Anda di halaman 1dari 9

BAHAS ALA PARLIMEN BAHASA MELAYU

TEKS TUAN YANG DIPERTUA DEWAN

TEKS TUAN YANG DIPERTUA DEWAN BAHAS ALA PARLIMEN BAHASA MELAYU

Sebelum memulakan sidang pastikan semua peserta dan panel juri sudah mengambil tempat masing-masing.

Assalamualaikum dan salam sejahtera.Sidang dewan yang dihormati. Selamat bertemu dalam persidangan kita bagi sesi kali ini. Persidangan kita akan dimulakan sekarang. Izinkan saya untuk mempersilakan dan memperkenalkan Ahli-ahli Yang Berhormat yang akan menyampaikan hujah-hujah serta bidasan pada persidangan kali ini.

PIHAK KERAJAAN Dari SMK

Diwakili oleh YAB Perdana Menteri : YB ... (Menteri Kedua) YB ... (Menteri Ketiga) YB .. (Menteri Keempat) YB (Menteri Kelima)

PIHAK PEMBANGKANG Dari SMK

Diwakili oleh YB .(Ketua pembangkang) YB .(Pembangkang Kedua) YB .(Pembangkang Ketiga) YB (Pembangkang Keempat) YB .(Pembangkang Kelima)

PANEL JURI Dengan penuh takzimnya diperkenalkan 1. Encik/Puan/Cik . Dari SMK . 2. Encik/Puan/Cik . Dari SMK . 3. Encik/Puan/Cik . Dari SMK . 4. Encik/Puan/Cik . Dari SMK . 5. Encik/Puan/Cik . Dari SMK . Ahli-ahli Yang Berhormat, Sidang Dewan yang Dihormati Izinkan saya memperingatkan ahli-ahli Yang Berhormat akan peraturan dan tatacara semasa Dewan kita bersidang. 1. Isu sensitif yang berkaitan dengan agama, perkauman dan menyentuh peribadi seseorang adalah dilarang. Penggunaan ayat-ayat Al-Quran dan hadis untuk mengukuhkan hujah adalah dilarang sama sekali. 2. Setiap pembahas diberi masa sepuluh minit untuk berucap. Masa bagi ucapan penggulungan pula ialahempat minit. Masa akan diambil kira dari permulaan pembahas berucap. 3. Loceng akan dibunyikan sekali pada akhir minit kedua (awal minit

ketiga) menandakan bahawa ruang dibuka kepada pasukan lawan untuk membuat izin laluan. Manakala pada akhir minit kelapan loceng akan dibunyikan sekali menandakan masa telah tamat untuk pihak lawan membuat izin laluan. 4. Loceng akan dibunyikan dua kali pada minit kesepuluhmenandakan bahawa masa untuk pembahas berucap sudah tamat. 5. Bagi sesi penggulungan, kedua-dua pasukan akan diberi masa 3 minit sebagai masa persediaan sebelum membuat ucapan penggulungan masing-masing. 6. Pada minit ketiga masa penggulungan, loceng akan dibunyikan sekali pada minit keempat, loceng akan dibunyikan dua kali menandakan masa untuk penggulungan

telah tamat.Semasa satu pihak sedang berucap, ahli pasukan lawan boleh memohon Izin laluan dalam bentuk Persoalan Kenyataan Fakta/penjelasan/pembetulan

7. Masa selama 15 saat sahaja diperuntukkan bagi setiap Izin laluan. Izin laluan haruslah padat dan bernas. 8. Tiada izin laluan semasa sesi penggulungan 9. Izin laluan dipohon dengan seorang pembahas berdiri atau mengangkat tangan dan menyebut Izin Laluan. Pembahas yang berucap tidak dimestikan menerima setiap izin laluan. 10. Celahan. Celahan hanya boleh dilakukan oleh pembahas

keempat dan kelima kedua-dua pihak. 11. Celahan hanya boleh dilakukan antara minit ketiga hingga minit kelapan

pembahas pertama, kedua dan ketiga bagi kedua-dua pasukan sedang berhujah sahaja. 12. Masa celahan hanya 1 minit sahaja dan mendapat izin yang Dipertua Dewan. 13. Celahan dalam bentuk a) Hujah bagi mempertahankan pendirian pasukan b) Memberi penjelasan dan Membetulkan fakta 14. Pembahas tidak dibenarkan berdiri di tempat masing-masing, sebaliknya hendaklah keluar ke hadapan di kawasan yang dibenarkan. 15. Pembahas tidak dibenarkan bergerak ke kawasan pasukan lawan. 16. Kemenangan akan diberikan kepada pasukan yang mendapat undi majoriti daripada panel hakim. 17. Keputusan panel hakim adalah MUKTAMAD.

Sidang dewan yang dihormati Usul yang akan dibahaskan pada sesi kali ini ialah ..........................

Rumah Orang-orang Tua Patut Didirikan di Malaysia


Adalah diharapkan agar Ahli-ahli Yang Berhormat akan menumpukan hujah dan bidasan kepada usul tersebut Sidang dewan yang dihormati, Kita mulakan tirai perbahasan pada hari ini. Dengan ini saya mempersilakan YAB Perdana Menteri . Tampil untuk

mengemukakan usul perbahasan, menyampaikan definisi dan membahaskan isu tersebut bagi pihak KERAJAAN. Dipersilakan YAB

(YAB Perdana Menteri selesai menyampaikan ucapan)

Bagi Pihak Dewan, saya mengucapkan terima kasih kepada YAB Perdana Menteri atas hujah yang dikemukan. Seterusnya dipersilakan pula YB selaku Ketua Pembangkang untuk menyampaikan hujah serta membahaskan isu tadi bagi pihak PEMBANGKANG. Dipersilakan

(YAB Ketua Pembangkang selesai menyampaikan hujah)

Terima kasih kepada YB Ketua Pembangkang atas hujah yang dikemukakan tadi.

Sidang dewan yang dihormati, Perbahasan dalam Persidangan Parlimen sesi ini diteruskan lagi. Dengan ini saya mempersilakan YB Menteri Kedua KERAJAAN untuk mengemukakan bidasan dan hujah-hujah beliau. Dipersilakan YB.

(YB Menteri Kedua selesai menyampaikan ucapan) Terima kasih diucapkan kepada YB ........................................

Isu perbahasan yang semakin hangat dibahaskan ini diteruskan lagi. Dengan ini saya mempersilakan YB Pembangkang kedua bagi pihak PEMBANGKANG untuk mengemukakan bidasan dan hujah-hujahnya. Dipersilakan YB (YB Pembangkang Kedua selesai menyampaikan hujah)

Terima kasih YB ......................................................................................................................... Sidang dewan yang dihormati, Dewan pada sesi kali ini akan lebih bergema lagi dengan bidasan daripada kedua-dua belah pihak Dengan ini saya mempersilakan Menteri Ketiga KERAJAAN untuk mengemukakan bidasan-bidasan seterusnya memperkukuhkan kes yang dibawa oleh pihak KERAJAAN. Dipersilakan YB.

(YB Menteri Ketiga selesai menyampaikan ucapan) Terima kasih diucapkan kepada YB ........................................

Perbahasan diteruskan lagi dengan memperkenalkan YB Pembangkang Ketiga bagi pihak PEMBANGKANG tampil untuk mengemukakan bidasan-bidasan dan seterusnya

memperkukuhkan kes yang dibawa oleh pihak PEMBANGKANG. Disilakan YB.

(YB Pembangkang Ketiga selesai menyampaikan ucapan)

Terima kasih YB.

Sidang dewan yang dihormati Demikianlah tadi kita melihat dan mendengar hujah-hujah serta bidasan-bidasan daripada Ahli-ahli Yang Berhormat pihak KERAJAAN dan pihak PEMBANGKANG. Untuk memberi peluang kepada Ahli-ahli Yang Berhormat membuat persediaan ucapan bagi sesi penggulungan, Dewan ditangguhkan selama tiga minit.

(PERBINCANGAN SELAMA TIGA MINIT)

Pastikan penjaga masa mengambil masa persediaan selama 3 minit. Bunyikan loceng sekali setelah tiga minit tamat.

Sidang dewan yang dihormati,

Cukup tempoh tiga minit masa perbincangan diperuntukkan kepada Ahli-ahli Yang Berhormat. Perbahasan usul akan diteruskan dengan sesi penggulungan. Saya mulakan dengan mempersilakan YB wakil pihak PEMBANGKANG tampil untuk menyampaikan ucapan penggulungan. Dipersilakan YB .

(YB wakil PEMBANGKANG selesai menyampaikan penggulungan )

Terima kasih YB. Ahli-ahli Yang Berhormat Sidang dewan yang dihormati. Seterusnya kita mempersilakan wakil pihak KERAJAAN pula tampil untuk menyampaikan ucapan penggulungan. Dipersilakan YB..

(YB wakil KERAJAAN selesai menyampaikan penggulungan)

Terima kasih YB

Ahli-ahli yang Berhormat, Sidang dewan yang dimuliakan, Dengan ucapan penggulungan oleh pihak KERAJAAN itu tadi maka berakhirlah persidangan Dewan kita pada kali ini. Sehingga bertemu semula pada Sidang Dewan yang akan datang. Dengan ini saya mengucapkan terima kasih dan syabas kepada Ahli-ahli Yang Berhormat serta seluruh Sidang Dewan yang telah bersama-sama menjaga keharmonian Dewan ini.

Saya selaku Yang Arif Tuan Yang Dipertua Dewan dengan ini menangguhkan Persidangan Dewan pada kali ini.

Sekian, Wabillahitaufik walhidayah. Assalamualaikum, wm wb. Terima kasih.

Tunggu panel juri selesai membuat keputusan Pengumuman keputusan akan dilakukan oleh Tuan Yang Dipertua Dewan setelah menerima keputusan daripada Ketua Panel Juri. Bacakan keputusan mengikut perkara yang terkandung dalam borang keputusan rasmi Ketua Panel Juri. Jangan lakukan sebarang penambahan ayat.

Dengan ini saya serahkan majlis kepada pengacara majlis. Sekian, terima kasih

BAHAS ALA PARLIMEN BAHASA MELAYU TURUTAN PENYAMPAIAN HUJAH

(Dilengkapkan oleh Speker Dewan Sebelum memulakan persidanan)

KERAJAAN SMK

PEMBAHAS YAB Perdana Menteri YB Menteri Kedua YB Menteri Ketiga YB Menteri Keempat YB Menteri Kelima

NAMA PENUH

PEMBANGKANG

SMK

PEMBAHAS YAB Perdana Menteri YB Menteri Kedua YB Menteri Ketiga YB Menteri Keempat YB Menteri Kelima

NAMA PENUH

Anda mungkin juga menyukai