Anda di halaman 1dari 7

Teks Speaker Dewan Pertandingan Bahas Ala Parlimen

BAHAS ALA PARLIMEN


BAHASA MELAYU

TEKS TUAN
YANG DIPERTUA DEWAN

SK KAMPONG PEK MACHANG


KELANTAN

TEKS TUAN YANG DIPERTUA DEWAN BAHAS ALA PARLIMEN


BAHASA MELAYU
Sebelum memulakan sidang pastikan semua peserta dan panel juri
sudah mengambil  tempat masing-masing.
Assalamualaikum dan salam sejahtera.Sidang dewan yang dihormati.
Selamat bertemu dalam persidangan kita bagi sesi kali ini. Persidangan
kita akan dimulakan sekarang. Izinkan saya untuk mempersilakan dan
memperkenalkan Ahli-ahli Yang Berhormat yang akan menyampaikan
hujah-hujah serta bidasan pada persidangan kali ini.
PIHAK KERAJAAN
Dari  Kelas 6 Ibnu Batuta………
Diwakili oleh
·YABPerdanaMenteri : Adam Danish b Azmi
·YB …………………………………………………………………………..
(Menteri Kedua)
·YB …………………………………………………………………………….
(Menteri Ketiga)
·        YB ………………………………………………………………………..
(Menteri Keempat)
·        YB ……………………………………………………………………………
(Menteri Kelima)
PIHAK PEMBANGKANG
Dari
SMK ……………………………………………………………………………
………………………………….
Diwakili oleh
·        YB ………………………………………………………………….(Ketua
pembangkang)
·        YB ………………………………………………………………….
(Pembangkang Kedua)
·        YB ………………………………………………………………….
(Pembangkang Ketiga)
·        YB ………………………………………………………………
(Pembangkang Keempat)
·        YB ………………………………………………………………….
(Pembangkang Kelima)
1
PANEL JURI
Dengan penuh takzimnya diperkenalkan
·        Encik/Puan/Cik
……………………………………………………………………………………
…….
Dari SMK
……………………………………………………………………………………
…………….
·        Encik/Puan/Cik
……………………………………………………………………………………
…….
Dari SMK
……………………………………………………………………………………
…………….
·        Encik/Puan/Cik
……………………………………………………………………………………
…….
Dari SMK
……………………………………………………………………………………
…………….
·        Encik/Puan/Cik
……………………………………………………………………………………
…….
Dari SMK
……………………………………………………………………………………
…………….
·        Encik/Puan/Cik
……………………………………………………………………………………
…….
Dari SMK
……………………………………………………………………………………
…………….
Ahli-ahli Yang Berhormat, Sidang Dewan yang Dihormati
Izinkan saya memperingatkan ahli-ahli Yang Berhormat akan peraturan
dan tatacara semasa Dewan kita bersidang.
1.     Isu sensitif yang berkaitan dengan agama, perkauman dan menyentuh
peribadi seseorang adalah dilarang. Penggunaan ayat-ayat Al-Quran
dan hadis untuk mengukuhkan hujah adalah dilarang sama sekali.
2.     Setiap pembahas diberi masa sepuluh minit untuk berucap. Masa bagi
ucapan penggulungan pula ialah empat minit. Masa akan diambil kira
dari permulaan pembahas berucap.
3.     Loceng akan dibunyikan sekali pada akhir minit kedua (awal minit
ketiga) menandakan bahawa ruang dibuka kepada pasukan lawan
untuk membuat izin laluan. Manakala pada akhir minit kelapan loceng
akan dibunyikan sekali menandakan masa telah tamat untuk pihak
lawan membuat izin laluan.
4.     Loceng  akan dibunyikan dua kali pada minit kesepuluh menandakan
bahawa masa untuk pembahas berucap sudah tamat.
2

5.     Bagi sesi penggulungan, kedua-dua pasukan akan diberi masa 3


minit sebagai masa persediaan sebelum membuat ucapan
penggulungan masing-masing.
6.     Pada minit ketiga masa penggulungan, loceng akan dibunyikan sekali
pada minit keempat, loceng akan dibunyikan dua kali menandakan
masa untuk penggulungan telah tamat.
7.     Semasa satu pihak sedang berucap, ahli pasukan lawan boleh
memohon Izin laluan dalam bentuk
o   Persoalan
o   Kenyataan
o   Fakta/penjelasan/pembetulan
8.     Masa selama 15 saat sahaja diperuntukkan bagi setiap Izin laluan. Izin
laluan haruslah padat dan bernas.
9.      Tiada izin laluan semasa sesi penggulungan
10.                        Izin laluan dipohon dengan seorang pembahas berdiri atau
mengangkat tangan dan menyebut “Izin Laluan”. Pembahas yang
berucap tidak dimestikan menerima setiap izin laluan.
11.                        Celaha . Celahan hanya boleh dilakukan oleh pembahas
keempat dan kelima kedua-dua  pihak.
12.                        Celahan hanya boleh dilakukan antara minit ketiga hingga minit
kelapan pembahas pertama, kedua dan ketiga bagi kedua-dua
pasukan sedang berhujah sahaja.
13.                        Masa celahan hanya 1 minit sahaja dan mendapat izin yang
Dipertua Dewan.
14.                        Celahan dalam bentuk
a.     Hujah bagi mempertahankan pendirian pasukan
b.     Memberi penjelasan dan Membetulkan fakta
15.                        Pembahas tidak dibenarkan berdiri di tempat masing-masing,
sebaliknya hendaklah keluar ke hadapan di kawasan yang dibenarkan.
16.                        Pembahas tidak dibenarkan bergerak ke kawasan pasukan
lawan.
17.                        Kemenangan akan diberikan kepada pasukan yang mendapat
undi majoriti daripada panel hakim.
18.                        Keputusan panel hakim adalah MUKTAMAD.
3

Sidang dewan yang dihormati


Usul yang akan dibahaskan pada sesi kali ini ialah
…………………..........................
……………………………………………………………………………………
………………………………..
Adalah diharapkan agar Ahli-ahli Yang Berhormat akan menumpukan
hujah dan bidasan kepada usul tersebut
Sidang dewan yang dihormati,
Kita mulakan tirai perbahasan pada hari ini. Dengan ini saya
mempersilakan YAB Perdana Menteri
………………………………………………………………………. Tampil
untuk mengemukakan usul perbahasan, menyampaikan difenisi dan
membahaskan isu tersebut bagi pihak KERAJAAN. Dipersilakan YAB
(YAB Perdana Menteri selesai menyampaikan ucapan)
Bagi Pihak Dewan, saya mengucapkan terima kasih kepada YAB
Perdana Menteri atas hujah yang dikemukan.
Seterusnya dipersilakan pula
YB…………………………………………………………… selaku
Ketua Pembangkang untuk menyampaikan hujah serta membahaskan
isu tadi bagi pihak PEMBANGKANG. Dipersilakan
 (YAB Ketua Pembangkang selesai menyampaikan hujah)
Terima kasih kepada YB Ketua Pembangkang atas hujah yang
dikemukakan tadi.

Sidang dewan yang dihormati,


Perbahasan dalam Persidangan Parlimen sesi ini diteruskan lagi.
Dengan ini saya mempersilakan YB
…………………………………………………………………………Menteri
Kedua KERAJAAN untuk mengemukakan bidasan dan hujah-hujah
beliau.
Dipersilakan YB.
(YB  Menteri Kedua selesai menyampaikan ucapan)
Terima kasih diucapkan kepada YB …………………………………Isu
perbahasan yang semakin hangat dibahaskan ini diteruskan lagi.
Dengan ini saya mempersilakan YB
………………………………………………… Pembangkang kedua bagi
pihak PEMBANGKANG untuk mengemukakan bidasan dan hujah-
hujahnya. Dipersilakan YB
                
(YB Pembangkang Kedua selesai menyampaikan hujah)
Terima kasih YB
Sidang dewan yang dihormati,
Dewan pada sesi kali ini akan lebih bergema lagi dengan bidasan
daripada kedua-dua belah pihak Dengan ini saya mempersilakan
Menteri Ketiga KERAJAAN untuk mengemukakan bidasan-bidasan
seterusnya memperkukuhkan kes yang dibawa oleh pihak KERAJAAN.
Dipersilakan YB.
(YB  Menteri Ketiga selesai menyampaikan ucapan)
Terima kasih diucapkan kepada YB ……………………………………
   
Perbahasan diteruskan lagi dengan memperkenalkan YB Pembangkang
Ketiga bagi pihak PEMBANGKANG tampil untuk mengemukakan
bidasan-bidasan dan seterusnya memperkukuhkan kes yang dibawa
oleh pihak PEMBANGKANG.
Disilakan YB………………………………………………………………….
 (YB  Pembangkang Ketiga selesai menyampaikan ucapan)
Terima kasih  YB.
    
 4
Sidang dewan yang dihormati
Demikianlah tadi kita melihat dan mendengar hujah-hujah serta bidasan-
bidasan daripada Ahli-ahli Yang Berhormat pihak KERAJAAN dan pihak
PEMBANGKANG. Untuk memberi peluang kepada Ahli-ahli Yang
Berhormat membuat persediaan ucapan bagi sesi penggulungan,
Dewan ditangguhkan selama tiga minit.

(PERBINCANGAN SELAMA TIGA MINIT)


astikan penjaga masa mengambil masa persediaan selama 3 minit.
Bunyikan loceng sekali setelah tiga minit tamat.
Sidang dewan yang dihormati,
Cukup tempoh tiga minit masa perbincangan diperuntukkan kepada Ahli-
ahli Yang Berhormat. Perbahasan usul akan diteruskan dengan sesi
penggulungan. Saya mulakan dengan mempersilakan YB wakil pihak
PEMBANGKANG  tampil untuk menyampaikan ucapan penggulungan.
Dipersilakan YB
……………………………………………………………………………………
….
(YB wakil PEMBANGKANG selesai menyampaikan penggulungan )
Terima kasih YB.
Ahli-ahli Yang Berhormat
Sidang dewan yang dihormati. Seterusnya kita mempersilakan wakil
pihak KERAJAAN pula tampil untuk menyampaikan ucapan
penggulungan.
Dipersilakan YB………………………………………………………………..
(YB wakil KERAJAAN selesai menyampaikan penggulungan)
Terima kasih YB
5
Ahli-ahli yang Berhormat, Sidang dewan yang dimuliakan,
Dengan ucapan penggulungan oleh pihak KERAJAAN itu tadi
maka berakhirlah persidangan Dewan kita pada kali ini.
Sehingga bertemu semula pada Sidang Dewan yang akan
datang. Dengan ini saya mengucapkan terima kasih dan
syabas kepada Ahli-ahli Yang Berhormat serta seluruh Sidang
Dewan yang telah bersama-sama menjaga keharmonian
Dewan ini.
Saya selaku Yang Arif Tuan Yang Dipertua Dewan dengan ini
menangguhkan Persidangan Dewan pada kali ini.
Sekian, Wabillahitaufik walhidayah. Assalamualaikum, wm wb.
Terima kasih.

Anda mungkin juga menyukai