jumlah 100 markah x 3

7.2 Penggulungan
7.2.1 Isi 15 markah
7.2.2 Strategi 15 markah
7.2.3 Gaya 10 markah
7.2.4 Bahasa 10 markah
Jumlah 50 markah

8.0 PENGHAKIMAN

8.1 Peringkat kebangsaan akan dinilai oleh lima (5) orang hakim termasuk ketua
hakim

8.2 Setiap hakim akan menilai pertandingan secara keseluruhan.

8.3 Keputusan rasmi dibuat secara sistem juri.

8.4 Hakim mesti mematuhi peraturan pertandingan yang terdapat dalam kertas
konsep KPM.

8.5 Keputusan panel hakim adalah muktamad.

9.0 HADIAH PERINGKAT KEBANGSAAN

Peserta akan mendapat sijil penyertaan manakala pemenang akan mendapat trofi
dan sijil pencapaian. Senarai anugerah yang diberikan adalah seperti berikut:

9.1 Johan
9.2 Naib Johan
9.3 Tempat Ketiga (2 pasukan)
9.4 Pembahas Terbaik

11
KERTAS KONSEP PERTANDINGAN BAHAS BAHASA MELAYU ALA PARLIMEN SEKOLAH MENENGAH PERINGKAT KEBANGSAAN TAHUN 2023

10.0 TINDAKAN

Pihak KPM berhak membatalkan penyertaan yang melanggar syarat-syarat yang


telah ditetapkan dalam kertas konsep.

11.0 HAK MILIK VIDEO

Pihak KPM berhak menyiarkan rakaman video pertandingan dalam sebarang


pelantar bagi tujuan hebahan atau pendidikan.

12.0 HAL-HAL YANG TIDAK DINYATAKAN

12.1 Semua hal yang tidak dinyatakan dalam kertas konsep ini atau sebarang
pengecualian mengenai pematuhan syarat-syarat pertandingan atau semua
perkara di luar jangka atau mengenai tafsiran akan diputuskan oleh pihak
Jawatankuasa Pengelola Pertandingan.

12.2 Kertas konsep ini sah untuk tahun 2023 sehingga makluman atau semakan
lanjut daripada pihak KPM dan boleh digunakan di semua peringkat untuk
pertandingan yang dianjurkan oleh KPM.

12.3 Pertandingan ini tertakluk pada peraturan di atas sahaja. Penggunaan atau
penyesuaian oleh mana-mana entiti di luar kementerian memerlukan
kebenaran terlebih dahulu. Hak cipta terpelihara KPM.

12
KERTAS KONSEP PERTANDINGAN BAHAS BAHASA MELAYU ALA PARLIMEN SEKOLAH MENENGAH PERINGKAT KEBANGSAAN TAHUN 2023

Lampiran 1
KERTAS KONSEP PERTANDINGAN BAHAS BAHASA MELAYU ALA PARLIMEN SEKOLAH MENENGAH PERINGKAT KEBANGSAAN TAHUN 2023

Lampiran 2

2
KERTAS KONSEP PERTANDINGAN BAHAS BAHASA MELAYU ALA PARLIMEN SEKOLAH MENENGAH PERINGKAT KEBANGSAAN TAHUN 2023

BORANG PENYERTAAN
PERTANDINGAN BAHAS BAHASA MELAYU ALA PARLIMEN SEKOLAH MENENGAH
PERINGKAT KEBANGSAAN TAHUN 2023

A. MAKLUMAT PESERTA
Gambar
Nama peserta : peserta
No. kad pengenalan :
Tarikh lahir : Umur:
Jantina : Bangsa:
No. telefon bimbit :
E-mel :

Alamat surat-menyurat :

Nama dan alamat sekolah :

Tingkatan :

B. MAKLUMAT GURU PEMBIMBING

Nama guru pembimbing :


No. telefon bimbit :
E-mel :

C. PENGESAHAN PENGETUA

Dengan ini disahkan bahawa maklumat dia atas adalah benar.

Tandatangan Pengetua :

Cap sekolah :

No. telefon :
KERTAS KONSEP PERTANDINGAN BAHAS BAHASA MELAYU ALA PARLIMEN SEKOLAH MENENGAH PERINGKAT KEBANGSAAN TAHUN 2023

KEPUTUSAN PERTANDINGAN BAHAS BAHASA MELAYU ALA PARLIMEN


SEKOLAH MENENGAH PERINGKAT KEBANGSAAN

USUL : …………………………………………………………………………….

…………………………………………………………………………….

ANTARA

KERAJAAN PEMBANGKANG

*** USUL DITERIMA / DITOLAK ***

*** PEMENANG : KERAJAAN / PEMBANGKANG ***

SEKOLAH : …………………………………………………………………….

PEMBAHAS TERBAIK : …………………………………………………………………….

PASUKAN : KERAJAAN / PEMBANGKANG

PENGESAHAN OLEH HAKIM

………………………………………........... TARIKH: ……………………...


( )

2
KERTAS KONSEP PERTANDINGAN BAHAS BAHASA MELAYU ALA PARLIMEN SEKOLAH MENENGAH PERINGKAT KEBANGSAAN TAHUN 2023

KEPUTUSAN RASMI PERTANDINGAN BAHAS BAHASA MELAYU


ALA PARLIMEN SEKOLAH MENENGAH PERINGKAT KEBANGSAAN

BORANG RUMUSAN KEPUTUSAN

USUL : …………………………………………………………………………….

……………………………………………………………………………..

KERAJAAN PEMBANGKANG
HAKIM
NEGERI: NEGERI:
1
2
3
4
5

MAJORITI : …………………….. / …………………………

HAKIM NAMA PENUH TANDATANGAN

3
KERTAS KONSEP PERTANDINGAN BAHAS BAHASA MELAYU ALA PARLIMEN SEKOLAH RENDAH TAHUN 2023

PERTANDINGAN BAHAS BAHASA MELAYU ALA PARLIMEN SEKOLAH MENENGAH PERINGKAT KEBANGSAAN

BORANG PEMARKAHAN (KERAJAAN)

USUL : ____________________________________________________________________________________

BILIK PERSIDANGAN : ________________________________________

Markah perlu diisi seperti yang telah dicadangkan untuk mengelak margin yang tidak sepatutnya
(Cadangan markah di bawah jika menggunakan sistem power match dan tertakluk kepada perubahan semasa)

KERAJAAN ISI STRATEGI GAYA BAHASA


(30 markah) (30 markah) (20 markah) (20 markah) JUMLAH
Sederhana: 23 Sederhana: 23 Sederhana: 18 Sederhana: 18 (100 markah)
Baik: 24 Baik: 24 Baik: 19 Baik: 19
Cemerlang: 25
YAB PERDANA
MENTERI
YB MENTERI
KEDUA
YB MENTERI
KETIGA
ISI STRATEGI GAYA BAHASA
(15 markah) (15 markah) (10 markah) (10 markah) JUMLAH
Sederhana: 12 Sederhana: 4 Sederhana: 4 Sederhana: 4 (50 markah)
Baik: 13 Baik: 5 Baik: 5 Baik: 5
PENGGULUNGAN

4
KERTAS KONSEP PERTANDINGAN BAHAS BAHASA MELAYU ALA PARLIMEN SEKOLAH MENENGAH TAHUN 2023

PANDUAN PERMARKAHAN KERAJAAN

ISI YB PERDANA MENTERI YB MENTERI KEDUA YB MENTERI KETIGA


Definisi (ada/tiada) Definisi Setuju@terima Bidas Pembangkang Kedua / Hujah 3
Pendirian pasukan (ada/tiada) (Baik/Sederhana/Lemah)
(ada/tiada) Bidas KP (ada/tiada) Bidas Pembangkang Kedua / Hujah 2
Penyataan peranan Hujah 2 (Baik/Sederhana/Lemah)
(ada/tiada) (Baik/Sederhana/Lemah) Bidas Ketua Pembangkang / Hujah 1
Hujah 1 Hujah 3 (Baik/Sederhana/Lemah)
(Baik/Sederhana/Lemah) (Baik/Sederhana/Lemah) Penegasan Hujah (ada/tiada)

STRATEGI Struktur/ Tempoh/ Masa Struktur/ Tempoh/ Masa Struktur/ Tempoh/ Masa (Baik/Sederhana/Lemah)
(Baik/Sederhana/Lemah) (Baik/Sederhana/Lemah)

GAYA Penyampaian/ Bahasa Penyampaian/ Bahasa Penyampaian/ Bahasa Badan/ Membaca/ Sebutan
Badan/ Membaca/ Badan/ Membaca/ Sebutan (Baik/Sederhana/Lemah)
Sebutan (Baik/Sederhana/Lemah)
(Baik/Sederhana/Lemah)

BAHASA Gaya Bahasa/ Struktur Gaya Bahasa/ Struktur Ayat/ Gaya Bahasa/ Struktur Ayat/ Tatabahasa
Ayat/ Tatabahasa Tatabahasa (Baik/Sederhana/Lemah)
(Baik/Sederhana/Lemah) (Baik/Sederhana/Lemah)

GULUNG Rumusan Hujah


Bidasan Hujah

5
KERTAS KONSEP PERTANDINGAN BAHAS BAHASA MELAYU ALA PARLIMEN SEKOLAH MENENGAH TAHUN 2023

PERTANDINGAN BAHAS BAHASA MELAYU ALA PARLIMEN SEKOLAH MENENGAH PERINGKAT KEBANGSAAN

BORANG PEMARKAHAN (PEMBANGKANG)

USUL : ____________________________________________________________________________________

BILIK PERSIDANGAN : ________________________________________

Markah perlu diisi seperti yang telah dicadangkan untuk mengelak margin yang tidak sepatutnya
(Cadangan markah di bawah jika menggunakan sistem power match dan tertakluk kepada perubahan semasa)

PEMBANGKANG ISI STRATEGI GAYA BAHASA


(30 markah) (30 markah) (20 markah) (20 markah) JUMLAH
Sederhana: 23 Sederhana: 23 Sederhana: 18 Sederhana: 18 (100 markah)
Baik: 24 Baik: 24 Baik: 19 Baik: 19
Cemerlang: 25
YB KETUA
PEMBANGKANG
YB PEMBANGKANG
KEDUA
YB PEMBANGKANG
KETIGA
ISI STRATEGI GAYA BAHASA
(15 markah) (15 markah) (10 markah) (10 markah) JUMLAH
Sederhana: 12 Sederhana: 4 Sederhana: 4 Sederhana: 4 (50 markah)
Baik: 13 Baik: 5 Baik: 5 Baik: 5
PENGGULUNGAN

6
KERTAS KONSEP PERTANDINGAN BAHAS BAHASA MELAYU ALA PARLIMEN SEKOLAH MENENGAH TAHUN 2023

PANDUAN PERMARKAHAN PEMBANGKANG

ISI YB KETUA YB PEMBANGKANG KEDUA YB PEMBANGKANG KETIGA


PEMBANGKANG Bidas Menteri Ke-2 (2Hujah) Bidas Menteri Ketiga (Baik/Sederhana/Lemah
Definisi Sendiri@Tolak (ada/tiada) Bidas Menteri Kedua / Hujah 3
(ada/tiada) Bidas PM (ada/tiada) (Baik/Sederhana/Lemah)
Bidasan PM (ada/tiada) Hujah 2 Bidas Menteri Kedua / Hujah 2
Penyataan Peranan (Baik/Sederhana/Lemah) (Baik/Sederhana/Lemah)
(ada/tiada) Hujah 3 Bidas Perdana Menteri / Hujah 1
Penyataan peranan (Baik/Sederhana/Lemah) (Baik/Sederhana/Lemah)
(ada/tiada) Penegasan Hujah (ada/tiada)
Hujah 1
(Baik/Sederhana/Lemah)

STRATEGI Struktur/ Tempoh/ Masa Struktur/ Tempoh/ Masa Struktur/ Tempoh/ Masa (Baik/Sederhana/Lemah)
(Baik/Sederhana/Lemah) (Baik/Sederhana/Lemah)

GAYA Penyampaian/ Bahasa Penyampaian/ Bahasa Badan/ Penyampaian/ Bahasa Badan/ Membaca/
Badan/ Membaca/ Membaca/ Sebutan Sebutan
Sebutan (Baik/Sederhana/Lemah) (Baik/Sederhana/Lemah)
(Baik/Sederhana/Lemah)

BAHASA Gaya Bahasa/ Struktur Gaya Bahasa/ Struktur Ayat/ Gaya Bahasa/ Struktur Ayat/ Tatabahasa
Ayat/ Tatabahasa Tatabahasa (Baik/Sederhana/Lemah)
(Baik/Sederhana/Lemah) (Baik/Sederhana/Lemah)

GULUNG Rumusan Hujah


Bidasan Hujah

Anda mungkin juga menyukai