Anda di halaman 1dari 2

PERIKSA PEMBANGKANG

( Ayat Opening )

Bismillah
Terima kasih tuan yang dipertua Dewan , rakan barisan kontradiksi , perwakilan kerajaan ,
seterusnya sidang hadirin dan warga Dewan sekalian , assalamualaikum…..

Tuan yang dipertua , memegang mandat selaku pembangkang ketiga pada Hari ini , saya
ingin merakamkan jutaan terima kasih dan salam apresiasi kepada pihak kerajaan kerana ;

1. Barisan kerajaan telah gagal membidas isi serta definisi konsep sebenar usul kita pada
hari ini / gagal menjawab izin laluan yang kami berikan dengan jelas
2. Barisan yang berhormat hanya membidas contoh contoh dan tidak pula membidas isi
hakiki barışan pembangkang
3. Barisan yang berhormat kerajaan terbukti hanya menyatakan hujah berdasarkan
pandangan sendiri tanpa bukti kualitatif dan kuantitif serta hanya menyatakan hujah yang
terpencil.

Tuan yang dipertua ,

Berdirinya saya disini selaku yang berhormat pembangkang ketiga , saya akan mengajak seisi
Dewan untuk mengintai dan merungkai pelbagai permasalahan yang dibawa oleh pihak
kerajaan dibawah gagasan usul “ SISTEM PEPERIKSAAN MEMBENTUK MURID
LEBIH BERKUALITI “

Tuan yang dipertua ,falsafah perundangan rom ada menyebut , “ seseorang yang bersalah
tidak bersalah selagi tidak dibuktikan bersalah “ Oleh itu pada hari ini saya akan mematahkan
hujah hujah yang dibawa oleh pihak kerajaan

Tuan yang dipertua ,fakta kes , fakta kes yang telah dibawa Oleh YB menteri ketiga kerajaan
pada Hari ini wajar ditolak . Sebentar tadi YB menteri ketiga kerajaan ada menyebut bahawa
—————————————————TETAPI——————-

Baiklah , selesai menteri ketiga , beralih pula kita kepada menteri kedua yang [ segak /
cantik ] memberi dua hujah. Kita rungkai satu per satu. Pertama yang berhormat menteri
kedua ada mengatakan bahawa ———————————————TETAPI
———————————-

Bukan itu sahaja , YB menteri kedua kerajaan turut gah melontarkan suara dengan isi
berbunyi ————————————SEDANGKAN————————————

Seterusnya , hujah terakhir , akan saya patahkan , dibawa oleh YAB perdana menteri kita
pada hari ini. Beliau ada menyuarakan bahawa
—————————NAMUN————————————

Baiklah siding Dewan sekalian , setelah hujah dibidas , setelah hujah dicantas , kini tiba
masanya untuk saya , selaku pembangkang ketiga membentangkan serta mengukuhkan kes
dan hujah kami dimeja pembangkang.
Tuan yang dipertua , sebentar tadi YB ketua pembangkang ada menyatakan bahawa
PEPERIKSAAN MENDIKRIMINASI, MENGUNDANG PERSEPSI YANG TIDAK
DIINGINI

Wajar disokong 3 pertiga Dewan. Hadirin semua harus buka mata dan sedar bahawa setiap
individu mempunya kualiti yang tersendiri. Bakat besar dalam sesuatu bidang hanya
menyerlah jika bakat itu disuburkan menerusi aktiviti pembelajaran berterusan dan bukanlah
di atas kertas yang perlu dijawab dalm masa satu hingga tiga jam. Dengan mengadakan
system peperiksaan ini , kita hanya akan mengasingkan dan mengkategorikan pelajar2
mengikut tahap “ kualiti “ mereka. Kualiti yang ingin dibuktikan juga tidak menuntut kualiti
yang dimaksudkan oleh falsafah Pendidikan negara semata mata , sebaliknya sekadar tahap
intelektual mereka. Maka jelas , system peperiksaan ini mengundang persepsi orang awam
yang mengkategorikan pelajar pelajar serta mengongkong kualiti sebenar mereka.

Seterusnya tuan yang dipertua , dibawah premis kata kedua , kami yakini bahawa
PEPERIKSAAN SEKADAR PAPARAN , MENUNTUT ILMU BAGAI PAKSAAN

Sekali lagi saya tegaskan wajar untuk warga Dewan sebulat suara menyokong hujah tersebut.
Melihatkan kepada faktor keseronokan yang boleh didapati melalui pembelajaran di kalangan
pelajar semakin luntur dan berkurang, malahan makna asas pembelajaran turut hilang.
Mereka hanya mengejar keputusan yang cemerlang di atas kertas dan tidak hiraukan kualiti
mereka yang sebenar benarnya terhalang.Suka untuk saya petik kata kata Muhammad Al-
Ghazali, penuntut ilmu di akhir zaman hanya sekadar membaca dan menghafal , kemudian
memuntahkan di dewan peperiksaan. Maka , adakah ini yang dikatakan system peperiksaan
membetuk pelajar yang lebih berkualiti ?

Hujah terakhir yang diutarakan oleh pembangkang kedua kami berbunyi


PEPERIKSAAN JADI SANDARAN, PELAJAR LEMAS DENGAN TEKANAN

Manakan tidak, adakah perlu pelajar terlalu memaksa diri mencapai cita-cita demi
memenuhi hasrat orang lain sehingga memberi kesan kepada diri sendiri?..

Sidang Dewan sekalian , bukan mahu menegakkan benang yang basah , tetapi hanya mahu
menyulam benang yang indah , maka sesungguhnya pada Hari ini , saya tegaskan sekali lagi
pendirian kami. Sebelum kaki mengundurkan langkah ,
lidah berhenti bicara izinkan saya mengakhiri hujah dengan kata kata mutiara —————
sekian,wabillahi,panel ketiga kontradiksi mengundur diri

Anda mungkin juga menyukai