Anda di halaman 1dari 2

Assalamualaikum dan selamat sejahtera saya ucapkan kepada Tuan Yang Dipertua , rakan-rakan Yang

Berhormat daripada pihak kerajaan, barisan pembangkang dan seterusnya ahli-ahli dewan sekalian.

Tuan Yang Dipertua,

Sebagai menteri yang kedua, terdapat 3 gerak kerja yang akan saya hujahkan pada usul kita pada hari
ini. Yang pertama , membidas usul pembangkang . kedua , menyokong hujah kerajaan . ketiga ,
merumuskan hujah hujah yang telah dibentangkan tadi .

Justeru itu , saya pastinya menolak definisi usul yang telah dipinda oleh Ketua Pembangkang sebentar
tadi iaitu “Keburukkan Pekerja Asing Di Malaysia”. Jadi saya memohon agar definisi usul itu dipinda
semula seperti definisi yang diberikan oleh Perdana Menteri, iaitu “Kelebihan Pekerja Asing Di
Malaysia”.

Tuan Yang Dipertua,

Sebelum membentangkan hujah-hujah seterusnya, saya akan membidas hujah yang dikemukakan oleh
Ketua Pembangkang sebentar tadi. Ketua Pembangkang mengatakan bahawa pekerja asing tidak dapat
memberikan impak yang baik kepada Negara kita iaitu Malaysia.

Tuan Yang Dipertua,

Sebenarnya, terdapat banyak kelebihan yang dapat kita perhatikan pada pekerja asing selepas
datangnya mereka ke Negara kita . Hujah saya yang pertama iaitu berpaksikan frasa, Mempercepat
proses pembangunan Negara .

Desawarsa ini , Malaysia merupakan sebuah Negara yang pesat membangun, dengan pertumbuhan ekonomi
yang mantap. Malaysia sentiasa melakukan perubahan menyeluruh khususnya dalam pembangunan
infrastruktur, dan prasarana yang sistematik. Oleh itu, kesemua ini perlu dibangun dalam masa yang singkat
selaras dengan perkembangan Negara. Dalam usaha untuk mencapai misi tersebut,keperluan tenaga buruh
diperlukan kerana memainkan peranan dalam mempercepatkan arus pertumbuan Negara. Sungguhpun
begitu,Malaysia mengalami kekurangan tenaga buruh tempatan untuk memajukan pembangunan tersebut dan
secara tidak langsung menyebabklan Malaysia memerlukan tenaga buruh dari luar seperti Vietnam, Myanmar,
India dan Indonesia. Dengan adanya pendatang asing yang bekerja sebagai tenaga buruh, maka proses
pembangunan Negara akan berlangsung dengan cepat.Pekerja asing juga merupakan salah satu sumber
utama dalam merancakkan lagi pembangunan Negara kita. Seperti ‘’

Baiklah ,

Sidang dewan yang dihormati sekalian, Sekarang


marilah kita hayati hujah bernas pihak kerajaan yang kedua dibawah kata kunci

pekerja asing dapat Mengatasi masalah kekurangan pekerja terutama dalam sektor perladangan
dan pertanian.

Industri sawit merupakan sektor pertanian termaju yang mempunyai kedudukan yang strategik
dalam ekonomi Malaysia di segi penjanaan pendapatan eksport (RM 65 billion) dan di bidang
sosial dengan memberi sara hidup pekerja ladang dan kilang, peneroka dan pekebun kecil (2 juta
isi keluarga). Justeru, industri sawit perlu dikekalkan untuk terus berkembang dalam menjana
pertumbuhan ekonomi ketiga bagi menunaikan tanggungjawab ekonomi dan sosial negara pada
masa hadapan. Sejajar dengan itu, industri sawit wajar diberi perhatian khususnya dalam
pertimbangan asas untuk mengatasi masalah yang dihadapi sekarang dan bagi merancang
kesinambungan pertumbuhannya pada masa hadapan. Sekiranya tidak diberi perhatian, prestasi
industri sawit akan terjejas dan mampu memberi implikasi negative terhadap pembangunan
ekonomi negara.Namun begitu, Industri sawit dijangka akan menghadapi masalah pertumbuhan
pada masa hadapan kerana kekurangan tenaga kerja untuk menggerakkannya. Hal ini disebabkan
kerana kurangnya minat dalam kalangan tenaga kerja tempatan sementara kemajuan dalam
teknologi telah mencapai kemajuan di peringkat hiliran tetapi masih terhad di peringkat huluan.
Peranan pendatang asing sebagai tenaga kerja akan menjadi faktor penting pada masa hadapan
kerana dapat mengatasi masalah kekurangan pekerja di bidang pertanian, mahupun
perladangan.

Bilangan kemasukan pendatang asing ke Malaysia saban hari semakin meningkat.Hal ini berlaku
kerana hidup ataupun punca lain yang menyebabkan mereka perlu berhijrah dari negara asal.
Walau bagaimanapun, hal ini juga memberi manfaat kepada Malaysia

Antara kelebihan kedatangan pekerja asing ialah

a) dapat menaikkan imej Negara.


- Kedatangan rakyat asing ke Malaysia juga dapat membantu mempromosikan Negara ke pentas dunia. Misalnya
mempromosikan tentang keindahan flora dan fauna yang terdapat disini secara tidak langsung dapat membantu
industri pelancong Negara untuk terus berkembang.

b) dapat meningkatkan produktiviti Negara


- kemasukan pekerja asing ke Negara kita ini telah menyebabkan penawaran tenaga buruh di Malaysia bertambah
dan secara tidak langsung dapat membantu Negara meningkat lagi produktiviti yang sedia ada untuk keperluan
global.

Yang Dipertua dan sidang dewan yang dimuliakan,

Ternyatalah bahawa , definsi pembangkang terlalu lewa dan tidak peka dengan isu semasa dalam hal hal sebegini .
Sekali lagi saya ingin menegaskan bahawa saya menyokong usul ini seratus peratus dan memohon agar
usul ini diluluskan oleh dewan yang mulia ini dengan suara majoriti. kami dibarisan pihak
p e n c a d a n g , i n g i n m e n y e r u s e l u r u h a h l i d e w a n u n t u k t e r u s bersama kami pihak
pencadang untuk menyokong usul kita padahari ini
Oleh itu ,Semestinya Semua YB termasuk pihak pembangkang akur dan menerima usul ini
sebulat suara.

Sekian mohon mencadang


terima kasih.

Anda mungkin juga menyukai