Anda di halaman 1dari 15

SEKOLAHKU SEJAHTERA KAMI SUDAH BERSEDIA

PERDANA MENTERI

Indah berbalam si awan petang,

Berarak di celah pepohon ara

Pemanis kalam selamat datang

Awal bismillah pembuka bicara

Terima kasih tuan yang dipertua dewan,rakan rakan seperjuangan yang berkarisma delegasi kerajaan,
proksi pembangkang yang dimuliakan , seterusnya saf saf perwakilan dan hadirin hadirat yang saya
hormati sekalian. Salam perdebatan , salam kelestarian bumi Tuhan .

Assalamualaikum dan Selamat Bersidang

Tuan yang dipertua ,

Usul pada hari ini berbunyi SEKOLAHKU SEJAHTERA KAMI SUDAH BERSEDIA.

Tuan yang dipertua dan ahli ahli yang berhormat sekalian ,

Pertama , izinkan saya melakukan penakrifan usul secara literal .

Kuota B40 intepretasikan dalam kamus dewan edisi keempat sebagai meningkatkan bilangan golongan
anak yang berpendapatan RM Tiga Ribu kebawah manakala kemasukan sekolah berasrama penuh satu
keadilan merupakan kelayakan anak daripada golongan B40 untuk memasuki sekolah berasrama penuh .
Jadi, dapatlah dirumuskan bahawa Kuota B40 Kemasukan Sekolah Berasrama Penuh Satu Keadilan
merupakan peningkatan pelajar daripada golongan B40 untuk memasuki sekolah berasrama penuh .

Sebagai perdana menteri, saya akan menyatakan hujah hujah yang menyokong usul ini . Selain itu hujah
hujah yang seterusnya akan disambung oleh menteri kedua , manakala menteri ketiga pula akan
membidas hujah hujah songsang yang akan dibawa oleh pasukan pembangkang. Saya ingin menyatakan
bahawa pihak kerajaan yakin dengan hujah hujah yang akan kami bentangkan nanti dan seterusnya usul
yang kami bawa akan diterima secara konsensus.

Tuan Yang Dipertua ,

Kami meletakkan tiga indikator bagi memantapkan usul kami. Yang pertama , saya katakan bahawa
keberkesanan penerapan nilai SEJAHTERA khususnya elemen sihat dalam kalangan guru dan murid
memantapkan lagi konsep sekolahku sejahtera. Yang kedua , TYDP , indikator kami milieu pembelajaran
yang instrumental dan kondusif menghidupkan motivasi penuntut ilmu untuk kembali ke alma mater.
Saya yakin bahawa berdasarkan indikator indikator ini beserta justifikasi yang akan kami kemukakan
sudah pasti usul ini akan diterima tanpa perlu diperdebatkan dengan hujah hujah palsu yang akan
dikemukakan oleh pihak pembangkang .
Tuan Yang Dipertua,

Izinkan saya mengemukakan hujah kami yang pertama di barisan pihak kerajaan yakni milieu
pembelajaran instrumental dan kondusif mampu menghidupkan motivasi para penuntut ilmu untuk
Kembali ke alma mater. Hal ini dikatakan demikian kerana, di sekolah disiplin menjadi satu kawalan
sosial bagi mewujudkan suasana tenteram supaya proses pengajaran dan pembelajaran dapat
dijalankan dengan teratur dan lancar.

Pada sekitar tahun 2010 , sekolah-sekolah di Malaysia sudahpun mengamalkan konsep persekitaran
kondusif di bawah pelaksanaan amalan 5S yang kini ditambah baik kepada perlaksana ekosistem kondisi
sektor awam sama seperti yang diamalkan di pejabat-pejabat sektor awam yang lain. Buktinya
berdasarkan laporan daripada sektor pengoperasian kolej vokasional telah menerima penerapan
sekurang kurangnya perak dalam mewujudkan persekitaran

Maka , rangkuman pembuktian kami di perwakilan kerajaan cukup mudah kami telah berjaya
menunjukkan betapa pada hari ini kita sebenarnya sudah bersedia menjalankan satu konsep iaitu
sekolahku sejahtera.

Tuan Yang Dipertua dan sidang dewan sekalian ,

Kami dibarisan pihak kerajaan dengan yakin sepenuh hati dan sebulat suara menetapkan pendirian kami
dalam menghujahkan usul yang dibawa oleh kami iaitu sekolahku sejahtera kita sudah bersedia.

Pantun penutup tidak usah berjela jela,

Setakat mengucap terima kasih sahaja,

Mauduk perbahasan tetap teguh berdiri ,

Salam sejahtera , sekian terima kasih.

MENTERI KEDUA

Melati kuntum tumbuh melata,

Sayang merbah di pohon cemara,

Assalammualaikum mulanya kata,

Saya sembah pembuka bicara.

Assalamualaikum dan selamat sejahtera saya ucapkan kepada tuan speaker dewan, rakan rakan yang
berhormat dari pihak kerajaan , barisan pembangkang dan seterusnya ahli ahli dewan sekalian.

Tuan Yang Dipertua,

Sebagai menteri yang kedua, saya pastinya menolak definisi usul yang telah dipinda oleh ketua
pembangkang sebentar tadi iaitu
_____________________________________________________________________________________

Jadi, saya memohon agar definisi usul itu dipinda semula seperti definisi yang diberikan oleh perdana
menteri iaitu dapatlah dirumuskan bahawa Kuota B40 Kemasukan Sekolah Berasrama Penuh Satu
Keadilan merupakan peningkatan pelajar daripada golongan B40 untuk memasuki sekolah berasrama
penuh .

Tuan Yang Dipertua ,

Sebelum membentangkan hujah hujah seterusnya saya akan membidas hujah yang dikemukakan oleh
ketua pembangkang sebentar tadi . Ketua pembangkang mengatakan bahawa
_____________________________________________________________________________________
_____________________________________________________________________________________
_____________________________________________________________________________________

Tuan Yang Dipertua ,

Usul kami yang kedua iaitu berpaksikan frasa Kuota B40 Kemasukan Sekolah Berasrama Penuh
Mengurangkan Lambakan Golongan Elit Berasrama Penuh . Peningkatan kuota kemasukan golongan B40
ke sekolah berasrama penuh sebanyak 60% telah mengurangkan lambakan golongan elit di sekolah
tersebut. Hal ini kerana, apabila golongan elit ini bermaharaja lela di sekolah berasrama penuh secara
tidak langsung mereka akan memandang rendah terhadap golongan yang berpendapatan rendah .
perasaan ini wujud oleh sebab mereka menganggap diri mereka sahaja yang mendominasi sekolah
berasrama penuh tersebut. Oleh itu, jika kuota golongan B40 ditingkatkan , lambakan golongan elit
dapat dikurangkan sekaligus membolehkan mereka bergaul dan tidak memandang enteng kepada
golongan B40.

Tuan Yang Dipertua ,

Usul kami yang ketiga iaitu berpaksikan frasa Kuota B40 Kemasukan Sekolah Berasrama Penuh
Mengurangkan Jurang Sosial Antara Golongan B40 dengan Golongan M40 dan T20. Tindakan pihak
kerajaan menaikkan peratus kuota B40 memasuki sekolah berasrama penuh dapat mengurangkan
jurang sosial antara golongan B40 dengan golongan M40 dan T20. Apabila golongan B40 , M40 dan T20
belajar dalam satu sekolah seperti sekolah berasrama penuh, mereka akan mengetahui cara hidup yang
berbeza sesama mereka. Mereka juga akan saling memahami masalah yang dihadapi sama ada dari
aspek pelajaran , kewangan dan sebagainya. Hal ini akan mewujudkan persahabatan yang baik antara
mereka. Persahabatan ini dapat dipupuk apabila mereka belajar dan menyiapkan tugasan bersama
sama. Hal ini juga dapat menghapuskan persengketaan antara golongan berpendapatan rendah dan
golongan berpendapatan tinggi.

Tuan Yang Dipertua,

Sekali lagi saya ingin menegaskan bahawa saya menyokong usul ini 100% dan memohon agar usul ini
diluluskan oleh dewan yang mulia ini dengan suara majoriti.

Tuan Yang Dipertua, saya mohon mencadang .

Sekian, terima kasih.

MENTERI KETIGA

Terima kasih tuan speaker dewan ,

Bismillahirrahmanirrahim. Yang dihormati tuan yang dipertua , rakan rakan perwakilan kerajaan ,
barisan kontradiksi yang kelihatan goyah di pondok usang seberang sana , seterusnya sidang sekalian .

Assalamualaikum, salam sejahtera dan selamat bersidang kesemuanya .

Tuan Yang Dipertua , selaku diberi mandat sebagai YB menteri ketiga pada hari ini,

Saya ingin merakamkan jutaan terima kasih dan salam apresiasi kepada barisan pembakang kerana ;

Yang pertama; barisan yang berhormat pihak pembangkang telah gagal membidas isi serta definisi
konsep sebenar dan gagal menjawab izin laluan yang kami berikan

Kedua; barisan yang berhormat hanya membidas contoh contoh serta tidak pula membidas kata kunci

Yang ketiga; ternyata yang berhormat barisan pembangkang hanya menyatakan hujah berdasarkan
pandangan sendiri tanpa bukti kualitatif dan kuantitatif serta hanya menyatakan hujah berdasarkan
bukti bukti yang bersifat terpencil.

Tuan Yang Dipertua, serta sidang dewan sekalian.Berkat keamanan dan keharmonian dibawah
kepimpinan kerajaan pada hari ini, maka dewan kembali bersidang untuk membahaskan satu isu yang
saya kira amat penting iaitu dibawah gagasan usul yang berbunyi Kuota B40 Kemasukan Sekolah
Berasrama Penuh Satu Keadilan . Namun begitu tuan yang dipertua,sebelum menegakkan hujah hujah
yang kukuh daripada pihak kerajaan pada hari ini , pertamanya saya akan mematahkan hujah hujah
dangkal yang dibawa di meja pembangkang seterusnya merobohkan pondok usang pihak pembangkang
disebelah sana tuan yang dipertua.

Tuan Yang Dipertua,terlebih dahulu saya akan membakar hujah hujah rapuh yang telah dibawa oleh YB
pembangkang kedua .

Pertamanya ,YB mengatakan bahawa

_____________________________________________________________________________________
_____________________________________________________________________________________

Sebenarnya tuan yang dipertua,

Seterusnya, hujah dangkal pihak pembangkang yang kedua berbunyi

_____________________________________________________________________________________
_____________________________________________________________________________________

Tuan Yang Dipertua, sebenarnya

____________________________________________________________________________________.

Tuan Yang Dipertua, nampaknya pada hari ini pihak pembangkang mengeluarkan fakta kes fakta kes
yang goyah.seterusnya, untuk merobohkan pondok using barisan pembangkang diseberang sana ,saya
akan mencantas hujah yang dibawa oleh YB ketua pembangkang iaitu

_____________________________________________________________________________________

Tuan Yang Dipertua, sebenarnya

_____________________________________________________________________________________
_____________________________________________________________________________________
_____________________________________________________________________________________

Nampaknya tuan yang dipertua,hujah pihak pembangkang pada hari ini seakan burung yang hendak
terbang tidak bersayap,hendak hinggap tidak berkaki.

Baiklah tuan yang dipertua, setelah hujah dibidas,setelah hujah dicantas,

Kini tiba masanya untuk saya mengukuhkan kes kami dimeja kerajaan dan membuktikan bahawa
sesungguhnya pada hari ini kami yang berdiri di barisan kerajaan tidak bercakap di atas angin seperti
pihak pembangkang di seberang sana tuan yang dipertua.

Tuan Yang Dipertua,sebentar tadi YAB perdana menteri mengatakan bahawa Kuota B40 Kemasukan
Sekolah Berasrama Penuh Membantu Golongan Berpendapatan Rendah Memperoleh Kemudahan
Pendidikan Berkualiti . Saya menyokong 100% hujah tersebut kerana pendidikan berkualiti merupakan
pendidikan yang setaraf kepada semua pihak agar mencapai cita cita mereka menuju ke masa depan
yang berwawasan .

Seterusnya tuan yang dipertua,dibawah premis kata kedua , kami yakini bahawa Kuota B40 Kemasukan
Sekolah Berasrama Penuh Mengurangkan Lambakan Golongan Elit di Sekolah Berasrama Penuh . Hal ini
demikian kerana , golongan yang kurang berkemampuan tidak akan bersekolah di sekolah menegah
harian sahaja atas dasar kewangan yang tidak mencukupi . Oleh itu , pihak kerajaan telah menyediakan
ruang kepada golongan rendah mulai tahun ini bagi mengurangkan lagi golongan elit di sekolah
berasrama penuh .

Seterusnya tuan yang dipertua, dibawah premis kata terakhir kami sudah terang lagi bersuluh bahawa
Kuota B40 Kemasukan Sekolah Berasrama Penuh Mengurangkan Jurang Sosial antara Golongan B40
dengan M40 dan T20. Dengan adanya usul sebegini oleh pihak kerajaan , hubungan silaturrahim di
kalangan masyarakat semakin erat atas dasar jurang sosial mereka semakin berkurang dari segi
beberapa aspek .
Sidang dewan sekalian,berdiri dibawah pucuk kepimpinan kerajaan pada hari ini, kami akan tetap
menegakkan yang hak dan menolak yang batil, bahawa usul yang dibawa oleh YAB perdana menteri
adalah sangat relevan dan efektif betapa sesungguhnya dewan pada hari ini seharusnya yakin dan
percaya bahawa Kuota B40 Kemasukan Sekolah Berasrama Penuh Satu Keadilan.

Sebelum kaki mengundur langkah ,

Sebelum berhenti berkata kata ,

Maka saya tegakkan kembali usul kami di pihak kerajaan . maka wajarlah tuan yang dipertua , agar
dewan menerima usul yang kami bawa dengan sebulat suara.

Mohon untuk terus mencadang

KETUA PEMBANGKANG

Langkah pendekar tersusun gagah,

Gagah laksana pewira kesatria,
Pembuka bicara ke medan berhujah,
Hujah pembangkang bijak laksana .
Salam perdebatan buat semua !

Salam sejahtera dan selamat pagi saya ucapkan terima kasih tuan yang dipertua,rakan –rakan
pihak pembangkang perwakilan kerajaan seterusnya ahli-ahli dewan yang dihormati sebentar
tadi yang berhormat perdana Menteri telah membentangkan satu usul iaitu sekolahku
sejahtera kita sudah bersedia. Namun setelah kami kaji, kami dapati terdapat kelemahan dalam
ketidakrelevan usul kerajaan pada hari ini.
Dengan izin tuan yang dipertua dan ahli- ahli dewan kami mohon membangkang dan menolak
usul kerajaan.
Sebentar tadi, yang berhormat perdana menteri telah mengemukakan definisi tentang
______________________________________________________________________________
______________________________________________________________________________
______________________________________________________________________________
Berapa minit yang lalu,perdana menteri bangun dan membentangkan premis pertama mereka
di perwakilan kerajaan iaitu ______________________________________________________
bidasan saya amat mudah
______________________________________________________________________________
______________________________________________________________________________
______________________________________________________________________________
Tuan yang dipertua dan ahli-ahli dewan,untuk meminda usul pada hari ini,pihak pembangkang
meletakkan satu premis yang amat simplistik iaitu sekolahku sejahtera kita belum
bersedia.Rasionalnya ialah terdapat kekangan dan halangan dalam konsep sekolahku sejahtera
kita semua sudah bersedia.Untuk mengukuhkan hujah pihak pembangkang bagi meragui usul
pihak kerajaan pada hari ini,kami meletakkan tiga strategi utama iaitu saya selaku ketua
pembangkang akan membentangkan hujah pertama iaitu konsep sekolahku sejahtera menjadi
beban tambahan kepada guru di sekolah bagi menerapkan elemen SEJAHTERA.

Duduk saya,bangkit pula pembangkang kedua dengan membawa dua hujah iaitu
1.ketandusan prasarana menyebabkan murid tidak berminat untuk belajar.
2.kekandasan pembudayaan nilai murni dalam kalangan pelajar dan guru meluturkan
kesejahteraan sekolah.

Pembangkang ketiga pula,saya telah amanahkan untuk membidas dan membetulkan

kepincangan hujah pihak kerajaan yang cuba meraih simpati ahli dewan untuk menerima usul
yang mereka bentangkan . Seterusnya,pembangkang ketiga pula akan mengukuhkan hujah
pihak pembangkang untuk meminda usul pada hari ini .Dengan izin yang dipertua,saya akan
membentangkan hujah pertama pihak pembangkang iaitu konsep sekolahku sejahtera menjadi
beban tambahan kepada guru di sekolah bagi menerapkan elemen SEJAHTERA. Hal ini
dikatakan demikian kerana guru-guru perlu memikirkan pelbagai alternatif bagi menerapkan
konsep Sejahtera dalam kalangan pelajar dan mereka pula dibebankan dengan tugas tugas
yang lain.perkara ini seterusnya akan menjurus kepada masalah mental seperti tekanan ,
keresahan dan kemurungan. Tugas hakiki para guru sebenarnya hanya memfokuskan kepada
proses pembelajaran di dalam kelas bukannya untuk memikirkan akan perkara-perkara mudah
yang sepatutnya sudah ada dalam diri pelajar.

Menurut statistik semasa Sebanyak 4.4 peratus atau 2,123 daripada 48,258 guru dikenal
pasti mengalami stres tahap sederhana tinggi tahun lalu.Datuk Dr Radzi bin Md Jiddin
berkata Hasil kajian ini juga menunjukkan stres dalam kalangan golongan itu disebabkan oleh
pelbagai faktor antaranya isu keluarga, kewangan, pentadbiran serta bebanan tugas yang tidak
tertanggung.

Berdasarkan hujah dan fakta yang saya berikan tadi , jelaslah bahawa konsep sekolahku
sejahtera menjadi beban tambahan kepada guru di sekolah bagi menerapkan elemen
SEJAHTERA dan selaras dengan premis kami iaitu sekolahku sejahtera kita belum
bersedia.Maka usul konsep sekolahku sejahtera menjadi beban tambahan kepada guru di
sekolah bagi menerapkan elemen sejahtera wajar ditolak sebulat suara .
Pembangkang Kedua
Bismillahirrahmanirrahim .

Terima kasih tuan yang dipertua,kabinet kerajaan,rakan –rakan pembangkang dan seterusnya ahli – ahli
yang berhormat sekalian.

Assalamualaikum W.B.T dan selamat bersidang.

Tuan yang dipertua,

Usul masih tetap sama iaitu Kuota B40 Kemasukan Sekolah Berasrama Penuh Satu Keadilan. Namun ,
sebagai pihak pembangkang yang sentiasa memikirkan kepentingan masyarakat di negara ini , kami
tetap terus tidak bersetuju dengan usul yang digagaskan oleh YAB Perdana Menteri sebentar tadi.

Tuan yang dipertua,

Bertindak sebagai pembangkang kedua, saya bertanggungjawab mempertahankan pindaan definisi yang
dibuat oleh ketua pembangkang sebentar tadi secara ringkas

_____________________________________________________________________________________
_____________________________________________________________________________________
_____________________________________________________________________________________

Tuan yang dipertua,

Menjadi tanggungjawab saya juga untuk membidas ketiga tiga hujah pihak kerajaan. Kita lihat satu
persatu nasib mereka.(Bidas ketiga tiga usul pihak kerajaan)

1)
_____________________________________________________________________________________
_____________________________________________________________________________________
_____________________________________________________________________________________

2)___________________________________________________________________________________
_____________________________________________________________________________________
_____________________________________________________________________________________
_____________________________________________________________________________________

3)

Kami akan terus mempertahankan pendirian pasukan kami terhadap usul yang hangat dibincangkan.
Kami langsung tidak percaya dan tidak bersetuju dengan usul Kuota B40 Kemasukan Sekolah Berasrama
Penuh. Atas dasar tersebut, sila analisis hujah kedua dan ketiga pasukan kami.
Hujah kedua kami dibawah kata kunci Kuota B40 Menyulitkan Kos Persekolahan Anak Keluarga B40 di
Sekolah Berasrama Penuh. Perkara ini sering berlaku pada keluarga B40 akibat daripada kekurangan
pendapatan. Kos perbelanjaan di skolah berasrama penuh lebih tinggi berbanding di sekolah menegah
harian biasa. Hal ini akan menyebabkan mereka tidak mampu untuk membayar yuran persekolahan
anak mereka. Memang tidak dinafikan,kerajaan telah menyediakan bantuan awal persekolahan kepada
setiap pelajar daripada golongan berpendapatan rendah,tetapi adakah ia mencukupi untuk menanggung
kos perbelanjaan yang tinggi di sekolah berasrama penuh? Sudah tentu tidak. Disebabkan kos
persekolahan yang terlalu tinggi ,maka pelajar daripada golongan B40 akan menghadapi masalah
kewangan yang serius . hal ini seterusnya akan menggangu emosi mereka untuk belajar. Maka jelaslah
bahawa kos persekolahan yang tinggi akan membebankan pelajar lantas menjejaskan pelajaran mereka.

Tuan yang dipertua, jelaslah bahawa Kuota B40 Kemasukan Sekolah Berasrama Penuh Satu
Ketidakrelevan.

Seterusnya tuan yang dipertua,

Hujah ketiga pihak pembangkang di bawah kata kunci Kuota B40 Menyukarkan Pelajar Sederhana
Akademik Untuk Ikuti Cara Belajar di Sekolah Berasarama Penuh. Kemasukan golongan B40 ke SBP boleh
menyukarkan pelajar sederhana akademik untuk ikuti cara belajar di SBP. Hal ini kerana, cara
pembelajaran di SBP hanya menumpukan kepada pelajar cemerlang . guru guru mempunyai skop
pembelajaran masing masing dan mempunyai penetapan target terhadap muridmurid mereka, hal ini
akan menyebabkan pelajar sederhana akademik tidak dapat ,mengejar pembelajaran tersebut dan akan
berasa tertekan dengan cara pengajaran dan pembelajaran tersebut . oleh itu, pelajar sederhana
akademik ini akan menjadi putus asa dan hilang semangat untuk belajar sekaligus membazirkan duit ibu
bapa mereka.

Atas dasar kenyataan tersebut , saya mohon usul Kuota B40 Kemasukan Sekolah Berasrama Penuh Satu
Keadilan dikaji semula untuk kepentingan keseluruhan masyarakat Malaysia.

Tuan yang dipertua,

Pihak kerajaan semakin terpegun dan terpukau dengan pendirian kami pada hari ini. Maka , usul Kuota
B40 Kemasukan Sekolah Berasrama Penuh Satu Keadilan wajar ditolak dan diterima pakai demi
kesejahteraan insan sejagat.

Dengan itu tuan yang dipertua kami mohon untuk terus membangkang.

Terima kasih.
PEMBANGKANG KETIGA
Ke pekan kuala membeli bingka,
Sayang pesanan terlupa sudah,
Majlis bermula tirai dibuka,
Dengan alunan madah yang indah .
Salam perdebatan kami ucapkan !
Terima kasih tuan speaker dewan .
Bismillahirrahmanirrahim.
Yang dihormati Tuan yang dipertua , deligasi perwakilan kerajaan yang kelihatan goyah
diseberang sana ,
Rakan rakan barisan kontrakdiksi yang telah bersedia melontarkan bola bola api , mematahkan
hujah rapuh pihak kerajaan, seterusnya sidang dewan sekalian.
Assalamualaikum w.b.t , salam sejahtera dan selamat bersidang kesemuanya.
Tuan Yang Dipertua , selaku diberi mandat sebagai Y.B pembangkang ketiga pada hari ini,
Saya ingin merakamkan jutaan terima kasih dan salam apresasi kepada barisan kerajaan kerana
Yang pertama barisan yang berhormat pihak kerajaan telah telah gagal membidas isi serta
definisi dan gagal menjawab izin laluan yang kami berikan.
Yang kedua barisan yang berhormat hanya membidas contoh-contoh dan tidak pula membidas
kata kunci dan
Yang ketiga ternyata yang berhormat barisan kerajaan hanya menyatakan hujah berdasarkan
pandangan sendiri tanpa bukti kualitatif dan kuantitatif dan menyatakan hujah berdasarkan
bukti-bukti yang bersifat terpencil .
Tuan yang dipertua ,
Berdirinya saya disini selaku Y.B pembangkang ke3 pada hari ini , saya akan mengajak anda
semua untuk mengintai dan merungkai pelbagai permasalan yang dibawa di meja kerajaan
dibawah gagasan usul yang berbunyi Fenomena Kuasa Tular Jaringan Sosial Berkesan .
Namun begitu tuan yang dipertua , persoalannya disini adalah
______________________________________________________________________________
_____________________________________________________________________________
maka pada hari ini tuan yang dipertua saya akan membawa anda semua mengupas segala
persoalan ini seterusnya mematahkan hujah-hujah rapuh yang telah dibawa dimeja kerajaan.
Tuan yang dipertua seterusnya saya ingin membidas segala fakta kes-fakta kes yang telah
dibawa oleh yang berhormat menteri ketiga sebentar tadi.yang berhormat menteri ketiga
mengatakan bahawa
______________________________________________________________________________
______________________________________________________________________________
tetapi yang berhormat

Baiklah ,tuan yang dipertua ,seterusnya saya akan mematahkan hujah yang dibawa oleh
menteri ke2 .yang berhormat
______________________________________________________________________________
______________________________________________________________________________
______________________________________________________________________________
Tuan yang dipertua,nampaknya pihak kerajaan pada hari ini mengeluarkan fakta yang
goyah .seterusnya untuk merobohkan pondok using pihak kerajaan diseberang sana saya akan
mematahkan hujah dangkal yang amat berhormat perdana menteri yang berbunyi
______________________________________________________________________________
______________________________________________________________________________
Tuan yang dipertua,
______________________________________________________________________________
______________________________________________________________________________
______________________________________________________________________________
______________________________________________________________________________
______________________________________________________________________________
Nampaknya tuan yang dipertua,hujah pihak kerajaan seprti tin kosong berdeting ,bila dibuka
kemana isinya?.
Baiklah sidang dewan sekalian,
Setelah hujah dibidas ,
Setelah hujah dicantas,
Kini tiba masanya untuk saya membentang serta
Mengukuhkan kes kami dimeja pembakang ,seterusnya menundukkan barisan panel kerajaan
diseberang sana.
Tuan yang dipertua,sebentar tadi yang berhormat ketua pembangkang menyatakan bahawa
Kuota B40 Penghapus Keadilan Semua Pelajar Cemerlang.
Saya menyokong 100% hujah tersebut kerana pelajar cemerlang akan berasa tersisih akibat
daripada penumpuan guru terhadap pelajar yang sederhana sahaja. Hal ini akan menyebabkan
perselisihan faham dan menyebabkan pertelingkahan antara pelajar sederhana dengan pelajar
cemerlang.
Seterusnya tuan yang dipertua,dibawah premis kata kedua ,kami yakini bahawa Kuota B40
Menyulitkan Kos Persekolahan Anak Keluarga B40 di Sekolah Berasrama Penuh . apabila
berlakunya kesulitan dalam urusan kewangan, ia kan menjadi satu bebanan terhadap ibu bapa
dan juga anak anak. Mana tidaknya ,setiap hari pergi ke sekolah, guru kelas akan meminta
yuran sekolah,dan lain lain. Perkara ini akan menyebabkan terganggunya emosi pelajar dan
tumpuan dalam pembelajaran.
Seterusnya ,dibawah premis kata yang terakhir sudah terang lagi bersuluh Kuota B40
Menyukarkan Pelajar Sederhana Akademik Untuk Ikuti Cara Belajar di Sekolah Berasrama Penuh. dengan
sistem pembelajaran yang maju dan lebih efektif, pelajar – pelajar yang sederhana tidak dapat mengikuti
pembelajaran dengan pantas dan mudah. Hal ini akan menyebabkan pelajar tersebut berasa tertekan
akibat daripada ketidakfahaman dalam pembelajaran . Perkara ini akan menimbulkan pelbagai masalah
kepada guru guru untuk mengajar skop yang sama di dalam kelas. Pihak sekolah terpaksa melakukan
insiatif yang lain untuk menjaga gred purata sekolah mereka.

Sidang dewan sekalian ,bukan mahu menegakkan benang yang basah ,tetapi hanya mahu
menyulam benang yang indah maka sesungguhnya pada hari ini ,dibarisan pembangkang kami
tegaskan pendirian kami bahawa Kuota B40 Kemasukan Sekolah Berasrama Penuh Satu
Ketidakrelevan.
Tuan yang dipertua,sebelum kaki mengundur langkah ,sebelum lidah berhenti berkata
kata ,izinkan saya mengakhiri hujah saya dengan serangkap pantun,
Bunga dedap di atas para ,
Anak dusun pasang pelita
Andai tersilap tutur bicara,
Jari disusun maaf dipinta.
Dengan itu tuan yang dipertua ,mohon agar pendirian kami diterima dan saya mohon untuk
terus membangkang.

Anda mungkin juga menyukai