Anda di halaman 1dari 15

TEKS PENGACARA BAHAS ALA PARLIMEN (THE SPEAKER'S NOTE)

Assalamu alaikum warahmatullahi wabarakatuh

Selamat sejahtera, selamat petang Yang Arif Panel Hakim, peserta perbahasan, hadirin dan hadirat yang dimuliakan. Sidang dewan akan dimulakan sebentar sahaja lagi. Sebelum itu, sebagai speaker dewan izinkan saya memperkenalkan ahli-ahli dewan yang akan mengambil bahagian dalam perbahasan usul, pegawai-pegawai dewan dan para hakim. Seterusnya, saya akan menggariskan beberapa peraturan asas perjalanan persidangan agar sesi perbahasan usul pada petang ini dapat dikendalikan sebaik mungkin. Ahli-ahli Yang Berhormat, pegawai parlimen dan pemerhati sekalian Persidangan ini dikenali sebagai Pertandingan Bahas Bahasa Melayu Ala Parlimen Zon 2 Kinta Utara. Mohon kerjasama ahli-ahli Yang Berhormat dan pemerhati sidang mematuhi segala peraturan persidangan. Selaku speaker dewan, saya mempunyai kuasa untuk memberi sebarangan arahan yang dikira perlu bagi memastikan kelancaran persidangan.
Hanya tiga orang ahli Yang Berhormat kerajaan dan Yang Berhormat pembangkang akan mengambil bahagian dalam sesi perbahasan usul. Yang Amat Berhormat Perdana Menteri terlebih dahulu akan mengemukakan usul dan satu hujah. Yang Berhormat Ketua Pembangkang akan membahaskan usul berkenaan juga dengan satu hujah sahaja. Pembahas kedua kerajaan dan pembangkang akan mengutarakan dua hujah, manakala pembahas ketiga hanya perlu membidas hujah pasukan lawan. Pembahas simpanan dibenarkan berada di sebelah belakang pembahas yang mengambil bahagian untuk mencatat nota dan memberikan bantuan hujah yang diperlukan, tetapi hendaklah dilakukan secara senyap.

Masa untuk berhujah bagi setiap pembahas ialah 8 minit sahaja. Apabila pembahas telah bersedia untuk memulakan hujah, loceng akan dibunyikan sebanyak sekali (Q: penjaga masa menekan loceng sekali). Setelah seminit, loceng akan dibunyikan sekali lagi (Q: penjaga masa menekan loceng sekali) menandakan bahawa izin laluan dibenarkan hinggalah ke minit yang ke-7 apabila tempoh izin laluan tamat. Loceng dibunyikan sekali (Q: penjaga masa menekan loceng sekali) menandakan pembahas mempunyai baki masa seminit untuk menamatkan hujahan. Apabila loceng dibunyikan sebanyak dua kali (Q: penjaga masa menekan loceng 2 kali) segala perbahasan Yang Berhormat selepas waktu berkenaan tidak akan diambil kira untuk penghakiman. Usai ketiga-tiga Yang Berhormat kerajaan dan pembangkang berhujah, ucapan penggulungan akan dilakukan oleh kedua-dua belah pihak. Bagi meneliti dan menyediakan hujah, dewan membenarkan perbincangan sesama anggota pasukan dilakukan di tempat masing-masing sebelum wakil pasukan dijemput membuat penggulungan. Hanya empat minit sahaja diperuntukkan bagi setiap pembahas penggulungan. Loceng dibunyikan pada minit ketiga sebagai peringatan, manakala

loceng dibunyikan dua kali pada minit keempat menandakan masa penggulungan telah tamat. Sebelum memulakan sesi persidangan, dewan ingin mengingatkan bahawa sebarang isu sensitif yang menyentuh agama, kaum dan peribadi adalah dilarang. Penggunaan ayat al-Quran dan hadis untuk mengukuhkan hujah juga adalah dilarang sama sekali. Peraturan-peraturan lain seperti yang telah dimaklumkan lebih awal, termasuk kaedah izin laluan, adalah berkuat kuasa. Sekarang, tibalah masanya saya memperkenalkan ahli-ahli Yang Berhormat kepada sidang dewan. Pasukan kerajaan dari SMK ______( nama sekolah) ________ diwakili oleh: 1 Yang Amat Berhormat _____________(nama peserta)________ selaku Perdana Menteri 2 Yang Berhormat __________________(nama peserta)_____________ Menteri Kedua 3 Yang Berhormat __________________(nama peserta)_____________ Menteri Ketiga 4 Yang Berhormat ___________________( nama peserta )________ Menteri Keempat 5 Yang Berhormat Kelima _____________( nama peserta )_________ Menteri kelima Pasukan pembangkang dari SMK _____________( nama sekolah)_______ dibarisi oleh: 1 Yang Berhormat __________________( nama peserta )________ selaku Ketua Pembangkang 2 Yang Berhormat __________________( nama peserta )__________ Pembangkang Kedua 3 Yang Berhormat ___________________( nama peserta )_________ Pembangkang Ketiga 4 Yang Berhormat ___________________( nama peserta )_________ Pembangkang Keempat 5 Yang Berhormat __________________( nama peserta )_______ Pembangkang Kelima Panel hakim yang akan mengadili sesi perbahasan ialah: 1 Yang Arif, Tuan / Puan ________________________________ selaku Ketua Hakim
2

2 Yang Arif, Tuan / Puan ________________________________, dan 3 Yang Arif, Tuan / Puan ________________________________. Dengan kuasa yang diberikan kepada saya, maka saya mengisytiharkan sidang dewan bermula. (Q: pastikan keadaan tenteram untuk memulakan perbahasan) Pihak dewan dengan sukacitanya mempersilah Yang Amat Berhormat Perdana Menteri bagi menegemukakan usul dan hujah beliau. Dipersilakan. ****************************************************************************************** (Q: usai hujahan pembahas pertama kerajaan) Terima kasih Yang Amat Berhormat Perdana Menteri. Seterusnya dewan menjemput Yang Berhormat Ketua Pembangkang untuk membahaskan usul berkenaan. Dipersilakan. ****************(Q: loceng terakhir ditekan oleh penjaga masa)*************************** (Q: setelah pembahas pertama pembangkang duduk semula) Terima kasih Yang Berhormat. Demikian tadi hujah ketua pembangkang bagi menolak usul kerajaan. Dewan mengucapkan terima kasih. Persidangan diteruskan dengan hujah kerajaan. Yang Berhormat Menteri Kedua dipersilakan. ****************(Q: loceng terakhir ditekan oleh penjaga masa)*************************** (Q: setelah pembahas kedua kerajaan duduk semula) Terima kasih atas hujahan Yang Berhormat Menteri Kedua. Terima kasih juga kepada semua ahli dewan dan pemerhati. Kini, dewan menjemput pula Yang Berhormat Pembangkang Kedua untuk menyanggah usul kerajaan. Dipersilakan. ****************(Q: loceng terakhir ditekan oleh penjaga masa)*************************** (Q: setelah pembahas kedua pembangkang duduk semula ) Demikian hujah bernas Yang Berhormat Pembangkang Kedua. Sidang dewan dihangatkan lagi dengan menjemput Yang Berhormat Menteri Ketiga. Silakan Yang Berhormat. ****************(Q: loceng terakhir ditekan oleh penjaga masa)*************************** (Q: setelah pembahas ketiga kerajaan duduk semula) Terima kasih Yang Berhormat Menteri Ketiga. Bahagian pertama sesi perbahasan usul disudahi dengan hujah Yang Berhormat Pembangkang Ketiga. Dipersilakan.
3

****************(Q: loceng terakhir ditekan oleh penjaga masa)*************************** (Q: setelah pembahas pembangkang ketiga duduk semula) Dengan berakhirnya hujah Yang Berhormat Pembangkang Ketiga, bahagian pertama perbahasan usul ditamatkan. Terima kasih Yang Berhormat Pembangkang Ketiga. Sekarang, majlis berhenti rehat selama tiga minit bagi memberi peluang kepada kedua-dua pasukan kerajaan dan pembangkang bagi menyediakan hujah-hujah penggulungan. Masa tiga minit dikira bermula dari sekarang. (Q: penjaga masa menekan loceng sekali) @@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@ (Q: Tempoh 3 minit berakhir. Penjaga masa menekan loceng 2 kali) Terima kasih atas kesabaran sidang dewan. Dewan memohon perhatian sekalian ahli dewan dan pemerhati untuk kembali menumpukan perhatian kepada hujahhujah penggulungan bagi kedua-dua pihak. Jangka masa penggulungan ialah selama 4 minit sahaja. Pihak pembangkang akan berhujah terlebih dahulu sebelum pihak kerajaan. Dewan dengan sukacitanya menjemput pihak pembangkang mengemukakan hujahhujah penggulungan. Dipersilakan. ****************(Q: loceng terakhir ditekan oleh penjaga masa)*************************** (Q: setelah pembahas penggulungan pembangkang duduk semula) Terima kasih Yang Berhormat (Ketua) / Pembangkang Kedua atas hujah penggulungan sebentar tadi. Kini tibalah giliran pihak kerajaan menyampaikan hujah-hujah penggulung bagi mengukuhkan usul yang dibentangkan. Yang (Amat) Berhormat (Perdana) / Menteri (Kedua) dipersilakan. ****************(Q: loceng terakhir ditekan oleh penjaga masa)*************************** (Q: setelah pembahas penggulungan kerajaan duduk semula) Terima kasih Yang Berhormat (Ketua) / Pembangkang (Kedua). Dengan itu berakhirlah kedua-dua bahagian perbahasan usul pada persidangan kali ini. Dewan sekali lagi berhenti rehat bagi memberi masa kepada Yang Arif Ketua Hakim bersama dua orang hakim yang lain memuktamadkan keputusan sama ada Dewan menerima atau menolak usul yang dikemukakan. Hadirin dipohon tidak berganjak ke mana-mana. Dewan berhenti rehat... (Q: setelah ketua hakim menyerahkan keputusan muktamad) Terima kasih Yang Arif Ketua Hakim. Terima kasih juga kepada hakim-hakim yang lain, pegawai dewan, ahli-ahli Yang Berhormat, dan seterusnya pemerhati persidangan. Kini, keputusan sudah berada di tangan saya. (Q: berhenti sejenak untuk mewujudkan suasana saspens)
4

Dengan kuasa yang diperuntukkan kepada saya sebagai speaker dewan, maka dengan ini diisytiharkan bahawa usul yang dibentangkan telah diterima / ditolak. Tahniah kepada pasukan pembahas (kerajaan / pembangkang) dari SMK _______________________ Pembahas terbaik ialah Yang Berhormat kerajaan / pembangkang pertama / kedua / ketiga, Saudara / Saudari _______________________________ dari SMK _________________________________. Tahniah kepada pemenang. Pasukan lawan teruslah berusaha untuk pertandingan pada tahun hadapan. Saya akhiri majlis dengan lafaz (Assalamu alaikum Warahmatullahi wabarakatuh / Selamat petang)

TEKS TUAN YANG DIPERTUA DEWAN BAHAS ALA PARLIMEN BAHASA MELAYU Sebelum memulakan sidang pastikan semua peserta dan panel juri sudah mengambil tempat masing-masing. Assalamualaikum dan salam sejahtera.Sidang dewan yang dihormati. Selamat bertemu dalam persidangan kita bagi sesi kali ini. Persidangan kita akan dimulakan sekarang. Izinkan saya untuk mempersilakan dan memperkenalkan Ahli-ahli Yang Berhormat yang akan menyampaikan hujah-hujah serta bidasan pada persidangan kali ini. PIHAK KERAJAAN Diwakili oleh YAB Perdana Menteri : YB .. (Menteri Kedua) YB .(Ment eri Ketiga) YB ..(Menteri Keempat) YB (Mente ri Kelima) PIHAK PEMBANGKANG Dari SMK . Diwakili oleh YB .(Ketua pembangkang) YB .(Pembangkang Kedua) YB .(Pembangkang Ketiga)
6

YB (Pembangkang Keempat) YB .(Pembangkang Kelima) 1 PANEL JURI Dengan penuh takzimnya diperkenalkan Encik/Puan/Cik . Dari SMK . Encik/Puan/Cik . Dari SMK . Encik/Puan/Cik . Dari SMK . Encik/Puan/Cik . Dari SMK . Encik/Puan/Cik . Dari SMK . Ahli-ahli Yang Berhormat, Sidang Dewan yang Dihormati Izinkan saya memperingatkan ahli-ahli Yang Berhormat akan peraturan dan tatacara semasa Dewan kita bersidang.

1. Isu sensitif yang berkaitan dengan agama, perkauman dan menyentuh peribadi seseorang adalah dilarang. Penggunaan ayat-ayat Al-Quran dan hadis untuk mengukuhkan hujah adalah dilarang sama sekali. 2. Setiap pembahas diberi masa sepuluh minit untuk berucap. Masa bagi ucapan penggulungan pula ialah empat minit. Masa akan diambil kira dari permulaan pembahas berucap. 3. Loceng akan dibunyikan sekali pada akhir minit kedua (awal minit ketiga) menandakan bahawa ruang dibuka kepada pasukan lawan untuk membuat izin laluan. Manakala pada akhir minit kelapan loceng akan dibunyikan sekali menandakan masa telah tamat untuk pihak lawan membuat izin laluan. 4. Loceng akan dibunyikan dua kali pada minit kesepuluh menandakan bahawa masa untuk pembahas berucap sudah tamat. 2 5. Bagi sesi penggulungan, kedua-dua pasukan akan diberi masa 3 minit sebagai masa persediaan sebelum membuat ucapan penggulungan masing-masing. 6. Pada minit ketiga masa penggulungan, loceng akan dibunyikan sekali pada minit keempat, loceng akan dibunyikan dua kali menandakan masa untuk penggulungan telah tamat. 7. Semasa satu pihak sedang berucap, ahli pasukan lawan boleh memohon Izin laluan dalam bentuk o Persoalan o Kenyataan o Fakta/penjelasan/pembetulan 8. Masa selama 15 saat sahaja diperuntukkan bagi setiap Izin laluan. Izin laluan haruslah padat dan bernas. 9. Tiada izin laluan semasa sesi penggulungan 10. Izin laluan dipohon dengan seorang pembahas berdiri atau mengangkat tangan dan menyebut Izin Laluan. Pembahas yang berucap tidak dimestikan menerima setiap izin laluan. 11. Celaha . Celahan hanya boleh dilakukan oleh pembahas keempat dan kelima kedua-dua pihak. 12. Celahan hanya boleh dilakukan antara minit ketiga hingga minit kelapan pembahas pertama, kedua dan ketiga bagi kedua-dua pasukan sedang berhujah sahaja. 13. Masa celahan hanya 1 minit sahaja dan mendapat izin yang Dipertua Dewan. 14. Celahan dalam bentuk a. Hujah bagi mempertahankan pendirian pasukan b. Memberi penjelasan dan Membetulkan fakta
8

15. Pembahas tidak dibenarkan berdiri di tempat masing-masing, sebaliknya hendaklah keluar ke hadapan di kawasan yang dibenarkan. 16. Pembahas tidak dibenarkan bergerak ke kawasan pasukan lawan. 17. Kemenangan akan diberikan kepada pasukan yang mendapat undi majoriti daripada panel hakim. 18. Keputusan panel hakim adalah MUKTAMAD. 3

Sidang dewan yang dihormati Usul yang akan dibahaskan pada sesi kali ini ialah .......................... .. Adalah diharapkan agar Ahli-ahli Yang Berhormat akan menumpukan hujah dan bidasan kepada usul tersebut

Sidang dewan yang dihormati, Kita mulakan tirai perbahasan pada hari ini. Dengan ini saya mempersilakan YAB Perdana Menteri . Tampil untuk mengemukakan usul perbahasan, menyampaikan difenisi dan membahaskan isu tersebut bagi pihak KERAJAAN. Dipersilakan YAB (YAB Perdana Menteri selesai menyampaikan ucapan) Bagi Pihak Dewan, saya mengucapkan terima kasih kepada YAB Perdana Menteri atas hujah yang dikemukan.

Seterusnya dipersilakan pula YB selaku Ketua Pembangkang untuk menyampaikan hujah serta membahaskan isu tadi bagi pihak PEMBANGKANG. Dipersilakan (YAB Ketua Pembangkang selesai menyampaikan hujah) Terima kasih kepada YB Ketua Pembangkang atas hujah yang dikemukakan tadi.

Sidang dewan yang dihormati, Perbahasan dalam Persidangan Parlimen sesi ini diteruskan lagi. Dengan ini saya mempersilakan YB Menteri Kedua KERAJAAN untuk mengemukakan bidasan dan hujah-hujah beliau. Dipersilakan YB. (YB Menteri Kedua selesai menyampaikan ucapan) Terima kasih diucapkan kepada YB 4

10

Isu perbahasan yang semakin hangat dibahaskan ini diteruskan lagi. Dengan ini saya mempersilakan YB Pembangkang kedua bagi pihak PEMBANGKANG untuk mengemukakan bidasan dan hujahhujahnya. Dipersilakan YB (YB Pembangkang Kedua selesai menyampaikan hujah) Terima kasih YB

Sidang dewan yang dihormati, Dewan pada sesi kali ini akan lebih bergema lagi dengan bidasan daripada kedua-dua belah pihak Dengan ini saya mempersilakan Menteri Ketiga KERAJAAN untuk mengemukakan bidasan-bidasan seterusnya memperkukuhkan kes yang dibawa oleh pihak KERAJAAN. Dipersilakan YB. (YB Menteri Ketiga selesai menyampaikan ucapan) Terima kasih diucapkan kepada YB

11

Perbahasan diteruskan lagi dengan memperkenalkan YB Pembangkang Ketiga bagi pihak PEMBANGKANG tampil untuk mengemukakan bidasan-bidasan dan seterusnya memperkukuhkan kes yang dibawa oleh pihak PEMBANGKANG. Disilakan YB. (YB Pembangkang Ketiga selesai menyampaikan ucapan) Terima kasih YB. 4 Sidang dewan yang dihormati Demikianlah tadi kita melihat dan mendengar hujah-hujah serta bidasanbidasan daripada Ahli-ahli Yang Berhormat pihak KERAJAAN dan pihak PEMBANGKANG. Untuk memberi peluang kepada Ahli-ahli Yang Berhormat membuat persediaan ucapan bagi sesi penggulungan, Dewan ditangguhkan selama tiga minit.

(PERBINCANGAN SELAMA TIGA MINIT)

12

Pastikan penjaga masa mengambil masa persediaan selama 3 minit. Bunyikan loceng sekali setelah tiga minit tamat. Sidang dewan yang dihormati, Cukup tempoh tiga minit masa perbincangan diperuntukkan kepada Ahli-ahli Yang Berhormat. Perbahasan usul akan diteruskan dengan sesi penggulungan. Saya mulakan dengan mempersilakan YB wakil pihak PEMBANGKANG tampil untuk menyampaikan ucapan penggulungan. Dipersilakan YB . (YB wakil PEMBANGKANG selesai menyampaikan penggulungan ) Terima kasih YB.

Ahli-ahli Yang Berhormat Sidang dewan yang dihormati. Seterusnya kita mempersilakan wakil pihak KERAJAAN pula tampil untuk menyampaikan ucapan penggulungan. Dipersilakan YB.. (YB wakil KERAJAAN selesai menyampaikan penggulungan)
13

Terima kasih YB 5

Ahli-ahli yang Berhormat, Sidang dewan yang dimuliakan, Dengan ucapan penggulungan oleh pihak KERAJAAN itu tadi maka berakhirlah persidangan Dewan kita pada kali ini. Sehingga bertemu semula pada Sidang Dewan yang akan datang. Dengan ini saya mengucapkan terima kasih dan syabas kepada Ahli-ahli Yang Berhormat serta seluruh Sidang Dewan yang telah bersama-sama menjaga keharmonian Dewan ini. Saya selaku Yang Arif Tuan Yang Dipertua Dewan dengan ini menangguhkan Persidangan Dewan pada kali ini. Sekian, Wabillahitaufik walhidayah. Assalamualaikum, wm wb. Terima kasih.

Tunggu panel juri selesai membuat keputusan Pengumuman keputusan akan dilakukan oleh Tuan Yang Dipertua Dewan setelah menerima keputusan daripada Ketua Panel Juri. Bacakan keputusan mengikut perkara yang terkandung dalam borang keputusan rasmi Ketua Panel Juri. Jangan lakukan sebarang penambahan ayat.

14

Dengan ini saya serahkan majlis kepada pengacara majlis. Sekian, terima kasih 6

BAHAS ALA PARLIMEN BAHASA MELAYU


TURUTAN PENYAMPAIAN HUJAH (Dilengkapkan oleh Speker Dewan persidanan) Sebelum memulakan

KERAJAAN
SMK . PEMBAHAS YAB Perdana Menteri YB Menteri Kedua YB Menteri Ketiga YB Menteri Keempat YB Menteri Kelima NAMA PENUH

PEMBANGKANG
SMK . PEMBAHAS YAB Perdana Menteri YB Menteri Kedua YB Menteri Ketiga YB Menteri Keempat YB Menteri Kelima NAMA PENUH

15

Anda mungkin juga menyukai