Anda di halaman 1dari 7

Teks Bahas Ala Parlimen Ketua Pembangkang

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Yang Berhormat Tuan Speaker Dewan, Pegawai-pegawai Persidangan, Yang Berhormat


Pembangkang, Yang Berhormat Kerajaan yang sudah cukup yakin dengan usul yang dibawa hari ini
serta ahli-ahli dewan sekalian. Saya selaku ketua pembangkang pada hari ini bangkit untuk
menyatakan bahawa kami di barisan pembangkang menolak usul yang dikemukakan oleh pihak
kerajaan bahkan kami ingin menegaskan bahawa Karnival Tunas Mini Olimpik Tidak Membantu
Untuk Misi Emas Pertama Malaysia Dalam Sukan Olimpik.

Tuan Yang Dipertua, dan sidang dewan yang dimuliakan,

Sukan Olimpik adalah Temasya sukan yang telah dikenali bertahun dahulu. Sukan ini bermula dari
Yunani Purba, dihidupkan semula oleh seorang bangsawan Perancis bernama Pierre de Coubertin
pada akhir abad ke-19. Sukan ini yang turut dikenali sebagai Olimpik Musim Panas telah diadakan
setiap empat tahun sejak 1896. Sukan olimpik ini bukan calang-calang program kerana ini
merupakan program dunia yang melibatkan banyak Negara. Sudah semestinya semua Negara ingin
menunjukkan kehebatan masing-masing untuk menaikkan negera ke muka dunia. Siapa yang tidak
mahu ? semua orang mahu dikenali. Oleh itu kita perlu memikirkan bagaimana untuk mendapat
pingat dalam acara sukan olimpik dan misi utama kita adalah untuk mendapatkan emas dalam sukan
olimpik ini. Acara yang sudah lama kita tidak menghantar ke sukan olimpik adalah acara bola sepak.
Ini merupakan acara utama yang diminati oleh semua lapisan masyarakat. Akan tetapi kehebatan
para atlet lebih baik daripada kita merupakan masalah utama untuk menyertai acara ini. Apa yang
kita ingin tunggu lagi ? sediakanlah para atlet kita ! latihlah mereka ! mana jurulatih yang hebat kita
cari dan jadikan jurulatih kita !

Sidang dewan yang saya hormati sekalian,

Hujah utama saya adalah kerugian dalam pelaksanaan. Pihak kerajaan sewenang-wenangnya ingin
menganjurkan karnival tunas mini olimpik ini akan tetapi ianya memerlukan perbelanjaan yang
cukup besar ini akan merugikan kita kerana apa? Peruntukkan tersebut boleh diguna pakai terhadap
kegunaan lain seperti menambahkan infrastruktur kemudahan awam untuk kegunaan orang ramai.
Buat apakah kita ingin melakukan perkara seperti ini jika tidak mendatangkan hasil kepada semua
orang.

Tuan Yang Dipertua, dan sidang dewan yang dimuliakan,

Saya tidak akan meninggalkan debat ini tanpa memberikan alternatif lain, untuk mengekalkan
sasaran kerajaan terhadap misi emas Malaysia dalam sukan olimpik ialah kerajaan perlu
memartabatkan lagi sekolah sukan yang sedia ada. Dalam memastikan kejayaan ini, peruntukkan
perlu disalurkan kepada sekolah sukan untuk melatih pelajar supaya mencapai misi yang ingin
dikecapi. Fasiliti sekolah sukan juga mestilah yang terbaik dan sentiasa dijaga untuk kegunaan para
pelajar. Program-program di sekolah tersebut juga perlulah diisi dengan memberi semangat kepada
para pelajar seperti program Bersama para atlet luar negara untuk berkongsi pengalaman serta
memotivasikan pelajar di sekolah itu.

Tuan yang dipertua, kami mohon untuk terus membangkang.


Teks Pembangkang Kedua

Bismillahirrahmanirrahim.

Terima kasih tuan yang dipertua, kabinet kerajaan, rakan-rakan pembangkang dan seterusnya ahli-
ahli yang berhormat sekalian.

Assalamualaikum w.b.t. dan selamat bersidang.

Tuan yang dipertua,

Usul masih tetap sama iaitu Karnival Tunas Mini Olimpik : Misi Emas Pertama Malaysia Dalam Sukan
Olimpik. Namun, sebagai pihak pembangkang yang sentiasa memikirkan kepentingan masyarakat di
negara ini, kami tetap terus tidak bersetuju dengan usul yang digagaskan oleh YAB Perdana Menteri
sebentar tadi.

Tuan yang dipertua,

Bertindak selaku pembangkang kedua, saya bertanggungjawab mempertahankan pindaan definisi


yang dibuat oleh ketua pembangkang sebentar tadi secara ringkas. .

Tuan yang dipertua,

Kami akan terus mempertahankan pendirian pasukan kami terhadap usul yang hangat dibincangkan.
Kami langsung tidak percaya dan tidak bersetuju dengan usul karnival tunas mini olimpik dapat
membantu misi emas Malaysia dalam sukan olimpik.

Atas dasar tersebut, sila analisis hujah kedua dan ketiga pasukan kami.

Hujah kami yang kedua ialah kerajaan perlu memastikan jurulatih-jurulatih yang disediakan untuk
mengasah bakat para atlet adalah yang terbaik. Dalam memastikan kejayaan ini, jurulatih perlu
merangka sesuatu program latihan yang tersusun rapi dan bersesuaian agar boleh diikuti oleh para
pemainnya. Jurulatih yang sudah mencapai taraf professional akan memastikan pasukannya atau
individu yang dilatih beroleh kemenangan yang mutlak. Walaupun begitu, ini banyak bergantung
kepada komitmen kedua-dua belah pihak di samping pengurusandi peringkat persatuan atau
pertubuhan menjadi nadi pengerak serta pendorong kepada perencanaan tersebut. Bukannya ingin
menambahkan lagi program di sekolah.
Tuan yang dipertua,

Jika kita buka mata kita dengan seluas-luasnya, kita boleh lihat bahawa secara kasarnya pelbagai
perkara dapat dilakukan untuk membantu misi emas Malaysia dalam sukan olimpik . Hujah ketiga
kami ialah pembaziran masa dan merugikan para pelajar dalam pembelajaran di sekolah. Jika
karnival tunas mini olimpik ini dilaksanakan sudah semestinya peserta-pesertanya terdiri daripada
pelajar-pelajar sekolah yang masih dibangku sekolah rendah. Ini akan menimbulkan dalam masalah
pembelajaran mereka. Kenapa ? mereka akan dilatih waktu sesi persekolah setiap hari sehingga
tibanya hari perlawanan. Dengan perkara ini dilakukan maka mereka akan tertinggal sesi
pembelajaran di dalam kelas. Bagi mereka yang mempunyai peperiksaan besar seperti ujian
pencapain sekolah rendah dengan izin UPSR sudah semestinya timbul kerisauan pada mereka kerana
tertinggal pembelajaran.

Bukan mudah untuk kita sewenang-wenangnya ingin melakukan sesebuah program seperti ini
kerana ini akan melibatkan pihak sekolah justeru akan disabitkan dengan guru-guru disekolah akan
menjadi jurulatih dan ahli jawatankuasa karnival tersebut. Yang berhormat telah memikirkan atau
tidak perkara ini. Ini akan menjadi beban tambahan kerja pada guru-guru kita.

Menjadi tanggungjawab saya juga untuk membidas ketiga-tiga hujah pihak kerajaan. Kita lihat satu-
persatu nasib mereka.

(bidas kecil ketiga-tiga usul pihak kerajaan)

Tuan yang dipertua,

Tuan yang dipertua, analisis hujah kami cukup-cukup mantap untuk tidak menerima usul perdebatan
pada hari ini. Justeru, kami sekali lagi mencabar pihak kerajaan buktikan bahawa kesihatan lebih baik
daripada kekayaan.

 Tuan yang dipertua,

  

Pihak kerajaan semakin terpegun dan terpukau dengan pendirian kami pada hari ini. Maka,
usul kesihatan lebih penting daripada kekayaan, wajar ditolak dan tidak diterima pakai demi
kesejahteraan insan sejagat.

  

Dengan itu, tuan yang dipertua, kami mohon untuk terus membangkang.

Terima kasih.
Teks Bahas Ala Parlimen Pembangkang Ketiga
Sekalung apresiasi buat Tuan Yang Di-Pertua Dewan, angkatan delegasi kehakiman yang
bermahkotakan keadilan, barisan kerajaan yang dihormati tetapi tidak sekali-kali kami geruni,
seterusnya pejuang-pejuang barisan pembangkang intelektif, serta kulawangsa dewan yang dikasihi
sekalian. Assalamualaikum w.b.t serta salam persidangan.

Tuan Yang Di-Pertua,

Usul pada hari ini berbunyi “karnival tunas mini olimpik untuk membantu misi emas Malaysia dalam
sukan olimpik”. Namun, saya selaku pembangkang ketiga akan mematahranapkan indikator-
indikator yang dikemukakan oleh pihak kerajaan. Berdirinya saya pada pagi ini adalah untuk
menegaskan pendirian kami kepada sidang dewan bahawa sesungguhnya “karnival tunas mini
olimpik ini bukanlah factor utama untuk mendapat emas dalam sukan olimpik”. Dengan kata lain,
usul ini kami terima sebahagian, sebahagian lagi kami kurang bersetuju KERANA kami tidak nampak
kayu ukur yang jelas daripada pihak kerajaan dalam mempertahankan usul ini.

Saya cabar pihak kerajaan, saya cabar. Hari ini saya tidak becakap kosong tetapi meniti pada fakta.
Bertentangan dengan apa yang dikatakan oleh pihak kerajaan yang dari tadi . Kulawangsa dewan
yang dihormati sekalian,

Sebelum kaki menongkah arus gelombang perbahasan yang lebih mendalam serta menampilkan
bukti-bukti baru, molek kiranya saya ranapkan hujah pihak kerajaan yang telah diutarakan sebentar
tadi.

Berdirinya Yang Amat Berhormat Perdana Menteri sebentar tadi telah menyatakan bahawa

POINT PERDANA MENTERI TADI

Itu kelemahan dan kepincangan mereka yang pertama.

Kemudian bangkitnya Timbalan Perdana Menteri pula telah menyatakan bahawa

POINT TIMBALAN MENTERI TADI

Tuan Yang Di-Pertua Dewan,

Tiba masanya saya tampilkan bukti-bukti baru bagi menguatkan lagi pendirian kami iaitu “karnival
tunas mini olimpik tidak dapat membantu misi emas Malaysia dalam sukan olimpik”. Hasil daripada
metodologi, kami dapati bahawa terdapat kelemahan serta kepincangan pada indikator-indikator
yang telah diutarakan oleh barisan kerajaan.

Sidang perwakilan sekalian,

Yang Berhormat Ketua Pembangkang sebentar tadi juga ada mengatakan bahawa…………………..
Tuan Yang Di-Pertua,

Sebelum saya mengundur diri, ingin saya tegaskan sekali lagi pendirian barisan kami iaitu “karnival
tunas mini olimpik tidak dapat membantu misi emas Malaysia dalam sukan olimpik”.

Sekian, mohon terus membangkang.


PERGULUNGAN

TERIMA KASIH SEKALI LAGI YANG BERHORMAT. TUAN YANG DIPERTUA, RAKAN-RAKAN
PEMBANGKANG, YANG BERHORMAT JEMAAH KABINET, SETERUSNYA AHLI-AHLI DEWAN YANG
DIHORMATI.BERTEMU SEKALI LAGI DI ARENA PENGGULUNGAN.TUAN YANG DIPERTUA DAN AHLI-
AHLI DEWAN.USUL PADA HARI INI BERBUNYI karnival tunas mini olimpik : misi emas Malaysia dalam
sukan olimpik KAMI PIHAK PEMBANGKANG YANG PRIHATIN DAN BERTANGGUNGJAWAB UNTUK
MEMBERIKAN KESEJAHTERAAN KEPADA RAKYAT TELAH MEMBERIKAN DEFINISI DAN PREMIS YANG
PADU DAN JITU UNTUK MENOLAK USUL PIHAK KERAJAAN.DARI AWAL PERDEBATAN PIHAK
KERAJAAN MELAKUKAN BANYAK KESILAPAN YANG DILKUKAN SECARA INDIVIDU ATAU
BERPASUKAN.PIHAK KERAJAAN GAGAL MEMBERIKAN DEFINISI SECARA KONSEP YANG MANTAP
PIHAK KERAJAAN JUGA TELAH MEMBERIKAN PREMIS YANG AMAT RAPUH DAN TIDAK
RASIONAL.UNTUK MENYOKONG USUL PADA HARI INI, PIHAK KERAJAAN TELAH MEMBERIKAN 3
HUJAH, IAITU

1. ...............................................................................................................................

2. ................................................................................................................................

3...................................................................................................................................

NAMUN TUAN YANG DIPERTUA, KETIGA-TIGA HUJAH PIHAK KERAJAAN DAPAT SAYA SIMPULKAN
BAHAWA HUJAH-HUJAH TERSEBUT AMAT TIDAK RELEVAN DENGAN PREMIS MEREKA UNTUK
MENYOKONG USUL. KETIGA-TIGA HUJAH MEREKA, TELAH GAGAL MENUNJUKKAN
BAHAWA...................................................................................................................................................
....................................................................................................MEREKA
HANYA ......................................................................................................................................................
.................................................................................... TERDAPAT JUGA PERCANGGAHAN HUJAH
ANTARA ....................................................................................................................................................
.........................................................................................................................................................
TUAN YANG DIPERTUA DAN AHLI-AHLI DEWAN.

DARI AWAL PERDEBATAN, SELAKU PEMBANGKANG YANG DIBERI BERWIBAWA ,KAMI TELAH
MEMBUAT KAJIAN DAN PENYELIDIKAN TERHADAP USUL PADA HARI INI.SAYA TELAH MEMBERIKAN
DEFINISI YANG MANTAP DAN AMAT MUDAH DIFAHAMI.UNTUK MENYOKONG USUL PADA HARI INI,
KAMI TELAH MELETAKAKKAN SATU PREMIS YANG KUKUH IAITU karnival tunas mini olimpik bukanlah
faktor utama yang dapat membantu dalam misi emas Malaysia dalam sukan olimpik. BAGI
MEMANTAPKAN LAGI PREMIS KAMI UNTUK MENOLAK USUL, KAMI TELAH MENGEMUKAKAN TIGA
HUJAH YANG DISOKONG OLEH FAKTA DAN BUKTI YANG KONKRIT. TIGA HUJAH KAMI IALAH

1. Kerugian dalam pelaksanaan………………………..

2. Menyediakan jurulatih yang terbaik untuk para atlet……………………

3. Pembaziran masa dan pembelajaran pelajar di sekolah………………………….


OLEH ITU TUAN YANG DIPERTUA DAN AHLI-AHLI DEWAN, TIDAK ADA LAGI KERAGUAN, YANG GELAP
DAH JADI TERANG, YANG BENGKOK TELAH LURUS. USUL KERAJAAN AMAT TIDAK RELEVAN DAN
TIDAK MEMBERI MANFAAT JIKA DILULUSKAN.NAMPAKNYA KERAJAAN KITA PADA HARI INI, TIDAK
MEMBUAT PERSEDIAAN YANG CUKUP SEBELUM MEMBENTANGKAN USUL. HUJAH-HUJAH YANG
DIBENTANGKAN UMPAMA MENANAM TEBU DI BIBIR SAHAJA. JANGANLAH AHLI-AHLI YANG
BERHORMAT TERPEDAYA DENGAN JANJI MANIS TAPIPALSU YANG DILEMPARKAN OLEH MEREKA
DALAM USAHA MENGABURI PEMIKIRAN AHLI DEWAN UNTUK MENERIMA USUL. AKHIRNYA, SAYA
MENYERU KEPADA AHLI-AHLI DEWAN MENGGUNAKAN KEBIJAKSANAAN DAN KEWARASAN UNTUK
KITA MENOLAK USUL PADA HARI INI DEMI MEMBINA SEBUAH NEGARA BANGSA YANG BERSATU
PADU YANG MENJADI TERAS KEPADA PEMBANGUNAN DAN KEMAJUAN NEGARA.MARILAH
BERSAMA-SAMA PIHAK PEMBANGKANG UNTUK MENOLAK USUL PADA HARI INI IAITU Kesihatan
Lebih Penting Daripada Kekayaan SEBULAT SUARA TANPA KOMPROMI. SEKIAN, MOHON USUL
DITOLAK

Anda mungkin juga menyukai