Anda di halaman 1dari 8

TEKS TUAN YANG DIPERTUA DEWAN BAHAS ALA PARLIMEN

BAHASA MELAYU
Sebelum memulakan sidang pastikan semua peserta dan panel
hakim sudah mengambil tempat masing-masing.
Assalamualaikum dan salam sejahtera sidang dewan yang dihormati.
Selamat kita bertemu di arena Perbahasan Bahasa Melayu Ala Parlimen
Majlis Sukan dan Ilmiah Sekolah Agama Negeri Pahang yang ke 39 Peringkat
Zon 1 tahun 2023. Persidangan kita akan dimulakan sekarang. Sebelum
memulakan perbahasan, izinkan saya untuk mempersilakan dan
memperkenalkan Ahli-ahli Yang Berhormat yang akan menyampaikan
hujah-hujah serta bidasan pada persidangan kali ini.

Di sebelah kanan saya,


PIHAK KERAJAAN
Dari SMA_________________________________________________

Di wakili oleh,
Yang Amat Berhormat Perdana Menteri _________________________
Yang Berhormat Menteri ke-2 _________________________________
Yang Berhormat Menteri ke-3 _________________________________
Yang Berhormat Menteri ke-4 _________________________________
dan Yang Berhormat Menteri ke-5 _____________________________

Manakala, di sebelah kiri saya,

PIHAK PEMBANGKANG
Dari SMA_________________________________________________

Di wakili oleh,
Yang Berhormat Ketua Pembangkang __________________________
Yang Berhormat Pembangkang ke-2 ___________________________
Yang Berhormat Pembangkang ke-3 ___________________________
Yang Berhormat Pembangkang ke-4 ___________________________
dan Yang Berhormat Pembangkang ke-5________________________
Ahli dewan yang dihormati sekalian, seterusnya diperkenalkan para
hakim yang akan mengadili perbahasan kita pada hari ini.

PANEL HAKIM terdiri daripada,

Encik/Puan/Cik_____________________________________________
dari ______________________________________________________
Selaku Ketua Hakim (jika ada ketua hakim)

Encik/Puan/Cik_____________________________________________
dari ______________________________________________________

Dan yang terakhir,


Encik/Puan/Cik_____________________________________________
dari ______________________________________________________

Ahli-ahli Yang Berhormat, Sidang Dewan yang Dihormati,


Izinkan saya memperingatkan ahli-ahli Yang Berhormat akan peraturan
dan tatacara semasa Dewan kita bersidang.

1. Isu sensitif yang berkaitan dengan agama, perkauman dan


menyentuh peribadi seseorang adalah dilarang. Penggunaan ayat-
ayat Al-Quran dan hadis untuk mengukuhkan hujah adalah dilarang
sama sekali.

2. Setiap pembahas diberi masa 8 minit untuk berucap. Masa bagi


ucapan penggulungan pula ialah 4 minit. Masa akan diambil kira dari
permulaan pembahas berucap.

3. Loceng akan dibunyikan sekali pada akhir minit kedua (awal minit
ketiga) menandakan bahawa ruang dibuka kepada pasukan lawan
untuk membuat izin laluan. Manakala, pada akhir minit ke-6, loceng
akan dibunyikan sekali menandakan masa telah tamat untuk pihak
lawan membuat izin laluan.
4. Loceng akan dibunyikan dua kali pada minit ke-8 menandakan
bahawa masa untuk pembahas berucap sudah tamat.
5. Bagi sesi penggulungan, masa rehat 3 minit akan diberikan sebelum kedua
dua belah pihak membuat ucapan penggulungan.

6. Masa yang diperuntukkan bagi ucapan penggulungan ialah 4 minit. Loceng


akan dibunyikan sekali pada minit ke 3 dan dua kali pada akhir minit ke 4
menandakan masa penggulungan telah tamat. Diingatkan bahawa tidak ada
izin laluan semasa ucapan penggulungan.
7. Semasa satu pihak sedang berucap, ahli pasukan lawan boleh
memohon Izin laluan dalam bentuk:

 Persoalan
 Kenyataan
 Fakta atau ayat-ayat yang berkaitan dengan isu yang sedang di utarakan oleh
pembahas

8. Diingatkan bahawa masa izin laluan adalah 15 saat sahaja sepanjang sesi
perbahasan.

9. Isyarat-isyarat hormat seperti mengangkat tangan atau berdiri tegak


hendaklah dilakukan semasa memohon izin laluan. Izin laluan tidak boleh
digunakan untuk mengganggu pihak lawan. Markah akan dipotong jika
melanggar etika ini.
10. Pembahas yang berucap tidak dimestikan menerima setiap izin
laluan.
11. Celahan hanya boleh dilakukan oleh pembahas
keempat dan kelima kedua-dua pihak.
12. Celahan hanya boleh dilakukan antara minit ketiga hingga minit
kelapan pembahas pertama, kedua dan ketiga bagi kedua-dua
pasukan sedang berhujah sahaja.
13. Masa celahan hanya 1 minit sahaja dan mendapat izin yang
Dipertua Dewan.
14. Celahan dalam bentuk:
a. Hujah bagi mempertahankan pendirian pasukan
b. Memberi penjelasan dan Membetulkan fakta
15. Pembahas tidak dibenarkan berdiri di tempat masing-masing,
sebaliknya hendaklah keluar ke hadapan di kawasan yang
dibenarkan.
16. Pembahas tidak dibenarkan bergerak ke kawasan pasukan lawan.

17. Kemenangan akan diberikan kepada pasukan yang mendapat


undi majoriti daripada panel hakim.
18. Keputusan panel hakim adalah MUKTAMAD.

Sidang dewan yang dihormati,


Usul yang akan dibahaskan pada sesi kali ini ialah
_________________________________________________________
_________________________________________________________

Adalah diharapkan agar Ahli-ahli Yang Berhormat akan menumpukan


hujah dan bidasan kepada usul tersebut.

Sidang dewan yang dihormati,


Kita mulakan tirai perbahasan pada hari ini. Dengan ini, saya
mempersilakan YAB Perdana Menteri _______________________
tampil untuk mengemukakan usul perbahasan, menyampaikan definisi
dan membahaskan isu tersebut bagi pihak KERAJAAN. Dipersilakan
YAB.
(YAB Perdana Menteri selesai menyampaikan ucapan)
Bagi Pihak Dewan, saya mengucapkan terima kasih kepada YAB
Perdana Menteri atas hujah yang dikemukan.

Seterusnya, dipersilakan pula Yang Berhormat ____________________


selaku Ketua Pembangkang untuk menyampaikan hujah serta
membahaskan isu tadi bagi pihak PEMBANGKANG. Dipersilakan.
(YAB Ketua Pembangkang selesai menyampaikan hujah)
Terima kasih kepada YB Ketua Pembangkang atas hujah yang
dikemukakan tadi.

Sidang dewan yang dihormati,


Perbahasan dalam Persidangan Parlimen sesi ini diteruskan lagi.
Dengan ini saya mempersilakan YB Menteri
Kedua____________________________________________________
untuk mengemukakan bidasan dan hujah-hujah beliau. Dipersilakan YB.
(YB Menteri Kedua selesai menyampaikan ucapan)
Terima kasih diucapkan kepada YB Menteri.

Isu perbahasan yang semakin hangat dibahaskan ini diteruskan lagi.


Dengan ini, saya mempersilakan YB____________________________
Pembangkang kedua untuk mengemukakan bidasan dan hujah-
hujahnya. Dipersilakan YB.

(YB Pembangkang Kedua selesai menyampaikan hujah)


Terima kasih YB.

Sidang dewan yang dihormati,


Dewan pada sesi kali ini akan lebih bergema lagi dengan bidasan
daripada kedua-dua belah pihak. Dengan ini, saya mempersilakan
Menteri Ketiga____________________________untuk mengemukakan
bidasan-bidasan, seterusnya memperkukuhkan kes yang dibawa oleh
pihak KERAJAAN. Dipersilakan YB.
(YB Menteri Ketiga selesai menyampaikan ucapan)
Terima kasih diucapkan kepada YB.

Perbahasan diteruskan lagi dengan memperkenalkan YB Pembangkang


Ketiga___________________________________untuk mengemukakan
bidasan-bidasan dan seterusnya memperkukuhkan kes yang dibawa
oleh pihak PEMBANGKANG. Dipersilakan YB.
(YB Pembangkang Ketiga selesai menyampaikan ucapan)
Terima kasih YB.

Sidang dewan yang dihormati,


Demikianlah tadi kita melihat dan mendengar hujah-hujah serta bidasan-
bidasan daripada Ahli-ahli Yang Berhormat pihak KERAJAAN dan pihak
PEMBANGKANG. Untuk memberi peluang kepada Ahli-ahli Yang
Berhormat membuat persediaan ucapan bagi sesi penggulungan,
Dewan ditangguhkan selama tiga minit.

(PERBINCANGAN SELAMA TIGA MINIT)


Pastikan penjaga masa mengambil masa persediaan selama 3
minit. Bunyikan loceng sekali setelah tiga minit tamat.

Sidang dewan yang dihormati,


Cukup tempoh tiga minit masa perbincangan yang diperuntukkan
kepada Ahli-ahli Yang Berhormat. Perbahasan usul akan diteruskan
dengan sesi penggulungan. Saya mulakan dengan mempersilakan YB
wakil pihak PEMBANGKANG tampil untuk menyampaikan ucapan
penggulungan.

Dipersilakan YB_____________________________________________

(YB wakil PEMBANGKANG selesai menyampaikan penggulungan )


Terima kasih YB.

Ahli-ahli Yang Berhormat,


Sidang dewan yang dihormati. Seterusnya kita mempersilakan wakil
pihak KERAJAAN pula tampil untuk menyampaikan ucapan
penggulungan.

Dipersilakan YB_____________________________________________

(YB wakil KERAJAAN selesai menyampaikan penggulungan)


Terima kasih YB

Ahli-ahli yang Berhormat, Sidang dewan yang dimuliakan,


Dengan ucapan penggulungan oleh pihak KERAJAAN itu tadi
maka berakhirlah persidangan Dewan kita pada kali ini tentang
usul ______________________________________________
Sehingga bertemu semula pada Sidang Dewan yang akan
datang. Dengan ini saya mengucapkan terima kasih dan
syabas kepada Ahli-ahli Yang Berhormat serta seluruh Sidang
Dewan yang telah bersama-sama menjaga keharmonian
Dewan ini.
Saya selaku Yang Arif Tuan Yang Dipertua Dewan dengan ini
menangguhkan Persidangan Dewan pada kali ini.
Sekian, Wabillahitaufik walhidayah. Assalamualaikum, wm wb.
Terima kasih.

 Tunggu panel hakim selesai membuat keputusan


 Pengumuman keputusan akan dilakukan oleh Tuan
Yang Dipertua Dewan setelah menerima keputusan
daripada Ketua Panel Hakim.
 Bacakan keputusan mengikut perkara yang terkandung
dalam borang keputusan rasmi Ketua Panel Hakim.
Jangan lakukan sebarang penambahan ayat.
Dengan ini saya serahkan majlis kepada pengacara majlis. Sekian,
terima kasih.
BAHAS ALA PARLIMEN BAHASA MELAYU

TURUTAN PENYAMPAIAN HUJAH


(Dilengkapkan oleh Speaker Dewan Sebelum memulakan
persidangan)

KERAJAAN
SMA:

PEMBAHAS NAMA PENUH


YAB Perdana Menteri
YB Menteri Kedua
YB Menteri Ketiga
YB Menteri Keempat
YB Menteri Kelima

PEMBANGKANG
SMA:

PEMBAHAS NAMA PENUH


YAB Ketua Pembangkang
YB Pembangkang Kedua
YB Pembangkang Ketiga
YB Pembangkang Keempat
YB Pembangkang Kelima

Anda mungkin juga menyukai