Anda di halaman 1dari 24

Contoh Teks bahas: Perdana Menteri

Teks Bahas:

Usul:

Pendidikan Industri Mangkin Pembangunan Negara

Dengan lafaz bismillahirahmanirrahim, saya membuka arena perdebatan pada hari ini.

Terima kasih saya ucapkan kepada Tuan Yang Dipertua, barisan kerajaan, perwakilan
pembangkang, Ahli-ahli Yang Berhormat sidang parlimen sekalian.

Assalamualaikum, warahmatullah hiwabarakatuh, salam sejahtera dan selamat bersidang.

Tuan Yang Dipertua, Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, saya amat bersyukur kerana berkat
keamanan dan keharmonian bawah kepemimpinan kerajaan pada hari ini dewan kembali
bersidang untuk membahaskan satu usul yang begitu penting untuk dilaksanakan.

Tuan Yang Dipertua,

Usul pada hari ini berbunyi,.Pendidikan Industri Mangkin Pembangunan Negara,

Tuan Yang Dipertua dan Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian

Pertama, izinkan saya melakukan penakrifkan usul secara literal. Perkataan Industri
dalam Kamus Dewan Edisi Keempat diertikan sebagai perusahaan secara besar-besaran
untuk menghasilkan barangan, manakala perkataan mangkin bermaksud unsur yang
mempercepat atau menyegerakan sesuatu perkembangan. Jadi, dapatlah dirumuskan
bahawa Pendidikan Industri Mangkin Pembangunan Negara bermaksud pendidikan yang
berasaskan perusahaan merupakan unsur yang akan mempercepat pembangunan negara.

Sebagai Perdana Menteri, saya akan menyatakan hujah-hujah yang menyokong usul ini.
Selain itu, hujah-hujah yang seterusnya akan disambung oleh Menteri Pertama, manakala
Menteri Kedua pula akan membidas hujah-hujah songsang yang akan dibawa oleh pasukan
pembangkang. Saya ingin menyatakan bahawa pihak kerajaan yakin dengan hujah-hujah
yang akan kami bentangkan nanti dan seterusnya usul yang kami bawa akan diterima secara
konsesnsus.
Tuan Yang Dipertua,

Kami meletakkan dua indikator bagi memantapkan usul kami.Yang pertama, saya katakan
bahawa kebergantungan kita kepada negara maju walaupun kita kaya dengan hasil
pertanian.Yang Kedua, TYDP, indikator kami ialah bagaimanakah pendidikan industri dapat
memacu sektor pertanian ke arah sektor perindustrian yang berasaskan pertanian. Saya
yakin bahawa berdasarkan indikator-indikator ini berserta justifikasi yang akan kami
kemukakan sudah pasti usul ini akan diterima tanpa perlu diperdebatkan dengan hujah-
hujah palsu yang akan dikemukakan oleh pihak pembangkang.

Tuan Yang Dipertua,

Sejak zaman berzaman, negara kita bergantung pada sumber pertanian kerana kita
mempunyai tanah yang luas dan subiur. Namun, kita tidak berupaya memperoleh hasil yang
lumayan. Pembangunan kita agak perlahan dan kita selalu bergantung harap pada negara
maju seperti Jepun dan Amerika untuk membantu kita. Sampai bilakah kita boleh
berkeadaan sedemikian? Sampai bilakah kita harus meminta-minta?

Tuan Yang Dipertua dan sidang Dewan sekalian,

Kita harus belajar daripada sejarah. Lihatlah negara-negara maju di dunia, Jepun, misalnya,
selepas Perang Dunia Kedua, telah bangkit menjadi gergasi ekonomi dunia kerana negara itu
maju dalam bidang perindustrian. Korea Selatan pula mengikut jejak langkah Jepun dalam
bidang perindustrian. Oleh sebab itu, untuk mempercepat pembangunan negara, kita harus
beranjak daripada negara pertanian kepada negara perindustrian.

(Wakil pembangkang berdiri mohon izin laluan daripada Tuan Yang Dipertua)

Yang Berhormat Tuan Yang Dipertua,

YAB Perdana Menteri menyatakan bahawa untuk menjadi negara maju, kita perlulah
berubah daripada negara pertanian kepada negara perindustrian. Persoalannya ialah
sedarkah pihak pihak kerajaan bahawa pada suatu hari nanti kita mungkin menghadapi
krisisi makanan kerana terlalu menumpukan perhatian kepada bidang perindustrian? Saya
bimbang nanti yang kita kejar tidak dapat, yang kita kendong pula berciciran.

Tuan Yang Dipertua,

Terima kasih saya ucapkan kepada Ketua Pembangkang atas persoalan yang dikemukakan
itu. Apabila saya mengatakan bahawa untuk menjadi negara maju, kita perlu berubah
daripada negara pertanian kepada negara perindustrian, bukan bermakna kita tidak
menumpukan perhatian kepada bidang pertanian lagi. Sebaliknya, kita majukan bidang
pertanian yang berasaskan perindustrian. Kita harus sedar bahawa sudah lama kita
mengalami kerugian yang besar. Banyak wang negara yang mengalir ke negara asing kerana
kita tidak mempunyai kepakaran dalam bidang perindustrian.

Sebagai akibatnya, kita tidak berupaya mencipta dan mengeluarkan barang-barang


keperluan kita sendiri walaupun kita mempunyai sumber yang banyak. Kita hanya berupaya
menjadi pengeksport barang-barang mentah seperti getah, kelapa sawit, dan seumpamanya
dengan harga yang murah. Sebaliknya, kita mengimport barang-barang siap dengan harga
yang berlipat ganda. Alangkah ruginya kita!

Tuan Yang Dipertua,

Dengan menyedari hakikat ini, maka kita harus membangunkan bidang perindustrian
dengan melahirkan tenaga pakar dalam bidang ini. Pembinaan kilang yang banyak semata-
mata tidak bermakna jika kita tidak menyediakan tenaga mahir yang mencukupi. Untuk
mencapai matlamat itu, maka bidang pendidikan yang berasaskan pertanian perlu diberikan
keutamaan.. Usaha ini seharusnya bermula pada peringkat sekolah rendah untuk
memberikan kesedaran kepada masyarakat akan kepentingan pendidikan industri., Oleh
yang demikian, langkah Kementerian Pelajaran Malaysia mewujudkan mata pelajaran
Kajian Tempatan adalah wajar. Seterusnya, pada peringkat sekolah menengah pula,
diajarkan mata pelajaran Kemahiran Hidup, dan pada tahun 2002 mata pelajaran
Vokasional diperkenalkan di sekolah menengah harian.

Tuan Yang Dipertua,

Kita terpaksa menerima hakikat bhawa pembangunan dalam bidang industri merupakan
mangkin kepada pembangunan negara. Oleh sebab itu, pendidikan industri merupakan satu
eleman penting yang perlu diberikan perhatian wajar bukan sahaja oleh kerajaan, tatapi juga
oleh oleh pihak pembangkang..

Contoh Teks Bahas: Menteri Ketiga

Usul: Keutuhan Ekonomi Teras Kemajuan Negara

Terima kasih saya ucapkan kepada Tuan Yang Dipertua, perwakilan kerajaan, rakan-rakan
pembangkang serta warga dewan sekalian. Salam sejahtera dan selamat bersidang.

Tuan Yang Dipertua,


Usul pada hari ini berbunyi Keutuhan Ekonomi Teras Kemajuan Negara . Namun, saya
selaku pembangkang ketiga akan mematahkan hujah-hujah yang dikemukakan oleh pihak
kerajaan. Berdirinya saya pada pagi yang penuh ceria ini adalah untuk menegaskan
pendirian kami kepada sidang dewan sekalian bahawa sesungguhnya `Ekonomi bukanlah
teras kemajuan negara kerana banyak kelemahan ekonomi yang gagal ditangani oleh pihak
kerajaan.

Tuan Yang Dipertuan,


Untuk menolak usul yang dikemukakan oleh pihak kerajaan, saya akan mendedahkan
/menyatakan kelemahan-kelemahan hujah yang dilakukan oleh perwakilan kerajaan
sebentar tadi.

Kelemahan pertama yang dilakukan oleh pihak kerajaaan ialah Y.A.B Perdana Menteri
mengatakan bahawa ekonomi negara kita kukuh kerana nila Ringgit kita stabil. Saya ingin
menafikan hujah ini sekeras-kerasnya kerana Y.A.B mengemukakan hujah tanpa
mendedahkan fakta yang sebenar. TYT, saya ingin membetulkan kesilapan Perdana Menteri.
Saya ingin menegaskan bahawa pada tahun 1998 negara kita telah mengalami kegawatan
ekonomi.

Pada masa itu, nila mata wang kebanyakan negara di dunia jatuh merudum akibat serangan
spekulator mata wang. Untuk mengelakkan negara kita terjejas teruk, Perdana Menteri pada
masa itu, iaitu Tun Mahathir Mohammad telah mengenakan tambatan pada ringgit dengan
kadar RM3.88 berbanding 1 dollar Amerika Syarikat. Walaupun ringgit pada masa itu
kelihatan kukuh, namun negara kita dilanda kegawatan ekonomi yang sangat buruk.
Tegasnya, TYD, kedudukan Ringgit yang kukuh tidak semestinya menggambarkan keutuhan
ekonomi negara. Kesan daripada tindakan kerajaan ini, pelabur-pelabur asing bimbang
untuk melabur di negara kita kerana bimbang bahwa pihak kerajaan akan mengambil
tindakan yang merugikan mereka. Kami buktikan jumlah kemasukan pelabur asing ke
negara kita pada tahun 2008 semakin berkurang, iaitu Berdasarkan laporan United Nation
Conference On Trade And Development yang dikeluarkan pada 11.00 pagi, 24 September
2008 menyebutkan bahawa aliran dana asing yang keluar dari negara kita adalah sebanyak
USD10.989b dan dana asing yang memasuki Malaysia pula adalah USD8.403b.

Kelemahan kedua yang dilakukan oleh pihak kerajaan ialah mereka menyatakan bahawa
keutuhan ekonomi dapat dicapai melalui kestabilan politik dan pentadbiran negara yang
kukuh. TYD, saya ingin mengemukakan soalan ini kepada pohak kerajaan, apakah indikator
dan justifikasi yang digunakan untuk membuktikan bahawa politik di negara kita stabil?

Oleh sebab kerajaan gagal menangani pelbagai isu yang timbul di negara kita seperti
diperjuangkan oleh Hindraf, GERAK, JERIT, dan sebagainya, menyebabkan rakyat tidak
berpuas hati dan pelbagai demontrasi, perhimpunan haram berlaku. Hal ini sudah tentu
menjejaskan keutuhan ekonomi negara. Pihak kerajaan sepatutnya menangani isu ini
dahulu sebelum ingin mengukuhkan ekonomi negara. Jika pihak kerajaan dapat menangani
isu ini terlebih dahulu, saya yakin bahawa usul yang dikemukakan pada hari ini akan
diterima. Namun, kegagalan pihak kerajaan memastikan keadaan negara yang aman dan
politik yang stabil, hal ini sudah tentu menjejaskan keutuhan ekonomi negara kita. Kalau
perkara ini tidak dapat diselesaikan, bagaimanakah kita hendak memperkukuh ekonomi
negara kita? Oleh itu, saya bagi pihak pembangkang menyeru semua ahli dewan menolak
usul yang dibawa oleh pihak kerajaan pada hari ini.

Kelemahan ketiga yang dilakukan oleh pihak kerajaan ialah Menteri Ketiga menyatakan
bahawa negara kita mempunyai pelbagai sumber untuk meningkatkan ekonomi negara.
Mereka mengemukakan sektor pertanian/perindustrian sebagai contoh. Menteri Ketiga
menyatakan bahawa negara kita kaya dengan hasil pertanian/perindustrian yang mampu
merangsang ekonomi negara kita. Tuan Yang Dipertua, saya tidak menolak fakta yang
dikemukakan oleh pihak kerajaan tersebut. Perkara yang ingin saya utarakan di sini ialah
masih terlalu banyak kawasan pertanian di negara kita yang terbiar atau tidak diusahakan.
Kawasan sawah padi pula sudah didirikan bangunan. Kebun-kebun getah pula banyak yang
terbiar. Banyak golongan muda dari kampung atau luar bandar berhijrah ke kota. Persoalan
yang ingin kami kemukakan ialah bagaimanakah sektor ini mampu menjana ekonomi
negara sedangkan pihak kerajaan masih gagal menangani masalah kekurangan tenaga
pekerja dalam sektor pertanian dan masih gagal mengatasi masalah terbiar di negara kita.
Menurut Menteri Kemajuan Tanah dan Wilayah, iaitu Tan Sri Muhamamad Taib, beliau
mengatakan bahawa terdapat lebih daripada 5,000 hektar tanah terbiar yang tidak
diusahakan kerana golongan muda tidak meminati sektor pertanian. Persoalannya ialah
mengapakah pihak kerajaan tidak mengatasi masalah ini dahulu sebelum ingin menjadikan
keutuhan ekonomi teras kemajuan negara? Tepuk dada tanyalah selera. Oleh hal yang
demikian, usul yang dikemukakan oleh pihak kerajaan pada hari ini perlulah ditolak.

Tuan Yang Dipertua,

Konklusinya, saya sekali lagi ingin menegaskan bahawa usul pada hari ini sewajarnya ditolak
kerana pihak kerajaan gagal menangani masalah-masalah yang berkaitan dengan ekonomi.
Sekian terima kasih,minta maaf sekiranya terkasar bahasa,namun saya masih teguh dengan
pendirian saya, mohon terus membangkang.
Tema : Politik Antarabangsa - ASEAN

Kerajaan : Kamraj Shanmuganathan


Pembangkang : Fariq Bukhari Samsudin

Usul : MYANMAR PATUT DIBERI PELUANG MENJADI PENGERUSI ASEAN 2014.

Perdana Menteri (Kamraj)

Salam perbahasan. Bertindak selaku Yang Amat Berhormat Perdana Menteri, mohon izin Tuan Yang
Dipertua untuk menggagaskan usul yang cukup menarik, iaitu Myanmar patut diberi peluang menjadi
Pengerusi ASEAN 2014. Maka,selaku pihak kerajaan, kami menyokong penuh gagasan usul ini.

Izinkan saya memulakan sesi perbahasan pada hari ini dengan membentangkan definisi konsep
berkenaan usul kita pada hari ini.

Frasa pertama, Myanmar. Myanmar merupakan salah sebuah negara yang terletak di Asia Tenggara dan
telah menjadi anggota ASEAN sejak tahun 1997. Pentadbiran Myanmar dipimpin oleh kerajaan junta
tentera dan sering dikecam oleh pelbagai pihak. Walau bagaimanapun, corak pentadbiran berbentuk
demokrasi semakin kukuh di Myanmar selepas pilihanraya umum pada 7 November 2010.

Frasa seterusnya, menjadi Pengerusi ASEAN 2014. Menurut piagam ASEAN, Jawatan Pengerusi ASEAN
harus mengikut giliran pada setiap tahun,berdasarkan susunan abjad pertama nama negara-negara
Anggota dalam bahasa Inggeris. Negara anggota ASEAN yang terpilih untuk memegang jawatan ini harus
mempengerusikan Sidang Kemuncak ASEAN dan sidang kemuncak yang berkaitan, Majlis Penyelarasan
ASEAN, ketiga-tiga Majlis Komuniti ASEAN, Badan-Badan Sektoral Peringkat Menteri ASEAN dan
pegawai-pegawai kanan yang berkaitan serta Jawatankuasa Wakil Tetap. Mengikut sistem giliran Piagam
ASEAN, Myanmar bakal menjadi Pengerusi ASEAN pada tahun 2014.

Seterusnya, frasa yang menjadi kayu ukur dalam sesi perbahasan kita pada hari ini, iaitu frasa patut diberi
peluang. Frasa ini merujuk kepada keadaan di mana seseorang individu atau kumpulan perlu membuka
kesempatan kepada individu atau kumpulan lain tanpa mengabaikan kepentingan pihak masing-masing.
Kesempatan tersebut seharusnya tidak membawa kemudaratan kepada mana-mana pihak serta mampu
menepati hasrat yang hendak dicapai . Selesai pendefinisian konsep.

Selaku pihak kerajaan pada hari ini, pendirian kami amat utuh, iaitu Myanmar harus berkesempatan
menjadi Pengerusi ASEAN 2014. Maka, sila analisis hujah perdana kami berdasarkan kata kunci
Keyakinan negara-negara di seluruh dunia terhadap Myanmar.

Fakta pertama, perubahan corak politik di Myanmar. Parti Perpaduan dan Pembangunan Kesatuan yang
memenangi pilihanraya umum 2010 telah melakukan pelbagai perubahan yang drastik dan ternyata
perubahan tersebut dialu-alukan oleh anggota ASEAN dan negara-negara yang lain di seluruh dunia.
Antaranya, memberikan pengampunan kepada lebih 20, 000 orang tahanan, menubuhkan Jawatankuasa
Hak Asasi Manusia serta bekerjasama dengan Aung San Suu Kyi. Perubahan-perubahan ini jelas menarik
perhatian dunia terhadap Myanmar.

Buktinya, Amerika Syarikat telah menghantar setiausaha negaranya, Hillary Clinton untuk membuat
lawatan rasmi ke Myanmar demi melihat sendiri perubahan-perubahan drastik di negara tersebut.
Pemimpin wanita yang disegani itu ternyata gembira dengan keadaan Myanmar yang semakin pulih.
Malah, Amerika Syarikat bersetuju untuk menghentikan sekatan ekonomi ke atas Myanmar jika perubahan
politik tersebut terus dilakukan.

Semasa Sidang Kemuncak ASEAN Ke-19 yang berlangsung di Bali, Indonesia pula, pemimpin-pemimpin
anggota ASEAN bersetuju untuk menerima Myanmar sebagai Pengerusi ASEAN 2014 setelah mengambil
kira aspek keselamatan, kebolehan Myanmar memegang mandat tersebut serta situasi yang sedang
berlaku di Myanmar. Malah, Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Tun Razak sendiri merupakan
salah seorang pemimpin yang menyatakan persetujuan ke atas keputusan tersebut selain sokongan padu
daripada Perdana Menteri Thailand dan Singapura.

Maka Tuan yang Dipertua, sokongan pemimpin-pemimpin anggota ASEAN terhadap keputusan untuk
membenarkan Myanmar menjadi Pengerusi ASEAN 2014 ternyata menggambarkan sikap berat sama
dipikul, ringan sama dijinjing kerana mereka menunjukkan semangat kekitaan dengan saling menyokong
antara satu sama lain.

Oleh itu, jika kepercayaan negara-negara serantau serta negara-negara yang lain di seluruh dunia
terhadap Myanmar semakin meningkat, pasti negara itu mampu menjadi Pengerusi ASEAN 2014 tanpa
sebarang masalah.

Maka, benarlah pendirian kami bahawa sesungguhnya Myanmar harus berkesempatan menjadi Pengerusi
ASEAN 2014.
Oleh itu, usul kita pada hari ini wajar diterima. Sekian, mohon untuk terus mencadang.
Ketua Pembangkang (Fariq)

Salam Sejahtera dan salam 1 Malaysia. Yang dihormati, barisan kerajaan dan Tuan Yang dipertua.Usul
kita masih sama,'Myanmar Patut Diberi Peluang Menjadi Pengerusi ASEAN 2014'. Maka, selaku wakil
tunggal pihak pembangkang, saya meragui gagasan usul pada hari ini berdasarkan rasional
memperlihatkan kegagalan dan kekurangan kapasiti Myanmar sebagai Pengerusi ASEAN 2014.

Bidasan: Pada hemat saya, saya tidak mempunyai masalah dengan konseptual pihak pembangkang
melalui definisi 'Myanmar' dan 'menjadi Pengerusi ASEAN 2014', namun yang ingin saya persoalkan ialah
frasa 'patut diberi peluang'. Mengikut hemat pihak kerajaan, YB mengatakan keadaan yang mana negara-
negara anggota patut memberi peluang
kepada Myanmar untuk menjadi Pengerusi ASEAN 2014. Saya bidas, kerana andai kata Myanmar tidak
mempunyai kapasiti dan kemampuan sebagai negara anggota, maka mengapa dan kenapa seharusnya
perlu ada frasa 'patut diberi peluang' kepada Myanmar. Kita berbicara mengenai satu pertubuhan
antarabangsa yang melibatkan sepuluh negara anggota yang mempunyai populasi lebih 600 juta
penduduk. Sanggupkah kita menggadaikan nasib 600 juta penduduk di rantau ASEAN hanya kerana 'patut
memberi peluang' kepada Myanmar? Saya mohon yang kedua menjawab persoalan ini. Selesai bidasan
konsep.

Bidasan Hujah: Hujah perdana kerajaan ialah keyakinan negara negara dunia terhadap Myanmar. Beliau
mengatakan perubahan demi perubahan yang dilakukan telah menunjukkan kesediaan Myanmar untuk
menjadi Pengerusi ASEAN 2014. Saya bidas, apakah kayu ukur dominan yang mengatakan perubahan
yang dilakukan Myanmar benar-benar menjadikan mereka berupaya menjadi Pengerusi ASEAN 2014?
Analoginya, Malaysia sebagai contoh, juga telah menjadi pemimpin ASEAN, politik di Malaysia mengambil
masa 54 tahun untuk benar-benar stabil. Maknanya, Myanmar yang baru mengecap erti demokrasi tidak
sampai 10 tahun, adakah benar-benar sesuai untuk menjadi ketua ASEAN? Cukupkah hanya dengan
keyakinan dan sedikit perubahan, boleh menerajui ASEAN. kalau begitu, saya bolehlah menjadi
Setiausaha Agung PBB hanya dengan lakukan sedikit muhasabah diri dan yakinkan pemimpin dunia.

Hujah pertama pihak pembangkang adalah berdasarkan kata kunci keadaan geopolitik Myanmar yang
meruncing. Maka sila teliti hujah saya.

Fakta pertama, Myanmar baru pulih daripada pemerintahan junta tentera yang menguasai pentadbiran
negara selama puluhan tahun. Maknanya, Republik Demokrasi Myanmar pun masih dikatakan sebagai
sebuah negara baru. Pelbagai krisis masih menjadi pertikaian di Myanmar termasuklah pemilihan teraju
pemerintahan.Malah, isu pemilihan Napyidaw sebagai ibu negara baru Myanmar juga menjadi satu
masalah . Kita berbicara mengenai Pengerusi ASEAN 2014, bukan sebuah pertubuhan kecil ataupun untuk
memilih ketua kelas. Keadaan geopolitik di ASEAN sememangnya dibelenggu pelbagai masalah terutama
melibatkan kebajikan negara anggota dan isu keselamatan. Adakah Myanmar berupaya menyelesaikan
masalah ASEAN sedangkan negaranya sendiri pun masih terumbang-ambing?
Sebagai bukti, ASEAN pada 2002 telah dilabelkan sebagai pusat melahirkan militan dan pengganas dunia.
Hal ini dibuktikan dengan wujudnya 'ikon' pengganas seperti Mas Selamat, Nordin Mat Top, dam Azahari
Husin. Maka, adakah Myanmar mampu menangkis segala tohmahan yang dilemparkan khususnya oleh
pihak Barat kepada ASEAN. Seorang ketua wajib mempertahankan segala hak dan kebajikan negara
anggota dalam pelbagai sektor. Mana mungkin sebuah negara yang masih terkial-kial mengenai demokrasi
boleh dilantik sebagai ketua negara anggota.

Kita bukan berbicara mengenai keyakinan semata-mata. Hanya sekadar keyakinan Hillary Clinton terhadap
Myanmar membuat kita alpa dengan kemampuan sebenar Myanmar. Buktinya, sewaktu Sukan Sea 2011
baru-baru ini, semua negara anggota yakin dengan penganjuran oleh Indonesia. Hasilnya, Sukan Sea
yang terburuk dalam sejarah ASEAN dan menerima kritikan dari seluruh badan sukan dunia kerana
melibatkan kematian. Bayangkan, itulah padah apabila keyakinan dijadikan kayu ukur semata-mata. Saya
di pihak pembangkang bukan mahu membangkang dengan idea kontang. Namun, kami mohon sidang
dewan teliti keadaan geopolitik sebenar Myanmar.

Saya ingin mengingatkan,segala permasalahan kelak dek kerana keyakinan menjadi kayu ukur kepada
Myanmar melibatkan 600 penduduk ASEAN, bukannya rakyat Amerika Syarikat. Sistem giliran ketua
ASEAN seharusnya dipinda memperlihatkan tahap kesediaan Myanmar yang kurang. Kerana inilah saya di
pihak pembangkang merasakan perlunya usul ini diragui memperlihatkan kekurangan kapasiti dan
keadaan geopolitik di Myanmar yang semakin meruncing terutama melibatkan isu kebajikan negara
anggota, isu keselamatan yang sememangnya memerlukan sebuah negara yang benar-benar mampu
menangkis cabaran globalisasi dan membawa ASEAN keluar dari takuk yang lama.

Justeru kami di pihak pembangkang sekali lagi meragui gagasan usul pada hari ini berdasarkan rasional
kegagalan dan kekurangan kapasiti Myanmar sebagai Pengerusi ASEAN. Mohon untuk terus
membangkang.
Menteri Kedua (Kamraj)

Salam perbahasan. Bertindak selaku menteri kedua pada hari ini, saya tetap menyokong penuh gagasan
usul kita pada hari ini, iaitu Myanmar patut diberi peluang menjadi Pengerusi ASEAN 2014.

Saya bidas Yang Berhormat Ketua Pembangkang terlebih dahulu. Bangkit beliau sebentar tadi telah
meminda frasa patut diberi peluangdengan mempersoalkan kebolehan Myanmar untuk menjadi Pengerusi
ASEAN 2014. Namun begitu, kita harus melihat perubahan drastik negara tersebut dalam tempoh setahun
sejak pilihan raya umum pada tahun lalu. Perubahan-perubahan positif tersebut nyata mendapat perhatian
serta sokongan padu daripada seluruh dunia. Maka, bagaimana kita boleh mempersoalkan kebolehan
Myanmar? Jika dalam tempoh setahun, Myanmar telah berubah seperti yang kita dapat lihat pada hari ini,
bayangkan pencapaian yang boleh dikecapi oleh Myanmar dalam tempoh dua tahun lagi sebelum tahun
2014 tiba. Maka, bidasan terhadap definisi konsep kami tidak wajar.

Sebenarnya, frasa patut diberi peluang merujuk kepada keadaan di mana seseorang individu atau
kumpulan perlu membuka kesempatan kepada individu atau kumpulan lain tanpa mengabaikan
kepentingan pihak masing-masing. Kesempatan tersebut seharusnya tidak membawa kemudaratan
kepada mana-mana pihak serta mampu menepati hasrat yang hendak dicapai .

Seterusnya, bangkit juga Yang Berhormat Ketua Pembangkang sebentar tadi telah membentangkan hujah
perdana beliau dengan mengatakan bahawa Myanmar masih merupakan negara muda dan belum
bersedia untuk memimpin ASEAN. Namun begitu, mana-mana negara sekalipun tidak dapat membuktikan
bahawa mereka mampu membuat sesuatu sebelum melaksanakannya. Yang berhormat tidak patut
mempertikaikan kebolehan Myanmar hanya kerana negara tersebut belum pernah menjadi Pengerusi
ASEAN. Segala-galanya harus bercambah daripada keyakinan, jika tidak pasti berlaku pergolakan antara
anggota ASEAN sendiri. Keadaan itukah yang kita mahu lihat? Sudah pasti tidak ! Selesai bidasan.

Pendirian kami tetap sama, iaitu Myanmar harus berkesempatan menjadi Pengerusi ASEAN. Dengan itu,
sila analisis hujah kedua kami berdasarkan kata kunci Perkembangan positif tahap keselamatan di
Myanmar.

Tahap keselamatan Myanmar semakin mendapat kepercayaan seluruh dunia. Hal ini dapat dibuktikan
menerusi lawatan rasmi menteri-menteri luar negara ke Myanmar. Pada 5 Oktober 2010, Perdana Menteri
Thailand disifatkan mengambil langkah berani untuk membuat lawatan rasmi ke Myanmar yang sedang
menghadapi musim pilihanraya umum ketika itu. Namun begitu, beliau pulang dengan selamat tanpa
sebarang ancaman keselamatan. Pada minggu lepas pula. Amerika Syarikat telah menghantar Hillary
Clinton ke Myanmar. Sedikit lucu apabila Hillary Clinton yang khuatir tentang keselamatan dirinya sebelum
melawat Myanmar pulang dengan selamat ke Amerika Syarikat tanpa sebarang ancaman keselamatan.

Seterusnya, kita lihat penganjuran Mesyuarat Jawatankuasa Kerja Persatuan Pelabuhan ASEAN Ke-31
pada tahun 2010. Myanmar ternyata berjaya menganjurkan mesyuarata tersebut tanpa sebarang masalah.
Malah, keselamatan setiap wakil anggota ASEAN yang menghadiri mesyuarat tersebut dikawal dengan
ketat sehinggalah mereka pulang semula.

Maka Tuan yang Dipertua, jika tahap keselamatan di Myanmar terbukti mampu berada dalam keadaan
yang baik, maka tidak ada alasan untuk kita tidak memberikan peluang kepada Myanmar untuk menjadi
Pengerusi ASEAN 2014.

Seterusnya, hujah ketiga kami berdasarkan kata kunci Peranan Pengerusi ASEAN 2014 mampu
mendatangkan impak positif kepada Myanmar. Menerusi hujah ini, kita akan lihat bagaimana peranan
Pengerusi ASEAN dapat mengubah persepsi masyrakat dunia terhadap Myanmar.

Sememangnya perlu diakui bahawa peranan Pengerusi ASEAN memerlukan kebolehan serta kemampuan
yang besar kerana negara yang menyandang jawatan tersebut harus mempengerusikan pelbagai
jawatankuasa yang melibatkan ASEAN. Persoalannya, mampukah peranan ini disandang oleh Myanmar?
Sudah tentu ya, kerana dalam tempoh setahun, sejak pilihan raya umum 2010, pemimpin tertinggi
Myanmar, Tein Sien sendiri telah melakukan pelbagai perubahan terhadap Myanmar sehingga mengubah
pandangan negatif negara-negara serantau terhadap negara itu. Walau bagaimanapun, Myanmar masih
memerlukan kepercayaan tinggi negara-negara serantau supaya negara-negara lain di dunia
menghapuskan persepsi negatif mereka terhadap Myanmar. Kepercayaan negara-negara serantau pasti
terserlah dengan memberi peluang kepada Myanmar untuk menyandang jawatan ASEAN.

Maka, apabila memegang jawatan Pengerusi ASEAN 2014, sudah tentu persepsi masyarakat dunia
terhadap Myanmar berubah. Malah, keadaan ini mampu menjadi salah satu sebab konkrit Myanmar untuk
bebas daripada pelbagai sekatan Amerika Syarikat dan Kesatuan Eropah.

Maka, benarlah premis kami bahawa sesungguhnya Myanmar harus berkesempatan menjadi Pengerusi
ASEAN 2014.

Oleh itu, usul kita pada hari ini sememangnya wajar diterima. Sekian, mohon untuk terus mencadang.
Pembangkang Kedua (Fariq)

Selaku Pembangkang kedua di pihak pembangkang, sekali lagi saya menegaskan pendirian kami di pihak
pembangkang yang meragui gagasan usul pada hari ini iaitu 'Myanmar Patut Diberi Peluang Menjadi
Pengerusi ASEAN 2014' berdasarkan rasional kegagalan dan kekurangan kapasiti Myanmar sebaga
Pengerusi ASEAN 2014.

Saya mulakan dengan bidasan terhadap menteri kedua. Beliau telah mengatakan frasa 'patut diberi
peluang' merujuk kepada peluang yang harus diberikan kepada Myanmar untuk menjadi Pengerusi ASEAN
berdasarkan perubahan yang telah dilakukan. Masalahnya sekarang ini, Myanmar hanya mempunyai
masa selama 2 tahun untuk mempersiapkan negaranya untuk menjadi Pengerusi ASEAN. Bayangkan
seluruh pegangan, misi, dan segala tumpuan pembentukan kegiatan ekonomi akan beralih ke Napyidaw.
Ya, keyakinan adalah satu perkara, namun cukupkah hanya dengan keyakinan semata-mata? Mampukah
Myanmar membawa ASEAN ke satu tahap yang lebih baharu hanya bersandarkan keyakinan?

Menteri kedua juga bangun membawa hujah kedua iaitu perkembangan positif tahap keselamatan di
Myanmar. Contoh beliau, Perdana Menteri Thailand pulang selamat selepas melawat negara itu. Saya
bidas, masalahnya sekarang ini, benarkah hanya memperlihatkan satu kes semata-mata, kita boleh
mengatakan tahap keselamatan di Myanmar benar-benar stabil, bagaimana pula dengan statistik oleh
Mesyuarat Ketua Negara Komanwel (CHOGM) baru-baru ini yang melabelkan Myanmar atau Burma
mempunyai indeks pelakuan jenayah yang tinggi ditambah dengan korupsi melibatkan pengamal birokrasi
berbanding dengan negara lain. Sidang dewan tidak mahukan bukti pemimpin tertinggi dunia selamat di
Myanmar semata-mata, tambahan pula sememangnya pemimpin dunia dikawal ketat, masalahnya
berkaitan dengan situasi keselamatan secara menyeluruh. Dan Menteri kedua gagal melaksanakannya.

Hujah ketiga ialah Peranan sebagai Pengerusi ASEAN akan membawa impak positif kepada Myanmar. Ya,
memang saya akui akan membawa impak positif kepada Myanmar, namun dalam masa yang sama
mencetuskan polemik dan ketidakseimbangan geopolitik di negara lain! Pelbagai dana akan disalurkan
kepada Myanmar dan akan membawa perkembangan positif, namun, adakah pelantikan Myanmar sebagai
Pengerusi ASEAN akan membawa impak positif kepada negara-negara anggota? Atau hanya akan
menjadi boneka semata-mata? Perkara ini langsung gagal dijawab oleh Perdana Menteri dan Menteri
Kedua sebentar tadi.

Perdana Menteri pula sebentar tadi telah membuat konseptual yang terlalu mudah dengan mengatakan
Myanmar patut diberi peluang kerana pelbagai perubahan yang telah dilakukan. Saya bidas, kerana segala
perubahan ini tidak dirujuk sebagai perubahan positif kepada seluruh ASEAN.Perubahan hanya melibatkan
domestik. Nampak sangat pemimpin Myanmar mempunyai agenda tersendiri untuk menjadi Pengerusi
ASEAN. Hujah pertamanya ternyata bercanggah dengan menteri kedua! Beliau bercakap mengenai
keyakinan dunia, tiba-tiba menteri kedua bangun dan mengatakan bagaimana Myanmar hendak keluar dari
sekatan ekonomi oleh dunia barat sedangkan negara ASEAN gagal memberi keyakinan kepada Myanmar.
Tadi kata dunia sudah yakin, bangun yang kedua membuat persepsi sendiri dan menolak hujah yang
pertama tadi dengan mengatakan dunia tidak akan yakin dengan Myanmar selagi tidak dilantik sebagai
Pengerusi ASEAN.

Hujah kedua kami di pihak pembangkang mengenai keadaan ekonomi.


Sidang dewan, kita sudah maklum dengan situasi sebenar ekonomi Myanmar. Myanmar merupakan
sebuah negara pertanian yang mempunyai pertumbuhan ekonomi yang sangat lemah kalau hendak
dibandingkan dengan negara ASEAN yang lain. Hal ini kerana Myanmar merupakan sebuah negara baru
dan telah mempunyai krisis sejak sekian lama. malah, pendapatan per kapita rakyat Myanmar ialah hanya
702 Dolar Amerika dan kadar keluaran dalam negara kasar mereka hanyalah 49 bilion Dolar Amerika
mengikut data Census Ekonomi Dunia. KDNK mereka tidak sampai suku daripada bajet pembangunan dan
pentadbiran Malaysia tahun 2010 iaitu mencecah 200 bilion dolar Amerika dan pendapatan per kapita
Malaysia iaitu lebih 14000 dolar Amerika.

ASEAN sebenarnya memerlukan seorang ketua yang mampu untuk mengadakan diplomasi yang baik
antara pertubuhan-pertubuhan dunia. Hal ini kerana pertumbuhan ekonomi di ASEAN amat lemah kalau
hendak dibandingkan dengan pertubuhan lain seperti Kesatuan Eropah. Pengerusi ASEAN seharusnya
mempunyai kebolehan untuk mewujudkan persekitaran ekonomi yang sihat dalam kalangan negara
anggota. Hal ini melibatkan kesediaan hampir 10 juta penggiat ekonomi di negara-negara ASEAN. Dan
pada hemat saya di pihak pembangkang, Myanmar gagal untuk menepati kriteria ini. Memperlihatkan
kegagalan mereka untuk mewujudkan persekitaran ekonomi di negaranya sendiri, saya risau Myanmar
akan mencetuskan spekulasi ekonomi yang kurang baik kepada ASEAN. Para pelabur akan menganggap
ASEAN tidak mempunyai kredibiliti yang cukup untuk menjalankan kegiatan ekonomi. Lumrah dunia, jika
hendak melihat kemampuan sesebuah pertubuhan, maka ketuanya akan menjadi kayu ukur. Dan jikalau
Myanmar yang menjadi kayu ukur, maka saya berasa pasaran ekonomi ASEAN akan ditimpa masalah dan
sememangnya ekonomi di Myanmar tidak mencerminkan ekonomi negara membangun ASEAN seperti
Singapura dan Malaysia.

Bukan mahu untuk menidakkan hak Myanmar, cuma saya mahu agar pelantikan Myanmar sebagai
Pengerusi ASEAN 2014 dipertimbangkan semula agar ASEAN dapat melangkah keluar daripada
kepompong negara konservatif. Mungkin Myanmar harus diberi masa untuk mempersiapkan dahulu
geopolitik dan ekonominya,kemudian barulah dilantik semula.

Hujah saya yang ketiga ialah mengenai kekurangan kapasiti oleh Myanmar untuk merencanakan
hubungan diplomatik dengan blok dunia lain.
Umum mengetahui Myanmar baru sahaja mengecap erti demokrasi tidak sampai 5 tahun. Hal ini
menyebabkan Myanmar masih lagi dilabelkan sebagai negara baru dan tidak mempunyai hubungan
diplomatik yang benar-benar kukuh. Di dalam Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu, Myanmar langsung
tidak memberi impak kepada badan tersebut. Sedangkan hubungan diplomatik antara negara anggota
ASEAN dengan negara-negara blok dunia lain harus dipertingkatkan. Mengikut UNESCO, melalui data
World Tourism Cencus, kadar pelancongan di ASEAN masih di tahap rendah dek kerana
ketidakseimbangan politik dan isu keselamatan.
Hal ini akan bertambah teruk dengan pelantikan Myanmar sebagai Pengerusi kerana majoriti negara di
dunia ragu-ragu akan keadaan di Myanmar. Buktinya, negara blok komunis dan blok kapitalis masih lagi
tidak mengadakan hubungan diplomatik menyeluruh dengan Myanmar. Myanmar masih terkial-kial hendak
membuat hubungan diplomatik dengan negara luar, mana mungkin Myanmar akan memberi impak positif
kepada ASEAN? Ingin saya tegaskan, Ketua dilantik untuk memberi impak positif kepada pertubuhan,
bukannya pertubuhan yang memberi impak positif kepada ketua.

Dan saya kira sepanjang penghujahan pihak kerajaan, mereka gagal menjawab tuntutan usul, apa yang
boleh dilakukan Myanmar untuk membawa impak positif kepada ASEAN.
Mereka berdolak dalih dengan memutar belit keadaan bahawa Myanmar yang akan mendapat impak
positif jika dilantik sebagai pengerusi.Impak positif kepada negara-negara anggota ASEAN? Langsung
tidak disebutkan.

Maka, selaku pembangkang kedua, dengan rasional memperlihatkan kegagalan dan kekurangan kapasiti
oleh Myanmar sebagai Pengerusi ASEAN, mohon untuk terus membangkang.
Menteri Ketiga (Kamraj)

Salam perbahasan. Bertindak selaku menteri ketiga pada hari ini, saya tetap menyokong penuh gagasan
usul kita yang cukup menarik pada hari ini, iaitu Myanmar patut diberi peluang menjadi Pengerusi ASEAN
2014.

Pendirian kami selaku pihak kerajaan tetap sama, iaitu Myanmar harus berkesempatan menjadi Pengerusi
ASEAN 2014.

Baik Tuan Yang Dipertua, saya ingin memulakan gerak kerja saya pada hari ini dengan membidas
pembangkang kedua. Bangkit beliau sebentar tadi telah membentangkan hujah ketiga pihak pembangkang
berdasarkan kata kunci kekurangan kapasiti oleh Myanmar untuk merencanakan hubungan diplomatik
dengan blok dunia lain. Beliau cuba mengatakan bahawa Myanmar masih terkial-kial untuk mewujudkan
hubungan yang baik dengan negara luar. Walau bagaimanapun, Yang Berhormat perlu sedar bahawa
Myanmar sedang berusaha untuk mewujudkan hubungan dua hala dengan pelbagai negara di seluruh
dunia. Seperti kata Yang Berhormat tadi, bagaimana kita boleh mengharapkan satu pencapaian yang
terlampau saujana daripada sebuah negara yang sedang pulih? Bukankah dengan pelbagai pelan
pembaharuan politik yang sedang dilaksanakan oleh Myanmar cukup untuk membuktikan bahawa
Myanmar mampu bersedia menjelang tahun 2014? Malah, hubungan Myanmar dengan Amerika Syarikat,
Thailand serta negara-negara Kesatuan Eropah juga semakin baik dalam tempoh sejak Myanmar
mengalami proses pilihan raya.

Seterusnya Tuan yang Dipertua, hujah kedua pihak pembangkang berdasarkan kata kunci keadaan
ekonomi di Myanmar yang lemah. Beliau begitu asyik melambakkan pelbagai fakta berkenaan keadaan
ekonomi Myanmar yang lemah sehingga tidak mengkaji punca berlakunya perkara tersebut. Tuan yang
Dipertua, keadaan tersebut berpunca daripada pelbagai sekatan ekonomi yang dikenakan oleh Amerika
Syarikat serta Kesatuan Eropah. Myanmar sememangnya memerlukan satu perkara konkrit untuk
ditunjukkan kepada kedua-dua pertubuhan tersebut bahawa ia telah betul-betul berubah. Bagaimana
perkara ini dapat dilakukan? Sudah tentu dengan menjadi Pengerusi ASEAN 2014. Pada masa yang
sama, kami tidak bermaksud bahawa Myanmar perlu diberi peranan Pengerusi ASEAN semata-mata untuk
faedahnya sendiri, tetapi setiap perkara pasti mempunyai faedah dua hala. Malah, Myanmar
sememangnya diberi masa selama dua tahun sebelum dilantik menjadi pengerusi ASEAN 2014. Maka,
perkara-perkara ini pasti membuka peluang kepada Myanmar untuk bersedia. Pada masa yang sama,
beliau juga cuba berputar-belit dan menunjukkan bahawa percanggahan telah berlaku antara menetri
kedua serta Yang Amat Berhormat Perdana Menteri. Percanggahan tersebut tidak pernah berlaku. Menteri
kedua kami cuma berkata bahawa peranan Pengerusi ASEAN akan menjadi satu sebab yang lebih konkrit
DISERTAI dengan keyakinan padu daripada negara-negara ASEAN. Tidak pernah pula beliau berkata
bahawa negara-negara serantau tidak yakin dengan kebolehan Myanmar. Jangan membuat tuduhan
melulu Yang Berhormat. Selesai bidasan terhadap pembangkang kedua.
Seterusnya Tuan Yang Dipertua, bangkit pula Yang Berhormat Ketua Pembangkang sebentar tadi
bersama hujah perdana beliau berdasarkan kata kunci keadaan geopolitik Myanmar yang meruncing.
Hujah perdana beliau sememangnya tidak wajar kerana beliau membuat andaian berdasarkan situasi
sebelum sistem demokrasi semakin kukuh di Myanmar. Sepatutnya, sebagai pihak pembangkang yang
baik, beliau harus menunjukkan kekangan-kekangan yang terdapat di Myanmar pada masa kini, bukannya
dahulu. Beliau juga tidak patut mempersoal keyakinan terhadap kebolehan Myanmar menjadi Pengerusi
ASEAN dengan membandingkan isu Sukan SEA di Indonesia. Lain padang, lain belalang Yang Berhormat.
Selesai sesi bidasan.

Maka Tuan Yang Dipertua, benarlah premis kami yang berbunyi Myanmar harus berkesempatan menjadi
Pengerusi ASEAN 2014.

Oleh itu, sememangnya wajarlah usul kita pada hari ini diterima. Sekian, mohon untuk terus mencadang.

Pembangkang Ketiga (Fariq)

Salam perbahasan dan salam 1 Malaysia. Yang dihormati sidang dewan dan barisan kerajaan. Bertindak
selaku pembangkang ketiga pada hari ini, sekali lagi saya menegaskan prinsip kami di pihak pembangkang
masih sama iaitu meragui gagasan usul pada hari ini iaitu 'Myanmar Patut diberi peluang menjadi
Pengerusi ASEAN 2014' berdasarkan rasional kegagalan dan keupayaan Myanmar sebagai Pengerusi
ASEAN. Gerak kerja saya cukup mudah, pertama melakukan pembedahan siasat terhadap kes di pihak
kerajaan dan memberi teguran-teguran mesra kepada pihak kerajaan.

Saya mulakan dengan Menteri Ketiga.


Beliau menyentuh mengenai frasa 'terkial-kial' Beliau membidas dengan mengatakan Myanmar sedang
berusaha melakukan hubungan diplomatik dengan negara luar. Sudah terang lagi bersuluh, ibarat rusa
masuk perangkap, Menteri ketiga telah mengiyakan pendapat kami di pihak pembangkang yang
mengatakan kekurangan kapasiti oleh Myanmar sebagai Pengerusi ASEAN. Saya ingin memperjelaskan,
mana mungkin sesebuah negara mampu untuk mewujudkan situasi diplomatik dalam kalangan negara
anggota sedangkan negara tersebut masih berusaha melakukan usaha tersebut. Mungkin pihak kerajaan
agak kabur, matlamat sebenar Myanmar mahu menjadi Pengerusi ASEAN 2014 adalah untuk
memudahkan mereka 'menjual' nama sebagai Pengerusi ASEAN untuk melakukan hubungan diplomatik,
bukan membawa ASEAN keluar daripada takuk yang lama. Beliau juga menyentuh mengenai faedah 2
hala.

Saya bidas, faedah 2 hala yang dimaksudkan beliau ialah faedah yang bakal Myanmar dapat jika menjadi
Pengerusi ASEAN semata-mata. Bukannya faedah yang akan didapati secara menyeluruh. Adakah
Myanmar menjadi contoh ekonomi yang bagus sedangkan ekonominya gawat? Mampukah Myanmar
menjadi ketua diplomasi bagi meredakan sengketa Thailand-Kemboja yang tidak berpenghujung walhal
geopolitik mereka terumbang-ambing. Peluang adalah peluang, namun peluang yang diberi seharusnya
diberi bersandarkan keupayaan. Kami di pihak pembangkang bukan mahu menidakkan hak Myanmar.
Namun dalam tempoh masa yang amat singkat iaitu 2 tahun, Myanmar sememangnya tidak berupaya
mengepalai jentera ASEAN seramai 600 juta penduduk. Beliau memainkan sentimen keyakinan oleh
pemimpin serantau terhadap Myanmar. Saya bawa sidang dewan sekalian, kita singkap sejarah, selepas
Perang Vietnam, Kemboja telah dipimpin oleh Pol Pot, menubuhkan Republik Demokratik Kemboja.
Seluruh dunia memberi sepenuh keyakinan kepada pemerintahan baharu Kemboja. Namun, selepas 10
tahun, apa yang terjadi Pemerintahan paling kejam melibatkan 1 juta kematian oleh Rejim Khmer Rogue.
Bukan mahu mendoakan perkara sama berlaku di Myanmar, namun situasi politik yang terumbang-ambing
di Myanmar memungkinkan perkara ini terjadi. Kerana inilah kami di pihak pembangkang menolak hujah
pihak kerajaan yang hanya disandarkan kepada keyakinan semata-mata. Mereka langsung tidak
mewujudkan pertikaian konkrit dan sekali lagi bangun yang ketiga langsung tidak menjawab tuntutan usul,
apa faedah kepada ASEAN jika Myanmar dilantik sebagai Pengerusi dan kelebihan Myanmar yang
dominan dalam menjadi Pengerusi ASEAN.Salahkah memberi peluang kepada Myanmar menstabilkan
dahulu geopolitiknya daripada menggadaikan nasib 600 juta penduduk ASEAN daripada segi
pembangunan ekonomi dan kebajikan negara anggota. Cukupkah hanya dengan 2 tahun?

Saya mara kepada Menteri Kedua.


Beliau membawa hujah kedua di bawah kata kunci perkembangan positif tahap keselamatan di
Myanmar.Beliau tunjukkan kes-kes melibatkan pemimpin dunia. Hal ini tidak adil kerana para pemimpin
dunia sememangnya sentiasa dikawal ketat. Untuk menjadi kerajaan yang baik, beliau seharusnya
membawa statistik indeks jenayah, ataupun pandagan masyarakat dunia serta tahap pelancongan di
negara tersebut. Bukan mahu memperkecilkan badan keselamatan Myanmar, namun badan keselamatan
yang hanya berusia beberapa tahun ini seharusnya diberi masa yang secukupnya untuk mempersiapkan
fasiliti dan pegawai-pegawai keselamatan yang cukup. Kita berbicara mengenai pertubuhan yang besar
iaitu ASEAN, maknanya, jika Myanmar dilantik sebagai Pengerusi, segala mesyuarat dan hubungan
melibatkan negara anggota akan dilaksanakan di Napyidaw. Maka, rasional harus diambil kira,
bersediakah Myanmar untuk membuka pintunya ke dunia luar dalam masa yang sama cuba menangani isu
keselamatan negaranya sendiri. Mengikut statistik yang dikeluarkan Badan Polis Antarabangsa
(INTERPOL) dalam satu sidang media selepas pilihan raya umum Myanmar, mereka mengatakan masih
terdapat pertelagahan melibatkan badan keselamatan baharu dan puak penentang ala militan di Myanmar.
Namun, dengan kepintaran Malaysia serta negara Asia Tenggara yang lain, berjaya menidakkan campur
tangan asing terhadap Myanmar dan memberikan Myanmar hak untuk berdemokrasi. Bayangkan puak
penentang ini mendapat kerjasama daripada badan militan dunia yang lain dan membuat huru-hara di
Myanmar. Sewaktu itu, kredibiliti ASEAN akan tercalar dan mungkin nasib ASEAN akan seperti
ASA(Pertubuhan Asia Tenggara) yang dibubarkan pada 1972 dek kerana gagal membendung Perang
Vietnam.

Hujah ketiga mereka ialah mengenai impak positif yang akan diterima oleh Myanmar sekiranya menjadi
pemimpin ASEAN. Masalahnya, beliau langsung tidak menyatakan impak positif yang akan diterima oleh
negara-negara anggota ASEAN. Sekali lagi berlakunya percanggahan Menteri ketiga mengatakan adanya
faedah 2 hala, bangun menteri kedua sebentar tadi mengatakan faedah Myanmar semata-mata. Untuk
menjadi kerajaan yang baik, seharusnya mereka menunjukkan kelebihan demi kelebihan yang Myanmar
ada untuk memberi kesan positif kepada ASEAN sehingga memungkinkan mereka menjadi Pengerusi,
namun mereka gagal dalam memainkan peranan sebagai kerajaan yang baik. Sekali lagi saya ingin
memperjelaskan keadaan sebagai seorang ketua atau pengerusi, ketua dilantik untuk memberi kebaikan
kepada anggota, dan jika anggota-anggota yang memberikan kelebihan kepada ketua tersebut, hal ini
membuktikan ketua atau pengerusi tersebut tidak berwibawa.

Saya mara ke Perdana Menteri.


Bangun beliau sebentar tadi membawa konseptual yang agak pincang. Langsung tidak dinyatakan rasional
yang menjadi pegangan di pihak kerajaan. Namun dek kerana ingin menjaga profesionalisme sidang
dewan, kami tetap teruskan.

Hujah pertamanya ialah keyakinan negara-negara anggota terhadap Myanmar. Beliau dengan mudah
mengatakan Myanmar seharusnya diberi peluang kerana memperlihatkan perubahan yang telah dilakukan.
Masalahnya, beliau langsung tidak memberikan kayu ukur yang dominan, apakah perubahan yang telah
dilakukan oleh Myanmar benar-benar melayakkan Myanmar untuk menjadi pemimpin ASEAN. Hal inilah
yang telah membuktikan pihak kerajaan sendiri ragu-ragu akan keupayaan sebenar Myanmar. Mereka
langsung tidak menyentuh mengenai kelebihan Myanmar. Yang asyik mereka persoalkan, faedah
Myanmar dan impak positif. Saya percaya, sidang dewan mahukan satu bukti kukuh lagi utuh dalam
memastikan Myanmar mempunyai sebab musabab yang dominan bagi membolehkan usul pada hari ini
diterima. Dan pihak kerajaan hanyalah memberikan faedah dan menaburkan impian manis jika Myanmar
menjadi Pengerusi ASEAN. YAB Perdana Menteri hanya menimbulkan unsur keyakinan semata-mata.
Keyakinan ini langsung tidak disandarkan dengan bukti-bukti jelas yang menyatakan kewibawaan
Myanmar terserlah.

Pada hemat kerajaan, semua negara anggota seharusnya memberi peluang kepada Myanmar menjadi
Pengerusi ASEAN 2014 dan langsung tidak mementingkan implikasinya kepada negara anggota dan
melibatkan 600 juta penduduk.Pihak kerajaan seolah-olah memaksa negara anggota ASEAN memandang
sebelah mata akan implikasi jika Myanmar dilantik sebagai pemimpin ASEAN hanya kerana impak positif
yang akan diterima Myanmar.

Konklusinya, bayangkan pelbagai permasalahan demi permasalahan yang timbul dek kerana sikap
terburu-buru kita yang hanya bersandarkan keyakinan semata-mata dalam melantik pemimpin. Adakah kita
sanggup menolak elemen kredibiliti dan keupayaan dalam memilih pemimpin yang benar benar berwibawa
dalam memimpin ASEAN ke satu tahap yang lebih baharu?

Selari dengan hasrat 1 Malaysia, rakyat didahulukan pencapaian diutamakan, maka saya selaku
pembangkang ketiga meragui usul pada hari ini atas rasional kegagalan dan kekurangan kapasiti Myanmar
sebagai Pengerusi ASEAN 2014. Mohon untuk terus membangkang.
Penggulungan Pembangkang (Fariq)

Salam perbahasan dan salam satu Malaysia.


Memulakan tingkah bicara memasuki arena penggulungan yang mana tenang dan medan merungkai
pertikaian.

Selaku wakil tunggal di pihak pembangkang, sekali lagi saya tegaskan pegangan kami di pihak
pembangkang yang mana meragui usul pada hari ini, 'Myanmar patut diberi peluang menjadi Pengerusi
ASEAN 2014' atas rasional kegagalan dan kekurangan kapasiti oleh Myanmar untuk menjadi Pengerusi
ASEAN.

Sidang dewan sekalian,


Pembawaan kes oleh pihak kerajaan sememangnya sudah rapuh tatkala Perdana Menteri gagal
memberikan definisi lengkap mengenai frasa 'patut diberi peluang'. Mereka hanya meletakkan sandaran
peluang harus diberikan kepada Myanmar walaupun pelbagai implikasi yang akan timbul. Justeru, kami
pinda definisi tersebut dengan mengatakan frasa patut diberi peluang seharusnya peluang yang diberikan
melibatkan keupayaan dan kesediaan kapasiti Myanmar yang benar-benar kukuh sehingga memungkinkan
Myanmar dilantik sebagai Pengerusi ASEAN. Dan, pihak kerajaan gagal memberi sebab dan musabab
yang kukuh mengenai kemampuan Myanmar. Mereka hanya memainkan sentimen faedah yang akan
Myanmar dapat jika menjadi Pengerusi ASEAN 2014.

Sidang dewan sekalian,


Menelusuri kronologi perdebatan pada hari ini, kami di pihak pembangkang meragui kes yang dibawa oleh
pihak kerajaan. Hujah pertama mereka ialah keyakinan negara-negara
dunia terhadap Myanmar. Kami bidas hujah ini kriteria utama pemilihan Myanmar sebagai Pengerusi
ASEAN 2014 hanyalah disandarkan kepada keyakinan. Pihak kerajaan langsung tidak menyentuh
mengenai kelebihan-kelebihan Myanmar yang dominan sehinggakan memungkinkan Myanmar menjadi
Pengerusi ASEAN 2014.Kerajaan langsung tidak menyentuh perihal ekonomi, politik, dan hubungan
diplomatik negara Myanmar. YAB Perdana Menteri sememangnya gagal dalam menyediakan bukti-bukti
kukuh melainkan mempertahankan keyakinan semata-mata.

Dan kerana inilah kami membawa kekurangan kapasiti Myanmar dari segi keadaan geopolitik selari
dengan rasional kami iaitu kegagalan dan kekurangan kapasiti Myanmar sebagai Pengerusi ASEAN.

Kami membawa bukti-bukti mengenai ketidakseimbangan politik yang berlaku di Myanmar walaupun
setelah pilihan raya umum 2010. Sebagai contoh, Presiden Thien Sein masih lagi mewujudkan pertikaian
dengan Daw Aung San Suu Kyi ditambah pula dengan pertelingkahan antara badan keselamatan dan
puak penentang.

Sidang dewan yang dihormati,


Hujah kedua pihak kerajaan ialah mengenaiPerkembangan positif tahap keselamatan di Myanmar. Kami
bidas kerana mereka langsung tidak meletakkan kayu ukur yang dominan
terhadap perkembangan positif di Myanmar. Mereka hanya membawa bukti kes keselamatan pemimpin
dunia yang selamat selama melawat negara Myanmar. Masalahnya, mereka langsung tidak memberi
gambaran menyeluruh mengenai tahap keselamatan di Myanmar terutama melibatkan statistik indeks
jenayah dan pandangan masyarakat dalam dan luar Myanmar. Kerana inilah kami membawa isu lebih
ilmiah iaitu melibatkan ekonomi Myanmar. Kami senaraikan pelbagai fakta mengenai keadaan ekonomi
Myanmar yang agak gawat dan seharusnya kerajaan Myanmar memberi peranan yang lebih dalam usaha
meningkatkan ekonomi negara tersebut, dan bukan memikirkan cara untuk menjadi Pengerusi ASEAN.
Seharusnya Myanmar diberi masa yang lebih untuk memastikan ekonominya benar-benar kukuh sebelum
dilantik sebagai Pengerusi ASEAN.Maka, dengan kekurangan dari segi ekonomi, hal ini membuktikan
rasional kami iaitu kegagalan dan kekurangan kapasiti Myanmar menjadi Pengerusi ASEAN 2014.

Sidang dewan yang disayangi,


Hujah ketiga pihak kerajaan ialah impak positif yang akan diterima oleh Myanmar jika menjadi Pengerusi
ASEAN 2014.Sidang dewan sekalian, pihak kerajaan melalui hujah ini seharusnya menunjukkan impak
positif yang akan diterima ASEAN apabila Myanmar menjadi Pengerusi ASEAN. Memang sudah menjadi
lumrah dunia, seorang pengerusi dilantik sememangnya haruslah memberi impak positif kepada
pertubuhan yang diwakilinya. Tetapi lain pula bagi pihak kerajaan pada hari ini mahukan perkara yang
bertentangan dengan lumrah dunia. Kredibiliti ASEAN sememangnya akan tercalar jika ketuanya hanya
ibarat boneka dan hanya menerima 'faedah buta' semata-mata. Dan kerana inilah kami membawa hujah
mengenai kekurangan kapasiti oleh Myanmar untuk membawa persekitaran hubungan diplomatik dalam
kalangan negara anggota. Kami membuktikan permasalahan ini dengan menunjukkan ketidaksediaan blok
dunia dalam mengadakan hubungan diplomatik dengan Myanmar, dan ini diakui oleh menteri ketiga
sebentar tadi. Mana mungkin sebuah negara yang masih teraba-raba dalam membuat hubungan
diplomatik ingin mewujudkan persekitaran hubungan diplomatik yang sihat dalam kalangan negara
anggota. Jawatan sebagai Pengerusi ASEAN tidak boleh dijadikan sebagai medium untuk memudahkan
Myanmar mengadakan hubungan diplomatik kerana ia ibarat menyalahgunakan kuasa sedangkan jawatan
ketua ASEAN adalah sebagai wahana untuk membawa negara anggota ASEAN ke satu tahap yang lebih
tinggi dan baik.

Bangun menteri ketiga seolah-olah telah mengiyakan pelbagai pendapat dan hujah kami mengenai
kekurangan Myanmar jika hendak dilantik sebagai Pengerusi ASEAN. Mereka seolah-olah mengiyakan
seratus peratus kekurangan kapasiti Myanmar dalam menjadi Pengerusi ASEAN. Namun mereka asyik
mempertegaskan keyakinan harus dilemparkan kepada Myanmar supaya mereka menjadi Pengerusi
ASEAN. Masalahnya, saya percaya 600 juta penduduk ASEAN termasuklah sidang dewan sekalian tidak
mahu meletakkan nasib mereka dengan melantik Myanmar sebagai Pengerusi ASEAN 2014 sedangkan
kredibiliti dan kapasiti Myanmar sememangnya tidak melayakkannya menjadi Pengerusi ASEAN.
Seharusnya pihak kerajaan meneliti semula hasrat 1 Malaysia dalam menegakkan kes pada hari ini.Tidak
timbul isu lain padang lain belalang kerana ASEAN lahir dari semangat kekitaan.

Sepatutnya rakyat didahulukan,dan pencapaian diutamakan. Justeru, kredibiliti yang harus menjadi kayu
ukur pelantikan pemimpin ASEAN dan bukannya bersandarkan keyakinan dan faedah yang akan Myanmar
dapat jika menjadi Presiden ASEAN. Percanggahan demi percanggahan yang berlaku antara wakil
kerajaan sememangnya membuktikan kegagalan pihak kerajaan dalam menegakkan kes pada hari ini.

Maka dengan ini, saya akhiri penggulungan dan sesi penegakan kes pihak pembangkang dengan
menegaskan kami meragui usul pada hari ini berdasarkan rasional, kegagalan
dan kekurangan kapasiti Myanmar sebagai Pengerusi ASEAN. Mohon untuk terus membangkang.
Penggulungan Kerajaan (Kamraj)

Salam perbahasan sekali lagi. Bertemu kembali kita dalam arena yang lebih tenang, sesi penggulungan.
Moga-moga pertemuan kita pada kali ini mampu menyuluh kebenaran kepada pihak pembangkang
bahawa sesungguhnya Myanmar harus berkesempatan menjadi Pengerusi ASEAN 2014.

Saya mulakan dengan rumusan serta bidasan terhadap pihak pembangkang. Bangkit Yang Berhormat
Ketua Pembangkang sebentar tadi bersama hujah perdana beliau berdasarkan kata kunci keadaan
geopolitik Myanmar yang semakin meruncing. Beliau asyik-asyik mengatakan bahawa keyakinan sahaja
tidak memadai, ia perlu disertai dengan bukti pencapaian. Namun begitu Tuan yang dipertua, beliau tidak
menyedari tentang pelan pembaharuan politik Myanmar sejak pilihanraya umum yang lalu. Bermakna Tuan
yang Dipertua, Myanmar berada dalam laluan ke arah mencapai sebuah negara demokrasi. Tidak
bermakna hanya kerana Myanmar baru sahaja pulih dan masih muda, ia tidak wajar menjadi Pengerusi
ASEAN. Cukup jika ia ada kebolehan serta kemampuan untuk pulih DALAM JANGKA MASA YANG
PENDEK. Keadaan ini sememangnya terbukti apabila Myanmar telah mencapai pelbagai perubahan
drastik dalam tempoh tidak sampai setahun sejak pilihan raya umumnya pada tahun lalu.

Seterusnya, bangkit pula Yang Berhormat Pembangkang kedua bersama hujah kedua pihak pembangkang
berdasarkan kata kunci keadaan ekonomi Myanmar. Menerusi hujah ini pula, pihak pembangkang
mengatakan keadaan ekonomi Myanmar yang lemah menyebabkan ia tidak mampu menjadi Pengerusi
ASEAN keranaa berpotensi mempengaruhi tahap ekonomi ASEAN. Namun begitu, kita harus lihat realiti di
mana, keadaan ini berlaku kerana pelbagai sekatan ke atas Myanmar yang dikenakan oleh Kesatuan
Eropah dan Amerika Syarikat. Bukan itu sahaja, malah, kita perlu lihat pertumbuhan ekonomi semasa
Myanmar. Tahun 2011 bakal melabuhkan tirainya dan ternyata keadaan ekonomi Myanmar jauh lebih baik
berbanding dengan keadaan ekonominya pada tahun 2010.

Hujah ketiga pihak pembangkang pula berdasarkan kata kunci kekurangan kapasiti oleh Myanmar untuk
merencanakan hubungan diplomatik dengan blok dunia lain. Hujah pihak pembangkang ini sememangnya
tidak wajar kerana ia amat bercanggah dengan realiti pada masa kini. Myanmar sememangnya sedang
berusaha mewujudkan hubungan baik dengan pelbagai negara serta pertubuhan yang pernah
dimusuhinya. Contoh paling ketara, Amerika Syarikat yang ternyata pulih hubungannya dengan Myanmar
apabila Hillary Clinton membuat lawatan rasmi ke negara itu pada minggu lepas. Malah, hubungannya
dengan Pertubuhan Bangsa-bangsa bersatu sudah pasti pulih kerana Myanmar sedang berusaha ke arah
memenuhi hak asasi manusia dengan mewujudkan Jawatankuasa hak Asasi Manusia. Maka selesai
rumusan serta bidasan terhadap hujah-hujah pihak pembangkang.

Seterusnya Tuan yang Dipertua, saya ingin merumus serta mengukuhkan kembali hujah-hujah kami di
pihak kerajaan. Hujah perdana kami berdasarkan kata kunci Keyakinan negara-negara di seluruh dunia
terhadap Myanmar. Menerusi hujah ini, Yang Amat Berhormat Perdana Menteri telah berjaya
membuktikan bagaimana hubungan dua hala Myanmar dengan negara-negara serantau serta negara-
negara yang lain di dunia semakin pulih dengan drastik. Maka, keyakinan ini sudah pasti membuka
peluang kepada Myanmar untuk menjadi Pengerusi ASEAN 2014 tanpa sebarang masalah.
Hujah kedua kami pula berdasarkan kata kunci Perkembangan positif tahap keselamatan di Myanmar.
Melalui hujah ini pula, saya telah membuktikan bahawa keselamatan di Myanmar yang berada dalam
keadaan yang semakin pulih serta mempunyai kapasiti untuk menjaga keselamatan pemimpin-pemimpin
yang penting. Hujah ketiga kami pula berdasarkan kata kunci Peranan Pengerusi ASEAN 2014 mampu
mendatangkan impak positif kepada Myanmar. Menerusi hujah ini, kami berjaya menunjukkan bagaimana
peranan Pengerusi ASEAN dapat mengubah persepsi negatif masyarakat terhadap negara itu. Keadaan ini
merupakan impak positif secara tidak langsung yang boleh didapati oleh Myanmar sambil menjalakan
peranan sebagai Penegrusi ASEAN. Keadaan ini ibarat, sambil menyelam minum air.

Maka Tuan yang Dipertua, benarlah bahawa Myanmar harus berkesempatan menjadi Pengerusi ASEAN
2014. Maka, wajarlah usul kita pada hari ini diterima 100% tanpa sebarang kompromi. Sekian, mohon
untuk terus mencadang.

Anda mungkin juga menyukai