Anda di halaman 1dari 3

Bismillahirrahmanirrahim..

Sekalung apresiasi buat Tuan Speaker Dewan, ahli-ahli kabinet Kerajaan, proksi
Pembangkang dan seterusnya ahli-ahli dewan yang bersidang.
Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Bertindak sebagai selaku pembangkang ketiga pada hari ini, sekali lagi saya menegaskan
prinsip kami di pihak pembangkang masih sama iaitu memberi kebebasan dalam
mendidik anak-anak zaman ini.

Tuan Yang Dipertua,


Usul pada hari ini berbunyi Tatacara Dalam Mendidik Anak-Anak Zaman Ini
sama ada Tegas ataupun Bebas. Namun, saya selaku pembangkang ketiga akan
mematahkan hujah-hujah yang dikemukakan oleh pihak kerajaan. Berdirinya saya pada
pagi yang penuh ceria ini adalah untuk menegaskan pendirian kami kepada sidang dewan
sekalian bahawa sesungguhnya menggunakan ketegasan adalah sama sekali tidak
wajar dalam mendidik anak-anak zaman ini kerana banyak kelemahan dalam
ketegasan yang gagal ditangani oleh pihak kerajaan sendiri, yang mungkin pihak
kerajaan belum celik mata dan minda untuk faham.

** Kebebasan Adalah Lebih Wajar Dalam Mendidik Anak-Anak pada Zaman ini.

Tuan Yang Dipertua,


Untuk menolak usul yang dikemukakan oleh pihak kerajaan, saya akan mendedahkan
/menyatakan kelemahan atas hujah yang dilakukan oleh perwakilan kerajaan sebentar
tadi.

Kelemahan yang dilakukan oleh pihak kerajaaan ialah Menteri Ketiga tadi mengatakan
bahawa Saya menafikan hujah ini sekeras-kerasnya kerana Yang Dipertua telah
mengemukakan hujah tanpa mendedahkan fakta yang sebenar. Saya ingin membetulkan
kesilapan Tuan Yang Dipertua. Saya ingin menegaskan bahawa pada tahun 2011,
Kementerian Pelajaran Malaysia telah mengeluarkan data statistik bahawa 52% masa
anak-anak dihabiskan di rumah berbanding hanya 15% masanya yang berada di sekolah.
Oleh itu, di sini jelas bahawa penglibatan ibu bapa terhadap anak-anak sangat memainkan
peranan dan memberi kesan yang cukup besar terhadap personaliti dan tingkah laku anak-
anak. Penglibatan yang saya maksudkan di sini sudah tentulah berkait rapat dengan
memberi kebebasan dalam mendidik anak-anak. Kebebasan dalam mendidik anak-anak
ini termasuklah aspek kebebasan bersuara anak-anak, kebebasan berfikir dan sebagainya.
Dengan wujudnya kebebasan ini, anak-anak akan jadi lebih kreatif dan mampu memilih
dan membezakan mana yang baik dan mana yang buruk. Cuba pihak kerajaan bayangkan
dan lihat dari segi logik akal. Sekiranya anak-anak di didik dengan ketegasan, hal ini
secara tidak langsung/secara tanpa sedar akan mendera emosi anak-anak dan hasilnya
anak-anak akan memberontak dan jadi agresif kerana anak-anak tidak dapat peluang dan
kebebasan untuk memilih.

Bukan itu sahaja yang dipertua,


Menurut saya sekiranya menggunakan ketegasan dalam mendidik anak anak juga boleh
merencatkan pengeluaran idea dan kreativiti anak-anak yang seterusnya menimbulkan
tekanan kepada anak-anak. Mengapa yang dipertua? Hal ini kerana anak-anak
terkongkong di bawah pengawasan dan ketegasan ibu bapa. Ibu bapa menggunakan kuasa
veto tanpa mempedulikan emosi dan kehendak anak-anak yang akhirnya memberi kesan
kepada anak-anak itu sendiri. Berbeza pula sekiranya kita menggunakan kebebasan
dalam mendidik anak-anak lagi-lagi di zaman global ini. Anak-anak akan lebih berdikari,
lebih pandai bergaul, bertukar idea kerana mereka diberi kebebasan untuk berfikir,
kebebasan untuk bersuara, serta kebebasan dalam mengeluarkan pendapat. Oleh itu ydpt,
kebebasan mampu melahirkan dan merangsang idea, minat dan kreativiti anak-anak. Kita
boleh ambil contoh dengan melihat situasi yang bakal berlaku sekiranya anak-anak
dididik dengan kebebasan oleh ibu bapa, di sekolah, anak-anak akan mencapai keputusan
akademik yang lebih cemerlang serta mempunyai nilai kendiri dan motivasi yang lebih
tinggi di samping rekod kehadiran ke sekolah yang lebih baik kerana sering mendapat
sokongan ibu bapa dan tiada tekanan dalam meluahkan idea atau pendapat.
Sidang perwakilan sekalian,
Lihat dan fikir, betapa tidak adil dan kasihannya nasib anak-anak yang disuap dengan
ketegasan ibu bapa. Anak-anak dikongkong, tidak diberi kebebasan, disekat ideanya,
menyebabkan anak-anak jadi seorang yang pasif, pendiam, pemalu dan tiada keberanian
untuk bersuara. Adakah ini yang kita inginkan? Dek kerana terlalu mengagungkan
ketegasan dan mengongkong, musnah personaliti anak-anak. Sedangkan anak-anak
adalah bakal pemimpin pada masa akan datang. Di mana hilangnya keprihatinan ibu
bapa? Buka mata, buka minda, buka hati. Itu yang kami persoalkan. Anak-anak bukanlah
buruh atau pekerja suruhan yang ibu bapa boleh menggunakan kuasa autokrasi. Tapi
anak-anak adalah ibarat permata dan juga amanah buat ibu bapa. Ketegasan lahir apabila
tiada rasa percaya terhadap anak-anak. Sikap sebegini akan menyebabkan hubungan
kekeluargaan menjadi rapuh, tiada pautan hati dan akan menyebabkan anak-anak tertekan
yang kemudiannya anak-anak akan mula mencari tempat atau orang yang mereka percaya
dan selesa seperti kawan-kawan. Situasi seperti inilah yang akan menyumbang kepada
masalah sosial.

Tuan Yang Dipertua,


Saya tampilkan dengan pendapat seorang ahli Kaunseling Keluarga iaitu Dorothy Nolthe,
menurut beliau, kanak-kanak mudah dipengaruhi oleh suasana. Beliau berpandangan
bahawa children learn what they live yang bermaksud, suasana sangat memainkan
peranan dalam mewarnai kehidupan kanak-kanak. Suasana negatif mencorakkan sifat dan
sikap tingkah laku anak-anak. Sekiranya kanak-kanak didedahkan dengan suasana yang
positif, maka lahirlah insan yang hebat. Menurut beliau lagi, kanak-kanak yang hidup
dalam suasana negatif akan melalui suasana kehidupan seperti yang berikut. Dengar ya
sidang dewan sekalian.

Jika kanak-kanak hidup dengan kritikan, mereka belajar untuk mengutuk.


Jika kanak-kanak hidup dengan permusuhan, mereka belajar untuk melawan.
Jika kanak-kanak hidup dengan cemuhan, mereka belajar menjadi malu.
Jika kanak-kanak hidup dengan rasa malu, mereka belajar untuk rasa bersalah.

Anda mungkin juga menyukai